life is beautiful

life is beautiful

Saturday, August 27, 2011

home sweet home



Home sweet home.
Saya dan Suami balik ke seremban. Buka puasa with my family.
Sambil Tu hantar kuih n baju raya yang kami beli untuk mereka.
Disebabkan our first raya di shah alam n kemungkinan batu pahat,
So kena la balik seremban dulu jenguk orang Tua saya.
Saya rindu Mak saya sebenarnya... HEHE
Ehh..highway Lekas Tak jammed okay. Harmoni je kanda drive tadi.
Siap saya yang bosan sampai nak tertido.
Dah memang kaki tido Tu Takleh nak cakap apela.






Friday, August 26, 2011

the end of the day




last day keje before raya.
situasi,
ofis: takde orang.
ofis sebelah: tinggal dua tiga kerat je.
studio bawah: pun tinggal dua tiga kerat nak habiskan editing.
foyer ibc: lengang.
me: balik jom!!!

HAHAHA
nak balik rumah lah mcmni.
nak packing barang siap-siap untuk esok.
nak kemas-kemas apa yang patut.
nak rehat-rehat plus tido sebarang dua.
boley?
bosannnnnnnnnnnnnnnnn.







Thursday, August 25, 2011

khamis yang heaven tapi KL ni sesak tahu tak. tak suka okay.




yeayyyy!!
hari khamis yang heaven.
kenapa? sebab ramai yang dah cuti. ofis takde orang. job pun berkurang.
rasanya suku dari KL dah bergerak balik ke kampung kot.
oklah tu, takdelah KL sesak sangat. tenang sikit hidup ni.
kalau tidak nak bernafas pun susah.
malam tadi kanda saya tiba-tiba bukak cerita.
dia kata ''...jom kita pindah negeri lain, KL sesaklah!...''
me, terkedu.
punca, sebab malam tadi dia nak balik jalan jammed.
polis buat roadblock, Ops Sikap dah start.
sampai rumah pukul 1am. tak ke hangin tu.
so dia ajak saya pindah. pindah tempat keje. pindah rumah. pindah dari KL.
kesimpulannya, katmana sayang oii??
ai cop balik nisimilan... rumah murah oooo. plus dekat dengan rumah mak.. HEHE
saya sedang berkira-kira nak angkat rumah sebijik. nak beli sekarang sebab makin lama harga rumah makin naik. *stress*
rumah teres kat seremban masih saya gagah lagi kalau nak beli pun.
dapat teres setingkat sebuah i'm happy. apatah lagi semi-d ke...cewahhh
*verangan*
huahaha
kanda suggest JB or melaka or jiran sebelah, selangor.
selangor? baik takyah pindah. jammed jugak. tapi kalau area bangi mak okay. masih ada ketenangan.
tapi rumah pulak alahai sentap mak nak membelinya. tak kan nak menyewa pulak. sampai bila?
bulan-bulan labur kat landlord rm+++ memang makan hati.
sebab baru tadi bankin duit dekat landlord itu yang nak marah.
JB? perghhhh agak jauh tu. kalau melaka boleh la lagi sebab akan datang family saya akan berpindah ke melaka juga. harga rumah pun masih dalam lingkungan boleh beli lagi.
tak macam kl harga rumah memang gila! serius gila.
kau hengat aku banyak duit sangat ke nak labur mahal-mahal tapi rumah lapis-lapis???
actually, saya kalau nak pindah, kena pindah in capital jugak.
mana kau nak cari broadcasting hujung2 kampung kat semenanjung ni??
memang takdolah jawapannya.
tengok jela camaner. kanda ajak moving je, saya terus lah buat surat tukar.
sekarang ni baru nak setup life. tak tahu lagi rezeki kami dimana.
stress oii duduk kl. kau nak keje sini, shopping, chill out boleh la.
tapi kalau nak beranak-pinak lepas tu duduk sampai pencen memang kerja gila.
lainlah kau duduk sipi-sipi kl. still okay lagi. rumah pun okayyyyy.
tapi jauh pulak dari ofis. mengada betul kau ni kan kecil.
hadoi, fikir pasal rumah je dah stress.
jom lah kanda kita pindah dari tempat yang sesak lagi menyempitkan ini.
ai ikut je mana u bawak i... ke hujung dunia pun ai sanggup.
tengah sayang, boleh la. cuba time tengah gaduh tu, huh memang kau sana, aku sini la.
HEHE
bye darling, i love u.







Tuesday, August 23, 2011

stuck di rumah




pffttt...
lambat lagi kau kecil!!
hari ni, semalam, minggu lepas, bulan lepas pun kau lambat jugak.
apa kes??
me: entah!!
sebab: hati takde nak pergi keje.
AHAHAHA
macam ofis ni bapak kau punya.
suka-suka hati.
lately ni hari-hari masuk keje lambat.
lepas tu balik pun nak kena lambat jugak la.
*stress*
mungkin sebab mode raya kot.
ehh mode raya pebender, kau raya pun kat shah alam.
cakap jela sekarang kau dah diserang sindrom malas, kan senang.
;p








Monday, August 22, 2011

malas, malas dan malasssssss




ok.
saya dah start malas.
kemalasan melanda diri.
nak bangun dari tidur malas.
nak pegi keje pun malas.
nak buat keje lagi la malasssssss.
apahal kau ni kecil? nak kene lempang ke?
KEHKEH
malasnyaaaaaaa nak mengadap ofis.
apatah lagi nak melayan karenah producer.
tambah lagi nak turun studio bawah buat kerja.
sebab mode raya dah datang.
macam budak kecik baru nak belajar raya kann ??
ahhh peduli apa. tak kisah.
;p


well,
dalam malas-malas pun ada good news jugak.
my wedding photobook is otw... yeayyyyy!!!!
semalam OP baru bg preview pics yang akan diletakkan dalam photobook.
saya tak ambik custom album sebab bajet tak cukup. HAHA
padan muka kami.
gambar banyak tapi tak boleh nak sumbat semua sebab page terhad.
sokay, lainkali ada bajet boleh buat album lagi kan ;p
lagipun OP ni kawan saya. kawan masa childhood.
thanks to him.
jom tengok a few pics.




aku terima nikahnya


mereka kata ini syahdu. agreed. ;p


happy newly wedding


husband and wife


kenapa u cakap pasal anak sekarang ni, i malu tau...maluuu ;p


our post-wedding


gurau-gurau lepas kawin.... alhamdulillah, legaaa semua dah selesai.




ok, itu saja.
tak boleh nak upload lelebih.
tak surprise.
HAHAHA.
bye!










Sunday, August 21, 2011

Arsenal 0 Liverpool 2




ok, itu je nak update.
HAHAHA.
walaupun tengok first half je, lepas tu 2nd half dh kene balik,
its okay laaaa.
well done boys.


match Saturday, Aug 20, 2011







Wednesday, August 17, 2011

Happy 9th Anniversary




alhamdulillah...
masih bernafas dibumi Allah.
masih mampu menghirup udara segar.
masih berkudrat menggunakan tulang empat kerat.
dan,
syukur...
kerana masih sempat berpuasa pada puasa ke-17 ini.


17....
besar ertinya pada saya.
sebab,
today is our 9th anniversary.
saya dan kanda.
:)





happy 9th anniversary sayang!
walaupun u cakap anniversary kita bulan 5 next year,
tapi saya tetap ingat this date is our annivesary.
tarikh mula-mula kita declare.
17.08.2002
MIAHAHA
2002? makaihhh.
9 tahun berlalu.
tapi sayang saya pada dia tak berubah. insyallah.
semoga Allah panjangkan lagi jodoh dia dengan saya.
semoga Allah satukan hati kami untuk sepanjang hayat kami.
semoga dia yang akan menemani saya di syurga kelak.
INSYALLAH.

confuse kenapa dia bagi gambar ni pada saya. tapi comel kan?? BAHAHA


dia beri gambar, tapi saya tampal pada kad yg saya buat ni. TAK LAWA HOKAYY.




cer cari mana kanda saya. ehh, itu ali, rbok, cell, manjo, amir, kaloi....
V Beta was here!!








mereka semua satu sekolah dengan saya.
masih berkawan sampai sekarang,
dan ada yang kawin sama satu sekolah punya orang juga.
same like us.
dah jodoh kannn.




tak tahu zaman bila. form 4 kot. someone dibawah tu, his bestfriend, gjoi si lipas kudung.



kalau saya tak bersekolah disini, tentu saya tak jumpa kanda.
kalau saya tak jumpa kanda, tentu saya ketemu sama orang lain.
bila saya ketemu sama orang lain, tentu saya dah kawin dengan orang tu kan.
but, thank god I've found you.





zaman bam-bam saya. form 5. bam tapi comel kot.*perasan*





panjang kisahnya saya dengan kanda ni.
nak cerita pun malas, sebab ceritanya panjang dan berbelit-belit.
satu entry pun tak cukup.
tapi, mungkin dah jodoh.
sampai lah kami ke jinjang pelamin.
mudah-mudahan hingga ke akhir hayat lah kann.
*pejam mata sambil doa 44kali*


dugaan dan cobaan tu kau jangan cakap lah.
banyakkkkkk.
macam-macam ado...
cuma kuat dengan tak kuat je kau nak hadapi.
pahit, manis, susah, senang tu semua kan asam garam kehidupan.
so, layannn je la.
takyah nak fikir banyak sangat.
belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.
:)









gambar form 4 akhir tahun rasanya. itu kawan-kawan baik saya once upon a time. sangat vintage. 
saya masih ada lagi baju outing kita. rasanya muat lagi.
seeeee, saya maintain. tak kurus, tak gemuk dan tak tambah ketinggian.
itulah saya. HAHAHA
tapi kanda kata saya makin mengecil. ehhh, saya yang mengecil ke dia yang membesar. tettt.
lantok la.... tak kisah.











Tuesday, August 16, 2011

best decision goes to............




hoyehhh !!!!


bonus dah masuk.
eleh, bonus masuk pun tapi jumlah yang digunakan pun sama je macam tak dapat bonus.
BAHAHA
padan muka saya.
tapi, apapun alhamdulillah. syukran.
lepas lah utk anak tekak di bulan ramadhan...;p
sekurang-kurangnya boleh la beli barang raya sikit-sikit.
tak boleh nak belanja sakan sebab saya dah janji yang duit bonus tu akan digunakan utk trip bulan 10 nanti.
sob..sobbbb.


ehhh, saya dah ada result rumah mana yang bakal kali beraya tahun ni tau.
malam tadi baru diperbentangkan hujah.
itupun masa nak masuk tidur.
punyalah terlupa....
saje-saje buat lupa sebenarnya
so, the official result is,


kami dah buat decision, 1st day raya akan beraya di kampung shah alam.
then, samada tghari or petang 1st day raya tu, kami gerak balik kampung melaka.
mudah bukan? :)
hokay lah tu, boleh raya lama sikit di melaka.
then tahun-tahun yang berikutnya, kenalah ikut giliran macam orang lain juga.
noted.
HIKHIK
so berakhirlah penghujahan kami.
it's okay dear, saya tak kisah pun.
memang dah agak dari mula.
kalau 1st day raya kat melaka, then 2nd day raya sure dah kena balik shah alam.
3rd day raya saya dah ada kat kl,
haruuuuuu dibuatnya.
boleh meroyan.
orang raya balik kampung seminggu, kau 3rd day raya dah ada kat kl.
tak boleh jadi ni.
so the best dicision is, kenalah raya pertama di shah alam.
shah alam pun kampung gak kan. hokaylah tu...
*sedapkan hati




uolls dah shopping raya ke?
saya belummmm.
tak tahu bila nak pergi.
macam yang saya cakap, maybe pergi time weekdays.
kalau pergi weekends, alamat mencari nahas la.
*pengsan
esok public holiday Nuzul Al-Quran kan?
sure KL penuh, sesak dan jam.
mesti ramai yg ambil kesempatan utk turun kl bershopping.
so uolls,
selamat bershopping......jgn shopping banyak sangat okay,
tinggal la utk  saya sikit...MIAHAHA





Sunday, August 14, 2011

saya sudah. anda bila lagi ?




asal puasa je mesti ingat nak raya kan?
asal raya je mesti dah terfikir baju raya la, kuih raya la.
tu belum kasut raya dengan tudung raya....HEHE
tapi, sudahkah anda membayar zakat fitrah?



Surah Al-Taubah Ayat 103,


"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka (zakat), supaya dengannya
Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka          
(dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka.                    Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.''


zakat wajib ditunaikan apabila cukup syarat-syaratnya.
selain menjadi sumber ekonomi ummah,
ia juga boleh mewujudkan perpaduan dan kesejahteraan hidup bermasyarakat.



saya sudah dibayarkan zakat oleh kekanda




;p





ber'public transport' sampai sakit gigi



giler penat hari ni satu hari ber'public transport'.
dari taman jaya ke masjid jamek.
masjid jamek pula switch ke sentul timur.
fuhhh... betul betul senaman kaki.
tulah, nak sangat naik public transport kann.
hamek kauu.
capek. capek. capek.
semua sebab gara gara nak ke PWTC.
kan hari tu cakap ada MATTA Fair.
so kena la pergi sebab nak cari pakej utk trip bulan 10 nanti.













well, got it !!!
berbaloi baloi... HEHE
tak sia-sia penat seharian menempuh lautan manusia.
kami dapat pakej yang just nice.
sepadan dengan bajet yg kami peruntukkan.
walaupun macam dah lambat je tapi kami tetap teruskan.
semangat pulak...;p
ehh mana ada lambat, okay lah tu.
sempat nak kumpul modal buat shopping nanti kan.
*stress kalo laki den dengar..



the land below the wind





balik-balik je hujan yang sangat lah lebat.
so, kami stuck di taman jaya. lupa nak bawa payung.
kan naik lrt. parking kereta kat sana.
lain kali, sediakan payung sebelum hujan okay.
nasib baik sempat nak berbuka.
kalau tak sempat ni memang nak marah la.
dah la penat, plus haus air pulak tu.
ini kalau tak dapat air ni ada yang meroyan karang.
kesudahnya, kalau dah peminat bariani tu takleh nak cakap apa la.
ke bariani house la kita. berbuka disana.
kanda saya kan addict dengan bariani.
makan sampai 2 pinggan lepas tu tersandar.
*kenyang*
saya satu pinggan pun terkulat-kulat nak habis.
kanda saya tu dia tak sedar ke malam nanti dia ada game.
as usual, badminton.
suka sangat main badminton.
tapi saya tak kisah, sebab dari bujang pun memang macam tu.
so bagi je lah dia pergi.
at least boleh la kurang kan sikit bam-bam di perut... MIAHAHA
tapi, tak pergi pun sebab tiba-tiba je dia sakit gigi.
omaigod.
tengok lah tu, dah terbaring dah.
kesian dia.
saya pula yang bersendirian...
HAHA



Friday, August 12, 2011

admitted sebab taknak q


minggu ni sedih betul.
sebab salah seorang dari ofismate saya warded.
3 daripada 4 saluran jantung beliau tersumbat.
scary bukan ??
puncanya beliau putus bekalan ubat kolesterol. akibat malas nak q kat hospital utk ambil ubat.
biasalah, orang dah berumur. macam macam penyakit datang.
lagi pula, tinggal 2 bulan je lagi beliau nak pencen.
so lagi la sedih.
confirm confirm la beliau akan MC sampai tarikh yang beliau pencen nanti.
sobb sobbb....T_T
semalam n isnin lawat beliau kat hospital.
alhamdulillah, beransur pulih.
tapi agak lemah. maybe sebab baru lepas operation kan.
harap harap semangat beliau kuat utk pulih seperti asal.
sebab beliau ibarat abah kepada saya.


yang pakai jaket oren itulah beliau. macam abah-abah kan ?

picture sambut ramadhan last year.
saya takde dalam gambar sebab saya away.
pergi mana? heh. adalah!
nanti saya cerita okayy.

LOL.




raya expenses



sekarang berapa hari dah kita puasa?
woww!!! 12 hari. ekselen.
maknanya ada 18 days to go utk kita menyambut raya.
itupun kalau raya confirm jatuh pada 30/08.
cecehhh, asyik cerita pasal raya je kann.
ehhh yelah. semangat nak raya kene lah berkobar-kobar.
penat ni tau puasa sebulan.
sebulan ke?? ke awal awal puasa kau dah raya kecil? TETTT.


malam tadi kanda telah membentangkan bajet utk raya dengan jayanya.
dah ada suami ni, sedikit sebanyak adalah bantuan sikit. KEHKEH
jadi, saya boleh lah simpan duit saya dalam TH diam diam.
list punye list, jadilah shortlisted.
banyak wehh nak kena beli utk raya ni.
baru kawin, barang pun bukannya banyak pun.
ada lah seketul dua. atas ihsan hadiah hadiah kawin yg kami dapat hari tu. LOL
seketul kau cakap ?? padahal sebeban duduk dalam store tu kau tak hengat ?!!


jadinya, nak kena apply cuti nak shopping barang raya.
cuti lagi.
cuti raya lain, cuti nak beli barang raya lain.
adusss, habislah cuti den. baru nak simpan cuti utk next year.
malas lah nak pegi shopping hari weekend. 
ramai gile umat manusia. buat stress je.
ehh minggu ni ada MATTA Fair kat PWTC tau.
nak cari pakej utk trip bulan 10 ni.
harap harap ada lah yang murah dan berbaloi. malas nak google lagi.
trip bulan 10, come to mama plisssss !!!
rindu nak cuti cuti lagi ni.


guess where? can't wait babe!!! LOL


HEHE


Wednesday, August 10, 2011

Alhamdulillah, rezeki anak!

hoyehhhhhh !!!


tiada kata kata yang dapat menggambarkan perasaan saya tika ini setelah menerima satu berita gembira.
apa yang saya ingin ucapan pertama sekali, ALHAMDULILLAH.
syukur ke hadrat Ilahi dengan rezeki yang Allah swt berikan kepada saya. ^_^
semoga dengan kehadiran berita ini dapat menyinari hari lebaran yang bakal tiba nanti.


KAHKAH.
 poyonyeeee kau ni kecil.
ayat macam jiwa jiwa je sekarang kan.
actually, terima kasih majikan!!!
kerana sudi beri saya bonus raya tahun ni.
walaupun tak banyak macam orang yang kerja swasta,
tapi okeyyyyy la.
sikit ke, banyak ke, yang penting Alhamdulillah. syukur.
better than nothing, rite?
dalam kepala otak ni mula la create list benda nak shopping nanti.
padahal belum dapat pun lagi. memang kaki shopping kau ni kecil !!!
apo pun tak boleh.
tapi sebenarnya,
bonus yang bakal saya dapat akan saya gunakan buat belanja untuk trip bulan 10 nanti.
wekkkk. 
itu niat saya.
syukur ada rezeki lebih. rezeki anak tekak ni.
kan bulan ramadhan.....HEHE
i love u much much majikan.
lepas ni saya nak naik gaji pulak.
boleh tak majikan?? LOL




larikkkkkk.







Tuesday, August 09, 2011

1, 2 Jus!

buntu.
stress.


tak tahu nak karang hujah apa nanti.
sebab saya rasa saya macam tak boleh lawan je dia.
dia punya kata-kata sangat la berapi.
plus kadang kadang dihujahi dengan hujah yang bernas.
sampai satu tahap saya ignore kan je.
sebab malas nak layan.
lagi layan lagi meluat. apa pun tak boleh. HAHA
tapi, 
kalau saya tak kuat, macamana saya nak menang nanti?
macamana saya nak meraikan hari lebaran yang kian tiba dengan senyuman manis dibibir dan melebar dipipi?
semalam, 
lepas berbuka, saya menyuarakan pendapat.
saya tanya kanda,
''...ling, u cuti raya ni berapa hari? i nak apply cuti siap siap kat boss ni....''
''...i kena la apply cepat supaya nama i tak naik suruh naik kerja awal...''
''...kalau i lambat, tiba tiba booking masuk, i kena la kerja. i tak nak...''
''...budak budak ofis semua dah apply cuti, tinggal i je lagi...''

actually, saya tak pandai nak karang karang ayat manis ni.
saya straight to the point je. senang.
tapi, 
bila saya cakap selindung selindung nanti kanda tak faham pulak.
ishhh, macam dia tak tahu pulak saya ni macamana kann.
tinggal lagi, kami tak decide pun nak raya mana tahun ni.
bila orang tanya kami beraya mana tahun ni,
kami just berpandangan sesama sendiri pastu gelak.
nampak sangat masing masing  berusaha nak beraya di kampung masing masing.
ehh, jap jap. shah alam tu kampung ke? tettt...HAHA
memang tak lah kann.
melaka barulah kampung. barulah heaven. ;p
kalau tak percaya, jom raya ni kita raya kat melaka.
macam macam adaaaa.....

okay, berbalik perbualan tadi.
kanda dengan lantas menjawab.
''...minggu depan kita bincang. sekarang ni siapkan hujah hujah anda dulu. fullstop...''
perghhhhh kau ni kanda, mengada betul la.
apa saya nak karang ayat untuk minggu depan ni?
well, beraya di shah alam tak dapat nak saya bayang kan.
sapa nak tolong mak saya pagi pagi raya kemas meja?
sapa nak tolong mak saya sehari sebelum raya bakar kek?
sapa nak tolong dia siapkan semua persiapan raya?
sob...sobbbb....saya sedih disitu.

saya kan anak sulung. adik beradik semua lelaki.
agak agak mereka nak tolong mak saya tak?
biasa pun memang saya yang selalu dengan mak saya.
sebab saya anak perempuan awal dan akhir dia la so dia banyak berharap pada saya.
mak saya kan dah tua. 
takkan nak suruh ayah saya yang lelaki tu buat kerja orang perempuan. KAHKAH
macam pelik je bunyi.
plus tahun ni adalah tahun pertama saya menyambut lebaran sebagai seorang isteri.
family saya pula first time menyambut bersama menantu.
family saya ramai. kalau nak dikira adik beradik mak dan ayah saya la.
kalau ikutkan saya ada empat beradik je. 
setiap tahun pun memang balik melaka kampung mak saya.
nenek masih ada lagi...alhamdulillah panjang umur dia.
so dah jadi terbiasa. menyambut raya bersama sepupu sepapat semua.
pagi lepas solat sunat raya, kami makan dulu ramai ramai sebelum bergerak menziarahi saudara mara.
macam best kan suasana tersebut? 
semua family pun macam tu.
semua orang pun rasa, raya kat kampung sendiri lagi best dari raya kat kampung orang. ;p
saya buntu. 
perlukah saya gunakan senjata airmata yang tak berapa berkesan ni ke atas kanda saya?
duhhh. stress la macamni.
saya tanya kawan saya yang baru kawin ni pun dia pun serupa saya juga.

'' RAYA TAHUN NI AKU BALIK KAMPUNG LAKI AKU LAA.....''


hamekk kau. 
noted.
tapi, apa apa pun saya kena la sediakan hujah hujah yang bernas.
supaya saya boleh berhari raya di kampung bersama mak saya.
mulai dari hari ni dah kena fikir ayat apa nak di bentangkan nanti.
satu hari, satu hujah.
so, nak sampai ke minggu depan ada lagi 5 hari.
hoyehhhh!!! 5 hujah yang bernas kau kena sediakan kecil.
kata nak fight until the last rebel.
oklah nak pergi karang ayat ayat menyentuh hati ni.




Monday, August 08, 2011

kalau tak sayang lepas kan lah.


cinta tapi curang?


kau ada? HEHE


actually kan, nak cerita sikit la pasal kfcm dengan tunang dia si cik jejari runcing tu.
ehh,, masih tenunang lg ke..?? TETTT...
saya anggap mereka masih tenunang sebab mention putus tunang dalam paper macam tak official je. macam tak ada adat nak hantar wakil. *perghh macam marah je kau ni kecil.
yelah, buka paper dok cerita pasal mereka, buka belog pn sama.
mana mana sekarang pun cerita pasal mereka.
saya bukan la memihak pada sesiapa tapi kan, rasa macam nak luahkan perasaan jee...boleh?
saya bukan la pakar cinta cinta ni...KEHKEH boyfriend dulu pun ada satu je... camaner nak jadi pakar cinta ni...i setia pada yang satu tauuuu...LOL *tak termasuk cinta monyet okayy
hieee.....kesian tengok diorg kannn.
keadaan sekeliling yang mempengaruhi mereka.
ada yang kata putus sebab orang ketiga la apa la itu la ini la.
tapi kalau dah tak sayang tu cakap je lah dah tak sayang sebab dah jumpa dengan orang yang lebih gojesss kan senang. tutup buku. haaaa.
tapi, actually kan, perempuan ni rumit tau....saya kan perempuan so saya tau la.
nak perhatian nak kasih sayang lebih tu memang la perempuan namanya.
abissss, dah rindu nak buat camaner...MIAHAHA
so lelaki pun kena la give and take juga.....perempuan ni kan hati ala ala kristal la konon.
konon lah!
wekkk takbolehbelah kau ni kecil!


dulu kannn,
saya tak minat pun kfcm ni. hairan juga apasal laa ramai sangat yang dok suka sangat kat dia sampai termimpi mimpi dia siang dan malam *merujuk kepada seorang teman...
orang cerita apek hebat la teror la tangkas la, saya buat boooo je. tak peduli.
abis dah tak minat nak buat camaner? AAK??!!
so, tiba tiba la kann....someday kanda suruh dalam erti kata paksa saya teman dia tengok bola harimau malaya vs singapore khamis hari tu...alaaa yang match kat BJ tu.
nak pergi stadium tiket habis kauu....tukang runner pun tak dapat beli pasal tiket dah sold out.
so the best solution is duduk tengok je kat rumah sambil makan popcorn yang beli kat pasar malam semalam.
lepas tu kan, tiba tiba dalam hati ni,,, "ehhh gila kauu terer kfcm oiii....terpikat mak..." HAHAHA
suami kat sebelah hangin je pasal bini dia yang comelsss ni dah tersuka dengan kfcm tu.
waktu tu baru la ada perasaan halus menguasai diri, siang malam dok terbayang dengan ketereran dia menangkap, menepis dan menampan bola.
haaa hamekk dulu ego sangat tak nak pandang dia sebelah mata.
sekarang apa dah jadi???
hari hari sampai sekarang selalu google dia even sanggup buka belog tunang dia si jejari runcing tu. nak tahu perkembangan lah katakan. HEKHEK.
so sekarang dah tau cerita mereka poyo la pulak nak luahan perasaan yang tak puas hati ni.
eh ehh bukan tak puas hati tapi nak memberi pendapat jee....
itte kan peminat...itte wrase itte patut luahkan ape yang terbuku kat hati ni tawww.


bertunang pada umur 22 tahun soo muda la dear...serius.
bukan nak cakap apa, tapi alam bertunang ni banyakkkkkk dugaan plus godaan lagi.
kalau tak kuat boleh hanyut, tu yang ada putus tunang tiba tiba.
di alam bertunang mesti ada nak marah marah. perasaan cemburu tu berleluasa. ada jee yang tak kena. 
sebab itu orang tua tua and dalam islam tak digalakkan kan pun bertunang lama lama. KANNN?
hey, umur 22 saya tengah enjoy enjoy lagi dengan geng geng gadis...bergedik dan bersantai.
tak terfikir pun nak bertunang even masa tu memang awak dah comfirm dalam kerjaya and dah ada orang yang sayang....KEHKEH
well, saya dengan suami dah bercinta since kami form 5...form 5 tau.
waktu tu 2002, kau kira lah sendiri 2002 sampai saat kami bernikah tahun 2011.
berapa tahun tu?
berapa tahun tu?
malas nak cakap tapi, walaupun dah kenal selama 9 tahun kalau termasuk tahun ni,
tapi,,,, still ade je perkara yang tak memahami lagi. tak tahu la ye kenapa.
i mean, bukan gaduh besar, tapi sometime mesti ada berselisih pendapat.
jangan cakap saya la, yang lain pun sama kan.
kawan kawan saya yang bercinta dari zaman sekolah pun sama.
apatah lagi yang baru nak berkenal kenalan hati budi tu.
lagi la rasa, lama lama kenal baru tahu ''...ohh dia ni begini, dia ni begitu...''
tak sama macam waktu mula kenal. lain kauu.
so saya suggest kita kena la baca lebih sikit buku buku motivasi ni.
sekarang saya tengah baca buku "Men are from Mars, Women are from Venus'' by John Gray. tapi tak habis baca lagi disebabkan kekangan masa.
serius membantu dalam relationship uolls. baru kau tahu perempuan dengan lelaki banyak sangat beza. tak percaya pergi beli kat MPH kalau kau ada masa sekarang.
tak pun buka je belog Saifulislam.com
buku buku yang beliau hasilkan pun serius membantu. 
saya ada beli buku dia tajuk ''Aku Terima Nikahnya'' sebelum saya dinikahi. 
sebagai panduan supaya takde lah saya terkejut beruk nanti menghadapi hidup selepas dinikahi. LOL


berbalik cerita kfcm dengan cik jejari runcing, saya rasa mereka perlu muhasabah diri.
nak marah pun tak perlu nak heboh publish taruk dalam muka buku ke belog ke even mana mana portal la. 
PC pun tak payah pasal nanti kau akan lagi banyak masalah.
kejujuran dan kepercayaan itu kan basic dalam sesebuah perhubungan?
kalau dah tak ada kejujuran maka hilanglah kepercayaan.
so bila dah tak ada kepercayaan, perasaan cinta menjunam ke tangga 0.
apa apa pun, tepuk dada, tanyalah selera. pilihlah pilihan yang betul betul buat diri kita rasa dihargai dan disayangi. persefahaman itu penting.
kalau betul sayang, hargailah.
kalau dah tak sayang, lepaskan lah dengan cara yang baik.
kerana setiap apa keburukan yang kita lakukan pada orang lain, insyallah ia akan berbalik semula kepada kita.
actually, saya okay je kfcm dengan cik jejari runcing tu.
mereka soo sweet what. diorang pun dan berkenalan sebelum kfcm terkenal macam sekarang.
biasalah, bila dah terkenal ramailah orang suka. orang minat. orang nak mintak couple..HEHEHE
jadinya disini, kau perlu kuat untuk menepis dugaan dugaan tersebut.
dan kau perlu tanamkan kepercayaan kau terhadap pasangan kau untuk membolehkan kau bersama dia sampai akhir hayat kau. 

Love is a gamble, sometimes you win,other times you lose. But no matter what your cards are in this gamble, whether cloves, spades, or diamonds, remember-never ever play with the heart.



saya tak cakap saya dan suami sentiasa baik baik saja.
well, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
pulak tu baru je masuk di alam rumahtangga.
banyak lagi yang perlu kita belajar, hadapi dan tangani.
kalau tak kuat boleh musnah woooo....
saya sekadar mengingati diri sendiri sahaja.
semoga saya sendiri tabah dalam menghadapi liku liku kehidupan sebagai isteri.


i nak jadi seorang isteri yang disenangi oleh suami tau...hieeeee
itu prinsip saya selepas saya sah menjadi milik suami saya.
KAHKAH.


*muntah pelisssss.


mehh, jom kita hayati bait bait lirik ini.



Jangan Ada Benci

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati
Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita berdendam saling bermusuhan
Ungkit mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemampuan kau dan aku...



salam ramadhan uolls.









Friday, August 05, 2011

pagi yang annoying

demittt!


benci...tak suka bila berperasaan macam ni.
tak tahu kenapa, pagi ni dan malam tadi rasa macam nak marah marah orang je.
rasa macam nak cari salah orang je.
dan yang jadi mangsa sekarang adalah kanda.
rasanya period baru je habis, ehh tak kan nak datang balik kot...MIAHAHA
semalam waktu berbuka saya tahu kanda nak gurau gurau je dengan isteri dia ni...
well, maklumlah kami kan baru jeee kawin...ehh baru ke..?? TETTTT
tapi tiba tiba saya sentap mak nyah...sampai ke malam saya merajuk plus kecil hati lagi.
bila kanda ajak borak borak saya buat muka macam tak ada perasaan.
kesian kanda, saya tahu dia penat kerja mesti dia nak bermesra mesra dan berkongsi cerita dengan isteri dia yang comelss ni kan.;p selalu memang macam tu pun...hari hari mesti nak cerita laki bini ni...kalau tak cerita rasa macam satu hari tu tak lengkap...
kenapa dengan saya ni????


takkan la saya.........ehh!!!! tak mungkin la kan...LOL
baru je habis period, belum ada rezeki lagi.


pagi ni kanda hantar pergi kerja. 
selalu memang dia yang hantar pun sebab kami one-way, walaupun dia masuk kerja pukul 0830 saya 0800 kadang kadang terlajak juga sampai pukul 0900...haaa kau lepas kawin ni asyik lambat jeee.
as usually mesti salam dan cium tangan...tergerak juga dalam hati kecil ni nak cakap,
...''kalau i ada buat salah i minta maaf ye...'' 
selalu pun memang cakap macam tu, sebelum tidur mesti cakap.
sebab saya tak nak la malaikat melaknat saya sampai ke pagi akibat mengecilkan hati suami...CEHH
tapi,,,, pagi tadi berat betul mulut saya nak cakap. 


ape ego sangat kau ni kecil !!


now, haaa hamek kau...
rasa bersalah pula....HUWAAAAA
saya rindu suami saya laaaa....
nak call ke nak sms?
tapi maluuuu....
saya tunggu balik kerja nanti la boleh tak?
ehhh tak ke lambat sangat tu....? hmmmm




























suami, i sayang u tahu tak.