life is beautiful

life is beautiful

Saturday, September 03, 2011

cerita raya saya yang tiada kesudahan

selamat hari raya uollls!!!!!!

first day masuk keje selepas cuti raya.
rasa macam malas gila apatah lagi nak buat keje.
ehh uolls raya macamana? best tak?
saya raya tahun ni tersangat lah sibuk.
sibuk beraya rumah saudara-mara.
sampai tak sempat nak update segala.
maklumlah, baru kawin. so kenalah tunjuk muka dekat semua.
KEHKEH
tapi, serius sangat penat hari-hari raya saya. kesana kesini muka tah macam apa tah.
saya layankan aje mereka tu... sebab bukan saya drive. so boleh rehat-rehat.
1st day raya,
kami, hub's families berjourney to the south. beraya dirumah saudara mereka.
kl - shah alam - batu pahat - muar - sg.udang - jasin
scary bukan?
kalau waja garang tu boleh bercakap, sure dia cakap,
''...udah-udah la tu, gua pun nak rehat gak...lu orang lenjan macam sakai lah!...''
lepas solat raya di shah alam, kami makan-makan sambil bermaaf-maafan, terus gerak pegi bt.pahat.
PLUS clear tak jammed cuma banyak kereta je. perjalanan lancar takde apa-apa halangan, alhamdulillah.
saya memang tak pernah sampai sana so rasa perjalanan sangat lama dan penat sampai tertidur-tidur.
kesudahnya kesian dia drive alone. serupa takyah bawak bini macam tu kan.
tapi saya serius penat badan.
sebab the days before raya memang saya sibuk tolong hub's family buat persiapan raya.
buat persiapan rumah kami juga. masak ketupat segala la.
so masa ke bt.pahat saya curi masa untuk charge energy sebab saya tahu lepas ni mesti akan kena buat banyak kerja punya.
takpe suami, esok-esok i repeat time dengan u ye sayang.
tapi nak cakap ni, raya kali ni memang best. sebab konvoi ramai-ramai kot. sangat meriah.
tapi bila sampai melaka, masing-masing capekkk. muka semua nak toya mintak penampor.
apa taknye, sampai melaka dah malam. pukul 10 macam tu. gila tak penat.
bangla pun pukul 7 dah abes keje. kau pulak yang meroyan raya sampai malam tu dah kenapa kann.
well, raya pertama kan setahun sekali, so layannn kan aje karenah old timer ni.
yang drive lagi tak tau nak cakap apa, ini yang co-pilot ni sampai dah kebas vontot apa cerita?
serius sampai melaka saya dah capekk sangat. rasa macam nk meroyan disitu. rasa nak mengamuk.
lepas aje raya rumah saudara belah suami ni, kami terus shoot balik kampung saya di jasin.
gila tak gila, gila lah juga sebab masa tu dah pukul 1 pagi. orang tengah celebrate merdeka.
suami drive sampai mata kecik besar kecik besar je sebab dah mengantuk sangat.
rasanya 3-4 kali jugak la dia basuh muka tapi tu pun tak lut.
alah, tu memang nak kena tido dh tu. dapat bantal sure lelap punya.
saya dah offer dah nak drive, tapi suami siap menghanjing,
''...u nak bawak? ishhh bukan je i tak boleh tido, malah buat sakit hati je kang...''
perghhh suami u niiiii, sentap i tau...
ehh hello, waja garang u tu yang besar sangat, bukan salah i tau.
lainkali belikan la i mini cooper ke kann.
sure i confident. bawak sambil tutup mata pun okayyy.
sampai jasin, dah tak leh nak buat apa, terus tido.
vavavava penat sangat lah tu.
raya kedua, ketiga dan seterusnya pun sibuk juga. macam kanak-kanak baru belajar beraya.
raya tak habis-habis. makan macam tak kenyang-kenyang.
sebab lepas kawin terus balik kl, tak sempat nak geli-geli dengan saudara semua,
jadinya time raya ni kena la tunjuk muka.
barulah saya faham erti raya pertama sebagai suami isteri... HAHA
ayat tak tahan jiwang so sila lah muntah.
seronok tapi penat, itu yang saya boleh gambarkan erti raya saya tahun ni.
seronok sebab, persiapan dan kelengkapan raya suami yang belikan.
jadi ada bonus disitu. boleh la amik barang yang bukan-bukan kan... wahahaha
borossss, memang kaki boros. apa pun tak boleh.
ehhh, itu kan termasuk dalam tanggungjawab suami.

saya punya, haruslah simpan diam-diam. jangan keluar-keluar biar sampai beranak.
jahat tak jahat tak?

tapi saya takde la macam tu, kenalah faham suami juga.
sebab lepas raya mesti nak pakai banyak duit kannn.
so kami berbelanja dengan berhemat. long-list, short-list semua adaaaaa.
saya tak nak la suami punya kepala botak awal akibat asyik mengira aliran keluar je.
ni insyallah kalau ada rezeki raya, kenalah menabung balik kannn. ;p


mereka yang masih bachelorette, ehh tapi yang sorang tu macam tahun depan je bunyinya... ;p


mereka rakan-rakan bachelorette saya. sangat meriah mereka ni.
datang beraya rumah saya masing-masing kpochi sampai suami terdiam tak reti nak borak apa.
HUAHAHA.
tapi yang ni tak cukup korum... kalau cukup ni sure kena tambah telinga sebab masing-masing sibuk nak bercerita.
nak kena planning lagi ni untuk our next bachelorette trip... walaupun saya dah kawin kannn ;p
jalan dengan rakan-rakan itu mesti... mujur suami open-minded. takdehal punya. janji jaga diri.
sebab tu saya sayang suami lebih.


seeee, macam pasangan yang sedang hangat bercinta, malu-malu lagi kauuu...;p mengada tauuu..

kami tiada gambar raya. agak kesedihan disitu... sobb sobbbb. nak nanges macam budak kecik.
tak sempat pun nak bergambar. salam maaf-maaf, cium tangan pun dalam kereta masa otw ke bt.pahat.
sebab nak kejar masa, nak fixed time nak sampai pukul berapa.
tengok lah, posing pun macam malu-malu je... macam belum kahwin. macam tengah hangat bercinta.
ok, saya tahu ini mual, so anda boleh lah muntah. pleaseeee.
suami memang begitu, tak boleh nak kata apa. dia malu katanyaaaaa.
saya confused, tapi saya layankan aje sebab saya tahu dia memang begitu. HIP HIP HORAYYY
asalkan saya tahu dia sayang saya okaylah.

sekian cerita raya saya.
penat tak nak baca?
HEHE
itu belum lagi cerita hub's family serbu beraya rumah kami.
nak cerita pun letih. memenatkan tapi best ;p
now, back to normal. as usual.
tak best sebab dah naik keje dah.
nak cooooti lagi pleaseeee.
fokus kecil, fokusss!!!







No comments: