life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, February 28, 2012

makan utk hidup ke hidup utk makan?

saya ada masalah.
bila tak makan, lapa.
tapi bila makan mula la kenyang melampau.
crazy.
ntah pape kan.
suke sangat nak menyusahkan orang.
heh heh
orang kata try makan sikit sikit tapi kerap.
ate, makan sikit tapi lepas tu lapanye macam membunuh.
membunuh tahu.
tapi,
nak tak nak kena jugak paksa makan walaupun lepas tu tahu yang akan kenyang gila.
so jom layan makan sama sama.

tadi dinner kat kedai corner atas bukit. dah la service lembab pun tukang masak ade sekor je.
tunggu dekat 1/2 jam baru sampai makanan. terus makan dengan tak fikir ape dah.
lastly, semua balik ofis dengan perut kekenyangan sambil muka tersenyum riang.
kata ofismate, diet aku tahun 2012 ni hancussss. fail.
HAHAHAHA









Monday, February 27, 2012

alhamdulillah

second stage is almost done.
alhamdulillah.
tinggal lagi disclaimer letter dari lawyer dan proses kelulusan dari jpp je.
kira okay la kan.
disclaimer letter tu makan sebulan kot nak siap,
so kita submit dulu form kat bpp.
penilaian pulak perlukan 8 hari bekerja.
so lepas ni keje kita update sahaja dengan mereka.
kalau mereka lembab, kita hamun.
HAHAHA.
kejam bukan?












Saturday, February 25, 2012

melancholic


True friends are like diamonds, precious and rare.
False friends are like leaves, found everywhere.













...... friends are the sunshine of life.
;p






and last but not least,


abam ensem yang apa saja untukmu.....
hiks.








Monday, February 20, 2012

kasihan

ye, budak ni memang kasihan sebab semua jeans dia dalam lemari semua dah tak muat.
semua pun mintak beli baru. KAHKAH.
maka, pandang sepi sambil jeling jeling tajam jela jeans tersebut.
semalam, kemas lemari.
husband ada satu jeans yang dia tak boleh nak pakai lagi. so, disedekahkan kepada saya kononnya.
tapi bila try, pun saya tak muat. WTF??

tak aci betul la macam ni.
i wanna keep slim macam dulu dulu.
seronots.
sebab boleh in dengan semua design.
tapi apa boleh buat.
layan jela sampai lepas raya nanti. kot.
agak agak lepas raya saya slim balik tak?












Saturday, February 18, 2012

mengidam

ok, hari ni husband kesayangan saya puasa.
pehhh. macam tak cayo kan.
tapi, itu lah hakikat.
dan dan dia mintak saya masak daging salai masak lemak cili api untuk lauk dia berbuka nanti.
amboi amboi laki den, kalah orang mengandung ni.

kerna cinta hati, ku turutkan jua.
maka, jadilah lauk tersebut.
tetapi,
maaf. tiada gambar yang hendak ditepek sebab dah kebulur sangat terus makan sampai habis.
HAHAHA

tak syak lagi gua memang asli orang nogori.
kbai!










Thursday, February 16, 2012

fb vs blog

entah kenapa lately ni malas gila nak update status dalam fb. bukan malas je, malah dah tak hingin. HAHA
kecuali pada benda yang tertentu baru la saya update or tengok mana mana yang patut. tapi sebenarnya sebab, bila kita update status kat fb, maka dengan itu ramai pulak kenalan yang baca dan kadang kadang benda yang simple boleh mendatangkan fitnah or yang sewaktu dengannya. faham?

okay, macam ni.
bila kita update, kadang kadang macam check in pegi mana mana, secara tak langsung bila ada orang yang baca, mereka akan fikir 'eleh, tu pun nak update. poyo.'.. gitulah. sebab, fikiran orang, lain lain. ibarat rambut sama hitam tapi hati lain lain. dan sekarang ramai ke yang masih berambut hitam? tettt. HAHA. begitu juga dengan saya. kalau nak cakap takde berfikiran macam tu memang tipu la kan. booooo. so memang ada.

maka dengan itu bila fikir balik, perlu ke benda remeh kita nak update kat fb? tapi kadang kadang mungkin juga perlu sebab mungkin orang tu nak suruh kawan kawan dia komen. nothing else. just fun. sebagai penyeri wall or apa apa jela. maybe nak kongsi perasaan. kongsi apa yang dia buat seharian, kongsi aktiviti dan lain lain. hai macam macam lah. lain orang lain ragam. ada orang suka nak orang lain tahu perkembangan diri dia. tapi saya tak berapa gemar lah pulak. hek. bukan seluruh hidup saya perlu orang lain ambil kisah. sikit sikit dah la.

tapi entah tiba tiba suka nak update perkembangan diri melalui blog walaupun satu ketika dulu saya pernah pangkah orang yang ada blog sendiri. huahuahua. bukan ape, dulu takde fb, twitter bagai. so orang akan tumpu pada blog or friendster. la ni friendster pun dah jadi games. mana nak cari gambar old fashion yang dulu pun dah tak tahu.

blog saya bukan famous. pun bukan ramai yang baca. dan, kalau ada orang baca sekalipun dan tentu tentu bukan kenalan yang rapat. visitor dari jauh. kan? orang yang baca pun sekadar baca jela. suka suka. bukan nak masuk exam pun. so layan je.maka saya boleh la membebel ikut suka. tanpa rasa nak kena jaga hati dan perasaan orang yang dekat dengan saya. jadi, saya selesa begini. update perkembangan diri, luahkan perasaan marah, tak puas hati, gembira, suka hatta duka sekalipun menerusi blog. dah macam diary pnline la pulak. hiks.

kadang kadang menerusi fb pun secara tak langsung kita boleh buat orang teriri hati dengan kita. fikir kita ni sengaja nak menunjuk nunjuk walhal kita tempel gambar, check in dan update status tu saja saja je. eleh, awak pakai internet bergerak, awak gunalah kemudahan yang ada. sementara tunggu bf, laki, awak update la apa apa yang patut. ehh, wall aku, aku punya suka lah kan. HAKHAK

saya takdak henfon canggih, maaf ye.

jadi, saya nak bermuhasabah diri ni. malas nak buat orang iri hati, dengki dan berprasangka buruk dengan saya. terkadang, kawan rapat pun boleh termiscommunication pasal status kita kat fb. itulah nak cakap, budi bahasa budaya kita. bahasa jugak melambangkan bangsa kita. kalau status awak kat fb tu buat orang annoying je, kan ke dah merenggangkan tali silaturahim sesama insan. elok kawan awak takde fikir apa apa, dah jadi berfikir 'apa apa'.

hai, macam macam ragam nak kena layan.
maaf lah ye, membebel banyak sangat.
entah faham ke idak siapa yang tengah baca ni.
;p









Monday, February 13, 2012

far away

husband away weekend hari tu. sobs, tinggal la saya kat rumah sorang sorang. alahai, bukan lama pun sebenarnya. pagi sabtu dia pegi, ahad dah balik. kehkeh. macam sebulan je kan. ;p
lagipun weekend tu memang saya kena overtime. so bukan ada kat rumah pun. cuma bila habis keja, malam tu dah mati kutu. sebab, alone.
huwaaaaa.

bukan sebab saya bini yang manja.
sendirian kat rumah, ok dah biasa. tapi time bujang boleh la. hakhak. bila dah kawin dia jadi lain.
sunyi sebenarnya.
takde kawan nak borak borak. tengok movie pun takde orang nak sakat sakat.
bayangkan, balik keja, masuk rumah pun gelap. makan pun sorang. tengok tv pun sorang.
tapi, bila tidur, wah, heaven. golek golek satu tilam ibarat ana yang punya.
opps, sorry husband.
HAHA

saya suka sakat husband. suka tengok apa yang dia buat lepas tu gelak gelak.
suka tanya dia macam macam ibarat dia tu kamus bergerak. tapi kalau dia tengah fokus pada sesuatu,
jangan berangan la nak dilayannya. tapi, bila dia macam tu, lagi teruk saya kacau dia.
so, bila dia away, saya jadi down.
down bila sorang kat rumah. tapi bila saya kena keja dan dia pulak tengah banyak aktiviti,
let's say, isnin-rabu dia main badminton, sebab saya tak nak duduk rumah alone, kenalah buat something yang membuatkan saya tidak berada di rumah. contoh, pegi buat overtime.
aci tak?
huahuahua

but now, saya dah start keja shift. so boleh dikatakan dia yang banyak keseorangan di rumah.
sooo sorry kanda. tuntutan tugas yang buat kita jadi begini. tapi awak okay kan. ;p
apa yang saya nak sampaikan disini,

rindulah diriku selagi punya waktu,
hargailah diriku ku tahu engkau mampu,
bagiku kau bintang selayak puisi,
tetaplah disini,
temani aku selamanya.

KAHKAHKAH
jiwang siot.

btw, kanda saya sudah pulang. pagi ahad pulak tu. ingat dia sampai malam. so, tak jadi la kita pegi overtime dat day. huahuahua








Thursday, February 09, 2012

caca marba

penah tak korang rasa sampai satu tahap tu korang dah tak tahu nak makan apa?
tengok nasik, tak lalu. tekak tak tahu nak telan apa tapi lapaaaaa.
penah??
ye!
beginilah saya sekarang.
tengok lauk pauk kat kedai semua nampak mual.
itu baru time lunch. belum kira untuk breakfast, dinner dan kudap kudap yang lain.
heheheheee.
semua pun rasa ehh, muak gila la kalau makan ni.
so, jangan ditanya saya, eh nak makan apa hari ni?
no answer. fullstop.
kasihannn.

itu terjadi bila sindrom mual saya datang.
tapi bila saya perform, insyallah saya akan makan, makan dan makan sampai senak perut.
macam semalam,
pagi pegi breakfast kat kantin ofis. nasi lemak telor mata je kot.
bila makan, rasa macam ''apasal best gila nasik lemak kantin ni hari ni.''
menyesal amik sikit. BAHAHA

kelmarin pun sama.
pegi melawat geng susuk admitted hkl. dia kirim mangga potong beli kat kedai bawah.
sebab nak cepat dan dek kerana panjang gila nak beratur, beli mangga semata tu je.
tapi bila nak balik, gagah singgah kedai tu lagi pasal nak beli mangga potong walaupun kena beratur panjang.
sebab, teringat mangga tu macam best je.
nampak pulak burger, hotdog dan juga pau kacang merah.
semua nampak sedapppppp.

tapi bila balik rumah,
mula rasa muak, mual dan tak tahu nak makan apa.
apakahhhh?



p/s: sebab morning sickness, berat badan geng susuk tinggal 40+ je. saya??? morning sickness pun tidak, evening sickness pun bukan. alahaiiii.








Monday, February 06, 2012

february to remember

masuk bulan February, secara automatiknya saya dah kena keje shift.
pagi, 0800-1700. petang, 1430-2330.
KAHKAHKAH padan muka ai.
dengan ini secara rasminya saya tidak akan sentiasa berada dirumah.
bye bye kanda... ai keja nanti u kena la beli lauk kat luar. ;p
sabtu, ahad, malah public holiday pun akan saya pulun overtime kaw kaw demi mencari sesuap rezeki.
bukan itu je,
sebenarnya nak cari duit nak pegi shopping raya kat jakarta/bandung mid year nanti.
insyallah!
doakan saya kuat dan sihat nak pegi berjalan eh.

plan awal nak shopping untuk raya.
tapi rasanya time raya tu nanti body shape saya ni ibarat tong deram,
so kena la plan beli barang lain pulak.....
momantai.
rezeki kan ada dimana mana. susah susah sangat, ke jalan tar je la kite ye.
LOL

p/s: sebenarnya dah tak sabar, sebab lagi beberapa bulan je lagi. pak supir pun belum cari. tempat tinggal apatah lagi walaupun ada geng susuk saya yang arrangekan benda tu. eh biasa la, ai kan punctual. hiks.









wassub people!

happy holiday today.
but for me happy working day. hiks.
tuntutan tugas la konon.
semalam, kelmarin, hari tu pun samaaa.
orang cuti, saya kerja.
but it's okay for me.
apa ada hal.

ehh,
jom kita join satu laman sosial terbaru.
akan dilaunch pada April 9, 2012.
cer korang klik link ni,
wazzub

mana tau boleh buat duit. AHAKS.
boleh share keuntungan, insyallah.
cuba eh korangggggg.
;p








Wednesday, February 01, 2012

Bukit Gambang here we come!

cerita dah basi, tapi nak tepek jugak pasal first time saya bersantai dengan family in law ni. kejadian berlaku masa CNY itu hari. saya laki bini, termasuk la seluruh ahli keluarga husband, kakak ipar, abang ipar, anak buah dan semua la yang berkaitan dah plan awal awal nak menghabiskan cuti dan duit di gambang waterpark. mereka ni memang kaki gathering. every year ada saja plan. so kali ni ke gambang lah kita ye.

ada apa dengan gambang? kalau salah sebut boleh jadi gampang, HUAHUAHUA.
ok ok serius.

kalau dah kata public holiday pegi bercuti, memang kau sengaja nak tempuh azab. ye, gambang time tu ramai gila, gila dan gila orang. nak kata menyesal tak jugak pasal tempat ni saya tak pernah pegi lagi. so layan je la. tambah pulak saya tidak dibenarkan follow diorang mandi manda. pehhh, jeles. tapi, ditugaskan pulak jaga barang plus menjadi pemerhati. nak buat macamana, condition badan tak berapa nak sesuai ditempat begini. sobs.

 tempat baru nak membangun, kita kasi *** star bole? hiks.


seeeeeeeeee? humang ai. nasib ai tak join sekaki.

abam hensem badan tough pun nak mandi jugak tapi kena join dengan kanak kanak riang.

 dinner kami di Tanjung Lumpur. Gambang - Kuantan, ada la dekat 45 minit. jauhhh. sekian.





ehh, lepas dinner tiba tiba ada la pulak sesi cabutan bertuah. semua ajk yang rancang. saya pun baru dapat tahu malam tu jugak. tengok la, kekanda ai tu, excited nak cabut nombor.

 tu diaaaa, hadiahnya bola ajaib. tapi, sampai kesudah bola tu tak dipam-pamnya.



tak dapat mandi kat waterpark, pool resort pun jadik la. 
maka, kena la bersopan sebelum dibebel oleh ibu mertuaku. hiks.


 geng geng pakcik deris dan makcik gayah. yang depan sekali tu pegang mak eh punya tab. hamboiiiiii.



bulat. chubby. gemok.
OMG
ya, itulah saya sekarang. sekian terima kasih.
nak diet, laki tak bagi. dan boleh ke berdiet sekaranggg?
peliss la. selua, skirt, kain baju kurung semua ngam ngam atau dah tak berapa nak muat dah.
kebaya, tak usah la nak bermimpi. dah siap siap simpan dalam lemari.
kasihan.



dan last but not least, karak jammed.
heh, inilah yang dikatakan azab pegi bercuti di public holiday.
sempat la saya termuntah sekali kat genting sempah.
BAHAHA
itu sahaja cerita di CNY kali ni. next trip pulak kita tunggu mid year nanti.
tapi itupun insyaallah diizinkan-Nya. mudah mudahan saya sihat dan kuat.
Ameen.