life is beautiful

life is beautiful

Monday, August 08, 2011

kalau tak sayang lepas kan lah.


cinta tapi curang?


kau ada? HEHE


actually kan, nak cerita sikit la pasal kfcm dengan tunang dia si cik jejari runcing tu.
ehh,, masih tenunang lg ke..?? TETTT...
saya anggap mereka masih tenunang sebab mention putus tunang dalam paper macam tak official je. macam tak ada adat nak hantar wakil. *perghh macam marah je kau ni kecil.
yelah, buka paper dok cerita pasal mereka, buka belog pn sama.
mana mana sekarang pun cerita pasal mereka.
saya bukan la memihak pada sesiapa tapi kan, rasa macam nak luahkan perasaan jee...boleh?
saya bukan la pakar cinta cinta ni...KEHKEH boyfriend dulu pun ada satu je... camaner nak jadi pakar cinta ni...i setia pada yang satu tauuuu...LOL *tak termasuk cinta monyet okayy
hieee.....kesian tengok diorg kannn.
keadaan sekeliling yang mempengaruhi mereka.
ada yang kata putus sebab orang ketiga la apa la itu la ini la.
tapi kalau dah tak sayang tu cakap je lah dah tak sayang sebab dah jumpa dengan orang yang lebih gojesss kan senang. tutup buku. haaaa.
tapi, actually kan, perempuan ni rumit tau....saya kan perempuan so saya tau la.
nak perhatian nak kasih sayang lebih tu memang la perempuan namanya.
abissss, dah rindu nak buat camaner...MIAHAHA
so lelaki pun kena la give and take juga.....perempuan ni kan hati ala ala kristal la konon.
konon lah!
wekkk takbolehbelah kau ni kecil!


dulu kannn,
saya tak minat pun kfcm ni. hairan juga apasal laa ramai sangat yang dok suka sangat kat dia sampai termimpi mimpi dia siang dan malam *merujuk kepada seorang teman...
orang cerita apek hebat la teror la tangkas la, saya buat boooo je. tak peduli.
abis dah tak minat nak buat camaner? AAK??!!
so, tiba tiba la kann....someday kanda suruh dalam erti kata paksa saya teman dia tengok bola harimau malaya vs singapore khamis hari tu...alaaa yang match kat BJ tu.
nak pergi stadium tiket habis kauu....tukang runner pun tak dapat beli pasal tiket dah sold out.
so the best solution is duduk tengok je kat rumah sambil makan popcorn yang beli kat pasar malam semalam.
lepas tu kan, tiba tiba dalam hati ni,,, "ehhh gila kauu terer kfcm oiii....terpikat mak..." HAHAHA
suami kat sebelah hangin je pasal bini dia yang comelsss ni dah tersuka dengan kfcm tu.
waktu tu baru la ada perasaan halus menguasai diri, siang malam dok terbayang dengan ketereran dia menangkap, menepis dan menampan bola.
haaa hamekk dulu ego sangat tak nak pandang dia sebelah mata.
sekarang apa dah jadi???
hari hari sampai sekarang selalu google dia even sanggup buka belog tunang dia si jejari runcing tu. nak tahu perkembangan lah katakan. HEKHEK.
so sekarang dah tau cerita mereka poyo la pulak nak luahan perasaan yang tak puas hati ni.
eh ehh bukan tak puas hati tapi nak memberi pendapat jee....
itte kan peminat...itte wrase itte patut luahkan ape yang terbuku kat hati ni tawww.


bertunang pada umur 22 tahun soo muda la dear...serius.
bukan nak cakap apa, tapi alam bertunang ni banyakkkkkk dugaan plus godaan lagi.
kalau tak kuat boleh hanyut, tu yang ada putus tunang tiba tiba.
di alam bertunang mesti ada nak marah marah. perasaan cemburu tu berleluasa. ada jee yang tak kena. 
sebab itu orang tua tua and dalam islam tak digalakkan kan pun bertunang lama lama. KANNN?
hey, umur 22 saya tengah enjoy enjoy lagi dengan geng geng gadis...bergedik dan bersantai.
tak terfikir pun nak bertunang even masa tu memang awak dah comfirm dalam kerjaya and dah ada orang yang sayang....KEHKEH
well, saya dengan suami dah bercinta since kami form 5...form 5 tau.
waktu tu 2002, kau kira lah sendiri 2002 sampai saat kami bernikah tahun 2011.
berapa tahun tu?
berapa tahun tu?
malas nak cakap tapi, walaupun dah kenal selama 9 tahun kalau termasuk tahun ni,
tapi,,,, still ade je perkara yang tak memahami lagi. tak tahu la ye kenapa.
i mean, bukan gaduh besar, tapi sometime mesti ada berselisih pendapat.
jangan cakap saya la, yang lain pun sama kan.
kawan kawan saya yang bercinta dari zaman sekolah pun sama.
apatah lagi yang baru nak berkenal kenalan hati budi tu.
lagi la rasa, lama lama kenal baru tahu ''...ohh dia ni begini, dia ni begitu...''
tak sama macam waktu mula kenal. lain kauu.
so saya suggest kita kena la baca lebih sikit buku buku motivasi ni.
sekarang saya tengah baca buku "Men are from Mars, Women are from Venus'' by John Gray. tapi tak habis baca lagi disebabkan kekangan masa.
serius membantu dalam relationship uolls. baru kau tahu perempuan dengan lelaki banyak sangat beza. tak percaya pergi beli kat MPH kalau kau ada masa sekarang.
tak pun buka je belog Saifulislam.com
buku buku yang beliau hasilkan pun serius membantu. 
saya ada beli buku dia tajuk ''Aku Terima Nikahnya'' sebelum saya dinikahi. 
sebagai panduan supaya takde lah saya terkejut beruk nanti menghadapi hidup selepas dinikahi. LOL


berbalik cerita kfcm dengan cik jejari runcing, saya rasa mereka perlu muhasabah diri.
nak marah pun tak perlu nak heboh publish taruk dalam muka buku ke belog ke even mana mana portal la. 
PC pun tak payah pasal nanti kau akan lagi banyak masalah.
kejujuran dan kepercayaan itu kan basic dalam sesebuah perhubungan?
kalau dah tak ada kejujuran maka hilanglah kepercayaan.
so bila dah tak ada kepercayaan, perasaan cinta menjunam ke tangga 0.
apa apa pun, tepuk dada, tanyalah selera. pilihlah pilihan yang betul betul buat diri kita rasa dihargai dan disayangi. persefahaman itu penting.
kalau betul sayang, hargailah.
kalau dah tak sayang, lepaskan lah dengan cara yang baik.
kerana setiap apa keburukan yang kita lakukan pada orang lain, insyallah ia akan berbalik semula kepada kita.
actually, saya okay je kfcm dengan cik jejari runcing tu.
mereka soo sweet what. diorang pun dan berkenalan sebelum kfcm terkenal macam sekarang.
biasalah, bila dah terkenal ramailah orang suka. orang minat. orang nak mintak couple..HEHEHE
jadinya disini, kau perlu kuat untuk menepis dugaan dugaan tersebut.
dan kau perlu tanamkan kepercayaan kau terhadap pasangan kau untuk membolehkan kau bersama dia sampai akhir hayat kau. 

Love is a gamble, sometimes you win,other times you lose. But no matter what your cards are in this gamble, whether cloves, spades, or diamonds, remember-never ever play with the heart.



saya tak cakap saya dan suami sentiasa baik baik saja.
well, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
pulak tu baru je masuk di alam rumahtangga.
banyak lagi yang perlu kita belajar, hadapi dan tangani.
kalau tak kuat boleh musnah woooo....
saya sekadar mengingati diri sendiri sahaja.
semoga saya sendiri tabah dalam menghadapi liku liku kehidupan sebagai isteri.


i nak jadi seorang isteri yang disenangi oleh suami tau...hieeeee
itu prinsip saya selepas saya sah menjadi milik suami saya.
KAHKAH.


*muntah pelisssss.


mehh, jom kita hayati bait bait lirik ini.



Jangan Ada Benci

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati
Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita berdendam saling bermusuhan
Ungkit mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemampuan kau dan aku...



salam ramadhan uolls.









No comments: