life is beautiful

life is beautiful

Monday, December 31, 2012

the night before new year

Esok tahun baru, 2013.
Dan birthday aku jugak.
Sila jangan jealous.
he he heee.

Malam ni, walaupun esok birthday aku, tapi aku masih di ofis. Masih okeh.
Ater, kejonye shift. Maka minggu ni jatuh pulak kerja malam.
Maka redhoo.
Husband dirumah sahaja melayan anak kesayangan.
Tiada candle light dinner. 
Uhuk. *nanges*
Dah ada anak kann, buat jelah cara dah ada anak.
=)

Selamat tinggal 2012. 
Banyak sangat benda yang berlaku setahun yang lalu.
Pahit, manis, suka, duka.
Eh, semualah.
Rasa macam, eh, sudah setahun? 
Dan yang paling penting nak highlight kat sini,
esok umur aku dah bertambah satu.
Tapi yang aku sangat pasti dan aku tahu semua orang jealous,
muka tak serupa umur. 
Kahkahkah.
*Aku tahu aku poyo. Sila pangg sekali*

2010, celebrate dan pergi dating di Zoo Negara.
Aku tahu ia kelakar bukan?
Tapi percaya lah, so suwit.
Motip?
Pakwe ajak mengenal binatang.
Nanti boleh bedtime story dengan anak.
Dulu pakwe sekarang suami.
:)


2011, roof top. Serius this is the best!
Nampak klcc dihujani oleh bunga api.
Motip?
Ala ala candle light dinner gitu.
Dah kata birthday aku new year kan. Demand lah sikit.

2012, celebrate rumah mak kat seremban jo. 
Esoknya baru pergi dating.
Lepas tu baru dapat tahu i'm preggy.
yeayy!!
Birthday yang lagi bermakna.
:)

So esok tak tahu lagi apa plan. 
wink wink
Planning awal nak kerja jap then baru pergi somewhere.
Angkut lah Aqif sekali. Nak tinggal pengasuh ada hal pulak.
Dah plan macam macam ni. kehkeh.
Tunggu jelah masa yang sesuai baru boleh dating dating.


Selamat menyambut tahun baru 2013 uoll.
Semoga tahun 2012 memberi 1001 kenangan yang tak dapat dilupakan.
As salam.

p/s: husband suruh balik awal sebab nak tengok bunga api. eh?
kan aku dah cakap, husband aku tu so suwit orangnya.
Bye!








Wednesday, December 26, 2012

Pengasuh


 Seminggu sebelum masuk kerja, aku dah tekad nak start hantar Aqif ke rumah pengasuh.
Suami pun setuju. Biar cepat serasi katanya.
 Okay, bab pengasuh satu hal. Kalau ikutkan hati, aku hingat nak cuti je lama lama, 
tak nak masuk kerja, nak duduk rumah jaga anak.
Eceh.
Anak baru sorang. So perasaan nak jaga sendiri tu maha berkobar kobar.
Orang kata biarlah dia membesar didepan mata.


Cer teka kite ikut muka sapa? Kalau teka betul kite kasi upah susu.
Amacam??
He he heee


Actually, kawasan rumah aku tu memang ramai surirumah yang partime mengasuh budak.
Cuma aku je  yang tak berapa nak kenal. Plus kalau boleh aku nak la pengasuh tu asuh Aqif sorang.
Tak pun kalau bukan Aqif sorang, dia adalah jaga sorang dua budak lagi ke. Kann.
Tak nak ramai sangat sebab Aqif baby lagi. Buatnya budak lain pijak anak aku.
Fuhhh, janganlah.
Select punya select, dapat la akak sorang ni. Rumah dia pun level rumah aku.
Dengar cerita dari jiran sebelah dia ni okay. Dulu anak dia pun akak ni yang jaga.
Nak ambik lambat pun takpe. Kawtim.

Hah.
Bab tu aku suka.
Sebab, aku kerja shift oiii. Selang seli seminggu malam seminggu normal.
Sila highlight yang aku kerja shift ok.
Apakah kerja gomen tapi ada shift shift bagai nih?
HEHEHE.
Suami aku pulak kerja jauh. Kalau kerja berlambak maka lambat la dia sampai rumah.
Kalau kerja berlambak, kalau tak berlambak pun dia memang rajin balik lambat.
Biasalah, boys will always be boys.
Adalah nak futsal lah, badminton lah, lepak minum lah.
So aku decide dengan akak tu yang kalau aku kerja normal, 
maka aku hantar dan ambik macam biasa. Hantar pagi, ambik petang.
Tapi,
Kalau kerja petang, tengahari baru hantar dan malam paling lewat pukul 9 suami pulak yang ambik. 
Hah gitu lah nampaknya.
So kau rasa ada tak pengasuh kat tempat kau orang boleh buat gini?

Bagi aku, Alhamdulillah la akak tu boleh consider.
Ingat aku nak ke menyusahkan orang ni.
Mak mentua  awal awal dah cakap nak jaga.
Tapi masalahnya dia duduk Shah Alam hoi jauhlah kan.
*Walaupun aku duduk kl, tetap nak cakap shah alam tu jauh*

Satu kerja pulak aku dengan suami nak ulang alik bagai.
Silap haribulan, boleh gaduh dengan dia tengah highway pasal penat.
Dah lah bila penat muka macam nak mintak pangg.
Maka jalan selamat ialah, hantar Aqif ke rumah pengasuh yang berdekatan dengan rumah.

Muka stok tak rela sebab dah tahu dah nak kena hantar kat rumah pengasuh.


Bab fee standard pengasuh kat KL letak harga untuk baby tak lebih tak kurang rm300.
Kalau dapat yang murah tu kira nasib baik lah sebab boleh kawtim.
Aku nak kawtim pun berani tak berani pasal jadual kerja aku yang begitu.
Entah entah lagi dia nak mintak mahal adalah.
Tapi pandai pandai la.
Kalau rasa selalu ambik anak lambat dari rumah pengasuh tu, bayor le lebih cikit.
Takpun manis manis kan muka masa bagi duit bulanan, sertakan ler sekali buah tangan.
Barulah hidup bermuafakat dan berkat dia asuh anak kita. Ye tak?
Alah, orang berbudi kita berbahasa.
Bahasa tu kan jiwa bangsa.
Eh? Apa yang aku merepek nih.

Dulu, masa kecik aku dan adik adik memang makpak hantar ke rumah pengasuh.
Kebetulan pengasuh tu pulak jiran sebelah rumah.
Sampai adik adik aku panggil acik milah tu ‘emak’ lah.
Dan sampai sekarang jugak lah hubungan kami tak putus walaupun keluarga masing masing dah berpindah.
Jadi, aku tahu lah sikit sikit adab menghantar anak kat rumah orang ni.
Heh.

Apa yang aku nak tekankan kat sini,
Kalau nak cari pengasuh tu biarlah yang boleh asuh dan didik anak kita betul betul.
Pakej la konon.
Sebab, anak akan banyak spend time di rumah pengasuh.
Kita balik pun dah petang, sempat main kejap je dengan anak.
Tunggu weekends barulah puas sikit membelek anak.
Tu pun kena bahagi masa. Untuk rumahtangga. Suami. Untuk diri sendiri lagi.
Aku lagi lah, kerja shift. Pastu weekends sibuk nak buat ot pulaks. Hamboi.
Ni pun tawakal je. Berserah pada yang Esa dengan harapan semuanya akan ok.

 Nak kena tumbuk?? Jangan pandang kite sebelah mata okeh.
  Nyum nyummm nyumm, dap dap dap
  Sampai tertidur tidur kite taww
Puting kopek kite kaler biru. 
Since kite tak reti nak hisap susu pakai botol, umi ajar kite pakai puting kopek dulu.

First day hantar Aqif, 
aku dah nampak dah yang pengasuh tu boleh handle Aqif yang amatur menghisap susu ebm guna botol.
Aku ucap syukur Alhamdulillah.
Kiranya akak ni terror lah.
Mana taknya, aku dengar akak ni pernah jaga 12 orang budak sekali gus.
Tapi bukan le semua tu baby, ada yang budak transit je.
Macam sekarang ni, akak tu just jaga 4 orang budak. (buat masa ni)
2 baby termasuk Aqif, 2 lagi budak dah besar. So ok lah. Tak crowded sangat.
Plus, dalam rumah tu pun ada husband dia tolong tolong. Anak dia pun ye jugak.
Jadi aku harap, berkekalan la jodoh dia dengan Aqif.
Jangan la diberi dugaan macam macam.
Sikit sikit tu takpe la, dia pun manusia jugak ada sakit pening.
Ada jugak hal yang tak dapat dielakkannya nanti.
Tapi, itu Insyallah boleh kasi settle punya.

Macam beberapa hari yang lepas, Aqif meragam tak nak diletak.
Bila letak je mengengek, tah apa lah yang tak kena.
Kena la ayah dia mendukung kasi pujuk.
 Dikeleknya kehulu kehilir.
Akak tu treat Aqif macam mak mak kita jaga cucu tahu.
So buat masa ni nampak macam boleh percaya.
Maka daku letak harapan pada akak ni agar dia jaga Aqif dengan sepenuh hati dia.



 Kau orang tengok lah, siap dibedungnya si Aqif yang memang dalam pantang tak suka dibedung.
Kemain baik je budak ni tauu. Gewamm umi dia ni.
Kaki tu hah, tak boleh blah.
Dari situ dah nampak memang banyak pengalaman akak ni. Cececee.
Well, tu je nak update pasal pengasuh. 
Lepas ni kalau ada story yang memberangsangkan aku update lagi.
Bye!










Sunday, December 23, 2012

Berpantang day


Orang kata aku nampak kurus selepas bersalin.
Eceh.
Masuk bakul angkat sendiri lepas tu hempas ke lantai.
Kahkahkah.
Gini lah, aku tak rasa pun kurus sebab kalau kurus aku memang kurus lah macam ini,

Tak nampak?
Meh kasi tunjuk dekat,

 Tu peha tengok lah. Menitik air mata.
Gambar hujung tahun 2010. Pergi Bachelorette Trip.
Masa ni kering dan kempiss. Adalah berat dalam 40kg kot. Tak pun 39kg. Entah.
On dan off. Ada jugak sampai cecah 38kg. Itu masa puasa.
Selim melim. Serupa budak sekolah darjah 6. Kahkahkah.

Tak silap seminggu selepas bersalin si Aqif, aku try timbang.
52kg. Last pregnancy, +56kg.
Okay lah tu abang halim, turun kan. ^_^
Tak banyak, sikit jadilah.
Then, masa sebulan punya checkup ada pergi timbang lagi.
Wohooo. Suka. Suka. Suka.
Sebab berat dah turun. Mendadak. Jadilah 45kg.
Adik gua selalu menganjing cakap gua gemok, punggoq besor.
Pastu tak lama lagi sama lah size dengan mak.
Temper je den. Kuang ajor ko adik.

Gua yang masa +6months. Mok mok dan mok.

Now aku tak tahu dah berapa berat sekarang. Malas ahh nak pergi timbang.
Tapi ada rasa macam sedikit kurang.
Sebab dah duduk rumah sendiri, semua benda kena buat sendiri.
Sarapan pagi pukul 11. Lunch pulak pukul 4ptg.
Sebab melayan anak lah kan. Tak habis habis.
Pun rajin sapu losyen mustajab tu.
Dengan harapan nyah kau lelemak dan selulit di peha dan punggoq.
Tapi ada kawan kawan cakap aku DAH kurus dan RENDAH.
EH?
memang aku rendah, takde tinggi pun. *sobs*
Well, penat menjaga anak. Sebab tu berat badan senang nak turun.
Aku pulak jenis yang memang senang gila nak turun.
Takat nak diet tu takdehallah.
Tapi yang rendah tu aku tak sure. Peliks.

Ohh, lupa nak bagitahu. Masa berpantang haritu aku ada ambik set bersalin.

Tropical Herbs by Amway.


Eceh eceh promote nampak.
Beli dengan ofismate harga dia kasi rm280.
Kalau harga pasaran maun dalam rm300+ ni.
Jimat. Kehkehkeh
Kenapa aku pilih set bersalin TH ni?
Sebab baca review mereka kata ia best.
Anak bf, jaundice pun tak kisah. Boleh guna.
Tapi aku idak la, tunggu jaundice surut baru fully use.
Ada yang suggest aku Nona Roguy, Leesa Formula. Banyakkk. 
Cuma korang kena pilih, rajin gugel dan baca komen orang.
Air Mancur pun ada jugak.Murah. Mak bidan aku pakai.
Tapi bau dia oh kureng sikit. Jamu dari indon mari kata nya.
Sehari je dia lumur kat badan aku, esoknya aku suruh dia pakai TH by aku.
hakhakhak
Th ni nasib baiklah ofismate aku ada bukak kedai jamu.
So beli je dengan dia. Sonang.
Aku suka baby oil TH. Wangiii.

Nak kata disebabkan jamu TH ni semakin kurus tak jugak.
Termissed jugak pakai bengkung masa berpantang.
Mungkin sebab mak aku telah mendisiplinkan pemakanan gua.
Hari hari tak lain, ikan haruan, sayur sawi. Pastu air masak.
Buah pulak mak bagi anggur kasi panas badan.
44 hari berpantang gitulah makanan aku.
Korang boleh ke?


Ehem.
Nak seribu daya ye tak.
Aku fikir badan nak pakai lama maka layan.
Kang suami kompelin itu ini longgar pun payah gak. Ahaks!
Alah, pantang makan bebetul untuk 44 hari je.
Lepas lepas ni makan la puas puas.
Maka hari ke 45 telah menyelebrate dengan order pizza. Puas hati.
Tapi mak pesan pantang dengan suami 100 hari.
Kahkahkah!
Baik mak. Sebelum mak cakap, kite dah tahu dah. Dan suami pun redhoo jek.
 =)

Dan ini,
 Masa hari ke 55.
Tang pipi je tak surut surut. Baby Aqif pun mengikut.
Well, mana lah tumpah kuah kalau tak ke baju.
Penat umi meneran ko nak, haruslah ikut pipi umi dia.
By the way pada ibuk ibuk yang sedang, tengah or lepas pantang bersalin tu,
Sila lah kuatkan hati ye.
 Agak agak tak tahan tengok adik beradik, laki makan sedap depan mata,
beredar lah pergi duduk di hujung birai katil.
Marilah berfikiran positif.
Dan yang terakhir meh sini aku nak cakap,
misi terkini adalah untuk kurus lagi sampai boleh pakai balik baju kurung yang lepas lepas.
Pehhh. Nanges.
Bye!





Saturday, December 22, 2012

Buah hati pengarang jantung

Assalamualaikum semua

Sejujurnya aku tak tahu nak mula dari mana.
Menggigil jugaklah jari. Maklumlah, dah lama tak update status terkini.
Eceh.

Ni nak bagitahu lah ni, walaupun dah terlalu lambat kann.
Iolls dah delivery uolls!!!
Alhamdulillah, selamat melahirkan seorang baby bujang tratangtang pada 06/09/2012.
Secara normal setelah 2-3 hari jugak lah menahan contraction.
Maklumlah, kata orang anak pertama bukaan jalan lambat sikit.

Mulanya pergi checkup je pun. Tak pasal pasal diseluknya.
Baru buka 1cm doc dah mengelabah suruh aku warded.
Adehh, rasa nak panggg je muka doc tu.
Maka checkin lah aku di PPUM.
Serius nak beranak takde lah sakit sangat pun.
Macam nak teran berak keras yang besar.
*ok sila lempang*


Tapi yang palinggg aku tak boleh tahan, contraction yang selang 2-3 minit.
Ya allah, tuhan saja yang tahu.
Aku kan dah checkin and then esoknya terus discharge sebab masih 1cm lagi.
So dari rumah memang dah menahan sakit.
Sampai la ke malamnya warded untuk kali kedua.
Malam tu seingat aku, tidur tidur ayam je. Amboi memang tak tahan lah.
Sampai tetidur kat sofa.
Orang kata anak aku kembar darah. Sebab tu sakit. Entah.

Kesudahnya, pagi tu dah buka 5cm terus ditolaknya aku ke labor room.
Dan Alhamdulillah, dari pukul 9pagi aku masuk LR, pukul 550petang baru baby keluar.
Amboi nak bukak sampai 9cm tu, bape jam eh? Makaih, lamanya aku dok dalam tu.
Masa aku dalam labor, punyalah tak tentu arah suami.
Memanglah, dari pagi sampai petang kot aku kat dalam tu.
Dia siap boleh balik rumah lagi. Apadahal? Rumah sekentut je dari PPUM.
MIL pun dari datang dengan harapan nak jumpa aku sampai balik la dia.
Bahaha.

Apa apa pun, semuanya dah selamat.
Anak bujang tecik ni pun dah nak masuk 4 bulan.
Semakin bijak pandai, semakin lincah.
Asyik nak menjerit je lagi lagi dengan daddy dia.


*budak yang asyik menguap je*
 Wayar wayar tu buat rasa seram je kan.
 Bila suami aku update kat facebook, mereka dok tanya awat baby hang.
Sibuklah hai taking care sungguh kak nam.
Pernafasan baby masa mula mula keluar slow.
Tu yang kena perhatian lebih ni.
Aku lah ni, dah takde tenaga koo.


First time tengok baby hasil sendiri.
Aku dah jadi mak budak uoll.
Terus diberinya nenen. (:
Kepala baby agak lah lonjong gitu pasal duduk lama dekat pintu.
Korang jangan begitu okeh.
Kesian kat baby. Aku sebab dari pagi sampai petang duduk LR.
Tenaga dah ilek. Pagi tu sarapan setengah gelas milo sahaja dengan roti yang tu pun cubit cubit.

 Hai semua, comelss tak saya?
Cakap saya comel cepat!

Pengalaman melahirkan anak pertama is awesome!
Tak tergambar dek kata kata. Tak terjangkau di fikiran.
Walaupun baby lama dekat pintu sebab aku dah takde tenaga nak teran dia.
Sampai masuk PICU lah baby sebab suspect termakan najis.
Bukan suspect dah, memang ada sikit pun masa nurse vacuum buang lendir anak den.
Pun once dia keluar tak nangis.
Berlari jugak la nurse tu sebab takut jadi apa apa kat baby.
Momen paling tak boleh lupa bila first time nampak baby.
Waktu nurse confirmkan kat kita jantina baby boy or girl.
Ohh, nampak muka anak den sebijik macam dalam scan 3d tu.
Hehehe, pipi dia tombam macam umi dia.
Ya allah, beruntungnya lah aku sebab ditakdirkan dilahirkan sebagai seorang wanita.
Alolololo so suwit gitu haa.

Btw, anak den pun ada jaundice jugak.
Dah la suspect termakan najis, jaundice pun ye jugak.
Itu yang 2 hari admitted kat PICU. Kena lah umi dia meneman.


 Okay, dah discharge. Jom balik jumpa cik dan atok.
Daddy yang telah membayar nazarnya.
Baby kena jaundice, maka kena buat follow-up dengan kk kat kampung.


Sekian sahaja cerita bersalin dari eden.
Pengalaman biasa sahaja. Sama macam orang lain jugak.
Bila mereka kata lepas ni nak beranak lagi tak?
Aku jawab, NAKKK!
Ohsem wehh.
hahaha

Sebelum terlupa mesti uoll tertanya tanya apa nama anak eh.
Ok, anak bujang comels putih melepak pipi tembam tembam ni diberi nama,
AQIF ZAUMAR bin MOHD DHIYAUDDIN.
Semoga dia menjadi anak yang soleh, anak yang menyenangkan hati umi dan daddy dia.
Ameen.







Wednesday, December 19, 2012

Friday, August 31, 2012

55th Merdeka

happy independence day Malaysia tanah airku!!
kehkehkeh.
malam tadi tak pegi mana sebab ai keje.
pastu balik nak dekat pukul 12 sebab husband stuck in traffic jam.
ohh rupanya i-city buat event di malam merdeka.
so sambil otw balik rumah dapat la tengok bunga api dari jauh.
bukan setakat bunga api je, malah kat area rumah dh macam perang Afghanistan.
kemain ye ko budak baling mercun bebetul sebelah telinga gua.
ni mesti stok raya hari tu lah tu. simpan utk malam merdeka lak.

i tell u huh,
apa sebenarnya erti kemerdekaan pada diri uols?



for me lah,
merdeka tahun ni kalau boleh ai nak cepat cepat bersalin ;p.
then nak kurus balik mcm dulu.
hahahaha
sengal.



Dunia moden adalah dunia perlumbaan. 
Yang malas akan ketinggalan. 
Cuma yang berusaha akan berjaya.
- Tun Dr Mahathir Mohamad,
Perdana Menteri Malaysia (1981-2005)


Monday, August 27, 2012

39w

masanya hampir tiba.
tak tahu nak gambarkan perasaan ni.
ok.
first baby kot.
so blur sakit contractions dia mcmana.
sengal kat ari-ari mcm tengah period dah ada dah.
hari ni dari petang tadi sesengal kt situ.
baby pun mengeras semacam.
ayooo, awak nak kelua, kelua jelah sayang.
jgn buat bonda, eh umi. umi awak risau.
tapi takde tanda2 lagi kelua air atau darah.
lendir keputihan ade la.
bila google, itu biasa.
so jadi nervous hokay.
jangan la masa tgh sakit bersalin tu suami takde disisi.
dia jauh kat ofis dia ke. dia ada job ke.
sebab tu gagah lagi datang ofis masuk keje.
at least ada la ofismate yg tolong tengok tengok.
tapi memang la, asyik nak mentido je.
ahh lantak la kat situ.
badan dah berat lah, malas nak gerak kesana kemari.
tapi kalau bab berjalan, okeh no problemo.hahaha.
semoga bila saya sakit nak bersalin nanti, adalah suami disisi menemani saya.
dia ada utk tolong tenangkan saya.
dia ada utk tolong uruskan ape ape yg patut.
dia ada utk bagi semangat pada saya.
rasa mcm tak lama lagi je baby ni nak keluar.
semoga Allah permudahkan segala urusan saya.

suami, i mintak ampun dan maaf ye dari hujung rambut sampai hujung jari kaki.
halalkan makan minum i selama ni.
apepun yg terjadi, redhakan i.
mak pun sama,
maafkan segala salah dan silap anak mak ni.
doakan supaya anak mak mudah bersalin ye.








Friday, August 24, 2012

susuk's jr

alhamdulillah,
alhamdulillah,
alhamdulillah.

berkat bulan syawal,
sahabat kami telah selamat melahirkan seorang lagi umat  Nabi Muhammad s.a.w semalam.
it's a boy u olls!!
nama tak tahu lagi, akan diumumkan pada hari ke7 kelahirannya,
mengikut sunnah nabi.
Alhamdulillah.
bersalin secara caeser sebab mommy dia kan sakit jantung.
nwy, congrats mommy ella and daddy ali.
selamat berpantang dan enjoy your parenthood.
now its my turn pulak yg tak tahu bila.
bebanyak berdoa dan berselawat sajalah.
hihihi










Thursday, August 23, 2012

Eid ul-Fitr 2012

Selamat Hari Raya uolls!
hari ni, raya ke5 then saya dah start keje.
mood raya masih ada tapi apakan daya,
mak buyung tgh menunggu hari.
duduk rumah sesaja ohh bohsan pula,
nak stay di kg alahai nak jimat cuti,
maka kami laki bini berkeputusan naik keje hari ni jugak.
hehehe
walau apa pun, kat ofis ni ade jugak yg dah naik bekerja.
berkhidmat kerana Allah untuk negara bak kata kawan saya.
amboi, kg makpak ko dekat boleh la cerighta Don Lijuan oii.
(:

so, apa cerita hari raya haritu?
ai okay je, memang bebetul raya la.
balik melaka semua yang diidamkan sudah dihajati.
sup gearbox dihari raya pertama memang kelass kot.
husband hirup tanpa memandang sanak saudara kiri dan kanan.
tapi ai tak berani. silap haribulan next check up tetibe pulak kena darah tinggi. 
cuma ai mengidam sambal pucuk mak andak je.
terbaekk, marveles dan ohsem.
itu sebenarnya tujuan utama beraya di kg melaka tahun ini.
Eh. ada lg satu, sambal telur puyuh yg memang every year tuan rumah tu buat.
rumah geng jepun. hahaha

raya pertama, puas berjalan walaupun cuaca memang mintak mandi swimming pool.
dari rumah first sampai la the end, keje asyik makan, makan dan makan.
wuii sapa tak tahan rendang cili api ayam kampung org nogori.
dari adik yg kata dah penuh perut, terus terjebak kerna melihat kami beriya iya makan.
husband kata ai kuat makan. eleh, dia pun sama.
ini jelah masa yg ada, esok lusa mana tahu, ai dah delivery ke. kempunan.
dah niat dalam hati dari awal puasa hari tu walaupun puasa tak penuh,
nak makan rendang, ketupat, nasik impit, kuah kacang, sambal pucuk, kuah lodeh,
dan segala galanya yg diidamkan time raya nanti.
hahahaha i dont care.
tu je misi dihari raya tahun ni. lepas lepas ni tak kisah dah.
maybe feel org mengandung macam ni la. nak itu, ini, sampai termimpi mimpi.
sanggup pesan kat baby suruh delivery lepas raya.

mak, pak dan menantu kesayangan. hikhik
abam ling din yang makan bertambah tambah. 
uishhh nikmatnya duniaaaaa.
 muka puasss.

so raya kedua dah gerak balik kl.
kl? huwaaaa, kl diraya kedua? seriously?
ai ada makpak family mentua maka apa boleh buat.
kena la jenguk mereka. barulah adil dan saksama.
berkat hidup berumahtangga.
barulah mak mentua suka. kehkehkeh!

raya kami tahun ni serba bersederhana.
ai pun dah nak delivery, tak boleh la nak jalan jauh sangat.
hati kata nak, badan nampak kuat tapi yg si kecil dalam tu camaner... ?
kena amik langkah berjaga jaga.
buatnya terbersalin di tgh highway, adehhhh. mintak dijauhkan.
tapi ai sukaaaa raya tahun ni. hehehe
suka sebab entah.
walaupun shopping merapu, kuih tak berapa nak ada (tapi ada la jugakkk),
balik kg sekejap, raya ke5 dah kena keje,
tuh dia tengok lah, muka ai yg sembab, kaki pun sama,
tapi ai tak kisah.
sebab ai beraya bersama yang tersayang. auwww.
laki ai yg pakai kain pelekat lalalalaaaa...
so classic uolls.
mommy yg dah +38weeks. gems dan chubby di muka. eeiiuu. 




dan finally ai gembira sebab masih dapat lg duit raya.
yeayyy!
thanks suami.

dan last but not least,
ai dah dapat!!!!
sedapnyaaa.
gagah lepas beraya dirumah mentua sanggup redah hujan asalkan dapat makan ini.
makanan mengidam yang terakhir.
dah takde ngidam ape ape lg dah (:



Selamat berhari raya selama sebulan uolls.
jemput datang ke rumah sementara ai tak bersalin lg ni.
hihihi