life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, November 29, 2011

tuesday blues

assalamualaikum w.b.t

hari ni hari first masuk keje dalam minggu ni sebab semalam public holiday Awal Muharam.
dan,
ada cerita yang tak menggembirakan hati saya. i mean, lebih kepada terkejut.
kenapa?
sahabat saya masa di sekolah teknik dulu, Mohd Firdaus Helmi @ Pakguaed telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan pada hari sabtu yang lepas (26/11/2011).
Al-Fatihah. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
saya tak berapa nak sure kronologi accident arwah ni macamana tapi apa yang disampaikan dari sumber yang boleh dipercayai, arwah naik motor, terbabas masuk lane orang dan berlanggar dengan teksi. tangan, tengkuk dan tulang belakang patah. paru-paru pun teruk jugak. ya allah, beratnya dugaan yang arwah tanggung.
arwah koma dalam beberapa hari, masuk icu.

dan,
saya baru dapat cerita lagi ni, menurut sahabat arwah satu kelas dulu, beliau pergi meninggalkan seorang isteri dan bakal waris dia. wife tengah preggy 6 bulan. ya allah, dugaan sempena awal muharam ni.
saya speechless. dah tak terkata apa dah. saya harap wife arwah kuat dalam menghadapi liku-liku kehidupan selepas ini. tiada suami disisi dikala susah dan senang semasa mengandung. anak tak sempat nak kenal bapa.
saya pernah baik dengan arwah dulu. sebab sama sekolah and sama tempat belajar.
lepas tu lost contact. sejak ada facebook ni baru dapat contact dia balik.

tapi sebetulnya,
yang pergi tetap pergi, yang lain akan menyusul nanti.
mati itu pasti. janji Allah itu benar.

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. 

Kemudian hanyalah kepada kami kamu dikembalikan"

                                                             Al-Ankabut: 57











Saturday, November 26, 2011

happy birthday KAKAK!

happy birthday kak zurin.

may your birthday bring you as much happiness as you give to everyone who knows you.
love and hugs to you who just completed another year into this beautiful world.
put the music on and dance till dawn.
it's your special day.
HAPPY BORN-DAY darling!



;p









Friday, November 25, 2011

penat

ya allah, penatnya hari ni.
dari pagi tadi, sampai sekarang dan mungkin sampai malam saya keje.
nonstop, 8 to 5 to night. *pekerja rajin*
dan, husband pula akan berangkat ke langkawi malam ni jugak.
tak tahu sempat ke tak saya nak balik rumah ni.
husband kata kalau tak sempat dia singgah ofis je.
jumpa kejap, hantar tapau then terus gerak pegi sana.
so, menjadi bujang lah saya for 3 days ni.

dan perancangan saya adalah,
saya nak balik kampunggggg!
yesss, yesss.
nak rehat dan tenangkan fikiran kat kampung.
lepas dari standby sukan sea minggu lepas sampai sekarang saya belum ada masa nak belek belek diri sendiri.
huahuahua
dah rasa diri tak berbela.
tapi jangan risau,
hujung tahun ni kita keje kaw kaw dulu, early next year baru kita ambil cuti.
mid year pulak kita pegi holiday.
hoyehhhhh!
dah,
saya nak sambung balik keje saya.
nak tunggu husband datang hantar tapau. dari lunch tak makan lagi ni. konon konon nak diet. sebab hari tu timbang berat dah naik sampai 42kg.
huwaaaaaaaaaaa,
T_T











Thursday, November 24, 2011

Project NS

tadi saya ada baca status kat satu group ni,
Kem Bina Semangat KKB kemungkinan besar akan ditutup pada tahun depan.
tapi, tapi, tapi,,,
tak tahu lagi. belum ada kata putus. sebarang status akan diupdate secepat mungkin.

ohh, really??
banyak kenangan kat situ weh. tak kan nak tutup dah. best tau tempat tu. dikelilingi bukit-bukau, ada air sungai lagi. environment menghijau. udara dia yang nyaman. kat kl memang tak dapek do jon. tapi kenapa perlu ditutup kem itu wahai pihak pengurusan? saya perlukan penjelasan.
cececeh...

apa kena mengena saya dengan kem tu? pehhh, panjang cito eh. kalau saya cerita mesti ramai yang wonder.
okay, nak cerita ni.

saya andaikan semua orang memang tahu, berkuatkuasa pada tahun 2004 (kalau tak silap la) budak-budak yang lahir dari tahun 1986 dan keatas diwajibkan menjalani Program Latihan Khidmat Negara sekiranya nama mereka terpilih selepas menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia (SPM) atau dalam erti kata lain, berumur 17 tahun keatas. PLKN merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di pusat latihan PLKN seluruh Malaysia. Antara tujuan program ini dilaksanakan adalah bagi mengukuhkan semangat patriotisme dikalangan generasi muda serta memupuk perpaduan kaum dikalangan remaja.

actually, program ni bukanlah bersifat kerahan tenaga macam di sesetengah negara luar, tetapi ia lebih kearah membina sahsiah diri dalam membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni yang diterapkan dalam modul yang telah ditetapkan.

tapi saya nak bagitahu, bukanlah semua remaja dipaksa menyertai PLKN. hanya nama-nama yang terpilih saja perlu menjalani program ini. contohnya, saya. (insan terpilih). walaupun begitu, mereka yang bermasalah tertentu boleh memohon untuk menangguh atau dikecualikan dari menyertai program ini. mengambil contoh, awak dapat offer PLKN masa tengah sambung study after spm, so boleh tangguh sehingga study awak habis. macam saya, saya dapat offer ni masa saya tengah study di semester dua. mula-mula memang terkejut sebab wonder apasal nama boleh naik walhal saya ambil spm sama dengan budak-budak tahun 1985. advance sikit. tulah, panjang cito eh. mesti confuse kan. well, walaupun saya belajar dan ambil spm sama dengan budak yang lahir tahun 1985, hakikatnya saya tetap dilahirkan pada tahun 1986! poor me. konon-konon nak mengelat la, agar nama tak dipilih, tapi dah tersirat jodoh saya dengan PLKN.




benda ni flexible. even awak dah bekerja sekalipun dia tetap panggil balik untuk sertai PLKN. once awak dah hadirkan diri, then ikuti program dia selama 3 bulan, barulah nama awak dah takde dalam sistem diorang. i mean, dah tak dipanggil-panggil lagi dah. huahuahua. so, 3 bulan je la kau hadap bebudak yang baru nak naik tu. itulah, dulu pegi tangguh-tangguh apasal. kan dah besar-besar ni menyusahkan hidup. actually, tak sampai 3 bulan pun sebenarnya, +- cuti yang dia bagi, tak silap saya ada dalam 2 bulan 2 minggu 5 hari. saya dapat third batch. merasa la puasa di kem. itu yang seronok. dapat pengalaman baru. itu yang tak sampai 3 bulan je duduk kem. mereka pun kesian kat kami ni. takkan nak sambut raya dalam kem. memang tak lah kan.


masa first dapat surat dari plkn dulu, kawan-kawan tanya,

eh apasal kau boleh dapat ni? kau ni biar betul? pelik aku. tapi bagus la. bukan senang nak dapat peluang camni. kau sorang je dalam seribu. kau pun muka ala-ala diorang je. muda remajaaa.
huahuahua, itu menganjing namo eh. sebenarnya saya tak nak pegi. sanggup tu cakap besar, gua boleh bayar denda 3k la janji gua takyah pegi. hehehe. 

nak dijadikan cerita, last year hari tu, saya dapat surat untuk sertai balik program ni. dulu tangguh sebab tengah study. then masa mula masuk keje pun dia ada panggil balik, tapi saya tangguh lagi sebab dapat surat last minute. two week sebelum tarikh lapor diri, surat baru dapat kat tangan saya. so tangguh lagi. 2 kali tangguh. agaknya mereka dah bosan dengan nama saya yang asyik tangguh-tangguh je, lantas mid year 2010 dapat surat lagi suruh pegi. ini WAJIB!. awak dah takde alasan nak elak-elak dah. masa tu pehhhhh, hampeh sungguh. gua dah la memang mengelat tak nak pegi. dia suruh pegi jugak. jadi gua pasrah. gua pegi je dengan hati yang sebal sebab masa tu gua baru je bertunang. (sayang nak tinggal bakal laki, huahuahua) dannnnnn, perasaan ni tengah berbelah bahagi macam mana nak survive persekitaran dengan budak yang baru nak naik. eeeeeiiiii u, tak cool okeh. tapi, itu pada first impression je.


maka, tanggal 26/6 kalau tak silap, saya diminta melaporkan diri di Kem Bina Semangat PLKN, Kuala Kubu Bharu. mana port tu? jauhhhhhh siot. sampai tersesat-sesat la cik tunang (masa tu belum jadi laki lagi) nak menghantar saya. saja je bertolak lambat-lambat sebab memang takde hati nak pegi. last pelatih lapor diri, jam 1700. tapi saya artis, lambat setengah jam. alasan, tak familiar jalan.

first week, memang hazab.
handphone confirm disimpan dek jurulatih. weekend saja mereka bagi. takut ada kes kecurian katanya. itupun kalau kelakuan kami baik. kalau tak, jangan harap.ok, itu betullah. mana-mana asrama sekolah pun macam tu. so, sabar aje la. bab bangun pagi-pagi tu memang liat, sebab dah tak biasa. dulu, time sekolah teknik pun kau bangun 0630. ini, 0445 dah bangun siap-siap nak solat berjemaah, nak berbaris, nyanyi lagu negaraku, bla bla bla, senaman pagi, aerobik then baru sarapan. lepas tu baru start program.


tapi, bila dah lama rasa macam ok, saya boleh follow walaupun aktiviti pack setiap hari. badan letih, otak pula penat melayan karenah budak-budak dah jadi biasa. rasa macam kembali ke zaman sekolah cuma, geng budak sekolah je takde. walaupun macam tu, budak-budak penangguhan macam saya ramai. menurut info dari jurulatih, batch kami adalah batch paling ramai budak penangguhan setakat ni. ok fine. ada geng. kehkehkeh.

kat sini benda simple je. kena ikut arahan jurulatih. macam duduk kem askar. lagipun, most of them bekas askar. no wonder. ada je benda jurulatih suruh kami buat. so, kena ikut. kalau tak ikut denda lah jawapnya. itu namo eh budak degil. sebelum masuk kelas, kena ''rokol'', pagi-pagi kena ''rokol'', petang before beriadah pun kena ''rokol''. sebelum masuk dorm nak tido malam pun kena ''rokol''. pendek kata, sebelum mula sesuatu aktiviti, mesti kena rokol, rokol dan rokol.
sebab?
NAK KIRA KEKUATAN ANGGOTA
nak tahu cukup ke tidak pelatihnya. kalau tak cukup, kena cari sampai jumpa. pelatih balik kampung emergency case, pegi klinik, mc duduk dorm pun ke inform. sebab tak nak pelatih lari dari kem. what the hell? yup, memang ada satu kes masa batch saya ni. time lawatan ibubapa, budak ni senyap-senyap lari ikut someone. bf ke, tunang ke tak tahu. tapi dia lari. so pihak kem kena berjaga-jaga supaya benda ni tak berulang lagi. menurut bebudak dorm dia, dia ni memang ada cakap tak seronok duduk kem. maybe tak boleh follow rules, hati tak tahan, memberontak, lari. dats all. akal pendek. kau gila nak lari? dia cari sampai lubang cacing tahu! nama kau ada kat balai, apa-apa access pun kau tak boleh pegi. gila! dengar cerita, budak ni dah jumpa, dan bakal dihantar ke kem komandor. lagi dasyat. rare!

dalam kem kita kena buat keje. macam kat sekolah. ingat boleh duduk saja-saja je ke? kata dapat elaun rm150 sebulan. so, kena la buat keje. tapi bukan dikerah tenaga, cuma kena buat aktiviti je. aktiviti dalam kelas, aktiviti lasak, riadah, sukan, kebersihan dan lain-lain.

muka naiveeeeeeeeeeeeeeeee.

ada empat modul yang diperkenalkan dalam program ini,
modul pembinaan karakter, modul fizikal, modul kenegaraan dan modul khidmat komuniti.
saya lebih suka modul pembinaan karakter. walaupun lambat seminggu saya lapor diri dari adik-adik ni, tapi boleh catch up dengan aktiviti pembelajaran mereka. well, kata kakak. HEHE
modul ni more kepada pembinaan diri sendiri dan tentang diri dengan orang lain. macam team-building. belajar cara nak berhadapan dengan orang ramai. cara nak berinteraksi dengan seseorang, menekankan aspek kepimpinan dalam diri. seronok masuk dalam kelas ni. sebelum mula kelas, jurulatih dah tackle hati pelatih. kena nyanyi ramai-ramai. ada chicken dance. macam budak sekolah tadika. tapi bagi saya itu best. baru ada semangat nak meneruskan latihan dalam kem. actually, benda ni bergantung kepada jurulatih juga. kalau jurulatih tak kreatif, maka para pelatih ni cepat bosan.itu pendapat saya. plus, kelas saya dapat jurulatih yang funny dan best. tak garang tapi tegas.

modul fizikal biasala, kena buat aktiviti lasak macam fying-fox, repelling & abseiling, water confident, wirajaya, menembak dan macam-macam lagi. modul ni memang rare. sangat menguji ketahanan mental dan fizikal. walaupun saya kecil-kecil cili padi kampung, tapi saya dah pegang dan dah guna pun M16. anda bagaimana? ada? TAKKAN! emosi kena tenang, rileks, tak boleh pentingkan diri sendiri. nak-nak time wirajaya. berkhemah dalam hutan. tapi sebelum berkhemah, kena cari kayu dulu. kena masak untuk ahli kumpulan guna barang yang mereka bagi je. so, pandai-pandai la bawa diri. secara tak langsung, dapat mengeratkan perpaduan di kalangan ahli kumpulan dan dapat mempertingkatkan lagi ketahanan diri bagi tujuan hidup sekiranya kita menghadapi kesusahan.


yang tak boleh saya lupa sampai sekarang, saya celebrate 53 tahun kemerdekaan negara kita di bukit jalil. masuk free, duduk pun seat best. tak payah nak berebut macam orang awam. dapat tengok melalui mata sendiri. jakun dan kagum seketika. macam tak percaya. haha. trip celebrate merdeka ni termasuk dalam modul kenegaraan. modul yang membolehkan para pelatih belajar tentang sejarah penubuhan malaysia, konsep 1Malaysia, keselamatan dan kedaulatan negara, cabaran-cabaran dari dalam dan luar negara, perpaduan kamu di malaysia dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan isu perpaduan kaum. jurulatih ajar macam-macam benda yang kita tak tahu dan terlupa. kenapa sebab wujudnya sesebuah negara. kenapa negara kita kena ada undang-undang. dan kenapa berlaku peristiwa 13 Mei.




masa zaman sekolah dulu kan kita ada belajar, tapi saya dah lupa. so, jurulatih telah refresh balik. secara tak langsung modul ni telah meningkatkan perasaan cinta saya kepada negara sendiri. macam isu sekarang banyak perpecahan kaum berlaku. so dengan adanya modul ni, budak-budak yang tak tahu or malas nak belajar tentang sejarah malaysia ni jadi lebih berpengetahuan. boleh la beza mana yang baik, mana yang buruk untuk mereka.

sebelum saya lapor diri, ada buat research sikit. dengar kata ada modul khimat komuniti yang membolehkan para pelatih berpeluang melawat rumah orang tua-tua or bergotong-royong dengan penduduk di sekitar kejiranan. oh yeke? tapi, memang betul la. kami pegi melawat rumah orang tua-tua di pekan berhampiran. secara tak langsung dapat menghiburkan hati mereka. perasaan ketika tu, tak boleh nak gambarkan. melihat air muka mereka yang dahagakan kasih sayang. sebak memang sebak tapi kejap je.

keseluruhannya, dari niat tak nak pegi, terus jadi ruginya kalau tak pegi. HAHA
itulah orang kata, tak kenal maka tak cinta. so saya ambil ia sebagai satu pengalaman yang bukan semua orang boleh dapat. tinggal lagi nak sesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran budak yang baru habis sekolah. very the berbeza pemikiran. but it's okay la. dan saya rasa, program ni patut diwujudkan dari awal.
serius.


tapi siapa yang tak biasa duduk asrama tu ada masalah sikit. sebab parents dibenarkan melawat pelatih weekends sahaja. bergantung kepada pihak pengurusan kem. entertainment hanya dibenarkan untuk waktu-waktu tertentu. banyak masa dihabiskan dengan para pelatih. saya bergaul dengan mereka yang latar belakang berbeza dengan zaman saya. pelatih dari sabah dan sarawak, belajar tentang budaya mereka, dan banyak lagi.

diam tak diam, dah setahun berlalu. tapi semua memori kat sana masih segar dalam ingatan saya. berita tentang penutupan kem bina semangat plkn kkb ni betul betul buat saya dan bekas pelatih yang lain rasa sedih. dengar cerita, yayasan selangor dah tak nak sambung kontrak dengan pihak plkn. para jurulatih pula mungkin akan berpindah ke kem lain tak pasti dimana tapi yang pastinya di seluruh malaysia. HUHU

dorm paling bersih, betul. tak tipu. sumpah. hamper diatas katil sebagai bukti. he he heeeeee




bye bye plkn!
oh sebelum terlupa, timbalan komandan kem ini seusia dengan saya.
huahuahua, perangai macam budak kecik.
;p








Goodbye Heroes!

copy paste from,
Kelab e-Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan (N9FUTBOL.COM)
nama-nama yang bakal bukan lagi beraksi untuk tahun hadapan.


terima kasih.
jasamu dikenang.
*
*
*
*
*
*
*
*
*


welcome 2012
new season, new beginning, new stars.

keeping up man.
you are your own strength.
it's not who wins the game,
it's how the game is played.
musuhnya habis binasa.










Tuesday, November 22, 2011

Selamanya Harimau Malaya



selepas berhempas pulas dan bermain sehingga titisan keringat terakhir, akhirnya, dah jodoh,
pingat emas bola sepak Sukan SEA 2011 Jakarta-Palembang kini memang dah sah menjadi milik Malaysia.

tahniah pada HM walaupun ramai player yang injured, tetap main bermati-matian.
dann,,,
ucapan padan muka pada timnas indog yang main macam cilaka.
L O S E R
kau ingat HM ni anak-anak ayam yang baru belajar nak sepak bola kah? puiii.
rasakan.
supporter indog, kau jangan nak macam-macam.
sekali indog, selamanya indog.
loudly but no brain.

kepada keeper HM yang teror tu, awak memang ensem.
tak sia-sia saya setia pada awak selama ni. kahkahkah.
apa-apa pun, vontot awak tetap mantul.
auwwww, seksinyaaaa abam.
huahuahua.
*opssss, jangan salah sangka*

fuckri, lek la.
dah takde rezeki. kau bawak-bawak la bersabar ye.
dah, jangan nangis. kau balik sini nanti kau training sampai teror.
kalau tak teror, kau training, training dan training lagi.
sampai teror macam nazmi yang muda-muda cili padi tu.
tak pun, kau cuti la 3-4 bulan bermuhasabah diri.
aku paham perasaan kau tu.
KEHKEH

abam ensem tengah bertwitter dengan kekasih hati nun jauh di kl.
lepas abam menang, kita celebrate kat clubbing ye sayang. huahuahua
sumber: google













Monday, November 21, 2011

hanimuning : part 2


second day, island time.

Jesselton Point ferry terminal




sapi island kami datang. bot transfer, life jacket, snorleking equipment semua under pakej. so dah senang kat situ. naik bot kat Jesselton Point pun, dah ada orang tunggu. tak payah nak tunggu lama. Jesselton Point ni merupakan pusat jeti untuk ke pulau-pulau perlancongan yang ada kat KK selain dari Sutera Harbor. charge bot transfer dia pun agak murah. selain sapi, manukan dan mamutik juga merupakan pulau yang sering dikunjungi oleh para pelancong. ia juga salah satu dari lima pulau yang membentuk Tunku Abdul Rahman Marine Park.

pulau sapi ni diantara pulau yang cantik kat sini. *bole la kalau nak dibanding kan dengan port dickson* 
lebih kecil dari manukan. nak bersnorkeling kena berhati-hati sikit sebab ada obor-obor. air dia ok, jernih. boleh la nampak ikan berenang dengan jelas. nak geli-geli dengan ikan pun boleh. rasa ikan tu dekat je dengan kita. nak capai tapi tak sampai... ehh, hahaha. masa kami pegi sini, orang tengah ramai. tempat pun pack sikit. toilet dia, kena improve. kata tempat perlancongan, ramai pelancong dari dalam dan luar negara yang datang. sila la buat toilet yang gorgeous sikit ye pihak management. sini ada biawak tau. tapi tak besar pun. maybe untuk tarikan pelancong kot. saya tak teruja ok. biawak dia kecik sikit je dari saya. HAHAHA

lunch, bbq seafood.
ayam dia sedap. licinnnnn. yang lain-lain biasa je. sosej, ikan, udang, sotong, ketam. nasi goreng. buah buahan sebagai pencuci mulut. maybe kami lapar after bersnorkeling, so semua sangat sedap.






next,
after island time, hang out sekitar town KK. actually, memang mana-mana package, u akan lepak kat island dalam setengah hari je. around 2-3pm, dah kena balik darat dah. so lepas tu ikut u la nak pegi mana. boleh manage dengan u punya tour guide. kami plan nak hang out town before orang tu pick up kami after dinner. kami jalan, jalan dan terus jalan. ikut kaki. tapi husband tak larat. tak leh geng dengan kaki jalan macam saya. kehkeh. ye, saya memang kaki jalan. nasib hotel jauh je dari town. tidak, malam-malam saya gagah ajak husband berjalan.

sini mutiara sangat famous. banyak dijual kat Filipino Market yang terletak di Jalan Tun Fuad Stephen. macam-macam barang handicraft ada kat sini. pilih je yang berkenan dihati untuk yang tersayang. tapi saya suggest uolls jangan beli souvenir kat Filipino Market, sebab mahal. huahuahua. betul lah mahal. beli 2-3 boleh la, ini yang memesannya ramai. kena cari tempat yang murah tapi kualiti setanding yang mahal.

jadi, mari membeli-belah mutiara, kerongsang kat pasar malam yang terletak bersebelahan dengan Hotel Le Meridien. actually, Filipino market berhadapan dengan LeMeridien, tapi pasar malam ni sebelah Le Meridien. sebelah tau. agak kedalam sikit pasar ni. kena jalan. serius. barang-barang kat sini exactly sebijik sama dengan yang kat filipino market. harga memang jauh beza. lagi murah dan berbaloi-baloi. beli banyak pun boleh. saya ada la beli beberapa pearl brooch untuk family dan diri sendiri. fridge magnet untuk kawan-kawan. keropok amplang, kuih cincin dan ikan terubuk masin untuk officemates. nak beli benda makan-makan ni boleh cari kat pasar kering/basah (belasah je bagi title, haha) bersebelahan filipino market.

dinner malam ni makan seafood jugak. KK ni memang famous makanan seafood. superb dan terbaik. ikan dia suci murni. fresh. udang besa-besa. nampak seafood, semua nak rasa.*tamak*. kali ni kami dinner kat gerai-gerai bersebelahan pasar malam. meja dia panjang-panjang betul-betul dibelakang filipino market dan pasar kering/basah. mata jangan cakap la, rambanggg. sampai dah tak reti nak pilih ikan ape nak makan.

mostly kat sini semua seafood sudah dibakar. tapi kita boleh request kat tuan kedai kalau nak makan ikan yang betul-betul baru lepas siang then bakar. tapi kena tunggu lama sikit. lastly, kami pilih ikan susu. susu kot nama dia. lupa dah. isi dia manis. rasa daging dia tu dalam mulut memang fresh. ditambah lagi dengan kuah kicap+air asam, pehhhhhh, mantop. tapi tak boleh celen la dengan kuah kicap yang saya buat ;p. so far, seafood dia sedap. cuma masa ni kami dah kenyang, makan pun takla macam melantak. rugi sikit. dalam hati nak je try udang n ketam dia. tapi perut dah takde ruang. betul-betul kenyang. gerai kat sini penuh sesak dengan orang. dengan asap lagi. messy sikit tapi boleh la kalau nak makan. harga pun ok. kami dinner pun dalam +rm30. ikan besar tu jon. kalau kat kl memang berduyun orang pegi beli.

nama je chinese, tapi HALAL. "roti kahwin" dia thumbs up. berhadapan Kuwait Finance House.



third day in KK, city tour.
snap pics. lawat-lawat. tengok-tengok.
UMS, masjid terapung, tun mustapha building, signal hill, cocoa boutique (coklat sedap tapi agak mahal), Borneo Coffee Hills (cappucinno dia sedap!) dan tempat paling last sekali tentunya pantai Tanjung Aru.

saya pun tak tahu kenapa, tapi orang kata, bila datang KK harus singgah pantai tanjung aru. mungkin sebab pantai ni berdekatan dengan KKIA so sekali singgah la. masa saya sampai tak ramai orang yang mandi. kalau ada pun, mak saleh yang dok berlenging lepak tepi pantai. semua pakat nak tan color. tapi mak rileks je, sebab muka dah sunburn. balik kl nanti tepek la whitening cream. pantai dia panjang, tapi air tak putih sangat. masa ni tengah musim hujan. air pun agak kekeruhan. tapi still cantik. tepi-tepi pantai berderet western cafe. waktu ni tak buka lagi. agaknya bila malam baru happening kot. then, hujung sekali baru jumpa kedai makanan masakan panas. dibawah satu bumbung, ada banyak gerai makan. boleh la makan kat situ.

muka 2-2 sunburn. dah merah-merah. balik ni mesti mengelupas. demmmm!

KL hado ke rumah terapung tu? TAK KANN??


dia tengah tengok kuman kat dalam mineral tu.

pempuan yang dah berlemak sana-sini tapi nak vogue jugak. LOL


so far, hanimuning KK is okay. maybe baru first time pegi so tak berapa nak cerdik sangat. ikut je tour guide. tapi kami degil jugak. buat-buat boo je kalau dia cakap jumpa jam camni, tapi kami datang lambat sikit. huahuahua. ehh, kami bayar awak ye, service kena lah cantik. kalau cantik, nanti kami bawak kawan datang sini lagi.
sekian, kisah hanimuning saya.

thanks husband sebab belanja i pegi honeymoon kali ni.
lepas ni nak belanja pegi mana pulak?
i tak kisah pegi mana pun sebab,
kecik tapak tangan, sawah stadium shah alam hamba tadahkan.
:D










Sunday, November 20, 2011

perkara yang bakal merubah kehidupan

saya bakal membuat keputusan yang bakal mempengaruhi kehidupan saya dan dia selepas ini.
actually, saya dan dia dah buat pun keputusan tersebut berdasarkan perbincangan diantara kedua belah pihak, mengambil kira faktor-faktor yang akan mempengaruhi kami kemudian, dan untuk keperluan hidup di masa akan datang.
tapi, bolehkah?

Ya Allah, tunjukkan kami jalan.
Permudahkan segala urusan kami.
Lindungi kami dari kejahatan.
Sesungguhnya, pada-Mu tempat kami mengadu dan berserah.
                                                                     -Ameen


saya pernah membuat keputusan yang salah pada suatu masa yang lalu,
maka, saya tidak mahu ia berulang kembali.
jadi, saya takut untuk membuat sebarang keputusan.
oleh itu, saya hanya berserah kepada dia untuk memilih mana yang terbaik untuk kami.
dan saya harap, keputusan yang kami telah persetujui ini akan memberi hasil yang menguntungkan di masa akan datang.
impaknya maha hebat jika kami tidak kuat.
tapi, kuatkah kami?



fin.











Thursday, November 17, 2011

tanah tumpah darahku



official result Sea Games 2011,
date: 17 November 2011
venue: Stadium Gelora Bung Karno
team: MALAYSIA vs INDONESIA



terima kasih pada mereka yang main bukan macam malaysia.
LOL.
saya bangga saya anak MALAYSIA walaupun game tadi bukan final.


p/s: to apek, kau dah kenapa terpeleot sepak bola? ingat buah hati kat kl ke? puii.











hanimuning : part 1

our wedding on 01 may 2011,
tapi baru nak celebrate hanimuning.
huahuahua
pengantin yang tak berapa nak baru.
*kesian*

actually, saya tak plan pun nak pegi hanimuning after married. naik keje lepas kawin, saya dah busy keje. settle kan itu, settle kan ini. macam-macam. memang ada terfikir tapi, tindakan tu lambat.
tak cakap pun dengan husband. tapi satu hari tengah lepak-lepak, tiba-tiba habibi tanya,
''....jom, hanimuning. a.a tengah sale. matta fair pun tak lama lagi.''

so, kami pegi.
date, 06-08 oct 2011.
location, kota kinabalu-sapi island
bukannya nak honeymoon sangat pun. banyak rest and relaks je. jalan-jalan. cuci mata. dating-dating. ;p
flight pukul 1115 tapi as usual lah a.a kan, delay. dalam 1230 macam tu baru naik. perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. actually kami dah rugi setengah hari sebenarnya. ikutkan hati nak je book flight early morning, tapi fully booked. so agak frust disitu.



sampai je KK airport, kena tunggu orang yang pick up kami. perjalanan ke hotel dari airport, dalam 25-30 minit macam tu. taklah jauh sangat. kena tempuh town dulu baru jumpa. sebab hotel yang kami book terletak kat One Borneo. betul-betul sebelah shopping mall dia.

first day, free and easy. lepas check-in, hang out jap kat mall before dinner. survey barang. time ni boring sikit sebab hotel jauh dari town, nak jalan pun tak tahu nak pegi mana. so habiskan masa berdua-duaaan. saya suggest uolls yang nak holiday ke KK ni, make sure nak book hotel tu pegi la book yang dekat dengan town. senang. lepas tu sewa kereta. rate dia pun kalau tak silap saya dalam +rm70-80 sehari. nak pegi mana-mana guna map. then boleh la jalan ikut suka hati. *saya.kaki.jalan*
serius boleh jimat kat situ. jalan kat KK tu pun bukannya bersimpang-siur macam kl. senang je. :D

tepi jalanraya je dah laut. tapi tak ramai orang lepak sebab cuaca tengah panas. plus takde tempat duduk. sesuai buat orang memancing ikan je.

mereka kata, Alamesra ni macam Alamanda. LOL

1Borneo Hypermall



dinner kami kat Restoran Puteri Hang Li Po. Chinese dishes. shedapppp.
makan 2 orang tapi, lauk banyakkkkk.

ehh, jangan terkejut eh kalau tengok jam baru 630pm tapi suasana dah malam. kat sini perbezaan waktu dengan semenanjung, sejam. walaupun macam tu, sabah tetap guna masa yang sama macam semenanjung. situasi je berbeza. so jangan keliru ok.

balik hotel, singgah TF kat mall sebelah. beli kudap-kudap sebab tahu malam ni mesti lapa gila. dinner kan awal. jalan lagi kat mall tu. time ni baru la nampak orang KK ni ramai sikit. tidak tu masa kami pegi petang tadi, boleh kira dengan jari. maybe hari jumaat, orang tengah keje lagi. ni dah malam baru la nampak muka memasing.

jam 1815 dah senja.


fav all time. buat sejuk badan. huahuahua


balik bilik, lalu kami letih. layan movie lepas tu tido.
dah penat.
2nd day nanti saya cerita lagi.
kbai.









Tuesday, November 15, 2011

fatso

minggu lepas, minggu ni dan minggu depan saya bz.
cececeh, minggu depan pun dah tahu awak bz ye kak.
huahuahua.
sejak saya jadi workaholic ni, terasa selera makan tak menentu.
auwwww. mengada.
tapi, hakikatnya, terimalah,
saya dah gemok.


gemok atas, gemok bawah, gemok kanan, gemok kiri.
demitttt!
tak timbang lagi, tapi dah tau dah, saya gemok.
kain baju kurung tak muat, kebaya apatah lagi. ketatttt!
jeans? kena beli baru.
lepas kawin apasal badan semua naik eh?
*wonder*



seeeee, bukti yang mengatakan saya makin kembang semangkuk.
peha serupa drumstick. pipi tu pulak rasa macam belon.
kawan saya kata, gemok lambang kebahagiaan. apakah maksud tersirat??
deyy,
kembang lah lagi. kembangggg la. saya tak kisah.
*cry*











Friday, November 11, 2011

nombor cantik


Jumaat, 11.11.11
harini semua pakat cerita pasal tarikh yang macam best ni.
saya sure ramai couple yang pilih hari ni utk mengikat ikatan yang menghalalkan antara mereka.
sokay.
nanti dalam kad nikah terteralah tarikh nikah, 11.11.11.
LOL
for me, nombor 1 memang dah sinonim dalam diri.
bornday, 1/1.
nikah dengan husband, 1/5.
jadi, tarikh hari ni sama je macam tarikh-tarikh yang lain.
cumanya, ia unik dan kebetulan jatuh pada hari jumaat, penghulu segala hari.
tapi, saya harap jangan la ada diantara mereka yang nak buat 'gempak' sebab nak mengabdikan kenangan tarikh yang best ni.
tak cool okeh.









 

Wednesday, November 09, 2011

it's you!

Ya Allah,








*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

m e r o y a n





maaf suami, tapi i memang minat dia dari muda.
LOL











Tuesday, November 08, 2011

very good tuesday

good morning!
tuesday blues kah? ohhh tak. sebab monday kan cuti raya. ape kejadahnya nak blues-blues di pagi selasa yang heaven dan hening ni. jalan kan tak jammed. harmoni je bila masuk ofis, ramai yang sambung cuti lagi. terlajak lettew. abaikan je sebab saya nak simpan cuti untuk next year. apa barang cuti-cuti ni. keje la best. huahuahua

sebelum terlambat, selamat hari raya Aidiladha uolls. ye, memang lambat tapi ahh lantak la.
ok, saya beraya kat kampung shah alam je. fine.
dari rumah kl ke rumah mentua ada la sekentut dah sampai.
tak payah rushing sangat.
sebenarnya tak macam raya pun.
HAHAHA

actually, disebabkan MIL ada buatkan korban 1 bahagian lembu untuk anak bujang dia yang gedik tu a.k.a husband yang gua sayangi, maka dengan gua-gua sekali kena beraya di sana.
*tak kisah*
gua kan nak jadi isteri yang tak ingkar. (dengan harapan lepas ni dibelikan ipad satu)
LOL

kbai!











Friday, November 04, 2011

freaky friday

hari ini dalam sejarah, hp tak bawak. tertinggal kat rumah masa tengah charge pagi tadi.
huwaaaa, rasa macam tak best walaupun hp tu boleh buat call n msg je.
HUAHUAHUA

actually pagi tadi kelam kabut. apasal tah.
padahal stuffs untuk balik kampung semua dah setup malam tadi.
baju dah gosok, rumah dah kemas tapi lambat jugak.
dah la lambat, hp pulak tinggal.
lepas tu, after office hour ni terus nak balik kampung.
habibi dah bising camaner nak call semua.
sabar aje lah ye cik kak. awak tu yang careless.
lainkali buat lagi ye.
esok-esok kalau ade emergency kan ke dah susah.











Thursday, November 03, 2011

penghutang, sila lah bayar duit saya.

dulu kan saya ada kawan ni. memang baik dengan dia. dah kata kawan sama-sama sekolah. kiranya dia ni kawan comolot saya la. cuma lepas habis sekolah tu dah kurang sikit tapi still keep-in-touch each other.
setahun ade beberapa kali kami dating. dia ni study jauh. so time semester break je baru kitaorg dating.
gini citenya,

masa tu saya baru start keje kat satu tempat. dia pulak tengah final-year student. but still baik. cuma tak macam dulu sebab semua orang dah busy. then, ada satu hari tu dia ajak jumpa. ajak pegi makan-makan, lepak lepak. katanya nak kenalkan saya dengan bf dia. memang kami ni pernah plan satu hari nanti nak kenalkan bf masing-masing. tapi saya pegi solo je sebab masa tu bf tengah gila kerja.

oooo, rupa-rupanya dia ada hajat uolls. actually, time ni memang orang tengah menggila buat MLM. apa kejadahnya tu? Multi-level Marketing la kawan. saya pun tak berapa nak amik tahu sangat sebab memang tak minat. tapi rupa-rupanya, dia pun join jugak mlm ni. so dah boleh agak la kan apa yang dia nak dari saya. ye ok, terima kasih. itulah, mula-mula dia and her bf cerita yang indah-indah pasal mlm. cerita semua nak 'A', semua nak meletup. cerita tu, cerita ni. holiday sana. event sini. macam-macam, malas nak ingat lagi buat sakit hati je kan. saya sorang masa tu, so dengan tekun je dengar. buat muka pun macam kagum. tapi nak dijadikan cerita, ayat diaorg memang manis. kalah semanis kurma. kalau kurma and gula tu dah manis, manis lagi kata-kata yang terbit dari mulut longkang diorg tu. KEHKEH


straight-to-the-point,
akhirnya, kawan saya ni cakap, yang dia nak pinjam duit saya buat modal. tapi bukan dengan janji kosong je. siap ada agreement semua dengan lawyer sekali. monthly, dia yang akan cover balik duit saya tu. PLUS, bukan je dia cover, dia siap bagi extra money lagi utk saya. ok, itu masa dia berjanji dengan saya yang siap ada agreement tu.

masa tu saya naive.
nak sangat tolong kawan yang baik masa childhood, saya buat dengan ikhlas hati untuk tolong dia buat modal. dengan harapan, dia pun kena ikut syarat yang ada dalam agreement tu. dia kata fine, dia akan ikut dan janji tak kan tipu punya sebab dengan cousin dia pun dia ada buat macam ni. ada agreement bagai.

tapi,
6 bulan pertama, payment dia memang ikut schedule. memang tak pernah missed. payment pun cantik dan itu buat saya trust kat dia. dalam hati, ok ni takde pape. ehh dia kan kawan aku takkan nak tipu aku pulak. masuk bulan berikut dan seterusnya, dia buat perangai dah. payment lambat. call, lambat angkat. sms, lambat balas. gua pun masa tu hangin. dah la masa tu gua baru nak setup planning nak kawin dengan kekasih hati. hari-hari gaduh dengan kekasih disebabkan masalah kawan saya tak bayar hutang ni.

the end,
mlm dia lingkup, tak boleh survive. then baru saya dapat tahu, duit yang dia pinjam pada saya tu sebenarnya dia bagi bf dia buat modal mlm, bf dia pulak bagi duit tu kat downline dia utk backup modal. kannnnn?? kat situ dah pening dah. memang macam hare. sentap gua. betul-betul saya trust tapi dia pulak sudah buat onar dalam hidup saya. nak cakap ape ye? kawan makan kawan ke atau kawan biadap atau dia ni tak boleh dibuat kawan? cer bagitau saya sikit sebab saya stress dengan dia.

saya ok lagi, masih bertahan. see? kuat tak saya survive hidup? nampak je ok tapi sebenarnya, tuhan je yang tahu saya macamana. nak nangis. sendiri cari masalah. tulah, percaya sangat. kan dah kena. dulu masa nak buat tu, taknak bincang dengan orang yang lebih tua. sekarang, apa dah jadi? jadilah semudah 1,2,3... HUAHUAHUA meh gelak sambil nangis sama-sama.

now,
kawan saya tu dah tak join mlm ni. sekarang ni tak tahu kerja apa. tapi saya dapat info dari informer bertauliah (member kiteorg gak), dia ni dah keje best. officer. ehh u, takkan tak mampu bayar duit saya kan? so saya wonder. dia ni kenapa? nak lari ke? saya frust. rasa nak lempang muka dia laju-laju. tapi sebenarnya, bukan saya je yang kena, ada lagi kawan-kawan kami yang pernah kena pinjam dengan dia. ada satu kawan saya tu, siap ugut nak pegi jumpe mak bapak dia. maybe dia takut, terus dia bayar. tapi amount tak banyak macam dia pinjam dengan saya.

saya pun tak tahu nak cakap ape. cuba bagi idea sikit camane nak buat kawan saya tu bayar balik hutang dia kat saya. yes, memang la ada agreement. boleh je bawak naik atas pegi sue. tapi, nak sue ni mestilah kena pakai duit jugak. sorang kawan saya ni suggest, straight pegi rumah mak bapak dia cerita hal sebenar apa yang anak dia dah buat.... saya kalau boleh tak nak la sampai macam tu. melibatkan orang lain. anak punya keje, mak bapak yang kena tanggung. tapi dah jadi macam ni, saya pun dah tak boleh nak tahan, rasanya pegi mengadap mak dia is much better right? entahla. stress weh.

habibi saya tu pun dah surrender. the end, dia cakap, bersabar je la. mungkin bersabar tu adalah ubat paling mujarab sekali. anggap je la duit yang awak bagi kawan awak tu bukan ditakdirkan untuk awak.  mungkin ada hikmah disebalik semua ni. mungkin tuhan tu nak awak lepas ni lebih berhati-hati. berdoa banyak-banyak, mintak petunjuk dari-Nya. doa orang teraniaya ni Insyallah termakbul. fullstop.

sob sob sobbbbb.
*terharu*


kepada kawan saya yang buat saya stress tu, nak mention nama ke tak? kang kalau mention tak pasal pasal saya kena saman malu.
apasal ko ni macam haram sangat weh? dan menyusahkan hidup aku, dah mengusutkan akal aku.
bayar la duit aku cepat..... kata ada simpan utk aku tapi manaaaa?
@#$%$^&*^%$#####!@#!!!!
*dah marah sangat dah ni*

saya cuma nak ingat kan ini je,
hutang emas dibawa berlayar, hutang budi dibawa ke mati.
hutang duit pulak, nanti kat akhirat esok awak tanggung tau.
kalau saya tak halal kan apa yang awak ambil dari saya, masak awak kat 'sana' nanti.



sekian, terima kasih.











busy




pehhh. tiba-tiba next week lepas raya haji ni, saya rasa macam banyak keje yang menanti.
tadi boss turun melawat kawasan. cececey dia ingat gua ngulor agak eh...
then dia bagitau,
''...next week kita kena buat Sea Games 2011 ok...''
'' err, sapa lagi boss,''
'' ehh saya suruh semua staff kita buat la...''
'' okayyyyyyy ''


ok, ini memang nak mintak gua keje pegi pagi balik tengah malam macam yang lepas-lepas la ni.
tapi saya okay.
*pengsan*
bye bye habibi,
jangan merindui beta ye.
awak jaga rumah, saya pegi keje.
heheheeeeeee











Wednesday, November 02, 2011

happy birthday


happy 26th birthday friend.

in this world, where everything seems uncertain, only one thing is definite,
you'll always be my friend, beyond word, beyond time and beyond distance.
my heartiest wishes to you on your birthday,
have a great life, successful year filled with glory,
god bless you with love and care,
enjoy every moment of your precious life,
and...
always make your way, as you walk through this journey, called life.
happy bornday friend!



xoxo










Tuesday, November 01, 2011

air tangan orang yang tak solat

please share with love.
fikir, renung dan selamat beramal.




Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. 

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), 
“kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” 

Nak dijadikan cerita, dengan kuasa Allah swt, isteri lelaki tersebut hamil dan selamat melahirkan anak.
Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsing. Sebab dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad SAW. 
Kalau umat Nabi Muhammad SAW, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda 
(dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tersebut. 


Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak tadi, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Musa as dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lantas, Nabi Musa as pun menjawab bahawa lelaki itu tidak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. 

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air itu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

 
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. 

Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. 

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. 
Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dan sebagainya. 
Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan? 

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. 


Hati-hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah swt mensyariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah sedang nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam),

 
“As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”


Maknanya, 

“Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” 

Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup. 

Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala. 

"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali (1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh (3) dan yang berpesan-pesan pada kebenaran (4) dan yang berpesan-pesan pada kesabaran". 

- Surah Al-'Asr.







*insaf*









1.11.11

ehh,

it's 1.11.11
wahhhh!
special date to remember.
nak declare dengan sapa?
gua pun dah kawin.
nak pegi dating dengan sapa pulak?
hari hari dating dengan habibi kat rumah.
kalau tak kat rumah pun, dating tengok wayang. ehh, itu wajib!
tak pun dating depan tv tengok movie. tengok bola.
dating kat rumah best. boleh guling-guling.
tapi, sebenarnya malas nak keluar.
HUAHUAHUA

dah nak hujung tahun kan. macam tak percaya je. macam cepat je masa berlalu. rasa macam betul ke ni.
awal tahun hari tu, busy with preparation for my big day. tengah tahun pula, i'm married with my love one.
now, dah nak hujung tahun. lepas tu masuk tahun baru. can't wait till May next year :D
yeayyyyy!!!!!