life is beautiful

life is beautiful

Thursday, September 15, 2011

mulut puaka yang sangat awesomeeeeeeeeee




hello peeps!
actually hari ni saya takde booking dat mean takde job. eh bukan takde job, adaa tapi bukan atas nama saya.
kang kalau saya cakap saya takde job lepas tu boss baca belog ni mesti dia suruh saya pergi kursus.
saya taknak sebab kursus saya dah cukup lepas tu akhir-akhir tahun ni apa barang attend kursus-kursus ni.
BAHAHA
boss saya tu tak boleh tengok staff-staff dia duduk je kat ofis tanpa buat-buat sibuk.
dia jaki okay. benci tahu.
disebabkan saya tengah free hari ni dan saya tak tahu nak buat apa jadi saya berhasrat nak goooooogle sahaja. boley?

asyik menggooooogle tiba-tiba saya jumpa satu website yang hakelahhh macam ni punya manusia pun ada.
ini kes jealous lah ni sebab tu dia decide buat website macam tu kan.
ingat tak sebelum ni saya ada buat entry cerita gempar pasal keeper harimau malaya putus sudah kasih sayang.
so, empunya website/belog tu ada cerita pasal dia tak suka dgn ex tunang keeper tersebut.
dan saya rasa website tu pun dibuat sebab dia benci gila dengan ex keeper tu kot ;p
ramai lah juga follower yg mengekornya. mungkin sekadar suka-suka atau nak buat nasi tambah je.
tambah garam gula sikit plus ajinomoto.
dalam website tu tak tahu lah admin dia ke or someone else yang mention macam-macam lah pasal ex tersebut. pegi lah google uolls. baca sendiri ok.
saya baca pun geli, rasa nak sepak je muka dia laju-laju sebab mulut dia puaka sangat.
apadaaaaaaa, best sangat ke nak cerita aib dan keburukan orang.
biarlah mereka putus kasih sekalipun, walaupun disebabkan orang ke-3, 4, 5 dan 6 sekalipun, kita sebagai hamba Allah yang takde kena mengena dalam hidup diorang just doakan yang terbaik sudahlah.
tak perlu nak ungkit dulu dia tak pakai tudung, pakai sexy, perangai bukan baik sangat.
past is past lah kann.
saya tak pihak pada sesiapa cuma rasa macam eeeeeiiii u, esok-esok cakap pasal org nnt kena balik kat kaum kerabat u pulak haaaa. time tu barulah tahu langit tinggi ke rendah.
siap post keeper kita beraya dirumah DT lagi. kelasss website kau noks! luar dalam kau tahu.
mesti kau ni memang dilahirkan jadi kpochi. huahuahua

lagipun bagi saya belog ni kan dah macam journal harian kita.
e-diary la bagi orang yang malas menulis macam saya.
lagipun sekarang semua kan dihujung jari.
on je lappy, lepas tu pasang wifi or wireless then goooogle. kalau typing error boleh tekan terus keypad delete. takyah nak liquid paper, takyah nak koyak-koyak kertas.
so suka hati dia la entry dia yang lepas-lepas tu dia nak simpan lagi ke, delete ke or publish kat orang.
kau pulak yang jadi nasi tambah. jaja cerita orang sana-sini apahal?
tak paham aku manusia di jaman sekarang ni. suke benor nak sibuk-sibuk hal orang.
esok-esok, kain sendiri koyak, baru sibuk nak jahit. padahal kain tu dah lama gila koyak baru sekarang kau perasan.
ada lagi fanpage yang haremmmmm macam ni. hadoiiii tak paham den. takde keje kot diorang tu.
apasal la kau tak jadi agent cia ke fbi ke membongkar rahsia kerajaan di muka bumi ni.

bagi saya, once u dah ada link dengan public figure tu, then u dah dikenali,
maka setiap minit hidup u mesti ada orang perhatikan.
masa jaman jahiliah u or masa kegemilangan u sekarang, semua akan dijadikan bahan untuk mereka mendrop dan mengayam-ayamkan u.
itu harga yang perlu u bayar once u tengah dan pernah berdamping dengan public figure.
so saya harap, bagi mereka yang pernah berdamping dengan public figure tu, sabar-sabarkan lah diri ye.
mereka yang tak suka tengok u dan jealous dengan u a.k.a mulut puaka, u ignore kan aje.
biarkan mereka menyalak sekuat-kuatnya, dah penat nanti sure mereka diam membisu.

saya tak cakap saya bagus sangat, baik gila dan ilmu penuh didada.
cuma kalau boleh saya nak jadi yang biasa-biasa sahaja.
dah jadi isteri orang ni, dosa kita suami yang tanggung.
perghhh ayat kauuu bajet macam baik je kan.
so saya taknak lah suami menanggung azab api neraka akibat perbuatan isteri dia yang suka sangat bergossip girl ini. HAHA
gossip benda betul takpe, jgn menjaja cerita orang sana sini sudah la kannnn uolls?
kadang-kadang mulut kita ni asyik bercerita tentang benda remeh-temeh je, semua nak complaint,
ada je benda yang tak puas dek hati. tapi kita tak tengok balik apa yg berlaku dalam kehidupan seharian kita.
benda-benda macam tu lah sebenarnye yang mempengaruhi apa yang kita dapat dan tak dapat dalam hidup kita. uolls faham tak apa yang saya cuba sampaikan ni?
alaaaa, maksudnya, sekarang kau cakap pasal orang lain, esok-esok balik ke kau jugak.
huahuahua.
itu yang saya takut dan kalau boleh nak elak.

sesungguhnya yang buruk datang dari saya, yang baik-bak semua datang dari Allah SWT.
lantak korang la nak cakap apa, saya cuma luahkan apa yang terbuku kat dalam hati ni.
agak melampau kata-kata uolls ni dalam website, itu yang mak hangen tu.



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, '' Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri. '' (Riwayat Abu Daud)







bye uolls.
suami dah sampai nak jemput pegi lunch sekali. jom!
;p








No comments: