life is beautiful

life is beautiful

Friday, April 27, 2012

candle light dinner anyone?

tengah berfikir fikir kat mana tempat makan yang paling best,
makan sedap, berbaloi,
dannnn,
romentik
for celebrating our first wedding anniversary.
hehehe
tang romentik tu husband yang request eh, bukan i.
=)
well, macam tak percaya dah hampir setahun kami dinikahi.
pejam celik, pejam celik, macam baru semalam duduk bersanding atas pelamin.
ohh pleasee la.
even dah kenal +9 tahun before kawin, tetap rasa macam baru kenal.
eh.
so untuk 1st anniversary ni rasanya tak nak la sambut dengan keterlaluan.
memadai pegi candle light dinner (cewahh), dating dan hang out,
itu dah cukup.
kalau bukan candle light pun, biar la tempat yang dapat kita kenang sampai bila bila.
ada beberapa tempat yang saya dah short list.
tapi rasa macam ehh okay ke ni. environment die macam best, tapi...
bla bla bla.
tiba tiba buntu.
sebab kalau boleh i nak yang terbaik untuk kesayangan i.
ke nak masak je kat rumah? alaaaaa.
tapi kalau buat kat rumah pun okay jugak. privacy banyak.
tapi, takkan nak masak biasa biasa je.
eeeeeeiii, susahnya macam ni.
everybody, tolonglah saya.

actually teruja sebenarnya nak celebrate our first wedding anniversary.
dulu time bercinta asyik dok celebrate tarikh declare je.
itupun sometimes termiss sebab masing masing sibuk cari duit nak kawin. (dulu)
pun celebrate ala ala je. makan makan, deting, balik.
so kali ni nak special lah sikit.
*mengada*
i dah kawen okayh. hoyehhh!!
harap harap sampai ke akhir hayat hendaknya.
ameen. 
eh, agak agak saya boleh request anniversary gift tak?
;p
1st may nanti confirm public holiday,
so tiada alasan yang munasabah untuk tidak bercelebrating.
BAHAHA




 
 

 











love u more, more and more husband!









Monday, April 23, 2012

hello yang didalam perut,

ehh, ehh, btw,
i'm 20 weeks already!
:D
#saje nak update pasal orang kata perut i nampak besaaa.







warehouse dan online sale

betulla orang kata, kalau dah ada anak mesti fikir pasal keperluan anak.
i mean mesti nak dulukan dulu barang barang dia.
so do i. thehehehe.
seriously, walaupun coming to be. pun lepas raya. InsyaALLAH.

cito eh weekend yang lepas ada pureen warehouse sale.
menurut pakar kat ofis yang dah ada anak kecik 2-3 ni,
mereka kata wajib pegi ohh lagi lagi kau yang nak prepare barang baby tu.
walaupun brand pureen je pun tapi setakat baju selai rm3 mana nak carik??
so i dan husband memang tak lepaskan peluang. alah, bukan shopping banyak. just some of the baby things.
idak lah nak beli baju dia berbondong bondong, setakat toiletries, baju newborn, mittens and booties...
tu jeeeee. =)

sooory, tak sempat snap pics nak gambarkan situasi perebutan mak bapak budak pilih barang anak diorang.
cuma nak bagitau orang ramai okayyyy walaupun kitaorg datang awal pukul 0930am.
parking pun dah full kiri kanan. itu datang pepagi, kalau datang tghari cubalah bayangkan.eh.
nak pilih 2,3 items pun ketiak dah lecak. huahuahua.

itu baru warehouse sale. yang beli online, google website butik baby yang ade sale belum kira lagi.
saya ada rembat feeding bottle yang boleh dikatakan agak murah kat online.
compare harga dia kat kedai jauh panggang dari api. jimat.
ini pun lepas ni nak google lagi stuff yang boleh dapat lagi murah dari kat kedai.
bukan saya nak cakap shopping online tu best, cuma ada barang kita boleh shopping kat online,
dan ada jugak barang yang kita kena tengok sendiri kat kedai.
kena pandai pandai la.
so far, feeding bottle yang saya rembat tu puas hati. maybe orang tu memang dealer dia.
kan dah nampak tu, makpak utamakan barang anak dia. walaupun baju makpak tu tak bertukar ganti.
*poyotitus*

memang saya dah nekad, dapat je payment claim bulan lepas, saya memang nak shopping barang dia.
standby sikit sikit supaya bila hari dah dekat nanti takdelah kelam kabut.
itu tak beli, ini pun beli. nak beli pulak takde time sale. last, last, ngangaaaaa.
husband tu la sebenarnye yang suruh listdown kan benda apa nak beli. excited lebih daddy tu.
kihkih.
bagusla.
at least bila dah ada checklist, kita pun boleh la tick mana item yang kita dah beli.
lepas ni boleh la standby nak beli ape pulak. kan. yang penting sediakan je sen.
cuma saya nak cakap kat sini satu je, feeling shopping barang anak yg dok ada dalam perut ni lain la.
habis semua nak dibeli walaupun anak tu belum nk kelua lagik.
T____T













Wednesday, April 18, 2012

poning

got new hobby time pregnant ni.
KAHKAHKAH!
baru ni la nak belajar padahal dulu boleh jek.
kan?
itupun ada sorang sister tu yang tolong tunjuk kan camaner nk main benda alah ni.
http://www.free-sudoku-puzzles.com/
boleh donwload je takdehal kalau kedek nak beli buku.
jom reramai pening kan kepala.


maaf,
i'm beginner.
hakhakhak.
kbai!










Monday, April 16, 2012

hello monday morning




rasa tak cukup tangan, kaki dan nafas.
mintak nyawa pleaseeeeee.
HAHA
pagi pagi i dah macam lipas kudung, siapkan sarapan utk suami yang nak makan nasi pepagi.
so meh kita layankan.
malam sebelum pulak tido lambat. itu yg rasa uishhh, mintak nafas sikit weh.
baby macam tau tau jek mak dia buat keje banyak.
dia pun dok sama dalam perut tu tah buat apa.
memusing musing, memulas mulas.
ehh, i dah rasa baby bergerak??
hiks.
seriously.
adalah sikit.
;p
kadang kadang rasa berdenyut denyut.
dia buat ombak ombak sikit.
penah satu malam before kitaorg nak tidur,
husband taruk tangan kat perut then rezeki dia dapat merasa baby buat ombak.
whoaaaa, terus dia terujaaaa.
dan dan pulak hari hari tanya nanti bila baby gerak bagitau eh. dia nak pegang.
kekekekeke.
laki den, oh laki den.





Wednesday, April 11, 2012

18 weeks pregnant

maaf.
lately ni asyik nak tepek cerita ibu mengandung je.
come on, i kan mommy-to-be.
so bagi chance lah.
disebabkan itu, i nak share sikit pics ultrasound yang i ada buat.
tu diaaaa, firstly pic scan baby i masa dia 5 weeks.
tak nampak apa pun, bila doc terangkan kami berdua laki bini blur jap. HAHA
ohh, memangla, baru lagi. camaner nak nampak. macam biji benih baru nak tumbuh.
doc kata rahim membengkak menandakan ada fetus kat situ.
gitu la.
yang ni, pic scan baru baru ni untuk 2nd trimester.
baby  +18weeks.
sebab scan 2D nampak clear masa kat monitor je. bila dia print, jadilah gini.
kaki baby ke, tangan dia ke, i kurang jelas. hiks.
tapi laki bini teruja. wahahaha.
kan ada cakap yg laki den sibuk tanya gynae nak tau jantina baby.

bagi saya, yang penting bila dia delivery nanti sihat, cukup sifat itu alhamdulillah.
#sebenarnya tak sabar oi. baru tahu ohh camni perasaan nak timang anak sendiri.
dulu malas nak amik port. maklumla, anak dara tra tang tang.

tahun ni ramai member yang delivery baby diorang.
maka dengan itu insyallah ada rezeki sebayalah anak kami.
tunggu 12 tahun akan datang siapla, sibuk tanya anak upsr dapat berapa.
muahahaha.
can't wait momen tersebut bebeh.



























Monday, April 09, 2012

Placenta Praevia

ok, nak nangis.
*tibe tibe*

hari ni pegi scan baby. second scan sebenarnya. happy, teruja semua ada la.
siap husband nak temankan pegi klinik lagi sebab dia pun excited.
sampai sana, biasalah, gov service. lembab dan slow motion je.
pulak tu, doc pun datang lewat 20+minit. okay, fine. tunggu lagi.
tunggu dan tunggu sampai husband give up then baru la my turn sampai.
doc mula scan my baby inside my tummy.
walaupun 2D scan tapi alhamdulillah, me and husband nampak baby gerak gerak kat dalam tu.
kepala dia, kaki kecik dia, jantung dia tengah berdegup. SUBAHANALLAH
i'm speechless. husband pun sama.
dari muka emo dia tadi tetibe bertukar jadi muka wonder dan muka suka. hiks.
tak dan dan tanya doc, boleh nampak jantina baby tak?
ohh malangnya, can't lah abangggg, kaki baby tu dah selindung jantina dia.
so belum boleh nampak lagi.
sokay.

cuma,
doc ada bagitau yang uri (also called placenta) saya ke bawah sikit.
kedudukan placenta saya sekarang agak berlawanan daripada kedudukan normal placenta.
but it's okay, nanti kita akan repeat scan masa baby 28weeks.
sometimes,
2nd trimester ni placenta baby akan ke bawah dan akan naik semula bila baby dah cukup weeks.
but, bergantung pada orang juga. tapi awak jangan risau.
kes placenta kebawah semasa 2nd trimester adalah sangat biasa.
itu yang my gynae cakap.
tapi saya risau. risau sangat. takut jadi pape.
T____T
#ok, serius runsing sampai buat muka monyok
lately ni rasa kat ari ari tu macam senak je.
sebab uri saya kebawah ke ari-ari saya macam rasa sakit?


gambar yang saya google mengenai Placenta Praevia. Low-lying placenta itu adalah masalah saya sekarang.
seeeeeee,
bawah ni pulak gambar normal placenta.


so nampak tak perbezaan normal placenta dengan low lying placenta?
berlawanan kan? itu yang doc cakap dengan saya.
camaner nak buat ni....hadoi, nak nangis tahu!
ini pulak source yang saya search dan baca lantas copy paste taruk kat sini

Pada awal kehamilan, uri mungkin di bahagian bawah rahim. 
Apabila janin membesar, biasanya uri bergerak dan tertolak ke atas menjauhi pangkal rahim.
Kedudukan uri boleh dikesan melalui ujian imbasan bunyi yang dilakukan pada pemeriksaan prenatal anda. 
Doktor akan memberitahu jika uri terletak di bawah sebelum kandungan masuk minggu ke-20.

Bagaimanapun, ia keadaan biasa dan dalam kebanyakan kes (lebih 80%), uri tertolak ke atas apabila kandungan semakin membesar. 
Hanya 10 hingga 15 peratus kes uri kekal di bawah. 


Masalah mula timbul apabila janin semakin besar (memasuki minggu ke-26) dan memberi tekanan kepada uri sehingga menyebabkan pendarahan.
Insiden kedudukan uri rendah adalah kecil iaitu hanya 0.5 peratus atau satu kes bagi setiap 200 kehamilan, tetapi risikonya sangat tinggi kerana pendarahan boleh menyebabkan ibu dan bayi mengalami masalah kekurangan darah (anemia).


“Wanita yang ada masalah plasenta previa boleh mengalami pendarahan vagina selepas kandungan memasuki minggu ke-28, tetapi ia tidak menyebabkan rasa sakit.


“Perkara ini membimbangkan kerana pendarahan boleh berlaku dengan banyak atau dipanggil tumpah darah dalam masa singkat. Malah, ia boleh berlaku bila-bila masa tanpa sebab.“Jika tidak dirawat, pendarahan boleh menyebabkan ibu dan bayi mengalami masalah kekurangan darah. Ini sebabnya wanita yang disahkan ada masalah plasenta previa major perlu dimasukkan ke hospital sehingga bersalin”.


Sehingga kini tiada siapa tahu punca sebenar plasenta previa. Namun, ada hipotesis mengaitkan ia dengan salur darah tidak normal pada lapisan endometrium (dinding rahim) akibat pembedahan atau jangkitan. Malah, bentuk rahim tidak normal juga boleh menyebabkan plasenta previa.Masalah ini boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu:


Jenis I atau uri rendah. 
Uri terletak pada bahagian paling bawah rahim (uterus) tetapi tidak sampai ke pangkal rahim.
 Jenis II atau pinggiran. 
Uri menyentuh bahagian atas pangkal rahim, tetapi tidak menutupinya. Bagaimanapun, kumpulan wanita yang ada masalah seperti ini masih perlu menjalani pemeriksaan dari semasa ke semasa.
Jenis III atau separa
Uri menutup separuh pangkal rahim.
Jenis IV atau lengkap
Uri menutup seluruh pangkal rahim.


Jenis I dan II dikenali sebagai plasenta previa minor, manakala jenis III dan IV dikelaskan sebagai plasenta previa major yang sering menyebabkan pendarahan membimbangkan.
Namun, bukan semua kes uri di bawah dipanggil plasenta previa. Jika kandungan kurang daripada 28 minggu, masalah ini dikategorikan sebagai uri rendah dan hanya selepas kandungan memasuki 28 minggu dan masalah ini berterusan baru ia dipanggil plasenta previa.


Jika anda mengalami masalah plasenta previa, doktor akan memantau kesihatan anda dan bayi dalam kandungan untuk mengurangkan komplikasi seperti:
- Pendarahan yang banyak.
- Kelahiran pra matang (tidak cukup bulan).
- Kedudukan uri di bawah juga boleh menyebabkan kedudukan bayi menjadi tidak betul, sama ada menyongsang atau melintang, terutama bagi wanita yang mengalami plasenta previa major.         

              


                                                            *******  *******








Friday, April 06, 2012

hB dan anemia

actually masa monthly checkup hari tu result hB saya tak berapa nak ok.
i mean, bukan rendah sangat pun cuma paras border je. tapi cuak la kan.
first preggy kot. nak la jaga bebetul. kalau rendah lagi the next checkup, saya akan disuspek anemia.
ohhh what?
ok ok gini, meh saya terangkan.

hB ni singkatan kepada hemoglobin dimana ia sel darah merah yang matang yang mengandungi
protein yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan dan juga kepada baby bila seseorang
perempuan tu pregnant.
tapi, bila sel darah ni berkurang, kita akan diserang anemia.

ape pulak simptom anemia ni pada orang preggy?
sakit kepala dan pening, lesu, mudah penat, pucat, kuku rapuh, sakit pada abdomen, kurang nafsu makan.....
gitu la nampaknye.
so, paras normal hB utk ibu ngandung ni adalah 11.5 - 16.5g/dL.
maka dengan itu saya dikira mild anemia.
kalau turun dari 9.0 maka dengan itu susah la anda ye. baby berupaya premature birth.
T_____T

jadinya saya perlukan langkah langkah pencegahan awal supaya hB tak low.
doc suruh amalkan makan hati ayam, kerang..., dan kurangkan meal berkarbohidrat.
ehh jap, masalahnya hati ayam dan kerang memang saya tak amik sejak azali lagi ok.
so some of my friends suggestkan makan sayur bayam. dan ade pulak yang suruh minum ho ho horlick.
ahaks. itu den nak gelak kuat kuat.
horlick?? OMG... tak pernah umur den minum cik kak oi.
btw,
ada satu pil yg kawan saya suruh ambik untuk naik kan hB ni. boleh ambil sekali dengan ubat yg kk bagi tu
no problemo.

iberet folic brand Abbot

boleh beli kat pharmacy je. insyallah bila amik pil ni hB ibu preggy akan naik balik.
risau weh.. doc cakap macam macam, macam aku ni tak jaga kesihatan je.
bencik tau.
tak kire, esok nak pegi cari kat pharmacy.
*tak dan dan*

kbai!








Tuesday, April 03, 2012

2nd trimester

had my monthly checkup today.
wallaweh.
dengar heartbeat baby dugdag dugdag.
amazing ko.
tapi belum tahu boy or girl.
next monday baru nak pi scan balik.
so far everything is under control.
cuma,
thehehehehehehehehe

my weight naik lah!
sebulan dah naik 1.8kg.
wtf?
nurse suruh jaga makan, ambil ubat dengan teratur,
kurangkan makanan berkarbohidrat
bla bla bla bla....
banyakkan makan buah buahan, sayur sayur as usual lah kan.
pastu jangan ambil makanan lewat malam.
patutnya untuk 2nd trimester ni sebulan kena naik 1/2kg je.
tapi saya dah melampau.
huahuahua
actually wonder jugak,
sebab bukan makan banyak pun, control gak makan.
tapi apesal tah naik gegila ni.
nak diet tak leh sebab nanti kena gastrik pulak.
so lepas ni kita makan buah je okay sayang bonda?
sobs.

p/s: baru dapat voucher kfc, yummy! tapi kena hold dulu la nampak gayanya.... sedih!








Monday, April 02, 2012

monday blues

susah kalau jumpa dgn orang yang rasa diri dia tu betul je memanjanggg,
semalam cakap lain, smooth saje.
tapi,
hari ni jadi lain pulak.
tiba tiba diri ini yang dimarahi balik.
ohh apakahhh engkau ini?
pelupa ke?
banyak makan semut ke?
atau memang sengaja nak cari pasal pagi pagi hujan ni?
awak tu yang kena banyak makan kurma, makan kismis.
kasi ingat sikit kat dalam kepala otak tu.


oh kadang kadang aku stress dengan kau.
serius.
tapi aku sedar diri.
so bawak bawak la istighfar.
tu je caranya.




sekian, terima kasih.