life is beautiful

life is beautiful

Friday, December 30, 2011

congrats gjoi and wife

just for update.
i'm sooo happy!
my friend baru saja dapat baby girl semalam (29.12.2011).
kawan saya tu, best friend kepada husband saya masa kat teknik dulu.
dan jugak satu kelas dgn saya.
HEHEHE

selamat menjadi papa dan mama.
semoga baby dihindari dari sebarang penyakit.
ameen.










Thursday, December 29, 2011

new year's resolutions

sedar tak sedar, tahun baru dah hampir tiba. ceceh ayat....skema betul.
tahun baru eh. macam tak caya je. betul ke ni tahun baru? betul ke ni saya nak celebrate umor yang ke-26.
wahhh, very the muda... tengok muka macam baru je habis upsr tapi hakikatnya gua bini orang.
*perasan*
ye, muka saya nampak muda tapi percayalah, saya matang.
btw, bukan itu yang saya nak bincangkan disini. saya cuma nak tanya apa azam tahun baru korang?
mungkin ada yang masih sama dengan azam yang lama atau ada yang buat azam baru. kira tambah la kalau azam lama tu tak tercapai. atau,,, takde azam langsung. kot?

azam, azam jugak tapi, kalau cakap pungpang pungpang buatnye tidak, toksah la nak berazam. buat menyampah orang je. azam saya? HEH, malu nak cakap. banyakkkk! dah bukan azam dah kot. dah jadi memang patut buat dari dulu dulu lagi. tak kira la datang tahun baru yang ni ke atau yang akan datang.

ok, pertama sekali azam saya dari tahun lepas,
# to save more money. the more the merrier. taknak la simpan lepas tu hujung bulan korek. no no no. kalau boleh nak simpan semua. semuaaaaaa ok. tapi memang taklah sebab saya hutang banyak. so simpan mana yang mampu.

kemudian,
# yang ni azam lama, harap tahun ni dah boleh tercapai dengan jayanya ye. ini saya malu nak mengaku. sebab saya ni nampak je hati kering tapi penakut nak drive kereta. tak tahu kenapa, padahal boleh je, tapi entah. nak suruh bila keadaan mendesak baru boleh bawak. takpun memang nak suruh husband belikan satu kereta untuk saya baru boleh drive. wahhh, melampau. so azam ni kena highlight lebih.

next,
# for sure, untuk yang dah berumahtangga, nak ada baby sendiri. he he heeee. yesss, gua nak ada baby sendiri. insyallah kalau dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik. so lepas ni kene dan mesti produce kaw kaw punya. play hard everyone. KAH KAH!

that's all untuk azam yang besar.
nampak gayanya dua tu azam yang lama, cuma tambah satu je azam yang baru. *sigh*
dan, banyak lagi azam saya sebenarnya. tapi saya nak fokus pada yang 3 ni dulu.
azam yang kecik kecik tu, kita buat sambil lalu je eh. aci tak?

sumber : google


happy new year lisa dan ehhh, happy bornday too!
kbai.









Wednesday, December 28, 2011

human system

ada banyak benda tak settle.
actually postpone dari minggu lepas.
i mean, bukan saya yang tak nak settlekan.
cuma, benda tu tak settle diatas sebab sebab tertentu.
dan bukan disebabkan oleh saya secara official.
sigh.
dan disebabkan benda benda yang tak settle tu,
kepala serabut, semak.
dan rasa macam dah tak nak buat semua tu then ignore.
boleh?
HAHAHA
dan, tiba tiba ada satu benda yang dah buat saya happy.
hello office,
claim dah masuk.
yeayy!!
ok, itu memang aku sukaaaaaaaa.
noted.


p/s: aku fedup deal dengan human system. serius. tolak sana sini. kesudah, takde jalan penyelesaian. aku ke yang bersalah?







Tuesday, December 27, 2011

speechless



rindu mak!
seriously.
sobbbbs.







a new lake garden

kaki, badan, tangan semua sakit...
huwaaaaaaa
rasa macam nak balik rumah rehat je boleh?

itulah, dah lama tak bersenam tiba tiba semalam rajin pulak nak pegi jogging kat taman tasik perdana.
rasanya, dekat setahun saya tak jejak sini. lama gila weh tak jogging itu yang sengal badan.
nasib baik la malam tadi dah standby urut siap siap kaki dengan harapan esoknya tak cramp sangat.
tapi, penangan dah lama tak turun padang, still ada cramp jugak.

well, tasik perdana has changed! ke saya yang dah lama tak pegi? cantik weh. dan kebetulan cuaca semalam elok je dari pagi sampai ke malam. so dari duduk saja kat rumah, jom lah kita berpeluh. sihat sikit badan disamping menjaga fitness. sebab dah terasa ada lemak yang berkumpul tu yang gagah pegi jogging.

tasik perdana? eeeeiiiii u, tak kelas lah! bawak anak jalan boleh la. *kata kata orang dulu*
tapi sekarangggg, jangan cakap la. ada je nampak couple dating kat situ. plus, environment dia pun okay.
ada banyak taman kat dalam tu. tak silap masuk pun percuma sebab masa kami tengah sejukkan badan, kami singgah kat taman kancil dan rusa. wahhh. tak payah pegi zoo, sini pun ada.
so, dah boleh taruk dalam list tempat yang perlu pegi bila dah ada kids nanti. kannn?
;p


curik dari google. BAHAHA
nak berjogging takkan nak bawak camera kot?
semak.














Saturday, December 24, 2011

saturday

are you working today?
yesss, i am.
HAHAHA
padan muka, wekkk.
sambil buat keje sambil layan movie hindustan kat tv.
tiba tiba pulak kan cerita hindustan kali ni best.
padahal sebelum ni memang tak layan.
cerita ala ala filem Stepmom yang Julia Roberts berlakon tu.
cuma jalan cerita je lain sikit. tapi, gua layannn.
sebab heroin dia cun weh. kareena kapoor kau!! gila tak lawa.
heheheeeee
macam nak tunggu cerita ni habis je baru balik.
boleh?








Thursday, December 22, 2011

still the same

well,
problem saya dengan orang BPH tu tak settle lagi. call call tak berjawab. dah fed up dah aku ni.
why me?
why always me?
HAHAHA.
damn it.

satu keje tu dah terbengkalai, datang lagi keje lain. ok, dah start pening dah.
padahal keje yang saya nak buat tu tentu tentu la memang untuk masa depan saya.
tapi,saya tak buat lagi. ape ke sengalnya ni weh?
disebabkan masalah yang tak settle tu terus semua benda jadi berat nak buat.
nak buat tapi, takde mood. ke dah memang malas ni?
ehh, bukan malas. tapi benda renyah ni ai jadi malas betul. nak kene check satu satu.
nak kene mengadap admin kat atas. nak buat itu, nak buat ini.
HUAHUAHUA.
esok jela buat eh. takpun tunggu weekend ni. kita buat kat rumah.
pastu kalau buat kat rumah for sure tibe tibe berubah menjadi orang yang teliti.
kan ke best namanya tu?

#ape ni? kelaut je.

kbai!









Monday, December 19, 2011

geram

hello,
admin BPH putrajaya tengah sibuk shopping handbag kah?
call banyak kali tak berangkat. bukan hari ni saja saya call tapi dari last week hokayyy.
ohhh, saya lupa. hari ni gov servants dah gaji plus, dapat bonus lagi.
that's why phone kat atas meja tu tak berangkat.
please la, jangan aniaya saya dan mereka yang lain yang nak berurusan dengan dept. awak.
banyak lagi keje yang saya nak hadap dari mengadap phone nak dial no ofis awak tapi orangnya takde.
phfffft.
i'm done.

well, saya marah.
actually, last week saya ada call dept. ni untuk nak tahu progress proses permohonan kuarters.
ok fine, status saya kiv. but the problem is, status saya akan kiv sampai bila bila sebab saya keja di kl tapi buat permohonan kuarters putrajaya. mereka dah kuatkuasakan bahawa, orang yang keje di kl hanya boleh apply kuarters di kl or pj sahaja. macam saya yang awal awal dah apply kat putrajaya kena update balik permohonan tukar lokasi kuarters yang dipohon.

pehhh, itu diskriminasi namanya. sebab, bila saya update permohonan saya, maka dengan itu, no.giliran saya akan berubah. elok elok dah nak sampai giliran boleh duduk kuarters, kene q panjang lagi. saya tak puas hati. sebab kalau boleh, saya nak buat rayuan, nak dapat kuarters dalam masa terdekat, insyallah. kalau ada rezeki. kalau okay.

operator BHP okay, dia bagi link supaya saya boleh call orang tu, call orang ni untuk pertanyaan dan confirmation. yes, saya call tapi, tapi, tapi.......haremmmmm. satu umat pun tak angkat phone. kenapa?
saya marah sebab mereka dah buat keje saya terbengkalai. saya nak settle cepat sebab ada banyak lagi benda lain yang saya nak buat.

saya bukan nak kata apa, tapi kebanyakan gov service memang begini walaupun saya sendiri berkhidmat untuk gov. buat keje sambil lewa. bila orang nak mintak tolong, selalu ditendang sana sini suruh call pegawai itu, pegawai ini tapi masalah tak settle settle gak. sedih saya. sebab terpaksa cakap dikalangan mereka ni la yang selalu membuatkan masyarakat luar berpandangan -ve terhadap gov.

ohh mannn,
malu saya nak mengaku yang saya ni gov servant.
*tapi gaji dah amik, bonus dah dapat, kira halal lah ye*
huahuahua
kbai!










Sunday, December 18, 2011

gemersik kalbu

dah jadi trend sekarang filem, drama banyak diadaptasikan daripada novel. paling terdekat of course filem Ombak Rindu. katanya first day release pun dah kutip juta juta. ohhh, okay. tapi saya tak tengok lagi pun sebab, entah.

saya fans Ombak Rindu versi novel okayyy. 3 3 novel dia saya baca sampai nangis. so bila dah dibuat ke filem, saya rasa ahh, tak yah tengok kat wayang la. beli cd ok kot. very tak support. LOL

ehh, tapi, tapi, tapi,
ada satu drama bakal release early Jan 2012 tau. cerita dari novel jugak, Gemersik Kalbu.
sapa kaki novel mesti dah khattam baca 2 3 kali kan? cececeh, jangan tipu wehh. sebab saya lettew. HUAHUAHUA
novel ni memang favourite saya. baca mesti nak sentap, pastu mesti nak berangan. can't wait nak tengok sapa yang berlakon dalam drama ni. nak tahu jugak sama ke jalan ceritanya macam dalam novel. sebab kadang kadang bila cerita novel diadaptasi ke layar perak, dia jadi ada sikit lari. kepuasan baca novel tu tak sama bila kita tengok dalam filem. haaa, macam tula yek.

ehhh, walaupun saya baca novel tapi saya bukan jiwang hokayy. hati gua keras cam batu kot. saja suka suka baca. sebelum kawin dulu banyak masa terluang, tapi sekarang ni bila baru je start nak bukak helaian pertama, dia dah panggil dah. KAHKAHKAH
laki den, laki den.









Wednesday, December 14, 2011

sebelum tidur

malam tadi dah nak tido, tiba tiba,

husband: kita kenal dah berapa lama?
me: 9 tahun. kenapa?
husband: kenal sebelum declaire. berapa lama tu?
me: ehhh, sebelum declaire i memang tak kenal u. tiba tiba je u muncul depan i. so, 9 tahun la.
husband: tapi i kenal u sebelum kita declaire lagi. macam mana?
me: u dulu pemalu. so i tak amik port la u ni ade ke tidak. HAHAHA
husband: tapi i rasa kat sekolah dulu i dah cukup popular. apasal u boleh tak kenal i lagi?

*speechless*

husband: lagi satu, u nak i hadiahkan apa sempena birthday u nanti?
me: ehh apa ni susah susah je. halaaaaaaa. tak fikir lagi. BOLEH?
husband: poyo nyaaaa bini aku!


KAHKAHKAH.

dear husband,
saya tak decide lagi nak benda apa. tapi nanti saya list down kan eh.
anyway,
bukan masa yang menjadi ukuran, hanya keserasian dan kesetiaan yang saya pinta.
dan alhamdulillah, tuhan ketemukan jodoh saya dengan awak.
dan saya harap, semoga ianya berkekalan hingga hujung nyawa.
ameen.







1 2 3 4 5 6 7 8 9

please share with your love.

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.


no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi anda perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi anda mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain.




me, no.1
berdikari, bercinta pada usia yang muda tapi berkahwin pada usia yang matang? 
kehkehkeh. I LIKE!
that's true okayy.
and
husband, no.2
berbakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan?
HAHAHA, ape pulak tak betul, dia sangat sangat dan sangat poyo dengan suaranya yang dia kata best macam awie. lepas tu suka argue orang sampai orang tu tak boleh nak jawab.
that's him!


so,
u all pula yang mana?





Monday, December 12, 2011

sharing

share with love from my friend's wall.

solat subuh : wajah yang cantik
solat zohor : duit yang banyak
solat asar : kesihatan yang baik
solat maghrib : anak anak yang cerdik dan berjaya
solat isyak : tidur yang nyenyak tanpa gangguan

kata Nabi Muhammad S.A.W,

barangsiapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya.
barangsiapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah rezeki yang berkat.
barangsiapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan.
barangsiapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak anak yang bermanfaat.
barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.










p/s: solat adalah kunci segala kebaikan. ia juga boleh menguatkan zahir dan batin. sekadar mengingati diri sendiri. semoga saya tidak lalai dalam mengerjakan ibadah solat.



Sunday, December 11, 2011

sengal

ok. fine. saya banyak keje hari ni sebab saya masuk ofis hari ni.
tapi tak tahu nak mula dari mana. HAHAHA
weekend kot hari ni.
tapi,
boring.
satu keje dah siap. ok dah boleh buat keje lain dah sebenarnya.
tapi,
nak buat itu, malas nak type. nak translate lagi. mata berpinar weh.
padahal,
benda tu yang akan menentukan kemana haluan hidup kami nanti.
sambil typing, translate, rajin google benda lain.
boleh pulak nak malas malas ye.
HAHAHA
masalahnya, benda tu nak settle esok okayy.
ape lah masalah sekarang ni weh?
*help*
tolong muhasabah diri sikit ye kak.
awak nak benda ni jadi senang ke nak susah ni?
kalau nak senang, buat betul betul.
jangan mengada ngada.
*marah diri sendiri*

kbai!












Thursday, December 08, 2011

boooooo u bos

haishh.
susah sekarang ni kalau bos lebih muda dari staff bawah dia.
ada je yg dia dok buat dulu tanpa bagitau kat anak buah dia ni.
apa? dia ingat anak buah dia ni ayam ayam ke?


hello,
awak tu baru je 2-3 tahun keje jadi hormat la dengan staff yang dah keje lama dan dah banyak pengalaman keja. hadoi. STRESS.
kalau tak tahu satu benda, sila la mintak yang berpengalaman ajarkan.
takpun sila la tanya kat kawan seangkatan awak yang superb tu tunjukkan.
kurang kurang takde la orang kata yang awak tu bodo sombong tahu.

yesss, saya admit yang awak tu bos. 
saya hormat awak sebab awak yang akan appraise skt saya hujung tahun ni. its okay. tak heran pun sebab gua dah dapat apc. HUAHUAHUA
tapi saya sedih.
sebab awak hanya nak jadi bos yang hanya disenangi oleh bos atas dan tak berusaha nak jaga hati anak buah awak ni.

awak kena faham, sistem kat kilang dulu lain dik non, awak jaga line. jaga mesin semua. pastu kena pastikan produk jalan ikut target. keje dengan indog. tapi ini lain. sini buat keje ikut flexible. anak buah awak buat job production. kalau production nan ado, anak buah awak rehat la. gheti? dah ada ofis, maka duduk la dekat ofis kan. ke awak nak anak buah awak ni rayau rayau jalan bandar waktu keje pastu kantoi.

maintenance pun satu hal. ehh awak tak usah nak sibuk. mereka tahu apa yang mereka buat sebab mereka berdikari punya team. bila awak masuk campur dah jadi macam apa kejadahnya. benda yang biasa kita buat jadi benda yang luar biasa bagi awak. ohhhhh, saya lupa. sebab awak tak rajin nak jenguk anak buah awak buat keje. awak hanya arah pastu tahu benda tu settle walaupun benda tu takde apa sebenarnya. padahal semua tahu yang awak tu tak tahu apa apa. tin kosong. choy.

bestla awak. lepas ni awak jadi kesayangan bos atas awak atau jadi balaci geng yang seangkatan dengan awak. ikut je telunjuk mereka. kalau mereka kata nak semua staff awak masuk dept mereka, awak ignore je. awak bagi la semua. sebab anak buah awak nothing. then lepas tu barula tahu nasib awak. awak pulak kena transfer ke tempat lain. kejela macam kuli balik. mana tahu kan?
KEHKEHKEH

saya rindu bos yang dulu. 
bos yang selekeh. tak amik port. 
jalan pun tunduk sampai langgar dinding.
tapi, cool. 
silent but brilliant.
graduate overseas okay.
full stop.









kasi promote sikit

helo sweeties!
actually, saya tengah pening ni lepas baca pekeliling SBPA.
panjang berjela jela. apa pun tak faham. guna bahasa tinggi sangat kot.
kang buat buat faham, jadi cerita lain pulak. senang, kita tunggu je taklimat dia nanti.
takpe, abaikan.

ni saya nak mintak tolong. tolong bukak page love affair 2012 pastu buat la apa yang patut.
cari gamba kawan saya then likeeeeeeee banyak banyak. he he heeeee
tolong la ehh.
pleaseeeeeeeeeeeeee

kawan saya ni haa, mengada suruh promote. nak menang videog katanyaa. *cikhel jangan marah*




dia nak kawen tahun depan. kalau menang contest ni dia nak guna untuk wedding dia la.
save bajet kan. maklumla, nak buat kenduri kawin ni nak kena pakai $$$ ribu ribu.
mana yang boleh dapat foc tu kita amik dan jangan lepaskan peluang. try and error.
kalau dapat, alhamdulillah, saya tumpang gembira. kalau tak dapat, itu namanya takde rezeki.
mungkin rezeki dia ke lain pulak kan.
so u all, sila la bukak link itu ehh.
terima kasih.
nah saya bagi hugggggggggg,

sayang ketat ketat










Tuesday, December 06, 2011

taman tasik titiwangsa

last month kami ada attend wedding invitation kawan sekolah dulu.
baru nak update dalam belog. busy lah katakan. inai dijari pengantin pun dah kecut kot.
sebab masa tu saya kena standby sea games tapi boleh lari lari pulak.
eh, dia buat dekat stadium titiwangsa okay, nikah pun 11.11.11. kelasss kau sarah.
dan seperti biasa, kami yang over.
BAHAHA


tu diaaaa, sarah dan husband. tapi seperti biasa, laki i selalu lambat nak berposing posing ni. dia tengah berasapkan dirinya bersama incik tunangan cikhel. side kiri tu tema hitam katanyaaa. macam berjanji pulak eh korang. sarah kurus gila weh. nampak tulang kering... bila la nak dapat badan kurus macam LJ. haishhhh.

kak el dan abam ali yang tough gituw.

tapi tak boleh lawan kanda i yang dia kata dia tough, sasa, badan ketul ketul dan muka macam aaron ajis
*geli nak cakap semua tu betul, tapi saya anggukkan kepala, layankan aje*
KAHKAHKAH

seee, dia suka kalau saya setuju je apa yang dia mengarut. nampak tak senyuman manis yang tak berapa nak manis buah tu?

eleh, tapi sebenarnya manis lagi mereka, couple yang baru memasuki alam pertunangan ni... 
soo sweet kannn? amboi, amboi, amboi...









Monday, December 05, 2011

pantas kah kau?

seberapa pantaskah kau untuk ku tunggu?
cukup indahkah dirimu untuk selalu ku nantikan?
mampukah kau hadir dalam setiap mimpi burukku?
mampukah kita bertahan di saat kita jauh?

seberapa hebat kau untuk ku banggakan?
cukup tangguhkah dirimu untuk selalu ku andalkan?
mampukah kau bertahan dengan hidupku yang malang?
sanggupkah kau meyakinkan di saat aku bimbang?

celakanya,
hanya kaulah yang benar benar aku tunggu.
hanya kaulah yang benar benar memahamiku.
kau pergi dan hilang ke mana pun kau suka.
celakanya,
hanya kaulah yang pantas untuk ku banggakan.
hanya kaulah yang sanggup untuk aku andalkan.
di antara pedih aku selalu menantimu.

mungkin kini kau telah menghilang tanpa jejak.
mengubur semua indah kenangan.
tapi aku selalu menunggumu di sini
bila saja kau berubah fikiran.




-sheila gank



Thursday, December 01, 2011

1st December

good morning december! welcome next january, he he heeee.
mengadanya kau kecil.
1st december, first time saya dihantar oleh suami naik motor pegi keje. lucu kan?
well, kami dah patah kaki, sebab....

credit to camera husband

kena 29/11 petang. husband baru je balik dari outstation pagi tu.
pagi tu jugak baru amik waja garang ni dari bengkel sebab tukar gearbox, petang dah terjebak.
hai lah dugaan di hujung tahun ni. sabar jela wahai hati.
si garang dah masuk bengkel, makan 2-3 minggu jugak kot proses nak claim insurans semua.
apa nak buat, redha je. itu tandanya Allah sedang menguji kesabaran dan keimanan kita.
berdoalah, dan berprasangka baiklah pada Allah.