life is beautiful

life is beautiful

Monday, September 12, 2011

rezeki




'' Tuhan dah tentukan rezeki masing-masing,
itu mungkin bahagian awak, 
Insyallah bahagian saya akan datang.
jangan mudah iri hati, nanti merana diri.....''


saya petik quote tersebut dari wall rakan saya.
rezeki, macam-macam kita boleh tafsirkan.
tapi bagi saya yang dah berumahtangga sekarang ni confirm-confirm la rezeki anak kannn. ;p
nak kata rezeki keje, dah ok. alhamdulillah.
naik pangkat ke lambat naik pangkat ke, lulus exam ke tak lulus exam ke,
tu semua boleh settle... selagi kita jujur dan komited dalam kerja,
insyallah rezeki itu Allah beri.
lambat atau cepat, itu semua bergantung kepada usaha kita.
betul tak?.
saya bukan apa, cuma emosi sikit bab-bab rezeki anak ni.
anyone yg dah berkahwin of course la sibuk fikir pasal nak dapat baby cepat-cepat.
tapi bagi saya, itu rezeki masing-masing. lambat or cepat bukan saya yg tentukan.
usaha lebih itu yg kita mahukan. betul bukan?
saya rimas kalau everywhere pegi org sibuk dok tanya,
''...ehh dah muntah-muntah belum?...''
atau
''...dah ada isi ke?...''
atau
''...bila lagi ni, cepat-cepat sikit, jgn tunggu lelama...''

ye, saya tahu.
mereka ambil berat.
mereka suka nak tengok perut saya boyot.
mereka suka nak timang bakal baby saya.
tapi, serious saya speechless.
ini kan rezeki yang tak boleh kita jangkakan.
so saya senyummmmmm sahaja. *_*
anak = harta kekal dunia akhirat.
anak = pembawa rezeki.
anak = pengikat kasih sayang suami isteri.
ye! saya nak anak ramai-ramai.
suami kata, mari kita kalahkan kakak dan mak kita.
wahhh, meletup perut saya itu macam sayang.
saya tahu suami suka budak.
sebab tu dia kalau boleh nak anak cepat-cepat.
well, saya tak cakap saya jealous dengan orang yang dah ada baby.
sumpah tidak!
uolls nak dapat dulu, carry on la. sebab itu kan rezeki uolls.
so saya yang belum ada rezeki ni kena lah usaha lebih giat lagi.
hujung-hujung tahun kenalah produktif sikit. kan suami kannnn.
tapi, sometimes rimas sebab kiri kanan orang tengah cerita pasal anak.
''...anak aku dah pandai ini, dah pandai itu...''
''...anak kau dah pandai buat apa? check up bulan ni kau dah pegi ke...''
''...anak aku kelakar, dia buat itu, dia buat ini...''
HAHAHAHA
rimas siot. tapi itulah senario yang kita perlu hadapi di sekeliling kita yang dah berumahtangga ni.
esok-esok time kau pulak kan. jangan kau yang meroyan hari-hari cerita pasal anak kau sudah lah.
terasa jiwa ni masih muda remaja lagi. tapi hakikatnya kau dah kawin lah kecil.
terima hakikah hokehh!




 Surah as-Syura ayat 49 dan 50
“ Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. ”









2 comments:

Anonymous said...

saya setuju..kekayaan, jodoh, anak, adalah rezeki yg Allah bg. siapa yang tak nak anak..sedih jugak lah bile asyik ditanya soalan2 mcm yg awk ckp tu. dh setahun sy kawin, tp belum ade rezeki..sedihnya Allah saje yg tahu..

si peri peri said...

insyallah, doa banyak banyak pada-Nya...mcm kawan saya bos dia ada bg satu nasihat, "kalau dah kawen tapi tak dpt lg anak, jgn sedih. Sbb Allah nk kita buat apa yg kite mungkin ssh nak buat lepas dpt anak. Cthnye solat tahajud, ibadah sebanyak mungkin, berbakti pada mak ayah & anak yatim"... bila baca, saya terus terfikir, ada hikmah disebalik semua yg terjadi. maka awak bersabar okay...;p