life is beautiful

life is beautiful

Thursday, September 22, 2011

Review filem Al-Hijab, filem seram terhebat 2011




hello peeps!

saya nak cerita ni,
selasa lepas September, 20 saya ada dapat invitation dari kawan saya untuk pratonton filem Al-Hijab.
kawan saya tu memang pemblogger tegar so dia ada link lah untuk dapat pas-pas pratonton filem tempatan ni.
tapi, mintak maaf bukan semua filem ye. huahuahua
so saya dengan jayanya, lepas balik keje, lepak-lepak rumah jap tunggu husband pulang terus pegi
Cathay Cineplexes di Cineleisure Damansara.
masa tu press, artis yang terlibat dan blogger dah ramai yang datang.
tunjang cerita ni adalah Pierre Andre.
dialah pelakon utama, dialah pengarah dan dialah juga penulis skrip.
syabas kat Pierre Andre ni. SUPERB!
susah nak cari pelakon macam dia di zaman sekarang ni.
okok melalut pulak.

actually sinopsis cerita dia lebih kurang gini,


Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama  untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka. Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka.
Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan. Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. 
Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya.  Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?


poster filem Al-Hijab



Fathia dalam filem ni berlakon jadi girlfriend Pierre Andre



tu dia makcik tua yang nak buka hijab Rafael



video





filem ni pada pandangan mata saya yang agak penakut ni memang serammmmmmmm okay!!!
start je movie dah scene seram, tu belum tengok sampai habis lagi.
asyik keje nak tutup mata je dengan tangan.
huahuahua.
rasanya 70% jalan cerita ni semua mood seram dan menggunakan scene malam.
tengah-tengah tengok tu asyik nak kata cepat lah siang, cepat lah siang.
jadi kalau uolls nak tahu kesudahan filem ni sampai habis, pegi la tengok kat wayang ye.
tak rugi rasanya tengok filem ni.
berpadan la dengan tagline dia, filem seram terhebat 2011.
;p



filem Al-Hijab ni release pada 6 Oktober 2011.
korang boleh search tentang filem ni kat sini
jom kita sama-sama menyokong filem tempatan!












No comments: