life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, March 28, 2012

mecca dan medina

seronok dengar cerita dan pengalaman kawan ofis yang baru balik dari umrah.
seronok dengar yang mereka terpegun pabila melihat kaabah di depan mata sendiri.
seronok tengok gambar gambar yang diambil dari sana.
seronok dapat makan kurma fresh, kismis dan yang paling penting air zamzam.
siap dapat sebotol lagi disebabkan saya ni ibu mengandung.
hehehe

Ya Allah,
semoga saya dan keluarga berkesempatan untuk menjejakkan kaki di tanah haram
Mekah Al-Mukaromah dengan izin-Nya.
ameen.










Monday, March 26, 2012

exhausted week

seriously.
sabtu, saya keje. kena standby jugak pasal kesian kat diorang. ramai yang away this weekend.
so okay, lagi pun tak lama. pagi sampai petang. balik keje husband fetch terus pegi kl. agenda utama nak tukar balik mp3 yang saya beli hari tu. dan dan boleh pulak terambil rosak kan. tapi alang alang dah sampai kl, kita jalan sampai lebam. sebenarnya dah list ape benda nak dibeli nanti bila sampai kl. thehehehe.
salah satunya, beli kain untuk buat baju mengandung. almaklum la, ibu mengandung ni small and sweet. usha baju preggy pun ya ampun besau besau mcam baju tido. plus, next next month i nak attend kenduri kawin orang. baju semua pun tak muat tang perut. maka, wajib beli kain buat maxi dress la jawapannya. ;p

husband pun sempat shopping barang dia. cececeh nak jugek tu ye kawan kawan. maka kita layan. orang dah masuk tempat keje baru, so kena bersosial lebih. nak bikin wilayah katanya. hakhaktuih. laki den ni memang, keje nak loyar buruk je. walaupun kaki toksah nak cakap, macam diminta massage. namun ku gagahi jua. nasib la dibelanjanya dinner. tetibe claypot rice kat food court sogo macam best gilaaaaa. rasa nak makan lagi je. and then, balik rumah malam tu masing masing rushing nak mandi. sebab nak rehat. walaupun malam minggu malam untuk berstay up, tapi kami tertido awal. PENAT! alkisahnya.

ahad pulak, memang saya offday. tak larat, penat, letih, segala jadi satu. itu pun ada agenda jugak. sebab hari sabtu tak cukup hari nak berjalan. =) hai tah bila la den nak dapat weekend yang harmoni yek husband. petang sikit lepas lunch kami pegi jenguk fil. dia kan tengah warded. kesian ayah. dah tua tua baru nak merasa duduk hospital. nasib la ada mil yang jaga bergilir gilir dengan adik ipar. saya nak bantu tapi disebabkan condition badan tak berapa nak go, maka jadi pemerhati je. ;p then lepas tu pegi carrefour bershopping barang dapur sebarang dua. tu pun memang rushing sangat. amik mana yang perlu, belek-belek, pastu bayar. HAHA sangat lah sengal.

tapi sempat jugak shopping barang barang saya. well, kena pandai bahagi masa. tengok hasben jalan slowmo, kita pegi la cari barang kita. hakhak. bijak kau ni mummy oi! i malas nak kena bebel, so harus berjalan selagi pantas asalkan dapat benda yang i nak beli. actually, i nak beli yang ni,


ofismate yang suggest suruh saya pakai benda ni early. untuk elakkan perut merekah teruk. walaupun sekarang tak nampak pun merekahnya tapi saya tetap nak bersedia dari awal.
:D

memang lah weekend saya yang sangat meletihkan.
husband pun sama!
sangat berharap yang next week bukan macam ni.
penat ohh. kaki sakit. pinggang sakit. badan sakit. semua sakit.
T___________T
ehh, btw, i'm 16 weeks already!



At this time, your baby is holding her head erect. Because her muscles are developing, she can make some faces now. Your baby is able to squint, frown and open its mouth. There is enough calcium in the bones that they will show up on an x-ray. Your baby's fingernails are well formed now and the legs are longer than the arms. Because your baby is moving well now, you may begin to feel his movements! Some women say that the early movements feel like gas bubbles or a slight flutter. If you have not yet felt the baby move, don't worry. Fetal movements are usually felt between the 16th and 20th week of pregnancy. 
You may feel your heart beating 'louder'. This is because there is a lot more blood in your body than normal. (about 20-25% more) 


OMG!
seriously??
patut pun tak leh nak jalan banyak.
asal jalan je, dia tangkap kat ari ari.










Thursday, March 22, 2012

wtf??

gaji dah masuk tapi claim overtime bulan lepas tak masuk masuk lagi?
what the hell???
ofismate seclaim semua dah dapat...siap dapat dari awal bulan 3 lagi.
haishhh, nak marah ni.
sebab membuatkan semua urusan tergendala.
i nak shopping baju mengandung ni tahu tak??!!
pffffftttt.

Tuesday, March 20, 2012

admitted

my FIL admitted kat ppum akibat bisul.
ehh betul ke bisul?
entah.
menurut MIL, benda tu memang dah ada sejak 20 tahun yang lepas kat buku lali dia.
besar, besar dan makin membesar. tapi tak sakit.
????
so weekend yang lepas tiba tiba benda tu bernanah dan keluar darah. kiranya pecah sikit sikit.
maka MIL paksa gak ayah ni pegi checkup hospital.
FIL ni memang degil sikit bab bab ke hospital. husband kata dia takut kena cucuk dgn jarum.
BUAHAHA.
kelakar u!
now dia kena jugak admitted.
oklah tu, sebab doc boleh selidik sikit menatang apa yang dok ada kat kaki dia.
doakan bapaknya Idris kembali pulih yek!
kesian tengok dia dah berumur baru masuk hospital.
ohhh tak heaven okay!









Sunday, March 18, 2012

work station

one-man-show.
pehhh, sangat lah terbaikk.
dah lah system pun masih merangkak rangkak.
tapi berjaya atasinya dengan gigih.
seorang.
seorang diri okayyy!
BUAHAHA

#bangga dengan diri sendiri









new stuff

got a new stuff yesterday!
memang niat nak beli masa first time tahu diri ini preggy.
boleyy??
kadang kadang saya ada time bosan.
kat work station, pastu bosan dan malas nak melayan tv maka saya terfikir satu benda yang boleh isi masa terluang saya.
tak salah kan? dapat kebaikan pulak tu. nak nak tengah membunting ni.
lepas ni saya nak belek kejap new stuff itu. berfunction ke tidak.
ehem ehem.
#poyo

ehh ape ni asyik cite pasal preggy je.
tukar channel pleaseeeee.
okay okay, saya cerita lain pulak.
minggu lepas me and husband balik kampung.
rindu kat mak sebenarnya. dan dan dia pulak balik melaka.
so kami pun terus je ke melaka. dapat jugak jenguk nenek.
last jumpa pun masa raya hari tu. sangat lah lama kot.

walaupun dah balik jenguk orang tua, saya tetap rindu mereka.
T______________T
maybe sebab masa bujang dulu pun selalu balik.
oleh tu, dah jadik habit.
ikut kan hati, ade je masa terluang, i nak terus lari balik jumpa mak.
macam nak duduk bawak ketiak dia je.
HAHAHA
ohhh, harumnya bau ketiak mu makkkkkk.


p/s: sedor la sikit, ko tu dah kawin dan nak jadik mak budak jugak.









Thursday, March 15, 2012

tak cukup nafas

weekend yang sibuk.
sangat.
HAHA
sengal.
dah beberapa hari tak borak dengan husband sobs.
i mean, bukan tak dapat bercakap langsung,
cuma nak borak tu sangat la terbatas akibat kekangan masa.
minggu ni saya kena shift petang.
husband pulak sejak masuk keje baru ni memang kena keluar awal.
dah disebabkan kena keluar dari rumah awal, maka time tidur kena lah awal jugak.
so, bila i balik keja, dia pulak dah sibuk sibuk nak tidur.
tak dan nak ajak berborak, dia dah krohh krohh krohh.
dikejut kejut, bukannya nak bangun teman kita tidur sekali.
malah disuruhnya pulak kita urut kaki dia. as usual.
HAHAHAHAHA

no biggie.
i suka.
suka bila urut urut, dia pun terus tidur.
dapat pahala free satu malam.
;p

google, i curik.jangan marah!








Saturday, March 10, 2012

kita satu

oh, abam tam.

sumber: google

Kita Satu – Spider

Sering ku bertanyakan
Di manakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Penyesalan cinta dalam diam
Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan
Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku
Pegang tanganku seeratnya
Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama
Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan
Kerana engkau adalah milikku










amalan yang membawa kebaikan

since saya mengandung ni, rajin beli buku buku panduan tentang ibu yang sedang hamil. cewahh.
maklumla, first baby kot, so nak make sure la kena jaga dan pantau bebetul.
saya ada pemerhati yang banyak sangat komen.
dia memang guide saya macam dia lak yang preggy.
HIHIHI
but now i nak cerita sikit pasal perkara baik yang perlu diamalkan semasa preggy ni.
bukan setakat masa preggy je, tapi kalau tak preggy pun boley.
lebih baik diamalkan selalu gituw haaa.

antaranya, memperbanyakkan membaca Al-Quran dan berdoa semasa hamil.
disamping tu jugak kita perlulah menjaga adab, tingkah laku dan meninggalkan perkara yang dilarang.
kena banyak bertaubat, jaga aurat dan macam macam lagi.
bukan ape, kadang kadang tu kebanyakan sifat anak bila dia lahir nanti banyak dipengaruhi dari ibu yang mengandungkan dia.


antara surah surah pilihan yang baik diamalkan semasa preggy ni,
- Surah Al-Fatihah dan ayatul Kursi
- Surah Yasiin
- Surah At-Taubah
- Surah Yusuf (agar memperolehi anak yang soleh, sihat, cantik dan sempurna)
- Surah Luqman (agar memperoleh anak yang taat)
- Surah Maryam (untuk memperolehi anak yang sabar dan taat, mempermudahkan proses bersalin)
- membaca Surah An-Nahl ayat 78


setakat ni, tu saja yang saya tahu.
ada la lagi doa doanya. tapi kalau nak yang details kena la pi beli buku dia.
tak larat nak tulis satu satu oi.


gua nak anak gua sihat, cukup sifat, senang dijaga, baik tingkah laku, beradab, berilmu, beramal soleh.....
''beautiful with brain''
bla bla bla....
so oleh kerana tu gua mesti amalkan benda benda baik masa preggy ni.
#cehhh.









Wednesday, March 07, 2012

Hot Chat yang sentap

me sampai ofis awal.
bukak ofis, on segala switch work station, then bukak tv.
sambung balik tengok tv sebelum pegi keje tadi.
okay, topik pagi ni pasal hidup bermadu ye kawan kawan.
agak sensitip sikit ni untuk kaum hawa. especially yang sedang dan baru berumah tangga.
silap fahaman boleh mendatangkan marah ni.
WAKAKA.
 
ada sorang caller pempuan tu dia balas gini,
 tak kisah kot kalau nak bermadu, kita nak buat macamana kan, kalau hati dah suka kat suami org. 
lagipun lelaki yang dah berkahwin ekonomi dia stabil. bukan macam orang bujang yang ekonomi dia pun belum tentu stabil...  
#gitulah komen eh.


amboi kau pempuan sedap mulut je eh cakap gitu, sentap hati para isteri yang mendengar tu.
kok ye pun, cuba cuba lah cari komen ayat yang lembut sikit.
kalau kau cakap itu takdir, kita ada dua takdir ye kawan kawan.

pertama, takdir yang tuhan tu dah tulis sebelum kita dilahirkan kat dunia ni. contoh, kejadian bulan bintang, siang malam, gerhana dan sebagainya. kita tak tahu akan lahir dimana, dan mati dimana. lebih dinamakan Qada' dan Qadar.

kedua, takdir yang ditentukan oleh masa. dari dalam diri kita sendiri. ibarat sehelai kain putih yang kita akan tentukan corak dan warnanya. samada membuat pilihan atas nafsu sendiri ataupun dari bisikan syaitan.

okey, dah faham bukan?

saya tak cakap la suami saya baik gila dan tak kan menduakan saya. itu semua ketentuan Allah. macam yang selalu didengar, kita merancang, tuhan yang tentukan. tapi, kadang kadang sesuatu benda yang berlaku tu, ada hikmahnya. ada sebabnya. masa mula mula kita beriya iya cakap tak nak bagi husband pasang 2,3 la ape la, itu la ini la. tapi, bila sampai masanya nanti, tiba tiba tuhan tu lembutkan hati kita, senang je kita nak bagi husband tu kawin lain.

eh betul ke tak apa yang saya kata ni?

entahla, benda ni complicated sikit. me pun baru je berumah tangga.
lelaki kannnn. boys will always be boys.
tapi yang perempuan pun kena la bertimbang rasa jugak. kata suami orang ni ekonomi dia stabil.
so bila dia tak stabil tak nak ke? maknanya disini, bersusah payah sendirian, bersenang senang nak berdua.
konsep apakah?

bagi saya, kita hidup berdua ni kalau boleh nak la kekal sampai hujung nyawa. susah sama sama, ada rezeki lebih pun kita kongsi bersama. give and take. komunikasi yang bukan miscommunication.
perlu kesabaran yang tinggi sebab nak mengadap muka yang sama sampai mati. insyallah.
semua tu suami isteri yang memainkan peranan. tapi kalau laki/bini yang tak reti bahasa pun susah jugak.
yang penting, pokok pangkal hati kita. kalau nak hidup bersama tu lama,
jagalah kerukunan rumah tangga kita.

kadang kadang dah kenal 9 tahun sebelum diijab kabul pun masih tak berapa nak kenal hati budi dia.
macam saya, pun ada jugak kena marah. nasib la kalau dah buat salah. hahaha.
maka, me jadikan itu sebagai proses pembelajaran untuk mengenal lebih lagi suami den.
manusia, kan memang cepat berubah. berubah seiring perubahan masa, tempat dan keadaan.

doa saya, semoga kami berubah menjadi yang lebih baik lagi dari semalam.
insyallah.









Tuesday, March 06, 2012

see my doc

okay, ceritanya semalam me pegi monthly check up.
disebabkan pegi gov clinic, so kena la bangun awal utk nak dapatkan no.giliran yang awal.
malas nak tunggu lelama okayy. husband pulak tak dapat nak temankan.
so sendirian la kami.

ofcourse kerana bangun awal, saya jadi orang 1st yang kena jumpa doc.
alhamdulillah,
urine test, bp, breast and baby semua okay.
berada dikedudukan yang betul walaupun kecik lagi, hahaha
eh, siap pegi dental checkup ye kawan kawan.
siapa kata gov clinic lemm gila?

tapi sebenarnya klinik yg saya pegi tu memang kurang orang,
dok kat tetengah town, orang nak park payah. tapi ada nasik lemak sedap.
;p

syukur sebenarnya sebab 1st trimester ni saya tak mabuk yang teruk.
pun lalu nak makan. lalu je nak bau badan suami. lalu jugak nak masak untuk dia.
cuma saya tak boleh nak makan lewat sangat. perut ni minta diisi cepat.
kalau tak mula la, angin satu badan.

next checkup, early april and bila dah 24 weeks.
time tu kena minum air gula. oh nooo!
doakan saya ehhh.









Sunday, March 04, 2012

marathon

i keje marathon this week.
monday to sunday.
HAKHAK.
pastu esok kena shift pagi.
oh memang terbaik.
malam ni kalau jadik, nak pegi lelepak ngan geng susuk.
wahh, kemain busy ko eh.
hai, badan ko tak penat ke?
tengok muka tu macam dah pucat je.
-kata laki den.

i memang kalau bab jalan, lajuuuu.
sorry husband.
walaupun awak cakap awak tu banyak keje,
akan i heret juga nanti malam.
ohh, pelisssss.
i nak tengok condition kawan i yang preggy tu je.
boleh?









Friday, March 02, 2012

husband turns 27

happy birthday husband.
kumohon dipermudahkan segala urusan didunia dan diakhirat.
ameen.
#malas nak wish panjang panjang.


 gambar masa celebrate my birthday in 2011. hiks.