life is beautiful

life is beautiful

Monday, October 31, 2011

sahabat sejati



tadi saya ada baca status kawan saya ni. diorang pegi holiday somewhere.
ehh, macam tak percaya pulak. mereka berkumpul lepas tu pegi holiday sama-sama.
me, memang wonder la. bila masa diorang plan-plan ni? tak ajak saya pun.....huwaaaa
ohh mungkin diorang ni nak bersantai sesama family kot.
*think positive*

diorang ni dulu, kawan-kawan saya masa duduk asrama.
close friends? yeah. gila baik dengan diorang. macam adik beradik kot.
dulu kan duduk asrama, entertainment mana ada. nak harapkan bilik tv yang hidup segan mati tak mahu tu, entah la. memang kedekut warden nak bagi kami tengok tv.
apa yang dia penting kan, fokus pada spm. fokus, fokus dan terus fokus.
radio semua mana boleh bawak. konon-konon peraturan ketat. puiii.
tapi memang kami tak bawak pun. budak disiplin la katakan.
HUAHUAHUA
*perasan*

ok, berbalik cerita tadi.
ada 8 semuanya. i mean, termasuk saya, kami berlapan. cececehh, a big friendship.
masa tu semua happy walaupun duduk asrama takde mak, ayah, adik-adik.
so kena la harapkan kawan-kawan yang duduk satu dorm, belajar satu kelas.
best sebab saya dapat kawan yang satu kepala. boleh in and out. no heart feeling.
dulu, senior kami garang. garang tu maknanya tegas.
budak-budak kan, fikir ikut hati.
walaupun mereka garang tapi mereka baik. tetap tolong adik-adik yang baru nak naik ni mengenal kehidupan. ajar macamana nak jadi orang walaupun mereka tua setahun je dari kami.

kawan-kawan yang lapan orang termasuk saya ni, nak kata fofular kat sekolah, tak jugak.
tapi dah kata 8 orang, memang pegi mana-mana mesti berlapan. so agak-agak jadi perhatian tak?
HUAHUAHUA okla, semua boleh muntah, saya tak kisah.
kami masing-masing ada wakil, satu budak elektrik, satu elektronik, selebihnya budak teknik.
ok mesti tak faham kan?
sekolah saya tu ada 2 aliran. teknik dan vokay.
vokay = elektrik / elektronik
teknik = kejuruteraan
tapi semuanya menjurus kepada bidang yang sama iaitu, elektrik & elektronik.
dulu, bila orang dengar SMTKK semua cakap, ''... sekolah tempat jin bertendang tu ke...''
tapi saya bangga. walaupun pada mulanya saya taknak pegi situ. memang taknak.
tapi sekarang ni saya rasa sekolah tu orang dah kenal kot. dah maju.
course pun dah bertukar. dah takde 2 aliran.


nak dijadikan cerita, suatu hari, tiba-tiba jadi tak betul.
tak tahu mana silap, berantakan antara kami.
dari 8, terus berempat. empat sana, empat sini. sedihkan?
tapi tulah, kawan baik sangat ni kadang-kadang sekelip mata je boleh gaduh.
cakap orang tua-tua. saya setuju.
masa tu, kalau tak silap, beberapa bulan sebelum kami nak spm.
walaupun ada cubaan nak berbaik semula, tapi entah la, semua tak menjadi.
bersidang jangan cakap la, banyak. tapi semua tak mencapai kata sepakat.
i don't know why.
sampai kami nak blah dari smtkk tu, still bermasam muka.
mungkin masa tu kami muda, hati kering, semua nak ikut kepala sendiri.
poyo kan memasing. padahal boleh je nak lupakan benda yang dah jadi tapi, nak jugak ikut hati muda ni.
mengada tau mengada.

lepas spm, masing-masing further study. sorang ke sana, sorang ke sini. dan ada yang bawa diri.
taktahu la sebab apa, tapi ada sorang dari kami berlapan ni memang sukar nak diduga. unpredictable.
dia geng dengan yang empat orang tu. saya gelarkan geng A lah ye. saya pula geng B.
saya dengan geng B ni memang baik gila. gurau-gurau kasar punya. tapi walaupun macam tu, kami ok.
geng A ni pulak soft sikit... agak girly tapi still boleh masuk. dulu la. dulu time berlapan tu.
nak cerita pun sebenarnya it's complicated. sapa yang sekolah dengan saya je dulu faham situasi kami.


walaupun macam tu,
sekarang ni geng A ke geng B ke, semua sama je.
dah besar, dh ada family... semua cerita lama tolak tepi. dah tak ingat dah kot.
tapi saya ingat. saya tetap ingat sampai bila-bila.
sebab, kawan saya masa yang berlapan, yang unpredictable tu, dia kawan tidur sebantal saya.
malam-malam sebelum tidur dia rajin borak dengan saya.
rajin kongsi masalah, kongsi cerita cinta dia dengan saya.
bila kami dah separate, saya rasa macam dia bukan dia yang dulu. totally different.
dia kawin, tak ajak saya. secara official. tapi dia tersilap text saya. then saya tahu.
mungkin dia nak saya tahu, tapi dia tak nak cakap terus-terang. ok, fine. whatever.
saya dengan selamber pegi. kejam tak saya?



tutup cerita tu.
tapi dia memang entahla, nak cakap pun susah. now, dia dengan geng A tak serapat dulu.
geng A yang selalu masa susah dia cari tu pun dia avoid. mereka kata dalam fb dia remove semua kami berlapan ni. ehh kecuali sorang. yang sorang ni dia friend. mungkin sebab dia nak jugak la salah sorang dari kami ni tahu kehidupan dia. so yang sorang ni kiranya jadi informer kami la. latest, dia dah ada baby. tah bila dia preggy pun kami tak tahu. nampak sangat nak lari dari kawan-kawan. keji orang macam tu.
yelah, kita dah besar ni takyah la nak perangai macam budak. nak pilih kawan macam kita kat sekolah dulu. kau tak popular, aku taknak kawan. kau tak cantik, pegi sana. kau tak pandai, jgn study dengan aku.
jadi saya ignore je apa yang mereka buat. bukannya saya ni takde kawan. cuma rasa macam diorang tak ingat kat saya je. ke, saya yang tak ingat kat mereka?

sometimes, bila jumpa, saya tak tahu nak borak topik ape dengan mereka. sesetengah dari mereka antara kami berlapan ada yang saya masih baik weh. malam sebelum saya nak nikah, dia datang tolong pakaikan inai untuk saya. sebelum saya kawin pula, she and some of my girly friends buat a short bachelorette trip.
see, walaupun saya dan dia dipisahkan berpuluh-puluh km, walaupun banting dengan pantai dalam boleh je nak runner sekejap tapi still keep-in-touch each other. HUAHUAHUA


sekarang, saya rapat dengan geng susuk. pun dah ada susuk jr. kelasss kau ain. diorang ni pun dulu satu sekolah dengan saya. pusing-pusing, akhirnya rapat dengan kawan yang dulu kita dah kenal tapi tak rapat jugak. rapat mungkin sebab husband and wife sama-sama satu sekolah punya orang. pegi mana-mana function budak sekolah, mereka ni yang terawal dan boleh jadi yang terakhir datang macam saya. HEHEHE
dan mungkin juga bila dah besar ni kami ditakdirkan semakin rapat. jodoh pertemuan ditangan tuhan.
pehhh, ayat tu memang boleh tahan ;p




our susuk jr. ikramina mecca, *sidobot*

tapi, sebenarnya, saya nak bagitahu,
saya masih rindukan kawan-kawan lama saya tu. even walaupun kita dah berkeluarga, berkahwin (ada yang belum lagi), saya tetap rindukan suasana bergelak ketawa dengan mereka.*gossip girls*

teringat masa duduk asrama.....,
makan megi kongsi satu mangkuk,
biskut Hup Seng cicah dengan tea-o petang-petang (sekarang nak makan Hup Seng pun dah tak lalu),
pegi ko-op beli aiskrim sambil usha orang,
share baju kurung sebab banyak sangat event kat sekolah plus baju kurung tak banyak,
rasa tak puas hati kat warden Cikgu Juliana yang garang macam singe (serious i missed warden ni yang selalu rotan saya sebab saya degil),
kena denda berdiri depan rumah Cikgu Juliana lagi sambil mandi hujan sebab bising time prep petang,
dapat surat, coklat, kad dari admirer, :D
counting days balik kampung 2x sebulan,
menapak jauh sebab nak cop tempat duduk dalam bas nak balik Seremban,
makan mee sizzling sedappppp kat Terminal One,
usha aspura time diorang main bola n balik solat jumaat,
bunyi tray jatuh kat dewan makan sambil buat bunyi BOOOOOOO,
overnight ramai-ramai tapi tak tahu buat ape tah,
lauk melauk birthday orang (saya tak penah kena sebab birthday saya time new year a.k.a cuti sekolah hehe),
prep tapi kejenya borak-borak,
perhimpunan asrama (PA) yang ramai-ramai kena rotan sebab ponteng hari isnin malas nak balik asrama,
spot check tetibe sampai tak sempat nak clear kan barang terlarang (hampeh punye pemimpin pelajar ;p),
duty block pagi sabtu tapi sibuk main air dalam toilet,.....


dan banyak lagi.
i missed that moments.
but, life must goes on.
i'm very happy now.

yup. that's my husband.

btw, to Cikgu Juliana, saya dah jadik orang, thanks cikgu sebab selalu rotan saya, selalu kuti lengan dan belakang badan saya sampai lebam sebab saya lambat turun prep, sebab saya buat bising time cikgu nak tidur petang.
 ;p
kalau cikgu tak buat begitu, mesti saya main-main sampai sekarang.
huahuahua
jasamu daku kenang cikgu!




















dear friends,
i will love u so much!
















Sunday, October 30, 2011

PM 2011 it's belong to Negeri Sembilan




musuhnya habis binasa.
hehe heeeeeeeee
:D


dah dah la tu, takyah nangeh lagi dah....poie balik laut balik...




p/s: kerana Sarbinee setitik, rosak Terengganu sebelanga..... HUAHUAHUA

bye!









Friday, October 28, 2011

serius terlupa

semalam birthday ayah saya. serius saya terlupa. apa nak jadi la saya ni kan. T_T
bukan sebab dah ada husband saya terus lupa ayah saya, tapi memang betul-betul lupa.
otak ni tah fikir benda apa tah. tapi yang pastinya semalam masa birthday ayah saya tu, saya sibuk.
sibuk nak mengedit bahan orang. kejar time. sebab bahan tu on-air malam tu jugak. so saya struggle habis-habisan. dah la dengan tak cukup tidurnya walaupun rabu hari tu public holiday.

walaupun anakanda mu ini sudah ada husband, tapi anakanda mu ini tidak lah lupa kepada ayahanda.
jadi malam tadi, lepas dinner, lepas isyak, saya terus call ayah. nak call petang takut orang tua tu teman mak saya pegi joggging. BAHAHA. mak pegi jogging tu. tak tahan uolls!
so, ayahanda....,


'' happy 51st birthday ''


semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki, Insyallah.
part yang best sekali, si empunya diri pun lupa birthday sendiri. mak pun lupa. hadoiiiii. pening. cuma anak dara dia yang satu ni je ingat. ehh, anak dara lagi ke? bini orang laaaa...itu pun kadang-kadang ayah saya lupa yang saya dah jadi bini orang. :)
actually, bukan saya tak ingat, cuma dulu memang ada reminder dalam hp. tapi lepas rumah sewa masa bujang dulu ada orang masuk then dia rembat hp canggih saya tu, maka dengan itu, kini saya pakai hp yang basic. HUAHUAHUA
itupun atas ehsan husband. lantas sampai sekarang saya memang tak beli hp baru. sebab nak saving nak pegi hunnymuning berjemaah next year.

tapi minggu ni rasanya tak dapat balik kampung nak celebrate birthday ayah. sabtu saya keje. husband ada tournament badminton dengan officemate dia. cik ecah si geng susuk tu pulak buat e-day dia. opssss, terlepas cakap pulak. terpaksa la postpone next week. halaaaaaaa.










Friday, October 21, 2011

life must goes on

hello,
takde cerita lain ke nak diperdengarkan kat telinga haku sekarang ni.
asyik-asyik cerita benda yang sama je.
kalau benda yang tak sama, mesti benda yang seakan-akan berkaitan dengan benda yang sama tu.
tak berkembang betul.
cerita la pasal perkembangan dunia ke, cara-cara nak improvekan diri ke, buat bisness ke.
bla bla bla.....
grrrr, stress tahu.
diorang ni tak reti nak jaga sensitiviti orang ke.
ke haku yang emosional lebih ni.

HAHAHA

next story pleaseeeee.
stop it la weh. fedup telinga gua nih.
ok la, ok la, tempat public kan. semua free to talk anything. everything.
saya yang emo lebih kot. takpelah, nak buat macam mana, sabar.
tadah jela telinga dengar mereka bercerita walaupun hati ni sebal.
entah-entah, esok kalau saya dah ada, agaknya saya pun macam mereka kot.
tapi harap harap dijauhkan la. saya tak nak. cerita sikit-sikit okla.

camaner tak nak buat telinga saya dengar cerita-cerita mereka ni?
please, help me.
begging you.
nak ignore atau layankan saja mereka ini?
kalau layankan, hati saya akan luruh. jiwa saya akan kacau.
kalau tak layankan, nampak macam tak amik tau hal sekeliling pulak.
nampak macam tak friendly.

nampak saya kuat diluar, tapi hakikatnya saya macam orang lain.
dalam hati ada taman. bunga mekar-mekar. dan tuhan saja yang tahu.
saya cerita dengan kawan. dia cakap sabar. itu semua ada hikmah.
layan je apa yang terhidang di dalam hidup ni. INSYALLAH.
nikmat tuhan beri. cuma cepat atau lambat.
tapi sebenarnya,
saya okay je. hari-hari gembira. sebab tak fikir sangat.
orang tanya, saya siap gelak-gelak lagi.
cececeee.
tunggu la. ada nanti insyallah saya buat pc ye.
kelasss macam artis.

baiklah,
saya nak buat tak tahu saja.
malas nak semak kepala.



life must go on
we all go through it
no matter how bad things are
and a new life awaits
don't ever quit
for you don't missed the beauty life
















Thursday, October 20, 2011

artikel yang agak berat tapi nak baca sampai habis

please share,

Misi Nabi Muhammad SAW vs Misi Gereja Vatican Rom

maaf, kerana artikel yang saya share ni agak berat untuk kita fikirkan.
hanya sekadar renungan untuk kita bersama.
sama-samalah kita bermuhasabah diri.

saya memang minat sikit la pasal ni.
perasaan ingin tahu tu membuak-buak dalam diri.
kadang-kadang sampai pening akibat fikir benda benda ni.
yahudi, israel, freemason, knight of templar, vatican city, roman katolik.....
ehhh, bukan nak memesongkan akidah saya tapi tak tahu la....
rasa macam nakkkk tahu sangat apa kejadahnya benda benda ni wujud.
saya wonder.
motip?
that's all.

ingat lagi tak filem The Da Vincci CodeAngel and Demon?
kedua-dua filem ni diadaptasikan dari novel tulisan Dan Brown.
masalahnya Dan Brown ni sapa?
apasal dia boleh tahu simbol-simbol vatican semua?
apasal dia arif betul pasal freemason?
ok, gua dah start pening......

kalau tengok kedua-dua filem ni, memang tak senang duduk. kusyuk.
saya la. tak tahu la korang. mungkin sebab saya minat kot.
kepala otak straight berkecamuk.
eh apasal dia macamni, yang tadi tu jahat ke baik, abes ketua dia ni sapa sebenarnya,
pehh, banyak eh tempat rahsia diorg ni, terowong dia bersambung2, kat mesia ado tak ni?...
BAHAHA
memang pening kan. padahal cerita je kot.
tapi katakan la, katakan yang benda macam ni berlaku di hadapan kita.
apa tindakan yang perlu kita buat?
nak diikutkan, semua disekeliling kita ni semua ada kaitan dengan diorg.
SEMUA TAU. SEMUA.
simbol, iklan, pakaian, gaya hidup, pekerjaan, pemakanan, malah ilmu pun ikut gaya diorang.
contoh,


model Calvary Convention Centre (CCC) a.k.a gereja terbesar di Asia tapi terletak di malaysia


gambar semasa dalam pembinaan. tarikh gambar tahun 2008. sekarang dah siap kot.


saya try google. dapat.
scary bukan.
senibina CCC ni tak ubah macam makam firaun. tak caya pegi la google. search apa yang patut.
saya malas nak tepek kat sini. takut nanti salah fakta. takut nanti apa yang saya sampaikan tu tak tersampai pulak kat orang.
so layan sendiri je la ye.

satu buku tu, rahsia simbol yahudi, saya beli.
dah habis baca, straight pening lepas tu rasa tersedar dari mimpi.
buku yang paling best saya baca, Salahudin Ayubi.
husband punya. dia adore sangat dengan pejuang islam yang tak takut akan kematian tu.

dah dah.
takyah pening pening macam saya.
just for information je. untuk renungan bersama.
saya suka baca lantas saya share.
bagusla begini, boleh tambah ilmu pengetahuan.
terima kasih.


















Monday, October 17, 2011

saya rindu zaman kegilaan ini




rindu dia!!!
sob sobb sobbss...
teringat masa zaman study dulu. kemain gila dengan cerita jepun.
ikat perut sebab nak beli vcd dia. cewahh kemain ikat perut kau tu.
dulu orang hadap vcd je hokayyy. dvd time saya mana ada. belum produce kat malaysia lagi kot.
internet pun rasanya cam vodo vodo je lagi.
huahuahua
serius la, gila dengan kimutaku.time tu cerita beautiful life kot.
saya pun lupa, tapi masa tu kalau tak silap saya dalam form 2.
dia siar malam, so saya tengok macam tak tengok je sebab dah malam kan esok nak sekolah.
dulu time sekolah pukul 10pm dah mengantuk tahap gaban dah.
kalau boleh lepas isyak terus nak tidur. hahaha gila dulu.
then, kalau tak silap dia ada tayang balik dalam petang.
ok fine. saya ingat ingat lupa.

shuji and kyoko.


best. sedih rasa nak nangis. ya saya soft-hearted. LOL
bagi saya ia touching walaupun agak meleleh-leleh sikit jalan cerita dia.
pulak tu hero dia memang saya adore. so saya layannnnn kan jiwa ini.
cerita cinta shuji dan kyoko yang lumpuh duduk atas kerusi roda.
walaupun kyoko tu tak sesempurna mana, shuji tetap jatuh hati and nak kawin dengan dia.
last-last kyoko tu mati jugak sebab penyakit dia bertambah teruk.
sedih siot.
sanpai sekarang cerita ni jadi favourite saya.

lepas habis je cerita ni nak dijadikan cerita pulak, bersusun jdrama siar kat tv.
dari orang tak kenal siapa kimutaku, takashi sorimachi, takeshi kaneshiro,... bla bla bla
semua bukak mata, semua teruja sebab mamat jepun comel-comel.
semua jadi minat, lantas berduyun-duyun tinggi permintaan vcd cerita jepun kat kedai.
maka dengan itu, murahla rezeki apek kedai cd tu.
bahaha melalut dah ni.

so nak dikatakan zaman tu memang semua gadis yang baya saya gila cerita jepun.
dulu, time sekolah asrama kan mana boleh nak tengok tv sesuka hati. ada time dia okayy.
itu pun kena berebut-rebut sebab nak cop tempat paling depan sekali.
bilik tv dh la kecik, budak-budak yang nak layan tv masa tu pehhh, ramai.
masa tu we all memang, ''...ok, dah pukul 6 jom tengok cite jepunnn..."
lupakan spc (senaman pelajar cemerlang), lupakan yang lain.
lantak la warden nak marah ke apa, janji dapat melayan hero hensem.

itu zaman sekolah.
bila dah sambung study semua, masing-masing ada pc sendiri.
vcd pun dah murah. dvd baru ada. tapi mahal weh mahal!!
so booking sapa-sapa punya pc yang ada screen paling besar, layan ramai-ramai.
ada yang open stock, makan ramai-ramai. selalunya empunya bilik yang jadi mangsa.
dapat sound system yang gegar-gegar tu dah kira top ah.
memang heaven. serius saya rindu waktu itu.



Beach Boys, tahun 1999 kot saya tengok masa tu ;p


Satonaka Halu, i was born to love you.


Stand Up. ok, cerita ni memang kelakar gila.


makcik-makcik ni garang dalam the Power Office Girls.


lepas tu musim jdrama dh jadi slow sebab cerita korea dah masuk malaysia.
tapi saya maintain, tetap setia bersama kimutaku saya.
eh bukan, tetap setia dengan jdrama saya.
well, drama korea pun okay juga, ade la 2-3 cerita saya layan.
tapi kadang-kadang, cerita korea ni tak boleh nak masuk dalam jiwa saya.
padahal muka diorang seakan-akan je kan. bahasa diorang pun memang confirm confirm tak faham.
harapkan translate je pun. ahh mengada lebih je saya ni.

tapi sekarang,
takde masa nak tengok semua itu.
huwaaaaaaa
lagi la sedih okay.
T_T
ehh tapi, cerita Pretty Little Liars pun layan jugak.
bak kata husband, cerita pompuan-pompuan.
:D










Friday, October 14, 2011

proud to be WANITA

please share.
:)

" Wanita adalah insan yang istimewa.  
Biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti pontianak.. 
Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita 
selagi hayat dikandung badan... "











pop tak masuk radio


ceceh,
rasa macam jiwa melancholic pula sekarang ni.
nak layan lagu jiwa-jiwa and lagu lama.
actually, saya sangat suka music.
i love music very very much.
kalau tak dengar music rasa macam hidup tak lengkap la katanyaaa.
dulu masa zaman sekolah suka sangat kumpul lirik lagu.
jumpa dalam magazine, paper, semua habis saya potong then tampal dalam buku.
tak cukup dengan tu sanggup salin hand writing.
siap ada buku lirik lagu yang tak menahan tu.
so tabiat tu ada lagi sampai sekarang. tak boleh nak ubah.
nak-nak sekarang ni teknologi dihujung jari anda.
goooooole aje la...
dulu sebelum tidur mesti nak dengar radio.
kalau tak dengar rasa macam sunyi pulak.
sampai dalam mimpi pun termasuk lagu yang tengah main kat radio.
masa tu jangan cakap la, semua lagu baru zaman tu saya tau.
*vangga*
tapi tu dulu punya cerita. sekarang ni nak tidur dah ada orang tolong dodoikan. KAHKAHKAH
*lempang pelisssss*
tapi ni nak cerita la, sekarang punya lagu tak sama macam yang dulu. tak melekat kat jiwa pun.
best tapi tak tinggal kesan kat hati ni cewahhh gaya cakap macam kau tu produser album pulak kan.
saya sangat adoring dengan lagu-lagu lama ni baik malay or english.
suara pun superb. thumbs up!!
tapi tak semua lagu la yang saya adore pun. yang jadi minat saya je saya layan sambil hafal lirik.
rasanya kepala otak ni senang nak ingat benda-benda lama daripada benda yang baru.
eheeee...
saya ada admire dengan satu band malaya ni, indie band.
pop tak masuk radio
ohhh haii masrin, i'm lisa!
:)


top of the pop












Tuesday, October 11, 2011

wedding invitation









congratulations to HUDA+HUBBY, TOPEK+EMMA !!

kan saya kata, ramai weh kawan kawan saya mengakhiri zaman bujang mereka tahun ni.
alhamdulillah, dah sampai jodoh mereka.
mereka ni semua classmate saya masa di ppd.
diorg attend wedding saya so saya dan husband kenalah membalas kembali.
barulah give and take.
tapi tak sempat nak jumpa dengan yang lain sebab masing-masing datang ikut masa sendiri.
komitmen kan.
so, dapat lah jumpa a few of my ex-classmate.
walaupun sekejap tapi okay la, just tanya khabar pun dah cukup.
yelah, masing-masing duduk jauh so time macam ni la baru dapat jumpa.
sekarang ni jumpa masing-masing bawak baby sorang je.
lepas ni kalau jumpa lagi, agak-agak diorg bawak baby berapa ramai pulak eh?
huahuahua
macam tak cayo je, dulu pakat bawak beg sekolah usung buku sana-sini.
now, bawak beg baby and dukung baby pulak.
dah membesar kawan-kawan ku sekalian ye.
me? ohh doakan saya supaya cepat cepat ada isi eh.
:D


saya a lil' bit chubby kan lately ni.
seeeeeee,
pics diatas semua nampak saya chubby.
menyampah tau. tak tau nak cakap macam mana.
tang pipi tu tak tahan. rasa macam erghhhh, ahh lantak lah.
malas nak layan dah.
orang kata, kechubbyan lambang kebahagiaan.
apakah??
saya hanya mampu tersenyum lepas tu ignore je.
balik ni kena layan tekak suami jugak.
so layan je la kan.
agak agak macam menggemok je saya paksa suami puasa.
boley?












Monday, October 10, 2011

subahanallah :|


please share.



SUBAHANALLAH.



isu bajet 2012



naik ofis pagi ni semua bentang balik isu bajet 2012.
boleh tak saya nak bagitahu yang saya tak berapa tahu apa isu yang dibentangkan dalam bajet 2012 hari tu?
bahaha
saya bercuti okay.
no works, no phone calls and no entertainment.
tapi, apa yang saya confirm, gov servant dapat bonus dec nanti. ok, itu noted.
lepas tu adalah isu penyelarasan gaji pulak. tapi macam tak faham sebab dah jadi macam ni,


maknanya disini, yang pangkat besa dapat kenaikan gaji sehingga rm320 lah ye?
ohhhh, okay.
*wonder*
bukan ke yang gred 1-40 patut naik lebih lagi?
ke, saya yang salah information ni?
tak faham, tak faham.
tapi walau apa pun keputusan yang pm bentangkan pasal bajet 2012 hari tu,
mungkin ada kebaikan disitu. takkanlah dia main bulat bulat je buat decision tanpa fikirkan akibatnya ye tak?
saya pun tak dengar sangat so saya ignore je.
tapi betul ke had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku yang dinaikkan itu membantu para pembeli rumah? dari 220k naik sehingga 400k.
had maksimum naik banyak mana pun, kalau orang tu tak mampu nak beli tak boleh jugak kann.
rumah mahal sekarang weh. takat rumah teres sebijik yang basic unit pun dah +200k.
itupun kalau ada lagi la. hehehe.
pendapat saya untuk bajet 2012 ni macam more benefit untuk gov servant sahaja.
yelah, isu penyelarasan gaji memang dari dulu lagi cuepacs dah mintak.
bonus pun memang patut bagi la kan untuk every year.
so no point.
gaji naik, bonus dapat, tapi harga barang runcit makin naik jugak.
peniaga tempatan tetap ambil kesempatan diatas bajet 2012 yang dibentangkan tempoh hari.
apakah??
serius saya rasa macam ehhhh, takyah naik gaji pun takpela. sebab kira-kira balik macam tu jugak.
hahahaha
padan muka saya.











happy monday morning!




welcome home kecil!
mulakan hari keje anda dengan penuh bergaya.
T_T
weekend lepas yang fully activities.
sunburn yang tak berapa nak teruk sebab cepat cepat cover :D
banyak benda nak kena buat tapi tak tau nak start dari mana.
ada some pics nak upload tapi nanti la sebab nak buat benda lain dulu.
bahaha
yess, saya sengal hari ni.











Wednesday, October 05, 2011

terbang tinggi-tinggi




yeayy!
tak sabar nak tunggu malam.
nak packing barang untuk esok.
hello everyone, i'm fly.
for 3 days but okay la.
harap-harap cuaca baik untuk kami menjalankan aktiviti.
training saya hari ni cepat lah habis ye macam semalam.
*doa 44x*
ok, bye.












Tuesday, October 04, 2011

seminar





hari ni saya kena attend seminar tapi now saya di office.
huahuahua
kejadahnya seminar break 1030 lepas tu sambung balik 1400.
sungguh saya tak faham.
start pukul 0900 lepas tu cakap-cakap sikit, 0915 dah suruh tea break.
sambung balik dalam 0945 lepas tu 1030 habis untuk sesi 1.
1400 sambung balik untuk sesi 2.
hoi, ini seminar ke nak buat kepala saya berpinar-pinar?
please.
jangan aniaya saya dan orang lain begini.
semangat ni nak attend seminar hari ni.
*tipu*
bangun pagi-pagi, siap awal-awal.
tapi,
apakah??
management oh management.
clap your hands say yeah.











Monday, October 03, 2011

cara mengukur saiz kasut anda




i loves shoes!
gila babi suka. tapi lepas kawin ni macam jarang pulak nak beli benda alah ni.
duit sume kelain. huahuahua.
tapi memang saya sangat, sangat, sangat suka kasut weh.
i'm short, ok fine. but i'm proud.
so husband memang selalu suruh saya pakai heels.
sampai kaki sakit sakit pun nak pakai jugak.
nak cantik kann.
bahaha
tapi takde lah always pakai. ikut function la.
kalau takat nak pegi beli barang dapur tu, pakai selipar spice girls je sudah.
haaaa? tak faham?
ok macam ni,


selipar spice girls tu sebab husband yang gelarkan.
see, comfortable kannn?
pegi pasar yang lecak-lecak tu pakai selipar yang macam ni ye kawan-kawan.
tinggi dan selamat la kaki kita dari kena air yang kotor tu.


sekarang kan banyak gila jual kasut online.
murah, cantik, cepat dan pantas.
teknologi dihujung jari lah katakan.
tapi, kadang-kadang tu bila dah beli, tak menepati piawaian pulak.
terbesar, terkecik, depan lebar la, material tak best dan macam-macam lagi la.
saya ni beli vincci je....huahuahua
teringin jugak nak beli brands lain tapi bila dah grab, size takde lah dik.
ahhhhh stresss.
nak buat macamana, jari jemari kuku kaki ku comelssss.
huahuahuahuahua
gelak la, gelak la. menyampah tau.
tapi saya syukur.......
okay, kali ni saya nak share tentang panduan mengukur saiz kasut dengan betul.
so lepas ni takde lagi salah saiz okay.
:D


  1. Mula-mula, letak sehelai kertas di atas lantai. Gunakan pita pelekat atau gam untuk melekatkan kertas tersebut supaya tak bergerak-gerak.
  2. Tekapkan kaki anda diatas kertas tersebut. Ikut kesesuaian kaki, sebab sesetengah orang ada yang kidal. Then lukis bentuk kaki anda menggunakan pensel/pen.
  3. Setelah itu, lukiskan pula garisan lurus di bahagian tumit dan hujung jari kaki yang paling panjang.

      4. Gunakan pembaris sentimeter (cm) untuk mengukur jarak diantara tumit kaki dan hujung jari kaki    
          anda yang paling panjang itu.
      5. Akhir sekali, barulah rujuk carta saiz kasut untuk mendapatkan saiz kasut yang paling sepadan dengan
          kaki kita.








sekarang ni saya nak cari ada satu jenis kasut tu.
rasa macam best je bila pakai. kot?
entah, tak pegi cari lagi. tak cukup masa. tu yang masalah tu.
tapi saya memang nak cari.
doakan semoga saya jumpa eh.
lepas tu nanti saya upload gambar saya menggayakan kasut tersebut.
harus macam artis.
hahaha