life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, August 09, 2011

1, 2 Jus!

buntu.
stress.


tak tahu nak karang hujah apa nanti.
sebab saya rasa saya macam tak boleh lawan je dia.
dia punya kata-kata sangat la berapi.
plus kadang kadang dihujahi dengan hujah yang bernas.
sampai satu tahap saya ignore kan je.
sebab malas nak layan.
lagi layan lagi meluat. apa pun tak boleh. HAHA
tapi, 
kalau saya tak kuat, macamana saya nak menang nanti?
macamana saya nak meraikan hari lebaran yang kian tiba dengan senyuman manis dibibir dan melebar dipipi?
semalam, 
lepas berbuka, saya menyuarakan pendapat.
saya tanya kanda,
''...ling, u cuti raya ni berapa hari? i nak apply cuti siap siap kat boss ni....''
''...i kena la apply cepat supaya nama i tak naik suruh naik kerja awal...''
''...kalau i lambat, tiba tiba booking masuk, i kena la kerja. i tak nak...''
''...budak budak ofis semua dah apply cuti, tinggal i je lagi...''

actually, saya tak pandai nak karang karang ayat manis ni.
saya straight to the point je. senang.
tapi, 
bila saya cakap selindung selindung nanti kanda tak faham pulak.
ishhh, macam dia tak tahu pulak saya ni macamana kann.
tinggal lagi, kami tak decide pun nak raya mana tahun ni.
bila orang tanya kami beraya mana tahun ni,
kami just berpandangan sesama sendiri pastu gelak.
nampak sangat masing masing  berusaha nak beraya di kampung masing masing.
ehh, jap jap. shah alam tu kampung ke? tettt...HAHA
memang tak lah kann.
melaka barulah kampung. barulah heaven. ;p
kalau tak percaya, jom raya ni kita raya kat melaka.
macam macam adaaaa.....

okay, berbalik perbualan tadi.
kanda dengan lantas menjawab.
''...minggu depan kita bincang. sekarang ni siapkan hujah hujah anda dulu. fullstop...''
perghhhhh kau ni kanda, mengada betul la.
apa saya nak karang ayat untuk minggu depan ni?
well, beraya di shah alam tak dapat nak saya bayang kan.
sapa nak tolong mak saya pagi pagi raya kemas meja?
sapa nak tolong mak saya sehari sebelum raya bakar kek?
sapa nak tolong dia siapkan semua persiapan raya?
sob...sobbbb....saya sedih disitu.

saya kan anak sulung. adik beradik semua lelaki.
agak agak mereka nak tolong mak saya tak?
biasa pun memang saya yang selalu dengan mak saya.
sebab saya anak perempuan awal dan akhir dia la so dia banyak berharap pada saya.
mak saya kan dah tua. 
takkan nak suruh ayah saya yang lelaki tu buat kerja orang perempuan. KAHKAH
macam pelik je bunyi.
plus tahun ni adalah tahun pertama saya menyambut lebaran sebagai seorang isteri.
family saya pula first time menyambut bersama menantu.
family saya ramai. kalau nak dikira adik beradik mak dan ayah saya la.
kalau ikutkan saya ada empat beradik je. 
setiap tahun pun memang balik melaka kampung mak saya.
nenek masih ada lagi...alhamdulillah panjang umur dia.
so dah jadi terbiasa. menyambut raya bersama sepupu sepapat semua.
pagi lepas solat sunat raya, kami makan dulu ramai ramai sebelum bergerak menziarahi saudara mara.
macam best kan suasana tersebut? 
semua family pun macam tu.
semua orang pun rasa, raya kat kampung sendiri lagi best dari raya kat kampung orang. ;p
saya buntu. 
perlukah saya gunakan senjata airmata yang tak berapa berkesan ni ke atas kanda saya?
duhhh. stress la macamni.
saya tanya kawan saya yang baru kawin ni pun dia pun serupa saya juga.

'' RAYA TAHUN NI AKU BALIK KAMPUNG LAKI AKU LAA.....''


hamekk kau. 
noted.
tapi, apa apa pun saya kena la sediakan hujah hujah yang bernas.
supaya saya boleh berhari raya di kampung bersama mak saya.
mulai dari hari ni dah kena fikir ayat apa nak di bentangkan nanti.
satu hari, satu hujah.
so, nak sampai ke minggu depan ada lagi 5 hari.
hoyehhhh!!! 5 hujah yang bernas kau kena sediakan kecil.
kata nak fight until the last rebel.
oklah nak pergi karang ayat ayat menyentuh hati ni.




No comments: