life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, January 31, 2012

harga yang perlu saya bayar

sometimes i'm okay and sometimes it fuckin hurts.
HAHAHA

maka, hadap je la.
seriously, semalam saya dah start mc sebab muntah dengan teruk sampai dah kelua air and lendir lendir kuning. yerkk. tapi, hari ni dah okay. dah boleh pegi keje. terasa badan pun ringan. ini semua sebab pegi kenduri kawin orang saya makan bubur pulut hitam. sedap je melantak sampai tak fikir benda tu boleh menyebabkan angin satu badan. pulut buat angin satu badan ye kawan kawan. ingat tu.

so, otw balik kl dari seremban, hanya beberapa meter saja nak sampai r&r seremban, saya dah terjeluek dalam keta. terus muntah, muntah dan muntah. husband? okay yang, takpe. muntah kasi habis. orang mengandung memang macam ni.

malu. sebab kelua keta orang dah pandang pandang. mesti diorang fikir, apa kejadahnya budak badan kecil ni boleh muntah dalam keta. mabuk ke apa. padahal mereka tak tahu yang saya betul betul mabuk orang mengandung.

sekarang saya dah tahu perasaan orang pegnen muntah+mabuk. ok, mak tak nak. tak sangguppppppp.
dengan ni saya taubat tak nak makan lagi bubur pulut hitam lepas ni. doakan saya kuat okay.



p/s: 
baby jangan nakal nakal ye, sila kasi ummi awak ni menjalani hidup dia dengan tenang. nanti ummi kasi baby makan kismis and air yassin hari hari. ;p









Thursday, January 26, 2012

Saturday, January 21, 2012

heaven

oh yeh hari minggu yang heaven.
dah lama tak rasa macam ni.
selalu tu asyik ade je aktiviti yang kena attend.
kali ni nak rehat puas puas kat rumah.
rehat sampai muntah. HAHA
tapi, 2 hari je kot duduk kat rumah,
then CNY kami semua akan pegi berjalan ke BGRC untuk family trip.
husband punya family.

tapi, kejap lagi nak kelua.
barang grocery banyak yang dah habis.
boleh la nak paw husband makan char kueh teow lagi.
hiks.









Friday, January 20, 2012

semua tak kena

actually, dah start muntah pagi ni. angin kot. entah. semua serba tak kena. mungkin weeks dah makin bertambah tu pasal jadi macam ni. alahai, mudah mudahan badan ni cukup kuat nak hadap. weekend ni FIL dah ada plan. ke bukit gambang katanya. boleh ke tak nak pegi berjalan ni. huahuahua

tak padan dengan buntingnya, kau nak jugak pegi jalan jalan kan. sekarang pun dah start sindrom tak tahu nak makan ape. nak makan tapi tekak ni tak tahu apekebenda nak ditelan. mengada ke atau memang macam ni perangai orang mengandung? saya sukaaaaaa gila makan char kueh teow. nasi boleh la, tapi kureng. bila pegi kedai nasi campur, dah pening kepala nak pilih lauk apa sebab semuanya nampak mual dimata saya.

rabu hari tu makan char kueh teow kat aimar corner. teringat dan teringin. dari minggu lepas okay. tapi, dah tak macam dulu. saya memang tak makan kerang so makan la udang. udang dia pulak ada la 2,3 ketul. pun tak manis macam dulu. rasa pun quite okay la. #sebenarnya tak sedap# atau mungkin sebab tekak saya kot. tapi, tapi, tapi...., tak sedap pun boleh licinnnnn. HAHAHA

ok tu je hari ni.
sebenarnya rasa nak makan char kueh teow lagi.
best oh!
hiks.









Sunday, January 15, 2012

supporter

he he heeeeeeeeee


match, 140112
venue, SNBJ
keputusan penuh, Selangor 1 vs Perak 0

maaf, saya telah dipaksa.
i'm sorryyyyyyyyy.
lol









tournament catur

atucara: Kejohanan Catur Terbuka Negeri Sembilan
venue: Seremban Parade
time: 0900 - 1800
date: 08 Jan 2012

husband masuk tournament catur. KEHKEH. ye, percayalah kawan kawan.
tapi, tapi, tapi, tak menang pun. ada enam pusingan. 2 dia menang, 1 seri dan 3 lagi kalah.
yang masuk majoriti orang lama. orang yang dah familiar dengan tournament ni. nak beat pun payah. lagi pulak ada sorang player Malaysia yang masuk bertanding. tak aci tau. sapa tah nama dia tapi dia teror gilaaaaaa. ranking pun dalam 2200+. PEHH.

hadiah pertama 1k. so dengan macam makan kacang putihnya player Malaysia tu boleh kitai sekor sekor kami yang tak teror ni. muka serius masa game. siap rekod lagi every details pergerakan buah catur. betul lah dia tu pro kan. kagummmm saya. esok anak nak train jadi pemain catur lah.

tak menang pun it's okay, takde rezeki lah tu. malam sebelumnya pun kami balik lambat. visit geng susuk yang admitted hkl. pegi makan makan lagi. borak borak. balik pun dh dekat pukul 12. so husband kata dia tak cukup tido. ehh, next month ada lagi tournament. alah, suka suka je masuk. kan?













Friday, January 13, 2012

superwoman

alhamdulillah saya masih sihat dan gagah lagi untuk berjalan kesana kesini.
kerja rumah pun masih boleh saya settle kan. cuma yang berat tu takde la ngengada nak buat.
bukan nak kata saya kuat ke apa. cuma malas nak melayan badan. lagi layan lagi lemak kan?
so kalau pening pening, sakit sakit sikit tu, just rehat dan baring je. stop sekejap buat keja.
alah, orang pun faham. laki pun faham. ke ada yang tak faham? ahaks.
doakan semoga saya dan sidia sihat sihat saja sehingga bulan bulan yang berikutnya ye.

orang kata time ni la nak dera laki. train dia buat semua kerja rumah. buat itu buat ini. masak pun dia jugak.
tapi bagi saya, kalau benda simple tu tak yah la nak suruh dia. give and take.
dia pun penat jugak buat keje keje ofis. balik nak melayan kita yang bunting ni lagi.
laki nak pakai lama beb. biarlah dia balik rumah tu dia suka nak layan kita.

bukan kata sayang sangat kat laki sampai tak bagi buat kerja rumah walaupun tengah bunting.
cuma, mana yang kita boleh buat tu, kita buat. takat lipat kain tu okay kot. ;p
entahla, saya pun masih diperingkat pertama. mungkin belum mabuk teruk lagi.
so boleh la nak buat kerja tu kan.
ada laki yang tak kasi bini dia buat semua keja rumah. ok bini dia perlu sujud syukur kat situ.
layan hari hari macam puteri. tapi sampai bila? sembilan bulan? maut lah. HAHA
ada laki yang malas nak layan bini dia. itu melampau. ini laki memang keje nak enjoy je.
so, nasib la dapat laki macamana kan. terimalah baik dan buruk dia.

saya pun harap sangat saya tak mabuk sepanjang pregnancy ni. siapa yang nak, betul?
pulak tu saya dah ada projek dengan geng susuk end of may nanti.
sorang geng susuk dah injured admitted hkl. so saya harap saya boleh kuat.
hari hari doa supaya dipermudahkan segala urusan semasa pregnancy ni.
malas nak susah kan orang. tak suke buat orang meluat tengok kita.
HAHA

ini bukan poyo, tapi inila diri saya yang sebenar.
buat buat sakit pun dapat apa? lagi penat badan ada la. kalau yang betul betul sakit tu okay la.
depends on tuan punya badan.

makan pun nak kena jaga. makan makanan yang sihat. susu pun kena minum juga.
nasib la memang jenis manusia yang peminum susu.
aicehh.











Thursday, January 12, 2012

satu azam hampir berjaya dicapai

yeayyy!!
maka dengan ini saya nak bagitahu,
azam ke-3 saya untuk tahun baru ni hampir tercapai.
hanya perlu tunggu 9 bulan je lagi untuk merealisasikan azam ini.

mudah mudahan Allah permudahkan proses tumbesaran janin dalam rahim saya.
Allah permudahkan proses kelahiran dia kelak.
Allah melindungi kami dari sebarang malapetaka.
dan,
Allah selamatkan kami dunia dan akhirat.
ameen.


p/s: masih baru lagi, that's why saya takut.









omaigod

yes, i'm preggy.
ALHAMDULILLAH.
Syukur.

patut la lately ni asyik sakit kepala je. kelemumur kat kepala ni pun tiba tiba jadi macam kebal nak hilang. selalu bila tukar shampoo dia okay. kali ni tak kurang pulak. HAHAHA rupa rupanya saya dah nak jadi mak orang. YA ALLAH, rasa macam mimpi.

before period lewat, memang dah ada tanda tanda. tapi saya ignore je. tak nak berharap sangat. yela, bila kita beri harapan setinggi gunung, tiba tiba benda tu tak jadi, kan ke frust. so saya tak nak la macam tu. sebelum buat upt, ada jugak rasa nak cepat marah. kepala pun nak kata pening tak jugak, tak pening pun macam berpinau pinau je. malas nak layan. badan letih. bila jalan banyak, kat perut ni ada sakit. perut pulak tak sedap. sebu. haaa, pastu bila gosok gigi ada darah. haishh, semua la. tapi tak obvious sangat. samar samar je tanda dia.

sampai bila period saya lewat seminggu (memang menunggu seminggu lewat), baru buat upt. pagi pagi dah bangun sebab excited nk buat.;p

dan, alhamdulillah Allah beri rezeki kepada saya dan husband. naik 2 line. kehkehkeh
actually, saya memang dah prepare stokin baby yang saya hadiah kat husband tu kalau saya betul betul preggy. memang hajat dihati nak buat surprise. sebab rasa macam dalam perut ni dah ada benih yang tumbuh. instinct keibuan tu kuat. *poyo*

pagi tu bila husband bangun, ayat pertama yang keluar kat mulut dia, dah check ke belum.
terus saya bagi stokin tu kat dia. muka jangan cakap la, excited kemain. first baby kot. ;p
pagi tu, dihantarnya saya ke ofis, dibebelnya saya supaya jaga diri. hati hati bila buat keje. ehh, macam macam la. sampai rimas saya.tengahari tu jugak dibawanya saya checkup doc untuk tahu keputusan yang lebih detail.

5 weeks. (09012012)
itu yang doc kata kalau mengikut tarikh first period saya yang terakhir. scan, tapi tak nampak ape pun. HAHA kecik lagi kot.
rupa rupanya before saya ambil folic acid, dia dah ada. tak sia sia ikut nasihat kawan kawan baik ni.
now, everyday pun kena ambil folic acid untuk perkembangan baby.
lepas ni ada lagi stepnya pula. tapi tu tunggu dulu. tunggu bila baby above 8 weeks baru kita pegi check monthly ehh.

wahhh.
can't wait nak hadapi kesemua momen momen tersebut.
ai nak jadi ibu yu. ai sukaaa sangat.
hari hari ai baca surah yassin. sebab ai suka.
husband pulak dah start ajar saya baca Quran siap jaga tajwid dan hukum hakam lagi.
;p
good for my baby rite?
insyallah.
ohh, semalam pulak saya teringin buah delima. terus cari kat pasar malam.
lol








Tuesday, January 10, 2012

so-called surprise







hadiah saya untuk hasband kesayangan pagi pagi semalam.
dia excited gila.
;p
alhamdulillah. rezeki ALLAH beri. syukur Dia telah perkenankan permintaan hambanya.
dah scan. doc cakap dah 5 weeks. masih awal lagi ni.
kenalah jaga diri baik baik kan.
kebetulan sama pulak dengan geng susuk saya.
beregu lah kami nampaknya.
huahuahua









Monday, January 09, 2012

hai semua

hari ni kan first day saya bekerja di tempat baru. i mean dept. yang sama tapi ofis je lain.
so, pagi pagi bos dah welcome saya.
first day, ngulor je. tak buat keje sangat. tengok tengok gelagat orang, usha usha line bila time clea,
makan makan, borak borak, gossip gossip. HAHA
but it's okay la. first day kan. banyak lagi nak kena belajar.
listen and learn.
dan saya tengah menyesuaikan diri lagi ni. harap semuanya okay.
hari ni takde mood nak belajar. semua ke laut. esok mungkin.
bye!










Friday, January 06, 2012

yeayyy! dapat videog

ingat tak saya pernah promote kawan saya ni untuk dia
menang videog for her wedding bulan 5 nanti?

dan,
yeayyyy!!!
alhamdulillah.
tahniah dia berjaya dengan jayanya berkat sokongan kalian semua.
gambar dia terpilih sebagai pemenang dan sekaligus dia boleh menang videog untuk nikah nanti.
dan dia harap kawan kawan dia hadir sama masa nikah tu.
soo sweet.
masa saya kawin itu hari tak banyak videog n photog yang buat promotion macam ni.
so rasa ralat pulak.
tapi, bila kawan saya dah menang ni tiba tiba saya pula yang rasa teruja. HEHEHE









baru je semalam

semalam baru je cerita yang saya dah meluat tengok muka 'dia'.
tiba tiba, masuk kerja pagi tadi boleh pulak terserempak.
BOLEH PULAK EH??
dah la terserempak, siap dia panggil saya lagi.

dia: eh, awak. hari ni awak ada job tak?
saya: tak tahu lagi maybe ada. tak tengok schedule lagi.

then, nasib baik la sorang ofismate ni lalu kat situ. terus dia panggil pulak orang tu.
ada lah tu yang nak disuruhnya.
macam muka aku ni muka memang sukaaaaa sangat buat job eh?
kau kan ketua, sikit punya problem pun takkan tak boleh nak settle.
macam haghrammm.

lepas tu tadi memang saya dah lama nak mintak cop dari dia.
terpaksa okay. kalau tangguh lagi laki aku cakap aku tak buat kerja pulak.
dan dengan muka sengal saya pun masuk. mintak cop.
siap mark lagi tempat mana yang perlu dicop supaya dia tak selak selai selai.


nampak sangat saya memang tengah keras hati.
warghahahaha,
kbai!









Thursday, January 05, 2012

well, well, well

start next week saya kena tukar kat studio lain. dept. yang sama tapi studio lain lain. bos yang hantar sebab dia kata saya tak banyak komitmen. wtf? benda dah tahu dari hujung tahun lepas. patutnya start je tahun baru saya dah kena pegi sana tapi disebabkan dia tak panggil saya mengadap so saya buat bodoh je until tadi baru dia panggil.

perasaan?
sedih. tak kot. cuma, saya tak suka bila dipaksa sedangkan sebenarnya ada calon lain lagi yang patut pegi sana disebabkan masalah keje dia. orang yang bermasalah dia taruk kat tempat yang tak heavy. orang yang betul betul ada skill terhadap keje dia, dia taruk kat tempat bukan bidang dia. i mean, bukan bidang yang orang tu suka. bukan yang orang tu pakar.

diskriminasikah disitu?
sebetulnya, saya rasa dia tolol. saya rasa keputusan itu macam bukan seorang ketua.

melawan?
yes, tadi saya ada cakap sikit. lebih kepada meluahkan ketidakpuasan hati. ada bantahan sikit. ada la hujah hujah yang saya keluarkan. kenapa saya? adakah sekarang saya kurang komitmen, bermakna selama-lama saya akan terus begini? adakah keje saya bagus maka dengan itu dicampaknya sana sini? bila dept. lama perlukan saya, saya wajib datang balik buat job kat sana. macam tu ke? so, bila saya nak mahir belajar system kat tempat baru?

shift, oklah fine. nak buat macamana. aku ni takde laki nak bela. kau kata nak pop bukan tunggu hari malam je. siang pun boleh apa.
cetek akal kau!

perkahwinan bukan sekadar untuk melampiaskan nafsu syahwat. apa aku tak ada kerja lain nak mengadap?
please lah. jangan ditunjuk kebodohan itu.
jangan menyempitkan otak kau yang tersedia tolol itu.
kau bandingkan aku dengan yang lain. kenapa aku tak boleh kerja shift macam mereka.
ok, itu lelaki.
kerja rumah mereka siapa yang buat? bini.
hantar anak ke rumah pengasuh? bini.
masak. basuh baju. lipat kain? bini.
urus anak? pun bini.

so, perlu ke nak banding kan aku dengan lelaki lelaki itu?

syurga isteri bawah tapak kaki suami. yes, aku admit sekarang memang aku tak banyak komitmen.
husband 2-3 times a week training badminton.
buat kerja ofis yang tertangguh.
buat kerja sendiri yang tertangguh.
pun sometime pegi outstation.

dia nampak saya duduk dekat dengan tempat kerja. anak pun belum ada. laki pulak okay kalau kadang kadang bini dia terpaksa stay back sampai malam.
kadang kadang boleh la jon. kalau selang seminggu bini dia kena malam. selama sebulan, setahun dan tahun tahun yang berikutnya? kalau saya jadi laki pun sure suruh bini pegi tukar dept.

terdetik dalam hati nak buat palat. nak buat macam diri ini terlalu banyak komitmen.
tapi itu bukan diri saya yang sebenar.
mungkin ini dugaan dalam kerjaya. jadi saya redha.
bak kata ''orang tu'',
mungkin rezeki kau ada kat tempat baru itu.

doakan saya semoga saya tabah nak hadap bebanan kerja dekat tempat baru.
keras hati ini. macam dah meluat nak tengok muka kau bos.
aku nak dapatkan cop dari kau pun aku malas.
sampai sekarang kerja yang aku patut settle tu terbengkalai.
HAHAHA
suey!

Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. 
Maha Suci Engkau. 
Sesungguhnya aku tergolong orang-orang yang zalim.









Wednesday, January 04, 2012

4th day

ehh, dah hari ke-4 ke? tapi baru first day saya masuk keje untuk tahun 2012 ni. HEHEHE
semalam ai cooti lagi ehh kawan kawan.entahla, badan penat kot sebab weekend banyak aktiviti. kesana kesini kehulu kehilir. tu yg saje je coti duduk rumah rehat. eleh, rehat pebender, ada je keje nak dibuatnya. macam semalam, nama je saya coti tapi, sibuk la kemas rumah, basuh kain, lipat baju semua. so takde maknenyeeee.

lately ni, badan lemau je, perut pun meragam. malas pun melampau. mungkin sebab effect ubat kot. actually saya ada amik satu vitamin supplement. baru je start makan. maybe sebab vitamin tu kot buat badan saya weng weng. tang perut ni haa dia tangkap lebih. nak cakap senak tak kot, nak cakap senggugut macam period pun tidak. tapi, TAK SEDAP. so saya melayan perut je la sekarang.

tapi takpe lah, maybe sekejap je. kang kalau melarat baru pegi jumpa doc. actually malas sebenarnya. bukan sakit sangat pun kan. paling kuat pun doc akan bagi ubat angin. so membazir.

first day keje di tahun baru sebenarnya saya banyak keje. tak tau nak start dari mana. document yang nak dikerjakan pun tak dapat lagi. so, buat sambil lewa je boleh? itulah nak cakap, human system. BOSAN gua. tapi nak buat camane, nak tak nak kena tunggu jugak. so, tunggu jela. tunggu sampai lebam. HAHAHA

okey, saya sengal hari ni pasal saya tak cukup tido walaupun semalam dah cuti.
melampau kan???









Sunday, January 01, 2012

26

hai semua.

Terima kasih pada korang yang wish dekat sms, call apatah lagi, FB, Belog dan lain lain.
Terima kasih sebab doakan saya agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberkati olah-Nya.
Tak kurang juga yang mendoakan saya supaya pada tahun ini cepat cepat buat "perubahan".
HAHAHA
Jangan risau, sebab "perubahan" itu yang saya akan highlight lebih.

Tak lupa juga kepada husband kesayangan dan family tercinta.
Saya balik kampung makan banyak sampai senak perut. nak tido pun terpaksa berposisi duduk.
Husband yang tak jemu jemu melayan saya walaupun saya telah banyak mengepaw dia.
alah, sekali setahun, lepas ni giliran awak pulak.

I'm happy you chose me from all of the rest,
I'm proud because i know i got the best.

I'm 26 uolls.
omaigod!