life is beautiful

life is beautiful

Friday, September 30, 2011

saya nak satu!





sumpah comel!
saya suka dia.
kuning ke, hitam ke, putih ke, comot ke, semua saya sukaaaaaa.
saya nak satu. 
bagi lah saya satu on my next birthday.
heheheee
betul saya akan jaga dia baik baik.
tapi,
husband tak suka.
*sad*
dia kata kalau saya adopt si comel kecil ni nanti saya tak terjaga.
saya nak satu je, ehh dua la. boleh?
kalau dua, dia ada teman masa saya pegi keje nanti.
tapi, satu pun saya takde, macam mana nak ada dua, kannnnnn?

dulu ada.
sampai besar saya bela dia.
tapi the end, mati kena langgar kereta.
balik kampung pun bawak masuk dalam kereta.
sampai dia rasa macam ''....ehh aku kat mana ni? tuan aku bawak g mana ni...''
huahuahua
punya lah jakun dia tu.
tapi sekarang dah takde.
tapi saya harap saya ada.
sob sobbbb.
*sedih*
husband,
i nak dia. satu je pun takpe.
alaaaa, i tak kasi dia buat sepah kat rumah kita pun.
betul!
nanti i beli la pasir dia tu.
boleh ye husband?
boleh la.........



yang mengharap,
saya.











Thursday, September 29, 2011

misi 33











merah kuning lambang kebanggaan
selangor merancang kejayaan
gemuruh sorakan menggegarkan
cabaran disambut dengan kesungguhan
kecemerlangan, kecemerlangan
kecemerlangan jadi kenyataan
merah kuning keberanian
menempuh segala halangan
sekali melangkah buktikan kemampuan
merah kuning keberanian
menempuh segala halangan
sekali melangkah buktikan kemampuan
selangor darul ehsan
selangor darul ehsan....



huahuahua
sekali layan lagu merah kuning daaaa.
tahniah diatas kemenangan mereka.
misi 33 tetap dteruskan.
maaf ini bukan belog soccer, tapi saya update sikit sikit sebab husband hard fan red giants.
rumah saya hampir runtuh akibat sorakan kanda yang layan bola sorang sorang kat radio selangor.fm
maklumla, rumah takdo astro. so dengar jela kat dalam radio. not bad okayy.
dia suka selangor maka dengan itu isteri dia pun kene suka jugak.
so saya layannnnnnn.










keterujaan

mulakan hari anda dengan senyuman.
yeayyy.
senyum lah weh.
sebab hari ni kan kamis, esok jumaat.
pastu cooti.
suke.suke.sukeeeeeee.
kenapa saya suka?
sebab, weekend ni full of activities.
kawan kawin. pengapit lelaki yang hari tu pun nak kawin gak.
senang cerita, bulan oct ni musim mengawan lah.
sebab ramai kawan-kawan saya naik pelamin.
geng susuk saya pun nak bertunang end of oct ni.
saya pulak yang teruja.
cececeh.


nampak tak keterujaan dia yang tak sabar nak jadi tenunang orang tu?
gatal eh...









Tuesday, September 27, 2011

bos sayang saya

yess! yess!
bos sayang saya.
disebabkan dia sayang sangat dekat saya maka dengan itu dia dengan besar kepala nak suruh saya attend kursus.
hadoiii macam hare.
ye saya tahu kerja saya bagus tapi sekarang saya takde mood nak attend kursus-kursus ni.
apa barang kursus time-time raya nak habis ni wehh.
bos betul jaki dengan saya.
dia memang alergic tengok saya suka hati gembira sana sini duduk kat ofis.
so dia jaki dan terus hantar saya attend kursus.
walaupun ada makan free tapi saya takmo okeh.
weh, gua keje deal dengan producer sana lah bukan kat ofis mengadap pc, filing sume.
so nampak macam tak banyak keje tapi sebenarnya banyak okayy.
tapi takpe lah, saya redha. erkk, betul kah redha?
bahaha
jom ramai-ramai study pasal hdtv.
apakah??










Friday, September 23, 2011

lapaaaaaa




sob sobbb..
lapaaaaaa.
still kat ofis tak balik lagi.
banyak keje nak kena buat.
esok pun maybe kena keje gak.
sebab ingatkan kalau bole isnin nak rehat rehat je.
bahaha.
tapi,
gua lapa.
lapa sampai nak nangis boley?
husband, cepat la sampai.
gua lapa nak makan steak ni.
ok bye!




















tafsir mimpi




saya dapat emel.
bunyinya begini,


''...malam tadi aku mimpi kau. kau bersalin. anak kau comel. aku pegi melawat kau dengan laki aku. 
hari tu pun aku mimpi kau jugak. kau dah beli rumah baru. besar pulak tu. 
apasal aku asyik mimpi kau je ni. kau rindu kat aku ke?...''


huahuahua
kelakarnyaaaaaaaa kawan saya tu.
ade ke dia mimpi saya macam tu.
mengandung pun belum lg inikan pulak saya nak bersalin.
PEHH. expertnya saya.
lepas tu ade ke patut kawan saya tu cakap saya rindu kat dia.
patutnya dia lah yang rindu kat saya sebab dia yang mimpi saya kan.
:)
tapi,
kalau betul pun apa yang kawan saya mimpi tu mesti bahagiaaaa hidup.
dapat anak, dapat rumah.
HEAVEN kannnn?


insyallah, ada rezeki adalah.













Thursday, September 22, 2011

Review filem Al-Hijab, filem seram terhebat 2011




hello peeps!

saya nak cerita ni,
selasa lepas September, 20 saya ada dapat invitation dari kawan saya untuk pratonton filem Al-Hijab.
kawan saya tu memang pemblogger tegar so dia ada link lah untuk dapat pas-pas pratonton filem tempatan ni.
tapi, mintak maaf bukan semua filem ye. huahuahua
so saya dengan jayanya, lepas balik keje, lepak-lepak rumah jap tunggu husband pulang terus pegi
Cathay Cineplexes di Cineleisure Damansara.
masa tu press, artis yang terlibat dan blogger dah ramai yang datang.
tunjang cerita ni adalah Pierre Andre.
dialah pelakon utama, dialah pengarah dan dialah juga penulis skrip.
syabas kat Pierre Andre ni. SUPERB!
susah nak cari pelakon macam dia di zaman sekarang ni.
okok melalut pulak.

actually sinopsis cerita dia lebih kurang gini,


Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama  untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka. Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka.
Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan. Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. 
Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya.  Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?


poster filem Al-Hijab



Fathia dalam filem ni berlakon jadi girlfriend Pierre Andre



tu dia makcik tua yang nak buka hijab Rafael








filem ni pada pandangan mata saya yang agak penakut ni memang serammmmmmmm okay!!!
start je movie dah scene seram, tu belum tengok sampai habis lagi.
asyik keje nak tutup mata je dengan tangan.
huahuahua.
rasanya 70% jalan cerita ni semua mood seram dan menggunakan scene malam.
tengah-tengah tengok tu asyik nak kata cepat lah siang, cepat lah siang.
jadi kalau uolls nak tahu kesudahan filem ni sampai habis, pegi la tengok kat wayang ye.
tak rugi rasanya tengok filem ni.
berpadan la dengan tagline dia, filem seram terhebat 2011.
;p



filem Al-Hijab ni release pada 6 Oktober 2011.
korang boleh search tentang filem ni kat sini
jom kita sama-sama menyokong filem tempatan!












Wednesday, September 21, 2011

musuhnya habis binasa







    
live on tv2 and Astro Arena.
siapa yang takde astro tu boleh la tengok kat tv2 yer... macam saya.
huahuahua
jam berapa?
0700pm waktu malaysia.
good luck MALAYSIA!



good luck juga pada dia.
HEHE.










Tuesday, September 20, 2011

sapa penah makan kat sini angkat tangan..........




OMG!



















saya pernah makan disini dengan husband.
last year lah kot. tak ingat lah.
tapi saya ingat husband cakap,  ''...tempat ni mesti tak pedas, sebab dia cili merah...''
huahuahua.
ok back to main topic.
kenapa lah waiter dia tak guna akal untuk berfikir.
kan bowl tomyam tu panas, kenapa tak guna tray?
pulak tu bawak two dish sekaligus.
hebat, tu pasal lah boleh tumpah kat baby tu.
saya yang baca entri tersebut pun seriau.
teringat last year air panas tertumpah ke atas saya.
sakittttttttttttttttt tahu!
sebulan saya mc.
pantang makan macam-macam.
seminggu sekali ulang alik hospital.
nak dressing luka. topup ubat.
inikan pulak baby yg baru je 7 months okayy.
apelah yang dia tahu.
saya nak marah ni. marah ni.
sumber : sini










Monday, September 19, 2011

harga rumah mahal

apasal lah harga rumah kat kl dengan selangor sekarang ni mahal gila?
aku stress okeh.
tak kira lah kat mana-mana sume macam tak berapa mampu nak membelinya.
yelah, kau cari kat area bangi, pj, s.alam sana.... memanglah mahal ngoks!
huahuahua
hadoi, letih la macam ni. takkan nak duduk menyewa je sepanjang hayat.
nak duduk rumah sendiri... nak duduk rumah ada tanah boleh tanam-tanam... uhuk uhuk.
ehhh adaaa, tapi rumah 2nd hand la. belah area yang jalan dia memang jammed gila.
pegi keje stok keluar awal lepas tu balik dah malam.
tapi,
rumah mahal-mahal pun developer letak, still ada orang nak beli jugak.
diorang ni keje apa boleh mampu beli rumah mahal-mahal ni?
saya confused.
sungguh.
apasal la saya takde kenal dengan mamat-mamat developer ni.
ok bye!
=(








terima kasih kerana kalah, lain kali buat lah lagi.



match Sunday, Sept 18 2011





   4 - 0





gila tak boleh belah.
benci. tak suka hokeh.
siap ada 2 kad merah lagi.
apa pun tak boleh.
apo la nak jadi dengan team cap ayam den ni.
tak paham aku.
sumber : sini

ini lagi satu.
match Saturday, Sept 17 2011

T-Team 2 - 1 Selangor

lagi macam hampeh.
walaupun saya anak jati nisimilan, tapi disebabkan dari kecil memang adore dengan team yang dah mencapai pencapaian yang paling awesomeee dalam kancah piala malaysia setakat ni dan nak pula berhusband kan anak jati negeri yang dah memenangi 32 gelaran dan 16 kali naib juara piala malaysia ni walaupun no.ic dia kat tengah tu 14, so dengan sukacitanya,

yes, saya penyokong Selangor. 
kenapa, ada masalah kah?

HAHAHAHAHA

apa ni? semua kecundang je match minggu ni.
masih mood raya kah?
vongok.
tak faham aku.
lepas ni pakat takyah tengok bola la.
kita pasang dvd yang baru beli tadi je ye husband.
*stress








Thursday, September 15, 2011

mulut puaka yang sangat awesomeeeeeeeeee




hello peeps!
actually hari ni saya takde booking dat mean takde job. eh bukan takde job, adaa tapi bukan atas nama saya.
kang kalau saya cakap saya takde job lepas tu boss baca belog ni mesti dia suruh saya pergi kursus.
saya taknak sebab kursus saya dah cukup lepas tu akhir-akhir tahun ni apa barang attend kursus-kursus ni.
BAHAHA
boss saya tu tak boleh tengok staff-staff dia duduk je kat ofis tanpa buat-buat sibuk.
dia jaki okay. benci tahu.
disebabkan saya tengah free hari ni dan saya tak tahu nak buat apa jadi saya berhasrat nak goooooogle sahaja. boley?

asyik menggooooogle tiba-tiba saya jumpa satu website yang hakelahhh macam ni punya manusia pun ada.
ini kes jealous lah ni sebab tu dia decide buat website macam tu kan.
ingat tak sebelum ni saya ada buat entry cerita gempar pasal keeper harimau malaya putus sudah kasih sayang.
so, empunya website/belog tu ada cerita pasal dia tak suka dgn ex tunang keeper tersebut.
dan saya rasa website tu pun dibuat sebab dia benci gila dengan ex keeper tu kot ;p
ramai lah juga follower yg mengekornya. mungkin sekadar suka-suka atau nak buat nasi tambah je.
tambah garam gula sikit plus ajinomoto.
dalam website tu tak tahu lah admin dia ke or someone else yang mention macam-macam lah pasal ex tersebut. pegi lah google uolls. baca sendiri ok.
saya baca pun geli, rasa nak sepak je muka dia laju-laju sebab mulut dia puaka sangat.
apadaaaaaaa, best sangat ke nak cerita aib dan keburukan orang.
biarlah mereka putus kasih sekalipun, walaupun disebabkan orang ke-3, 4, 5 dan 6 sekalipun, kita sebagai hamba Allah yang takde kena mengena dalam hidup diorang just doakan yang terbaik sudahlah.
tak perlu nak ungkit dulu dia tak pakai tudung, pakai sexy, perangai bukan baik sangat.
past is past lah kann.
saya tak pihak pada sesiapa cuma rasa macam eeeeeiiii u, esok-esok cakap pasal org nnt kena balik kat kaum kerabat u pulak haaaa. time tu barulah tahu langit tinggi ke rendah.
siap post keeper kita beraya dirumah DT lagi. kelasss website kau noks! luar dalam kau tahu.
mesti kau ni memang dilahirkan jadi kpochi. huahuahua

lagipun bagi saya belog ni kan dah macam journal harian kita.
e-diary la bagi orang yang malas menulis macam saya.
lagipun sekarang semua kan dihujung jari.
on je lappy, lepas tu pasang wifi or wireless then goooogle. kalau typing error boleh tekan terus keypad delete. takyah nak liquid paper, takyah nak koyak-koyak kertas.
so suka hati dia la entry dia yang lepas-lepas tu dia nak simpan lagi ke, delete ke or publish kat orang.
kau pulak yang jadi nasi tambah. jaja cerita orang sana-sini apahal?
tak paham aku manusia di jaman sekarang ni. suke benor nak sibuk-sibuk hal orang.
esok-esok, kain sendiri koyak, baru sibuk nak jahit. padahal kain tu dah lama gila koyak baru sekarang kau perasan.
ada lagi fanpage yang haremmmmm macam ni. hadoiiii tak paham den. takde keje kot diorang tu.
apasal la kau tak jadi agent cia ke fbi ke membongkar rahsia kerajaan di muka bumi ni.

bagi saya, once u dah ada link dengan public figure tu, then u dah dikenali,
maka setiap minit hidup u mesti ada orang perhatikan.
masa jaman jahiliah u or masa kegemilangan u sekarang, semua akan dijadikan bahan untuk mereka mendrop dan mengayam-ayamkan u.
itu harga yang perlu u bayar once u tengah dan pernah berdamping dengan public figure.
so saya harap, bagi mereka yang pernah berdamping dengan public figure tu, sabar-sabarkan lah diri ye.
mereka yang tak suka tengok u dan jealous dengan u a.k.a mulut puaka, u ignore kan aje.
biarkan mereka menyalak sekuat-kuatnya, dah penat nanti sure mereka diam membisu.

saya tak cakap saya bagus sangat, baik gila dan ilmu penuh didada.
cuma kalau boleh saya nak jadi yang biasa-biasa sahaja.
dah jadi isteri orang ni, dosa kita suami yang tanggung.
perghhh ayat kauuu bajet macam baik je kan.
so saya taknak lah suami menanggung azab api neraka akibat perbuatan isteri dia yang suka sangat bergossip girl ini. HAHA
gossip benda betul takpe, jgn menjaja cerita orang sana sini sudah la kannnn uolls?
kadang-kadang mulut kita ni asyik bercerita tentang benda remeh-temeh je, semua nak complaint,
ada je benda yang tak puas dek hati. tapi kita tak tengok balik apa yg berlaku dalam kehidupan seharian kita.
benda-benda macam tu lah sebenarnye yang mempengaruhi apa yang kita dapat dan tak dapat dalam hidup kita. uolls faham tak apa yang saya cuba sampaikan ni?
alaaaa, maksudnya, sekarang kau cakap pasal orang lain, esok-esok balik ke kau jugak.
huahuahua.
itu yang saya takut dan kalau boleh nak elak.

sesungguhnya yang buruk datang dari saya, yang baik-bak semua datang dari Allah SWT.
lantak korang la nak cakap apa, saya cuma luahkan apa yang terbuku kat dalam hati ni.
agak melampau kata-kata uolls ni dalam website, itu yang mak hangen tu.



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, '' Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri. '' (Riwayat Abu Daud)







bye uolls.
suami dah sampai nak jemput pegi lunch sekali. jom!
;p








Wednesday, September 14, 2011

open house + open office = open perut lah!

semalam, hari ni, minggu ni, pun minggu depan hari-hari ada orang buat OH.
tak kira la rumah ke, ofis ke, mana-mana la yang penting hari-hari ada orang ajak makan free.
dan maka begitu, save lah duit belanja saya....wieeeeeeeee!!!
suka.suka.suka.
dengan itu, makan menggemuk lah saya. makin lemak berkrim lah lemak-lemak disekitarnya.
tak guna kau diet time puasa hari tu cik kak oii.
semalam, ofis saya di branch lain ada buat OH.
wahh branch lain katenyeeee, padahal dekat bangunan sebelah je hihihi.
meriah walaupun kecil-kecilan. mana-mana orang yang terlalu-lalang disekitar ofis habis kami ajak.
rezeki makan kannnn....cap f pulak tu sapa tak nak.
balik muka kenyang, malam hanya buat nasi goreng for suami. save tenaga.
hari ni, makan f lagi. tapi di rumah abah. abah?
ehh abah lah. yang sakit jantung hari tu. beliau masih mc lagi sampai pencen.
so kami pakat ramai-ramai beraya plus melawat sekali ke rumah beliau.
sudahlah hujan ditengah hari, makin buat perut ni berkeroncong untuk diisi je. ;p
abah sudah sihat, alhamdulillah. makin ceria walaupun susut 7kg.
makan kena catu lah katakan. sabar jelah ye abah.


tuan rumah in da house....

gossip girl. ehh, gossip mak-mak orang. HAHA



en.hamzah a.k.a abah kami


budak ni rajin wooooo
ini baru minggu ni punya oh, belum minggu-minggu depan lagi.
makan f jelah kau ye kecil.
confirm lepas ni berat naik dengan jayanya.
lemak oh lemak, come to mama pleaseeeeeeeeeee.
ehh, tapi tiap-tiap hari sebelum tido saya ada buat senaman sikit-sikit tau.
takat lompat bintang 20x tu selamba saya buat sambil tido.
HAHAHA












Monday, September 12, 2011

rezeki




'' Tuhan dah tentukan rezeki masing-masing,
itu mungkin bahagian awak, 
Insyallah bahagian saya akan datang.
jangan mudah iri hati, nanti merana diri.....''


saya petik quote tersebut dari wall rakan saya.
rezeki, macam-macam kita boleh tafsirkan.
tapi bagi saya yang dah berumahtangga sekarang ni confirm-confirm la rezeki anak kannn. ;p
nak kata rezeki keje, dah ok. alhamdulillah.
naik pangkat ke lambat naik pangkat ke, lulus exam ke tak lulus exam ke,
tu semua boleh settle... selagi kita jujur dan komited dalam kerja,
insyallah rezeki itu Allah beri.
lambat atau cepat, itu semua bergantung kepada usaha kita.
betul tak?.
saya bukan apa, cuma emosi sikit bab-bab rezeki anak ni.
anyone yg dah berkahwin of course la sibuk fikir pasal nak dapat baby cepat-cepat.
tapi bagi saya, itu rezeki masing-masing. lambat or cepat bukan saya yg tentukan.
usaha lebih itu yg kita mahukan. betul bukan?
saya rimas kalau everywhere pegi org sibuk dok tanya,
''...ehh dah muntah-muntah belum?...''
atau
''...dah ada isi ke?...''
atau
''...bila lagi ni, cepat-cepat sikit, jgn tunggu lelama...''

ye, saya tahu.
mereka ambil berat.
mereka suka nak tengok perut saya boyot.
mereka suka nak timang bakal baby saya.
tapi, serious saya speechless.
ini kan rezeki yang tak boleh kita jangkakan.
so saya senyummmmmm sahaja. *_*
anak = harta kekal dunia akhirat.
anak = pembawa rezeki.
anak = pengikat kasih sayang suami isteri.
ye! saya nak anak ramai-ramai.
suami kata, mari kita kalahkan kakak dan mak kita.
wahhh, meletup perut saya itu macam sayang.
saya tahu suami suka budak.
sebab tu dia kalau boleh nak anak cepat-cepat.
well, saya tak cakap saya jealous dengan orang yang dah ada baby.
sumpah tidak!
uolls nak dapat dulu, carry on la. sebab itu kan rezeki uolls.
so saya yang belum ada rezeki ni kena lah usaha lebih giat lagi.
hujung-hujung tahun kenalah produktif sikit. kan suami kannnn.
tapi, sometimes rimas sebab kiri kanan orang tengah cerita pasal anak.
''...anak aku dah pandai ini, dah pandai itu...''
''...anak kau dah pandai buat apa? check up bulan ni kau dah pegi ke...''
''...anak aku kelakar, dia buat itu, dia buat ini...''
HAHAHAHA
rimas siot. tapi itulah senario yang kita perlu hadapi di sekeliling kita yang dah berumahtangga ni.
esok-esok time kau pulak kan. jangan kau yang meroyan hari-hari cerita pasal anak kau sudah lah.
terasa jiwa ni masih muda remaja lagi. tapi hakikatnya kau dah kawin lah kecil.
terima hakikah hokehh!




 Surah as-Syura ayat 49 dan 50
“ Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. ”









malam tadi saya kantoi lepas tu saya kena kurung

hello peeps!
good morning monday blues.
BAHAHA
saya awal hari ni, tak lambat dan tak cepat sangat.
well, semangat kerja katanyaaa.
semalam, semalam nak cerita ni tau.
actually kanda memang tak tahu kewujudan belog saya.
bukan saya ingkar tak nak dia tahu, tapi ni kan private.
saya malas lah apa yg saya bebel-bebel ni dia buat point.
nanti bila dia tengok muka saya, dia gelak-gelak.
lepas tu ade jeee dia nak kaitkan kehidupan seharian kami dengan belog ni.
haishhhhh, geram tau.
kalau saya tak bagi, dia siap keluarkan dalil-dalil.
tak sanggup saya nak tadah telinga dengar.
kanda tu kan, sukaaaaaa sangat sakat saya.
akhirnya malam tadi,
dia ketahuan jua..... habis la rahsia yang selama ni saya simpan.
tutup pintu bilik sebab nak godek-godek apelah yg saya bebel dalam belog ni.
konon-konon dia nak tengok saya skandal dengan sapa.
hadoiiiiiii, kelakar u ni b.
i nak skandal dengan sapa b, hari-hari pun i balik rumah.
hari-hari pun u asyik tengok muka i.
baru nak google pun u suruh i teman u tengok tv.
so camaner nk skandal-skandal ni......
itulah, geng susuk saya ni lah.
cakap-cakap pasal belog, kanda saya pasang telinga.
dia dapat tau walaupun bukan secara official dr saya.
geng susuk saya ada dapat pass utk press screening filem libas,
dia ajak saya dan dibolehkan membawa teman.
so saya ajaklah kanda tapi dia confuse camaner saya boleh dapat pass.
akhirnya, jadilah isu pasal belog-belog ni.
kanda saya memang begitu. tak boleh nak rahsia-rahsia sikit.
semua dia nak tau dengan alasan,
i ni siapa? suami u kan...
kesudahnya lepas ni abis la, belog saya akan dipantau.
ok suami, it's all yours now.
tengok la puas-puas lepas ni ye b.....
tapi, mak ok je. sebab mak tak salah kannn...


*tak boleh nak sorok-sorok langsung, sume nak tau ;p







Tuesday, September 06, 2011

serangan penyakit afrika

first day start keje lepas cooti seminggu.
ehh seminggu ke??? tetttt.
malasnyeeeeeee nak buat keje.
jadinya, disebabkan kemalasan yang melanda ni, saya tekad nak duduk depan pc je.
boley?
nak goooogle macam-macam sampai muntah.
actually, ada tugas utk saya sebenarnya. kanda suruh buat something.
tapi masalahnya saya malas ok. saya malas.
apa nak jadi lah kan saya ni?
ehh saya malas di ofis je, kat rumah saya rajin.
sebenarnya saya sekarang tengah derita pms.
so macam nak balik rumah je lepas tu berehat.
kalau lah boleh.......kann?





Saturday, September 03, 2011

cerita raya saya yang tiada kesudahan

selamat hari raya uollls!!!!!!

first day masuk keje selepas cuti raya.
rasa macam malas gila apatah lagi nak buat keje.
ehh uolls raya macamana? best tak?
saya raya tahun ni tersangat lah sibuk.
sibuk beraya rumah saudara-mara.
sampai tak sempat nak update segala.
maklumlah, baru kawin. so kenalah tunjuk muka dekat semua.
KEHKEH
tapi, serius sangat penat hari-hari raya saya. kesana kesini muka tah macam apa tah.
saya layankan aje mereka tu... sebab bukan saya drive. so boleh rehat-rehat.
1st day raya,
kami, hub's families berjourney to the south. beraya dirumah saudara mereka.
kl - shah alam - batu pahat - muar - sg.udang - jasin
scary bukan?
kalau waja garang tu boleh bercakap, sure dia cakap,
''...udah-udah la tu, gua pun nak rehat gak...lu orang lenjan macam sakai lah!...''
lepas solat raya di shah alam, kami makan-makan sambil bermaaf-maafan, terus gerak pegi bt.pahat.
PLUS clear tak jammed cuma banyak kereta je. perjalanan lancar takde apa-apa halangan, alhamdulillah.
saya memang tak pernah sampai sana so rasa perjalanan sangat lama dan penat sampai tertidur-tidur.
kesudahnya kesian dia drive alone. serupa takyah bawak bini macam tu kan.
tapi saya serius penat badan.
sebab the days before raya memang saya sibuk tolong hub's family buat persiapan raya.
buat persiapan rumah kami juga. masak ketupat segala la.
so masa ke bt.pahat saya curi masa untuk charge energy sebab saya tahu lepas ni mesti akan kena buat banyak kerja punya.
takpe suami, esok-esok i repeat time dengan u ye sayang.
tapi nak cakap ni, raya kali ni memang best. sebab konvoi ramai-ramai kot. sangat meriah.
tapi bila sampai melaka, masing-masing capekkk. muka semua nak toya mintak penampor.
apa taknye, sampai melaka dah malam. pukul 10 macam tu. gila tak penat.
bangla pun pukul 7 dah abes keje. kau pulak yang meroyan raya sampai malam tu dah kenapa kann.
well, raya pertama kan setahun sekali, so layannn kan aje karenah old timer ni.
yang drive lagi tak tau nak cakap apa, ini yang co-pilot ni sampai dah kebas vontot apa cerita?
serius sampai melaka saya dah capekk sangat. rasa macam nk meroyan disitu. rasa nak mengamuk.
lepas aje raya rumah saudara belah suami ni, kami terus shoot balik kampung saya di jasin.
gila tak gila, gila lah juga sebab masa tu dah pukul 1 pagi. orang tengah celebrate merdeka.
suami drive sampai mata kecik besar kecik besar je sebab dah mengantuk sangat.
rasanya 3-4 kali jugak la dia basuh muka tapi tu pun tak lut.
alah, tu memang nak kena tido dh tu. dapat bantal sure lelap punya.
saya dah offer dah nak drive, tapi suami siap menghanjing,
''...u nak bawak? ishhh bukan je i tak boleh tido, malah buat sakit hati je kang...''
perghhh suami u niiiii, sentap i tau...
ehh hello, waja garang u tu yang besar sangat, bukan salah i tau.
lainkali belikan la i mini cooper ke kann.
sure i confident. bawak sambil tutup mata pun okayyy.
sampai jasin, dah tak leh nak buat apa, terus tido.
vavavava penat sangat lah tu.
raya kedua, ketiga dan seterusnya pun sibuk juga. macam kanak-kanak baru belajar beraya.
raya tak habis-habis. makan macam tak kenyang-kenyang.
sebab lepas kawin terus balik kl, tak sempat nak geli-geli dengan saudara semua,
jadinya time raya ni kena la tunjuk muka.
barulah saya faham erti raya pertama sebagai suami isteri... HAHA
ayat tak tahan jiwang so sila lah muntah.
seronok tapi penat, itu yang saya boleh gambarkan erti raya saya tahun ni.
seronok sebab, persiapan dan kelengkapan raya suami yang belikan.
jadi ada bonus disitu. boleh la amik barang yang bukan-bukan kan... wahahaha
borossss, memang kaki boros. apa pun tak boleh.
ehhh, itu kan termasuk dalam tanggungjawab suami.

saya punya, haruslah simpan diam-diam. jangan keluar-keluar biar sampai beranak.
jahat tak jahat tak?

tapi saya takde la macam tu, kenalah faham suami juga.
sebab lepas raya mesti nak pakai banyak duit kannn.
so kami berbelanja dengan berhemat. long-list, short-list semua adaaaaa.
saya tak nak la suami punya kepala botak awal akibat asyik mengira aliran keluar je.
ni insyallah kalau ada rezeki raya, kenalah menabung balik kannn. ;p


mereka yang masih bachelorette, ehh tapi yang sorang tu macam tahun depan je bunyinya... ;p


mereka rakan-rakan bachelorette saya. sangat meriah mereka ni.
datang beraya rumah saya masing-masing kpochi sampai suami terdiam tak reti nak borak apa.
HUAHAHA.
tapi yang ni tak cukup korum... kalau cukup ni sure kena tambah telinga sebab masing-masing sibuk nak bercerita.
nak kena planning lagi ni untuk our next bachelorette trip... walaupun saya dah kawin kannn ;p
jalan dengan rakan-rakan itu mesti... mujur suami open-minded. takdehal punya. janji jaga diri.
sebab tu saya sayang suami lebih.


seeee, macam pasangan yang sedang hangat bercinta, malu-malu lagi kauuu...;p mengada tauuu..

kami tiada gambar raya. agak kesedihan disitu... sobb sobbbb. nak nanges macam budak kecik.
tak sempat pun nak bergambar. salam maaf-maaf, cium tangan pun dalam kereta masa otw ke bt.pahat.
sebab nak kejar masa, nak fixed time nak sampai pukul berapa.
tengok lah, posing pun macam malu-malu je... macam belum kahwin. macam tengah hangat bercinta.
ok, saya tahu ini mual, so anda boleh lah muntah. pleaseeee.
suami memang begitu, tak boleh nak kata apa. dia malu katanyaaaaa.
saya confused, tapi saya layankan aje sebab saya tahu dia memang begitu. HIP HIP HORAYYY
asalkan saya tahu dia sayang saya okaylah.

sekian cerita raya saya.
penat tak nak baca?
HEHE
itu belum lagi cerita hub's family serbu beraya rumah kami.
nak cerita pun letih. memenatkan tapi best ;p
now, back to normal. as usual.
tak best sebab dah naik keje dah.
nak cooooti lagi pleaseeee.
fokus kecil, fokusss!!!