life is beautiful

life is beautiful

Friday, June 29, 2012

need a break

this week,
monday to tuesday, training workstation.
wednesday to friday, double shift 800am to 1130pm.

huwaaaaa,
stress ohh.

penat
dan
letih.

nak balik sekarangggg, sekarang jugak.

#mata dah kelabu.
kbai!







Wednesday, June 27, 2012

Tuesday, June 19, 2012

meet the doctor

alkisahnya semalam saya ada appointment dgn doc utk 2nd ultrasound.
utk nak tahu jantina baby pun ye jugak.
so excited hokayyyy.

tapi,
malangnya doc tak boleh nak trace jantina baby kami.
sebab doc tu pemalas or memang die tak nak buat
or memang die tak teror, saya tak tahu.
ohh biasalah gov clinic.
gua org gomen so no choice, hahaha
bila tanya ofismate, dia kata doc kt klinik gov kurang amik port pasal jantina baby ni,
tp dia more kepada fetal development.
(doc yg kat KLINIK, bukan yg kat HOSPITAL tu)
tp kalau rezeki tetgh scan, tetibe baby tak malu nak tunjuk jantina dia,
itu bonus lah kan.
=)
malangnya baby saya tu pemaluuuuu. KEKEKEKE
so doc kat klinik gov tu suggest saya pegi buat scan 3d/4d kat private.

kau ni doc mengada tau.
saja nak bagi saya keje lebih lettew.

oleh itu, saya start google klinik yang ada servis scan 3d/4d ni.
yg murah, pastu berbaloi, pastu yg dapat cd, gambar printout semua, pastu yg friendly.
then saya jumpa ini,

3D 4D Scan Malaysia
boleh 'like' fanpage dia kat facebook. harga pakej scan 3d/4d pun kira okay la.
mampu kot. ahahaha. ada 3 choice, ampang, seri kembangan and seksyen 13 shah alam.
so boleh pilih. 

Klinik Noor Hajar
dengar cerita doc dia baik dan best. service bagus dan berpatutan. pun ada 3 cawangan jugak.

btw, am 28 weeks pregnant.
dah masuk 3rd trimester ko.
makin berat rasanya nak membawa perut yg boroi ni. kahkah!
makin sukar nak tido pasal peparu rasa macam sesak nafas.
makin asyik nk pee je memanjang. ;p
tapi,
ape yang penting saya dan baby alhamdulillah sihat walafiat.



oh my gucci!








Saturday, June 16, 2012

kau mampu?

hai uolls.
actually sepanjang minggu ni saya excited sangat survey barang baby.
well, hampir masuk 27weeks.
maka banyak benda yg perlu disettlekan.
antaranya yg saya cakap tu lah, survey dan BELI barang baby.
sebelum beli kena survey dulu kan.
:)

semalam,
husband ada beli barang utk our becoming baby.
company tempat dia bekerja ada buat baby fair.
so dapatla harga staff.
ya allah, sooo sweet.
tengok rompersnya yg kecik cinonet tu rasa tak sabar je nk suruh baby keluar.
hihihi
tu belum lagi booties and mittens.
plus,
jantina baby pun kami belum tahu.
so lagi la rasa excited woooo.
*lempang pelissss*

sedang survey survey,
saya jumpa ni,

Quinny Zap 3 Travel System

memang admire gila la benda alah ni.
smart kan?

tapi,
macam mahal kot.
huwaaaaaaaa.
macam tak berapa nak worth it je saya nak beli dia.
sebab ada benda lain lagi yg saya perlu utamakan selain nak beli dia.
bukan saya tak mampu.
tapi,
kalau bagi proposal kat husband pun mesti dia akan bagi pro and con.
contoh,

jangan ikut nafsu.

berpada-pada.

ada benda yg lebih penting lagi.

beli benda yg betul betul perlu.

#kata kata orang yg guna akal.

tapi stim wehhh.
halaaa, benciknya perasaan ni.
bukan dia kedekut, tapi dia bijak kendalikan cash flow dia.
bukan macam saya.
yg kdg kdg agak membazir.
eh betul ke?
ahahahahaha
alah, kalau tetibe nampak satu barang tu, then kita suka, then tgh ada cash,
then tgh sale gila gila pastu memang keperluan,
so beli je la kan.
bukankah org perempuan ni memang suka beli barang utk diri sendiri
dan utk orang disekelilingnya?

tapi saya memang admire gila travel system tu.
utk bakal anak tersayang apa salahnya kan.
kena usaha lebih gigih lagi ni.
agak agak sempat tak?
aiyooo.







Friday, June 15, 2012

i'm sick okay

Lepas je balik dari berhornymoon, mcm mcm benda yg berlaku kat atas saya.
Rasa mcm menyesal pulak bersuka ria berjimba tak hengan dunia hari tu. Hek.

Ok, nak cite ni.
Hari ni balik dari jakarta, esoknya ada monthly check up.
Kena cucuk untuk kancing gigi weh. For the first time rasa lemah seluruh anggota badan.
Dan dan mak buyung demam dan cirit birit pulaks. Tak kasi kesian betul.
Dapat medical leave ko sehari. Tu pun melilau pi cari klinik tetengah malam buta.
Maka genap seminggu mak buyung tak masuk keje. Melepek kat rumah.

For the first time demam during my pregnancy. Panadol pun takut takut nak telan.
Doc suggest minum air garam and 100plus utk kembalikan semula tenaga.
Nasik pun tak sentuh pasal tak lalu nak makan. Kesian baby kat dalam perut.
-___-

Seminggu cirit birit tu nak hilang. Seminggu jugakla saya berpantang makan.
Mereka kata maybe food poison. Yela, mak buyung kn baru balik dari obersea.
Perut terkejut tak leh terima cara masakan diorg kot.
Tapi yg peliknya mereka mereka yg pergi bersama saya okayyyyyyy je.

Masa tetengah demam tu saya siap tuam perut pakai ais lagi sebab tak nak baby panas.
Boleh pakai ke petua ni?
Hai la anak,
risau mummy awak tau.
Daddy lagi la.

Minggu ni pulak, tetibe dapat batuk. Tah mana datangnya pun saya wonder.
Maybe sebab air. eh, tapi saya minum air kat rumah pakai mineral water.
Tak pun sebab cuaca. Panas kan sekarang. nak tido pun gigih pegi mandi lagi sekali.
Aircond tiap malam pasang. Hazab la nak membayarnya bil hujung bulan.

Tak tahu la kenapa. Lately ni mudah sangat badan ni dapat sakit.
Tak boleh penat sikit. Badan kejap je mintak sandar. Mintak rehat.
Harap harap saya dan baby sihat la sampai time delivery nanti.
Doakan tau. tau. tau!







Thursday, June 14, 2012

teringat dan teringin

teringinnyaaaa.
bila tengok pic ni,
tetibe teringat dan teringin nak makan steamboat.




pics lama, tahun lepas.
masa zaman tetengah kering ko.
baby pun belum ade dalam perut lagik. ahaks.
godek godek hp suami tetibe jumpa gambar ni.
ya allah, teringin sangat nak makan tau!
ni mengidam ke ape ni.
balik ni nak try propose kat suami la.
dengan harapan dibawanya ke seoul garden.
hihihi

kbai!







Jakarta - Bandung, Finale Season

Hari ke-3 dan terakhir.
Malas nak cerita panjang lebar jadik mari kita rangkumkan 2 days punya aktiviti jadi satu.
kehkeh!
dasar pemalas mak buyung nih

So plan on the third day kami of course la menghabiskan duit bershopping di Pasar Baru.
Itu tujuan utama sebenarnya kami berhibur di Bandung ni.
huahuahua
Anda tahu pasar baru bukan?
Tempat segala mak nenek handbag, tekstil, tshirt, telekung, kain pelekat, kain batik bla bla bla....
Kalau nak dicerita kat sini memang tak tahu nak describe mcmana.
Ibaratkan uolls pegi Kenanga City Mall kat kl,
pastu kedai dia lagi padat, lagi luas, lagi banyak dan lagi bertingkat tingkat.
Eh, dah lagi ramai orang. Haaa, gitulah.

Maaf, kerana sibuk bershopping maka tiada satu pun gambar sempat disnap utk tatapan umum.
Kahkahkah.
Serius asyik sibuk bershopping sampai tak sedar yg gua ni mak buyung.
Ohh tak tahu tenaga datang dari mana. Kaki langkah terus melangkah belek barang satu persatu.
Sampai laki den sound tepek,

amboi shopping kemain cargas ye, balik bilik ngadu sakit sana sini.

Sini memang syurga bagi wanita.
Even telekung mahal sulam penuh kat kl yg harga +100 tu korang boleh dpt dlm 40 je duit kita.
Eh?
Kena pandai tawarla. Ayat nak kena manis. Pastu kena bodek, kipas, aircond banyak.
Sure dapat harga yg jauh lebih murah.

Mak dan pak buyung bershopping sakan wehh.
Kata jutawan kan. Tukar duit juta-juta apa adahal.
Tapi, bila balik wonder, eh apasal kita beli banyak barang org ni.
Mula la memasing tak paham.

Satu je pic. Itupun gambar kat rnr otw balik ke jakarta semula.
Tu dia, cikhel happy sangat dapat makan eskrim durian.

Petangnya pula kami balik semula ke jakarta.
Tido semalam sebelum pulang ke kl.
Margot Hotel is much better dari hotel motel kami sebelum ni.
Tapi, tapi, tapi,
pasal iron je mesti nak jadi masalah. Serius tibe tibe jadi tak paham dengan hotel kt Indon ni.
Lantak kat situ pasal dah nak balik. Baju kedut, tudung kedut mak buyung tak heran.
Shopping lagi penting. huahuahua. Ok, sila jeles.

Hard Rock Jakarta.
Abam ensem dan abam badan tough je yg pegi.
Mak buyung malas nak ikut. Kasi chance la kat diorang nak berlibur.
Pengantin baru pulak haruslah hornymoon berkepit dalam bilik. :D


Last day in jakarta,
pun shopping jugek uolls!
Kali ni Tanah Abang in da houseeeeee!
Memang last day ni dah berikrar nak habiskan segala rupiah yg ada.
Puihhh.
Balik kl pasni kita makan nasik ikan kukus jela ye hasben.

Actually sini pun macam Pasar Baru jugak.
Lagi, lagi dan lagi luasssss uolls. Barang pun lagiiiiiiiiii banyak!
Siap ada banyak blok bangunan tapi kami sempat terjah blok A saja.
Blok A je dah tak larat apatah lagi nak pegi ke blok blok yg lain.

Shopping sini tak lama pasal tengahari dah nak chalo naik flight balik kl.
Beli benda yg belum dibeli je.
Yg lain tu jejeling je utk combine kan harga.
Serius lagi murah dari Pasar Baru tapi kena beli bundle.
Hasilnya, hasben telah merembat baju melayu ala ala jawa dia.
Dah la tu, cukup cukup la. 
Pitammmmmm.


Tips: Tukar duit rupiah bebanyak dulu sebelum pergi utk elakkan kesesakan dalam wallet.


 Udah mau pulang ya kawan kawan. Sobs. 
Bye bye jakarta. 
Till we meet again.
Insyallah.


 Tuh dia muka ceriaaa. 
Pegi rasanya check in 3 luggage je, tapi, ehh, apasal macam dah beranak je beg beg kiteorg?

 Abam badan tough dah tak sabar nak balik kl kepit bini dia ohh. 
Eeeiiiiuuuuu.


 Menghabiskan segala rupiah yang ada. CFC pun jadilah utk lunch.
 Nak makan kat restoran mahal dah tak mampu.
Dah jadik pokai akibat berbelanja tak hengat orang sekeliling.
Padan muka korang!

 Abam ensem control sikit hidung kembang tu eh.
Alololo, mak buyung so sweet tutup tutup perut pulaks.
Dedua muka mintak penampor.
Cikhel pulak meroyan sebab laki dia hilang dari pandangan.

 The Bodyguard

 Background shining shining, bajet dedua muka suci.


Abam ensem dah penat dah tu makanya dia tido saja dalam flight.
Mak buyung pulak kebosanan lalu disnapnya pics mengarut ni

Eh, mengarut ke? Subahanallah, santeknyaaaa awan.
Santeknya pemandangan dari atas kapal.

Last but not least, hasil pelaburan dengan duit yg juta juta rupiah tu.
kehkehkeh!
Itu barang dia, sana barang dia, sini pun barang dia.
Banyak barang org koooo.
Baju baby ade 2 lai.
Fridge magnet utk ofismate.
Ohh ye, "burung" utk anak anak buah.
Cari la kt mana pun, kat Jalan Dago jek ado. 


Tu je hornymoon utk kali ni. Tahun depan tak plan nak pegi mana lagi.
Maklumla, next year baby dah delivery so kena la cari tempat yg seswai.
Tak kan nak bawak anak kat tempat penuh sesak org ramai kot.
Shopping lg ke? huahuahua

Kesimpulannya,
trip hornymadu utk first time ni berjalan dengan lancar walaupun banyak rintangan yg mendatang.
Dari 8 org yg patut pegi, tinggal 5 ketul je yg free.
Kira okaylah kan. Planning dari tahun lepas kot.
;p



p/s: Thanks husband kerna entertain i hornymoon walaupun memula u rasa tak confident je dgn i.
       Laff u!








Tuesday, June 12, 2012

Jakarta - Bandung, Season 2

Second day kami di Bandung.

Pagi pagi dah teruja pasal hari kedua ni kami akan melawat Tangkuban Parahu.
Ape menatang tempatnye tu eh?
Haaaa, nilah tempat gunung berapi. Still aktif lagi tahu!
Ini kalau meletus ni, confirm satu bandung kena berhijrah.
kehkeh!




























Tu dia kawahnya nun jauh kedalam.
Wap yg keluar menandakan gunung berapi ni masih aktif lagi. Tak tipu tau!
Cuaca sejukkkk. Macam kat cameron tapi lagi sejuk. So disaran pakai baju tebal.
Kalau mak buyung takpe, pasal suhu badan dia ni tak menentu. 
*kulit tebal mcm biawak*




Daddy dan bonda buyung, puan hel dan sang suami. 
Merah menyala gituww. Berkat pengantin baru. 
huehuehue

Daddy dan Bonda.
Inside, our hasil.
+6 months already.





Sila carik orang tersembunyi.

Macam dah jodoh kami dengan retis retis ni. Bukan di kl tetapi di west java.
I like Tasha Shila pakai heels tu diaa 6'' kot nak panjat gunung.
Alyah steady je. 
Hampir tak kenal pasal ya ampun awat dia in person kecil dan kurussss. *___* 
Tapi, secara tiba tiba Ameer menyelit. Dia nak jugak bergambar dgn rombongan mereka.
Well. well. well.


Kami tawan puncak mu wahai Tangkuban Parahu.
Plastik bag dlm gambar menandakan kami berjaya mengepaw bapak bapak yg jual souvenir murah. 

Ampun ya pak pak sekalian, kami datang dari jauh. Maafkan kami kerna mengambil kesempatan.
Adik beradik ramai. Semua nak barang sorang tiga.
*tak nak jatuh*

Yg tetengah tu mandur, kiri dan kanan tu la anak didikannya. 
Sorang amik gambar asik nak berkepak, sorang lagi kepak kelaut.
Malek Noor tengok ni nanges tahu. Sama jugak la dengan Sazali Samad.
Silap silap mintak berguru.

The end of Tangkuban Parahu.
Tempat yang wajib untuk bergambar. 


Kemudian kami meneruskan perjalanan kami ke tempat lain pulak.
Kali ni nak pegi tempat yang orang dok selalu sebut bila pegi bandung.
Rumah Mode dan Toko Tiga.

Perut yang kejap nampak besa, kejap tak berapa nak nampak.
Hai la anak...

 Ada unsur unsur hindu gituw. Maaflah ye.



Rumah Mode ni sebenarnya factory outlet je pun.
Tah apa yg istimewanya kat sini ai pun tak tahu.
Tapi ramai yg shopping kat sini berbanding outlet kat Jalan Dago tu.
Diorg kata sini banyak retis yg turun.
Eleh, tengok takde pun yg muka ala ala Cut Tari.
Semua hidung penyek je. kahkahkah!
Oppss. 

Seterusnya, shopping jeans murah kat Toko Tiga.
Bukan takat jeans je, baju, jersi, wallet and belt pun ada.
Beli, beli, beli lah lagi. ahaiii.





Decoration di tetengah kedai Toko Tiga. Tempat melepaskan lelah selepas merambang mata.
Tu mak buyung tgh jakun tengok ikan dalam air.
Uishhh, dari belakang macam bukan mak buyung je kan.
wkwkwkwk

Nom.nom.nom.

Makan, makan dan makan.
Nak cari restoran minang tapi yg dapat restoran sunda. Pun bolehh.
Tak reti nak makan kat gerai tetepi jalan tu pasal rasa macam scary je.
Hiks.
Air pun tapau sendiri dari hotel. Tak pun memang sengaja beli mineral siap siap.
Ohh sini mineral water diorang panggil "aqua".

Tips: Kalau nak pesan air suam, toksah la ngengade. Sila order air panas terus ye. 
Utk langkah berjaga-jaga.


Sekian pengembaraan kami utk hari ni.
Malam ni backpacker semua tidur kat Wisma Nova.
Nasib la ye,
Abam badan tough dapat bilik yang ada lipas.
huahuahua.
Ko ternak lipas ke wisma Nova wuiii.

Satu yg gua paling tak paham kat hotel bandung ni adalah iron.
Boleh pulak iron satu jeeee, pastu pakai kongsi kongsi.
Kalau nak iron pi mintak kat laundry. Tak pun kat bilik pekerja dia.
Kalau laundry tutup pukul 5pm maka tiadalah iron utk anda.
Tunggu la esok dia bukak balik pukul 10am.
Rasa nak pelempang je receptionist kt depan tu.
Cisss.


Next,
To be continue....