life is beautiful

life is beautiful

Sunday, May 27, 2012

don't miss me

yuhuuuu.
i'm fly uolls!

passport - checked
pregnancy book - checked
surat pengesahan doktor - checked
backbone pillow - checked
vitamin pills- checked
contact lens extra - checked (nyawa!)
mp3 - checked
Sudoku puzzles - checked
sunglasses - checked (bajet mcm pegi pulau je kan ;p)


ape lagi eh?
rase dah complete kot.
baju, toiletries semua tu of coz la memang kena bawak.
tapi yang diatas tu, memang memang memangggg penting bagi saya.
kalau tak bawak, aduhaiii jenuh nk patah balik amik.

ok.
saya permisi dulu ya.
doakan saya selamat pegi dan selamat pulang.







Monday, May 21, 2012

preparation

hahaha, sedih. kan next week kami nak fly dah. tapi satu apa tak prepare lagi.
baju tak packing, duit tak tukar. pasport pun baru buat. tadi!
tu pun nk dapat kena tunggu hari rabu sebab mesin pencetak diorang rosak.
what the hell yah?

patutnya dari minggu lepas dah settle hal pasport tu, tp sebab datang pun lambat,
nombor dah habis plus sistem dia down. itu satu hal. husband pulak ada masa yg sangat terhad.
ok, kelam kabut sikit minggu ni. saya keje petang, rabu ada monthly checkup.
tibe tibe jadi semua nak kena buat dalam masa seminggu. BAHAHA
tapi, apapun yg berlaku, tidaklah mematahkan kegembiraan dan keexcitedan saya nak bercuti.

sebenarnya, borang keluar negeri pun saya tak isi lagi walaupun benda tu kena settle sebulan awal sebelum fly.
ok, itu memang silap saya pasal saya lupaaaaa. ade ke borang gini eh?
omaigod. nampak sangat tak selalu fly.
biasalah gov, nak kena declare bagai. takut sangat disponsor.
ahh lantak disitu.

dan lagi satu, pak supir pun baru dicall minggu lepas. pun boleh. tapi, pak supir tu memang husband pernah hire dia sebelum ni. so rasa mcm confident la. hotel? ini lagi satu, pun main redah.
takde booking online, terus walk in. memang main lenjan punya honeymoon.
tapi saya ada la jugak pegi google kat agoda.com. bukan takde preparation langsung ok.
siap compare lagi mana hotel yg best, murah pastu dekat dgn fasiliti.

harapan saya walaupun masa tersangat rushing, semoga semuanya berjalan lancar.
 moga saya dan baby sihat nak berjalan jauh. doakan tau. tau. tau. tau!
takuit nih. sebab selalu kalau saya excited, mesti benda tu disebaliknya.
huwaaa, jangan la.
planning dr tahun lepas ni. kasihanilah saya.
org nk pegi honeymoon ni sebelum beranak sulung.
*poyo*
siap dah listdown kan barang ape nak beli.
punya la semangat kan saya.
kalau tak jadi, mahu nk merajuk dgn husband.

jangan marah ye, hehehe!


























pedih ulu hati

Berat bayi anda lebih dari 1.3 paun / 600 gram. 
Walaupun dia mempunyai hanya sedikit lemak badan dan kulitnya nipis dan mudah pecah, 
dia sekarang sudah mempunyai bentuk badan yang sempurna. 
Otaknya tumbuh dengan pantas, dan dia semakin memenuhi ruang dalam rahim anda. 
Dari mercu kepala ke tumit dia berukuran 11.8 inci / 30 sentimeter. 
Sekiranya pelahiran anda nampak seakan-akan hendak bermula, 
sudah pasti pakar obstetrik dan doktor akan melakukan segala-galanya 
untuk menghentikan perjalanan kelahiran pramatang supaya bayi anda boleh terus-menerus matang. 


ohh mannn, 24weeks=6months already. time is running out dear.
well, perut i dah besor. seluar pun mintak beli baru. baju lagi. kopak den bulan ni.
weekend hari tu ada shopping sikit barang si kecik dlm perut ni. alaaaa, sikit jo.
ada duit lebih. rezeki dia la... amin. murah rezeki ko nak.
now saya dah mula rasa tanda pedih ulu hati. dada mcm sempit, sukar nk bernafas,
bila tidur hidung mcm tersumbat. minggu ni dah 2 kali muntah angin. *tibe tibe*
mula la nak nangis. hahaha. si cengeng.

so saya google cara nak atasi masalah ni. apa yg saya dapat adalah,

- makan dalam kuantiti yang sikit tetapi dengan kadar yg kerap.
- makan secara perlahan lahan.
- hindari makan makanan yg berlemak, berminyak atau digoreng.
- kurangkan minuman yg berkafein seperti kopi, teh dan coklat.
- jgn minum air yg berkarbonat, makanan yg sangat manis atau berasid seperti coklat, buah limau.
- duduk dgn postur badan yg baik. elakkan dari membongkok.
- banyakkan minum air masak.
- elakkan berbaring atau tidur dalam masa 2 jam selepas makan.
- apabila berehat atau hendak tidur, tinggikan kepala daripada dada/perut.
- jangan merokok atau minum minuman beralkohol.
- elakkan memakai pakaian yg ketat disekitar perut.

oh gitu rupa eh. patut lah....
tapi kalau dah tak boleh tahan gak, haruslah jumpa doc.
nnt dia bagi awak ubat. =)









Friday, May 18, 2012

kursus

isu minggu ni: kursus.

BAHAHA

nwy, isnin saya cuti, tak masuk ofis. duduk berehat dirumah sambil menjana pendapatan. kihkihkih.
esoknya baru masuk ofis. baru je nak bukak work station segala bagai, ofismate dah sound,
" 28-30hb ko kena attend kursus kat gambang. bos petik nama ko."

oh mann, dia tak tahu ke yg mak buyung ni nak pegi holiday that week?
pulak tu, kursus yg saya kena attend adalah kursus jati diri. ok, fine.
hati kecil dah nak mengamuk. boss ni........, tak tahu ke yg anak buah die ni mummy-to-be?
ok, salah saya sebab tak apply cuti awal awal. tapi bukankah bos sememangnya tahu yg gua ni mak buyung? perlu ke dihantarnya kursus sejauh tu walaupun sebenarnya saya belum attend mana-mana kursus dari awal tahun hari tu? fikir logik la bro. hadoii. konspirasi kah?
saya berjuang habis habisan utk tidak mengattendkan diri, lantak la ko bos nk cakap ape. bukan gua baru beli tiket pagi tu. even kalau gua takde program lain, sure gua pegi punya kan. KOT. hahaha.
finally, tempat gua diganti oleh ofismate gua yg baik hati. thanks mukmin! kalau takde ko, mampus gua. memang gua boikot boss sampai hujung tahun. :D

alkisahnya.....,
itulah bos gua yg tak reti nak jaga kebajikan anak buah. tak reti ke, tak amik port ke atau rasa semak dgn anak buah dia gua pun tak tahu. malas nak bising. bila kami kepoh, dia kami kami makcik makcik. habis, kau berbulan tak turun tengok work station apa cerita? bila meeting, kata semua okay. semua bagus. takde masalah. then, belakang kita, cakap mcm mcm. wtf?

misalnya, saya tolak kursus tu sebab saya nak pegi holiday. tapi, belum apply cuti lagi. ok, itu silap saya. alaaa, selalu apply cuti seminggu sebelum. so saya buat biasa jela. sebab memang tahu akan ada org yg ganti. cumanya, kebetulan nama naik kena attend kursus. bos pulak tak nak  bincang dgn anak buah. kes main petik nama. terus saya anti dgn dia. seriously. patutnya alasan saya adalah saya pregnant. itu lebih berkesan kot. suami pun cakap mcm tu. alasan nak cuti pegi holiday bos mesti bengkak. alah, bos jiwa kejam. dush dush dush. kemudian, terus dimasukkan nama saya utk attend kursus minggu depan pulak. dan dan je kan. aku tolak kursus ni, ko bagi aku kursus lain. ok, no biggie. awak bos. awak yg nilai prestasi saya nanti.

kesudahnya,
bukan saya je yg kena attend kursus, dgn diorg sekali kena. yg tak berkenaan pun disuruhnya pegi jugak. lantak la ko bos.


p/s: lepas ni dah tekad, ape ape pun malas dah nak deal dengan bos. speak when necessary. bai!









Saturday, May 12, 2012

antara sabar dan mengeluh


Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? 
Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.

Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."


Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)


Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

maaf,
saya bukan sesempurna mana, tapi saya mahu perbaiki diri ini untuk menjadi lebih balik lagi.
saya tak nak selalu mengeluh dlm kehidupan seharian.
even benda tu sikit atau yg boleh memberi impak dalam aktiviti yg kita rancangkan.
need to calm down.
istighfar byk-byk dan selawat keatas Nabi itu lebih baik.
semoga hati saya kuat utk menghadapi karenah org-org disekeliling saya.
ameen.









Friday, May 11, 2012

super mummy-to-be

*sigh*
cuma nak bagitau ni je, exhausted week! monday to sunday bersusun gila program. penat ohh.
minggu ni saya keje petang. as usual, bila shift petang memang ade banyak masa kat rumah sebenarnya. masak, kemas rumah, basuh baju, gosok baju, setup stuffs sendiri, bla bla bla.... tapi kali ni, apasal tah busy gila. semput satu badan. semua nk kena settle by that week. kalau tidak, anda menyesal. muahahaha.

monday,
walaupun keje petang tapi saya kena ganti budak shift pagi. well, begitu la kebiasaannya. ada je staff cuti, el or mc, secara automatiknya kita yg shift berlainan ni kena ganti shift dia. cecehh, macam keje kilang lak ko ye. so saya masuk pagi dan balik malam. boleh? kau mampu?....

tuesday,
basuh baju, sidai baju, lipat baju, gosok baju, susun baju. segala tentang baju saya kena settlekan hari ni. then, masak utk lunch cum dinner sekali. sekarang dah pandai bawak bekal kalau keje petang. jimat ;p #malas nak keluar and makan memalam. lambat makan, lambat hadam, lambat pulak nak tido. yawww. settle semua, baru pegi keje. nasib la keje dalam ofis dan bukan diluar kawasan. he he heee.

wednesday,
time for bersih. sisih, sapu, susun segala macam benda yg kat dalam rumah tu. well, time keje petang la baru nk buat semua. sapu rumah, mop rumah, cuci toilet, buang sampah dalam bilik ofis....etc. then again. masak for lunch cum dinner. kesian la husband kalau dia balik keje nanti lapar tapi bini dia tak masak padahal bini dia keje petang kann. sama mcm semalam, settle semua tu baru la mak buyung ni pegi keje.

thursday,
okay, dah terasa exhausted week. pagi pegi amik surat pengesahan doktor. actually, end of this month kan i nak fly hanimuning again :DD disebabkan i ni mak buyung and prosedur nak naik flight kena ada surat pengesahan dr doktor, maka kena la buat satu surat yg mengatakan saya pregnant bape bulan, condition badan sihat dan lain lain. itu baru first thing. ada lagi. appointment pulak dengan lawyer pasal rumah. discuss itu ini, fees segala, sign borang a borang b, done. tak habis penat, terus teman husband pegi interview. balik rumah, rehat sebarang dua, baru la pegi keje. tetibe kat ofis berlambak pulak job yg menanti. gila lah kau kecil. one-man show. hikhikhik.

friday,
kena ganti budak shift pagi lagi. so pepagi dah masuk ofis dan balik pun dah malam. kepala dah start sakit sebab tak dapat tidur yang mencukupi. eh.

saturday (planning),
teman husband amik barang kat jalan pasar. pegi imigresen buat pasport. #baru terkedek kedek nak buat ye. shoot pulak ke wedding invitation dari sahabat smtkk, esah & din. balik, masuk ofis cover job. eh, weekend pun keje cik kak? yess, begitulah saya. sometimes hari weekend pun saya tetap di ofis berkhidmat utk negara. walaupun kengkadang penat tp apa boleh buat. cari rezeki. tak suka nak harap duit dari suami utk beli barang saya. am independent woman okay. lagipun saya seorang yg cerewet. hehehe.
#selalu akan ditanya, disoal mcm mcm. nak beli utk apa, buat apa dan kenapa. HEHEHE

sunday (planning),
husband ajak visit adik dia yg masuk national service. ok, layan. tak nak la rasa yg diri dia diabaikan. sesibuk mana pun saya, tetap kena luangkan masa utk entertain husband yang disayangi muah muah muah =)

begitulah akan berakhirnya minggu saya. seeee, anda rasa bagaimana? penuh tak dengan aktiviti?

teringat sahabat saya cakap,
hargailah masa berdua ni, sebab bila dah bertiga, berempat dan seterusnya, kita akan rindu balik saat masa berdua kita sebelum ni.

errk??
baby gua tak kelua lagi pun dah rasa mcm tak cukup jam. tett.
bukan mengeluh pasal kehidupan seharian saya, walaupun penat tapi badan gigih jugak nak layankan semua tu. entah. rajin kemain. sampai husband sound, sabtu ahad tak payah datang keje. duduk rumah rehat. awak tu mengandung. tak larat tak payah masak, tak payah buat semua keje rumah. awak kene rehat, rehat dan rehat. tak penat ke, eiiii. selalu dibebelnya.
tapi saya, entah. kalau duduk saja boleh jadi meroyan. tangan gatal nak do something. hatta tengok tv kat rumah pun still pegang pensel. HAHAHA gigih tau mak buyung ni.
so nak salah kan siapa? hormon dalam badan saya kah?
ohhh, please help me.









23 weeks



alaa, panjangggggg lagi masa. ah, aku punya suka lah. belog aku.
muahahaha.
tengah mencari klinik/hospital yg ada servis scan 3d/4d dengan harga yang berpatutan.
bukan apa, selama 9 bulan pregnant my first baby apa salahnya nak buat semua tu.
tak silap bila kita buat scan 3d/4d, dia siap bagi dcd/video cd and print out images.
but, it's depends on klinik mana yg kita pegi.
so saya tak nak la lepaskan peluang ni. teruja kot nak tengok pergerakan baby yang dok dalam perut.
disamping tu jugak, boleh la dijadikan kenangan. nnt anak dah besar panjang, tunjuk kt dia how he/she survive dalam perut mummy dia masa kecik dulu. biar anak tu beringat yang betapa besarnya pengorbanan seorang ibu utk melahirkan mereka. hiks.

scan 3d 26 weeks pregnant.
sumber: babycenter

btw, selamat hari ibu buat mak dan mil tersayang, Rozita Hamzah and Rugayah Ismail.
jasamu tak terbalas di kehidupan ini.








Tuesday, May 08, 2012

wedding marathon again










masuk bulan mei memang banyak undangan perkahwinan dari mereka. tak kira la ofismate ke, schoolmate ke or childhood. bukan bulan mei saje, malah utk bulan jun pun dh berderet invitation yg menunggu. walaupun dr mukabuku. kehkeh! mak terima jeee. sebab paham. setem mahal oi kalau nk hantar kad kena guna yg hak 60sen ke atas saje. demanding tau pos malaysia sekarang ni.

maka, ini lah hasilnya gambar disekitar wedding tersebut. maaflah ye i tak mampu nk beli kamera yg canggih manggih. kualiti pics down bukan salah i. salahkan cybershot camera. hiks. 

pics paling atas yg kaler pinky minky tu adalah ofismate saya, bob. kenduri rumah perempuan sebenarnya. nak pegi belah lelaki sangat la jauh kot belah batu pahat sana. maka kami attend di klang saja. so sweet kan mereka. dah jadik suami isteri, jadi saya harap semoga perkahwinan mereka bahgia dan kekal hingga ke akhir nyawa.
#bini dia pandai masak tau. bertuah ye kau bob. hehehe

lepas dari klang, kami terus shoot ke putrajaya. so yg kt putrajaya ni kami sampai agak lewat sikit. ade kawan yg tak sempat nak diketemui disebabkan kekangan masa. tapi, tapi tapi,,,,,, masih sempat bergedik bersantai dengan perantin a.k.a my pengapit. cik hel in the houseeeee. santik kan dia....tengok dress dia tu, kelassss kau meleret dgn roses dibawah lagi....tak sia sia dress baru siap sehari sebelum majlis berlangsung, katanya. ;p

dua orang mak buyung ni memang suka inter-frame dimana mana event. ahaks. bukan ape, cik hel kan sebahagian dari geng susuk. maka haruslah bergaya gituww. itupun sebenarnya tak cukup korum. ain and family dah balik dulu. tinggallah kami bertiga je yang sempat meraikan perantin diatas pelamin nan indah. perantin lelaki si ameer buat muka penat. haaaa, baru ko tahu penatnya penangan jadik raja sehari ni. keje nak kena smileeeeee saje bila orang nak capture pics. cukupla sekali den kawin duduk atas pelamin oiii. eh. oh btw majlis cik hel ni diadakan di kompleks kejiranan presint 9 putrajaya. ada swimming pool tau utk anak anak kecik. makpak budak yang nak mandi sekaki pun boleyyyy. HAHA.

kami doakan awak, cik hel opss puan hel dan suami sentiasa diberkati oleh-Nya. jalani kehidupan rumahtangga dengan penuh rasa syukur dan berlandaskan syariat islam. takmo gaduh gaduh manja lagi ye, awak dah jadi bini org.... maka dengan itu suami perlu didahulukan. syurga kan terletak dibawah tapak kaki suami. kalau suamimu sibuk bekerja, takpe, biarkan. nak cari rezeki lebih utk awak tu. kehkehkeh.





and last but not least,



teaser dari mak buyung comel....;p

itu sahabat saya, dayang baizura yg dr dulu teruja nk tengok perut saya bila saya preggy. now am 22weeks already. makin chubby kat pipi, perut dan juga segalanya. hiks. ahh pi lantak la. malas nk kisah dah. janji anak dalam perut sihat, mummy disini redha dengan perubahan size body.

okay, cukup sampai sini. mak buyung dah penat membebel.
till then, bye!










Friday, May 04, 2012

usaha+tawakal

alkisahnya the day after my wedding anniversary, i ada monthly check up. so pegi jela klinik.
nak sedih jugak ni pasal hb blood level saya still tak naik lagi walaupun dah makan iberet folic.sobs.
tekanan mak tau noks. kalau hb saya low, maka penyaluran oksigen untuk anak saya juga kurang.
tak mahu begitu okay. kesian baby kecik dalam perut ni. nurse suggest suruh makan double iron tablets utk naikkan balik level. matiks mak. udahla bila makannya rasa mcm perut sebu dan berangin. ini nak disuruhnya makan lagi double?? ya ampun.

now i dah mula rasa baby bergerak aktif dalam perut. idaklah ku tahu apa dia buat tapi totally aktif waktu malam and petang. bila papa eh pegang lagi la kemain dia berpusing. mcm ni ke rasa baby bergerak uolls?? sooo sweet and nak lagi, lagi dan lagi. kehkeh. sometimes bila i tengah makan pun dia dok main main. i tak tahu nak gambarkan tapi i suka.

kadang-kadang terfikir, am pregnant? betul ke? macam ni ke rasa? ke perasaan je. halusinasi mungkin?
*meh lempang pipi saya plisssss*

saya pun dah start makan Neurogain Pb. bagus untuk perkembangan otak baby. itu pun kak zurin yang suggest. bila google pasal neurogain ni, rata rata respon semua bagus. malah, ada sesetengan gynae suruh kita ambil supplement ni time kita pregnant. kapsul dia pun diperbuat drpd sayuran - Vegicaps. antara lain khasiat neurogain pb ni, baby yang lahir nanti akan aktif, alert, bijak dan mudah belajar. insyallah. so tak salah kan mencuba? walaupun baby belum lahir lagi, at least saya berusaha utk didik dia dari dlm kandungan lagi. hehehe. selain tu, saya amalkan minum susu campur dgn kismis. adelah perubahan rasa, tidak tu asyik rasa vanilla je. coklat memang muak la kan. ;p

ape lagi eh saya nak share? hurmm.
takat minum air kelapa, amalkan memakan kurma, itu dah biasa kita dengar. saya pun ade amalkan jugak.
now berat saya dah naik jadi 50kg. HAHAHAHAHAHAHA. menggemok lah saya. body shape semua kelaut. malu nak tunjuk kat husband oi. T_T eh tapi perut i tak merekah pecah lagi u. ape tidaknya, hari hari dok sapu cocoa butter punye cream. mudah mudahan dengan berkat preparation ini, kulit saya takdelah pecah teruk. ni kes kulit tebal lah ni kann. syukurrrrr.

banyak sebenarnya benda yang saya prepare sebelum dan semasa hamil ni. rajin search blog org pastu sibuk tanya orang itu ini nak tahu apa yang terbaik utk kita dan baby. malas la nak cite lelebih nnt orang kata poyos lak kan baru beranak satu dah kecoh. mak 2-3 anak rilek je. kalau boleh saya dan husband nak yg terbaik. tapi, kalau ditakdirkan yang terbaik tu kami tak dapat nak capai, so redha jela. kuasa tuhan kan. janji kita usaha dan terus usaha utk menzahirkan sesuatu yg terbaik tu. eh apekebende merepek ni. kelaut dh ni oi.

eh.eh.eh. dah masuk bulan 5 weh. lupa yg end of this month ada hanimuning trip. sungguh tak sabar walaupun tak cukup korum. pi lantak la ade mak kisah. MOTIP? poket dah tinggal sisa sisa je ni now kena kumpul duit balik sebab nak bershopping barang baby nnt. hiks.

#tajuk lain, entri lain. semua kelaut. kbai!








Tuesday, May 01, 2012

first wedding anniversary

happy tuesday peeps!!
and happy labor day too.
hehe hehe.
eishh, anyway,
happy our first wedding anniversary juga pada i and suami.
sedar tak sedar setahun sudah berlalu.
perfect one year we are getting married.
seriously?
please believe this ye mak buyungggg.
teringat masa mula mula kenal 9 tahun yang lalu.
suami yg dikenali agak pemaluuu, booooo.
kini,
9 tahun merubah segalanya. people change right?
dari tak kenal hati budi, makin kenal dan bila dah kawin lagi complicated.
makin kuat membebel, makin kuat mengomen, makin banyak kepoyoan.
HAHA
tapi,
jujur yang saya nak bagitahu disini,
9 tahun kenal dan setahun berkahwin, bukan mudah bagi saya nak mengenal hati budi suami.
mcm-mcm benda yg dah kami lalui. pahit, manis, susah senang, suka duka.
semua tu menuntut satu pengorbanan dan kesabaran yang tinggi.
ye, kunci sesebuah perhubungan ialah kesabaran.
ditambah pula sikap bertolak ansur, jujur, percaya dan tak jemu belajar.
eh, ape kene mengena?
belajar menghormati pasangan, sikap dan tabiat dia.
itu yang membuatkan sesebuah perhubungan itu kuat.
tapi bergantung kpd individu itu jugak okayh.
dulu, kami belajar jauh. sebulan sekali pun payah nak jumpa.
rintangan dan dugaan time study bukan calang calang.
apa yg saya tahu, pokok pangkal hati kita.
saya cabar diri saya untuk mempertahankan hubungan.
alhamdulillah, jodoh kami sampai ke jinjang pelamin.
mungkin sang suami seorang yang agak sabar dan bertindak selepas berfikir. 
(please take a note)
bersyukur kerana tuhan menganugerahkan seorang suami yg melengkapi diri saya.
semoga dengan genap setahun perkahwinan yang kami bina ini,
dapat menjadikan kami suami isteri yang lebih memperbaiki diri kami sendiri.
lebih bertanggungjawab dan lebih komited terhadap rumahtangga kami.
semoga dia yang menemani sisa sisa hari tua saya dan juga di syurga.
ameen.

celebration first wedding anniversary kami di Kunang-Kunang.
makan, makan sambil berborak. hiks.
sengaja cari tempat yg hutan hutan gitu.
baru la romantik kan abanggggg. 
kehkeh.
terima kasih suami kerana entertain mak buyung ini.
kenyang perut, suka hati.
anak dalam perut pun turut aktif sekali.
love u suami.
;p
 abam gagah perkasa :D