life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, July 31, 2012

sharing is caring

yeah?
cececehhhh macam poyo pun ada.
mcm dah pernah beranak 5 je kan nk share share ni.
ahh, ada aku kisah.
actually, saya rasa semua yg preggy pun amalkan kot.
bergantung pd org la.
selalunya yg dah berumur, yg dh beranak 3-4,
dh malas dah... pasal dah cukup pengalaman.
(dari bacaan dari forum yg berkaitan)
insyallah, harap harap tidak lah bagi saya.
saya rajin research tahu.
sejak dapat tahu yg diri ini preggy,
terus gigih google this and that.
nak penuhkan ilmu didada la kononnya.
agar bila org tanya, ko retilah nak jawab.
ko retilah nak sampaikan info yg berguna.
barulah tercapai misi sharing is caring tu.
kahkahkah.
ok, back to the main point.
rata rata yg saya jumpa time preggy je ada je alah itu ini.
saya pun sama hokay.
ada yg time preggy ni tak leh nak telan susu langsung.
vitamins apatah lagi. makanan tak usah la nak bermimpi.
asal telan je muntah, telan je muntah,
kering badan oii. itu yg punca punca warded tu.
ada sorang tu nak bau aircond pun tak lalu.
pehhh.
kalau central aircond kat ofis pun ko tak lalu nak bau,
confirm confirm la kena amik cuti duduk rumah.
but semua tu utk first 3 months sahaja.
selalunya la.
ade jugak sepanjang preggy 0-9 months dia lemau.
itu bahagian masing masing.
kot la 2nd preggy nanti saya mcm tu, just redha jela.
tapi utk yang pertama ni alhamdulillah semuanya ok.
idak la alah yg teruk sampai tetgh drive tu boleh stop kejap
sebab nak muntah. (ok itu kawan saya, heheheee)
saya cuma tak boleh badan/perut masuk angin.
bila angin dah masuk, siap la awak. muntah la jawabnye.
pernah satu hari tu, dalam kereta muntah kaw kaw.
selamber je muntah tu kelua sampai tak dan dan nk stop kt rnr.
then saya tak boleh nak bau asap rokok yang laki den hisap. Eh?
bila nak tido even dia dah gosok gigi pakai wangi wangi semua,
saya marah and suruh dia pegi gosok gigi lagi, lagi dan lagi.
hahahaha. ka-si-han.
itu tandanya gua suruh berhenti hisap terus kannn. ;p
tu jela kot, takde lah alah teruk sangat.
muntah angin tu biasa. kira ko layan je.
bagi dia kelua banyak banyak, nnt ringan oh badan.
cuma lembik pasal takleh makan sebarangan.
tapi apa yg saya tahu,
pregnant is the sweet moments what?
bukan senang dan mudah semua orang dapat rasa ye kawan kawan.
bila dah tahu diri tu preggy maka jagalah ia bebetul.
makan memang la kena pantang sikit.
nak buat keje beberat tu tak usahlah.
biar org kata kita lemah/malas janji kita and baby ok.
esok kalau jadi ape2 korang nak amik sikit ke beban tu?
cececeeeee
ok, sebenarnya nak share ini.
benda benda yg saya amalkan sewaktu mengandung setakat ni.

martenal milk powder
for sure dah tahu je preggy terus pegi cari susu maternity kan?cececehh memalu lak aihh. 
so pilihan saya adalah ini. satu tin selalu tahan sampai 3 months and now saya tgh minum
dumex mamil mama. (sebab dapat bantal free kehkehkeh!) oh btw, saya minum mamil mama 
poo poo tak susah ye. tiada sembelit. senang saje. susu maternal ni bagi saya memang wajib minum. even kalau 2 hari skip minum mula la kaki cramp, badan pun sakit. 
efek baby share kalsium dari kita la kot.

obimin
wajib ada! even ko pegi checkup kat private pun dia bagi yg ni. saya sangat menjaga hB saya okay. kurang dari 11 je mula menggelabah. kahkahkah. doc akan suggest makan 2 bijik sehari kalau
hB awak rendah. sejam sebelum makan atau dua jam selepas makan. tapi oh mang aih,
vitamin ni sangat lah loya dan nak muntah dan berangin badan dah bila makan. (itu saya)
besar tak kisah lah pasal gua okay je nak telan. tapi kesudahnya bila makan, yg meloya tu tak hingat.
kismis
saya campur dgn susu maternal tadi. sedaplah rasa susu tu kan. manis manis buah gitu.
kalau tak pun, saya ambil 10 biji pagi dan 10 biji malam. bagus utk baby dan saya.
dalam islam pun ada kata, amalkan memakan kismis sewaktu mengandung agar anak yg lahir nanti mempunyai ketajaman fikiran. Wallahu a'lam. actually baru amalkan pun. he he heee

neurogain PB
kakak saya yang suggest. bila saya google balik, ok ini bagus. boleh amalkan.
thanks kakak! patutlah anak bujang awak cergas dan cerdas. baik utk perkembangan otak bayi.
even baby dalam perut pun kita dah nampak hasilnyababy aktif. 
(menurut bacaan dr forum yg berkaitan) pegi research la weh. malas nak typo pnjg pnjg.
beli kat farmasi dalam MV je. dapat harga rm51 kira murahlah kan. tahan utk sebulan. ada 30 bijik makan sebijik sehari.

madu
menambahkan tenaga dan ketahanan diri sewaktu mengandung. ok, ini saya akui.
actually, saya start makan madu bila kandungan dah 7 months. mcm dh lambat tapi at least saya cuba.
serius, terasa kelainannya. mudah bangun pagi, rasa sihat. badan tak lemah macam selalu.
bagus jugak utk baby dalam perut. madu ni saya beli dgn sahabat saya. pastikan yg original ok.
husband pun turut amalkan jugak. =)

tak cakap la bila makan semua ni saya sihat dan baby sepenuhnya.
plus baby pun belum kelua lagi mcmana nk tahu keberkesanannya bukan?
actually, saya rajin tanya org, mintak pendapat, google sikit.
bila dah confirm, baru amalkan.
usaha tu kan tangga kejayaan.
semua orang nak 'produk' yg mereka hasilkan adalah yg terbaik kan?
same goes with me.
at least saya mencuba.
jom lah cuba uoll.
saya buat semua ni utk bakal anak saya.
masa anak dara dulu ada baca satu artikel kenapa bangsa yahudi bijak.
so, dah semat dan tanamkan dalam diri ini,
ok aku perlu buat mcmni, aku perlu buat mcmtu bila aku pregnant nanti.
insyallah, mudah mudah semuanya berhasil.
saya merancang, Allah yg menentukan.
sebenarnya walaupun nampak saya mcm dah ready,
tapi hakikatnya i'm nervous uoll.
camaner la rupe eh anak yg saya kandung ni bila dia kelua nnt.
sihat kah dia? sempurnakah sifatnya? cerdaskah mindanya?
mcm mcm saya fikirkan. serius cuak. tak tergambar dek akal.
ha sampai begitu sekali ko.
nwy, please, please and please doakan yg terbaik buat kami ye.
semoga kami ibu dan anak selamat hendaknya.
ameen.
kbai!









Friday, July 27, 2012

fasting yeah

diam tak diam dah dekat semingu kite berpuasa.
tapi saya, he he heeee
dah 2 hari kantoi puasa
2 hari je taww setakat ni.
eh, ok ape... am mak buyung kan. (alasan)
first sebab,
terlajak sahur.
bonda sini kena makan nasik time sahur.
maklumlah, bawak budak. perut pulak perut melayu.
kahkahkah!
jaga jaga je dah pukul 0530, hah ko tepeanjat gegirl.
kejut husband, sempatlah teguk air kosong, makan kurma sebijik and
madu 2 sudu.
tapi, bila dah tgh hari alahai, mula la perut berbunyik keroncong rock.
baby dalam perut pun tak henti2 gerak mintak nasik.
so, the end, terpaksa la bukak demi tidak memudaratkan diri dan baby.
sobs.
second,
that day ada medical checkup.
ok, ini bukan alasan.
tapi saya tak sanggup sebab medical checkup tu kena amik darah bagai.
then balik kena sendiri.
so husband suggest tak payah puasa.
amboi awakk, support betul saya tak puasa eh.
dah kesudahnya alang alang dh tak puasa tu, lepas je checkup
kita sendirian mak ngan anak pegi light light shopping.
dengan harapan dapat hilangkan stress. hiks.
sempat la membeli barang utk diri sendiri.
utk baby takde, tunggu daddy belanja eh sayang.
huahahahaha.
itula cerita saya yg dah 2 hari kantoi puasa ni.
tapi saya ada target tau.
insyallah, kalau takde aral, kalau baby pun okayy,
saya nak puasa sampai raya.
sayang kot nak skip skip ni.
bercinta nanti nak ganti balik lepas pantang.
setakat ni, dah hari ke-7 kita berpuasa, baby pun nampak dah terbiasa.
no more, gerak melebihi biasa di awal awal tgh hari.
no more, buli bonda dia buat aksi terkejang petang petang.
alhamdulillah.
selalu saya cakap dgn baby masa sahur,

bonda hari ni nak puasa tawww. baby jgn nakal-nakal.
bonda sahur ni, baby makan tawww.

heheheeeeee auww. gediks.

anw, menu berbuka setakat ni is so sesimple yg boleh.
less energy katanya.
balik kena tunggu laki amik.
malas nak berjalan balik. kaki ni haaa kembang semangkuk dah.
jalan terkedek kedek bak kata husband.
kalau laki balik lambat, maka lauk berbuka kita hari ni biasa biasa je ye husband.
mujur dia okayyyyyy. jimat belanja dapur. ;p
so uoll, hari ni berbuka apa?
saya baru beli lauk kat kantin. eh?
hari ni laki den berbuka bersama teman teman.
so berbuka berdua sahaja dgn baby.
saya makan tak banyak. cukuplah apa yg ada.
kalau teroverdose, susah pulak nak tido.
maklumlah, dah 3rd trimester ni mcm mcm hal boleh jadi.
silap tak jaga makan, sebu perut dan pedih ulu hati.
tu belum lg kejang kaki tetibe time tido.
haruuu je semua tau.
oh sebelum terlupa, hari yg saya pegi checkup tu
doc kata everything is under control.
baik saya mahupun baby.
sudah +33weeks, perut pun hampir jatuh kebawah bak kata ofismate.
bila kira balik, 36weeks tu minggu time kira beraya.
huwaaa, serius begitu sekali?









Friday, July 20, 2012

salam ramadhan uolls

am tired.
ye. betul betul penat.
dr pagi sampai ke malam menghadap workstation.
dgn trainingnya lagi.
semuanya tak stable. adehh.
mata mcm nak terkeluar ok.
vontot dh naik kematu asyik duduk pastu bangun,
duduk, bangun, duduk, bangun.
bilakah semuanya akan berakhir ni?
tak sabar nk tunggu sabtu, ahad.
nak rest, nak topup tido lelame, nk lelepak ngn husband.
nk cium bau ketiak dia.
KAHKAHKAH
pangg sekali please.
oh btw,
selamat menyambut bulan ramadhan uolls!
tahun ni tahun ke-2 saya berpuasa sebagai bini org.
dan the very very 1st year saya menyambut puasa sebagai mommy.
eh. mommy-to-be la.
heheheee
org pregnant tak datang bulan tapi tak tahu la mak buyung sorang ni larat ke tidak.
bulan depan dah nak raya okayy.
ya allah cepatnya.
sungguh saya belum fully prepare lg utk bersalin.
semuanya mcm blur. !__!
tapi ada la jugak barang barang utk diri sendiri yg dah dibeli.
cuma belum start nk kemas betul betul.
tak cukup masa. banyak hal lain yg perlu disettlekan terlebih dulu.
tapi, buku pink senantiasa dalam handbag.
nyawa tu ye kawan kawan.
buatnye terberanak kat somewhere, itula benda yg paling penting.
eh okaylah,
sebenarnya nak cakap yang this week saya terlalu penat.
tu je.
bye!
p/s: 33 weeks. semakin hari semakin hampir. anak bonda dah besar eh. :)








Monday, July 16, 2012

welcome avid!

minggu yg penuh pack.
walaupun hakikatnya mak buyung masuk petang
tapi kena, KENA datang pagi jugak utk training benda alah ni.
wuwuwuwuwuuu
sangat lah tired ye kawan kawan.
non stop till friday.
dan, minggu ni kan kita nk puasa dah.
begitu cepat?
T____T
tak sedia apa ni. EH. perlu ke sedia sedia?
mudah mudahan saya larat nk tunaikan rukun islam kita yg ke-3 ni.
baby, baby okay kan? takmo nakal nakal eh.


org suruh training, tapi yg kt belakang tu alahaiiii...
jgn bos suruh buat one-man-show sensorang memang kelaut la jawabnye.
hiks.
so peeps, see my pipi yg tembam tu.
penuh sepinggan. cisss.








Sunday, July 15, 2012

didin's jr






semalam siap dah dobi semua baju didin's jr.
hand wash okayhh.
nasib la baru beli sikit sikit.
jenuh jugak nk menyidai eh pasal kecik kecik bebenor.
haishhh.
patutnya dh dobi dr awal lg, tp pasal kemalasan menguasai diri,
tambah lg byk agenda agenda lain yg perlu didulukan,
maka semalam jela yg baru sempat nk membasuhnya.
itupun gigih bangun awal pepagi.
bile tengok baju baju tu sume, alahaiiii,
can't wait bebeh.
almost 2 months je lg ko.
bersedia atau tidak, bolos saja dinding iteww.
and the first thing yg saya beli utk didin's jr adalah,
feeding bottles newborn starter kit by Avent.
masa tu kalau tak silap preggy 5 months.
dapat harga yg sangat berbaloi.
then, baru la menggedik cari stuff yg lain.
like baju, bedding, toiletries, pampers, CD and so on. 
kt bandung tu pun dapat grab 2 lai je baju dia.
sungguh tak ingat si kecik dlm perut.
makpak eh sibuk shopping barang sendiri. 
=)
tuuuu, pureen punye stock dibeli kt warehouse sale april lepas.
jadilah...
nak beli banyak banyak kang payah pulak nk mengangkutnya naik atas.
gua duduk rumah burung, dan rumah pun seruang.
taruk je brg baby, dah penuh satu bilik.
last last, packing semua benda tu taruk dlm satu beg sudah.
lgpun planning berpantang di seremban.
so beli sikit sikit, then bila balik seremban baru angkut segala mak nenek tu.
kihkihkih.
actually, ada lg barang yg tak dibeli.
banyak sebenarnya kalau diikutkn dalam list.
eh, gua buat list tau.
bijak dan cerdik tak?
he he heeee
okay, tu je.
lepas ni nk pegi baby outlet warehouse sale kt sunway pulak.
hamboiii makpak didin's jr ni,
kemain cari warehouse sale je ye...










Thursday, July 12, 2012

demam, tonsil dan mc. eh bukan, cuti.

WW mengatakan yg sayang saya dah sihat tp tak sepenuhnya.
well, nk dijadikn cerita, weekend yg lepas sangat la tak heaven.
suami tetibe injured. demam dan tekak dia ada tonsil.
ape kejadahnya tonsil itu?
adehh,
nk cerita pun tak reti meh saya google jap.
tadaaaaa,
gini ah rupanya. kena dekat area tekak.
tp takde la teruk bagai sampai ade kelua yg putih putih tu.
minor je. doc kasi antibiotik dan mc sehari.
maka dgn saya saya sekali kena cuti last monday. hiks.
nk jaga org sakit ni kemain payah sebenarnya.
tekak dia nk makan mcm mcm tp mane boleh kn.
tonsil u tu tak elok lg...
doc suggest mkn benda yg lembut such as bubur.
kesian sayang i tahu.
melepek je t rumah. malam pulak mesti nk demam.
bini dia ni la yg jap jap bangun pantau badan dia panas ke idak.
yelah, takut jugak. gua dgn boyotnye kot jd pape kt laki gua tak ke naiya.
so, dua malam tu every hour mak buyung ni dok tuam badan, kepala, tangan ngn air asam jawa.
last last gua pulak yg rasa nk demam.. he he heeeeee
so now, alhamdulillah, my sparring partner dh sembuh.
wlwpn tak sepenuhnya, masih dipantau oleh mak buyung tp oklah.
ade selera nk mkn and ade energy nk buat keje. syukur.
dia tu kalau sakit tak selalu tapi, bila dh sakit hamboi ya ampunnnn, kemain teruk lg.
itulah org kata, cuaca kat malaysia ni dh makin panas.
maklumla, lapisan ozon semakin menipis.
bila cuaca panas, maka org yg keje kat site tu kesian la. (laki i lettew)
berpanas, berhujan, beribut, berpetir (eh, ape kene mengena?)
jadi senang je dpt sakit.
ni tonsil ni akibat badan panas dalam yg melampau lah tu.
pastu makan tak jaga, dok suka minum minuman berais,
kurang makan sayur, kurang makan buah.
bila org paksa je baru nk makan.
ish ish ishhhh.
haaa, kan mak dah membebel ni.
kesimpulannya, jaga la kesihatan anda tau. tau. tau!
kalau tak nnt kena tonsil mcm laki i.
susah nak telan makanan even air liur sendiri pun.
air pun minum sikit sikit je. ka-si-hannn.
ikutkan hati ni kalau boleh diswitch penyakit tu, i rela b.
i tak sanggup nak tgk u sakit sakit begitu.
melepek kat rumah, nk bukak mata pun tak larat.
HAHAHAHA
oh pelis lah,






Monday, July 09, 2012

UMRA Medical Services



n



appointment ini dibuat seminggu sebelum sebenarnya.
gagah cari klinik utk scan 3d/4d ni.
biarlah, bukan hari hari i pregnant okay.
nah, ini hasilnya.
yg tau pasal ultrasound scan ni sure reti baca kiraan diatas tu.
gua cuma ingat doc cakap yg now berat baby +1.8kg. :)
normal lah sebab baru 30 weeks kan.
scanning ini dibuat di sini.
saya just bayar rm120 including cd.
sebelum scan, disuruhnya check up dulu by nurse.
prosedur biasala setiap kali check up kat klinik every month.
timbang berat badan, amik blood pressure and urine test.
then dah selesai semua baru gi jumpa doc utk proses scanning.
nasib la baby memang sentiasa aktif bergerak-gerak.
memang timing dia kot... he he heee
so senang je semua. tak sampai one hour pun.
alhamdulillah.
let me introduce didin's junior,


bakal anak saya dan suami.









:)



























Friday, July 06, 2012

jumaat yg heaven

semalam double shift, 0800 to 2330,
balik rumah terus teringin burger buatan sendiri.
nak masak pulak dah tetengah malam.
so tido jela.
maka hari ni gigih bangun pepagi sebab nk masak burger.
bukan takat burger kosong, balut dgn telur lg,
tambah pulak dgn kacang panggang.
mak aihhh, sehingga menjilat jari.
alahai, burger je kot apasal teringin sangat ni??
huahuahua.
sengal kan saya?
tapi, bukan itu yg saya nk cerita sebenarnya.
actually, hari ni, hari ni kan hari jumaat.
dah la hari jumaat, memang sah sah la malas nk buat kerja,
apatah lagi hari ni saya double shift jua,
bagai dicita pucuk ulam mendatang,
workstation saya tutup kedai!!!
tutup kedai.
diulang, tutup kedai.
so yg pekerja pekerja ni boleh buat keje sendiri.
terus mcm eh, nk pegi mana ni hari ni?
banyak masa terluang ni.
nak balik rumah? alaaaa, husband keje.
berjimba? adehh, geng tak cukup pulak.
ramai yg kena attend kursus.
maka saya dah buat keputusan.
disebabkan saya esok, lusa pun kena keja jugak, (gigih oh mak buyung ni)
saya plan nk rehat secukupnya pastu nk search something.
pastu nk setup workflow utk minggu depan.
sebab next week saya kena attend kursus for 3 days.
pastu nk update diary sikit.
maklumla, jadi PA tak bertauliah husband.
dia cerewet ye kawan kawan. very the details one.
ishh, tetibe banyak pulak personal things nk kene buat.
btw, hari ni saya tunggu phone call dr klinik yg saya buat appointment utk scan 3d/4d tu.
utk double confirmkn esok nk datang jam berapa.
can't wait bebeh nk tengok kesayangan kami dlm perut.
org kata membazir je buat scan 3d/4d ni.
tapi bagi saya biarlah. first time gua mengandung ni kan.
since dah 2 times scan 2d tak nampak pape, or maybe kami buta ultrasound,
maka kami buat la keputusan nk buat scan 3d/4d pulak. boleh?
kasi chance la uolls. bukan selalu.
lepas ni kau nak ngandung pun makan 2-3 tahun gak. insyallah.
tunggu anak besar sikit la, kasi dia puas manja dgn bonda and daddy dia.
wah wah wah, kemain lg.
yg ni pun belum kelua, kau dh fikir yg 2nd, 3rd dan seterusnya. hiks.
sebelum terlupa, next week ada Pureen Stock Clearance lg.
jom uolls sesapa yg ada baby kecik tu kita grab barang baby.
mcm saya ni haruslah kan. plus baju baby tak banyak pun yg dh dibeli.
pureen ok ape. bukan baby tu nk pakai baju tu sampai dia besar kannn..;p
till the end.
bye!













Wednesday, July 04, 2012

3rd trimester

well, am currently 30 weeks pregnant tau.
soo berat dah baby dlm perut ni. (plus my weight hahaha!)
soo tido memalam susah nak lena pasal asyik bangun nak pegi pee.
soo terkedek kedek nak berjalan bak kata husband. 
soo sometime memalam terkejang urat di betis.
and so, so so...
hahaha
ape merapu ni mummy oi.

actually, tak tahu nak gambarkan ape perasaan saya setakat ni.
bila org tanya bila due date, terus kelaut.
belum lg org dok komen baby awak ni jantina ape.
tengok perut mcm lelaki... eh bukan la, ade yg cakap gegirl.
eh boy la, gegirl!! boyyyy!!! gegirl laaaaa.
ahh mana mana la. janji sihat dan cukup sifat, alhamdulillah.

entahla, malas nak fikir.
eh bukan malas sebenarnya, cuma speechless.
betul ke ni aku nak jadik mummy?
seriously??
mampu ke aku ni nak train anak aku esok?
boleh ke aku jadi ibu yg baik utk anak aku?
ade tokoh ke nak jadi ibu ni?
warghhh, serabut kepala bila fikir dalam dalam ni tau.
boleh meroyan.

ape ape pun, baby dalam perut semakin ligat, cerdik dan dengar cakap.
eh ye ke? hahaha
syok sendiri nampak eh.
yg makin ligat tu memang hari hari dia dok pusing dlm perut.
start bangun pagi sampai la ke malam.
org nk tido pun dia siap buat aksi akrobatik lagi uuu.
sekali kena leter dgn daddy dia, haa tido terus.
hai la anak.....

at this time tengah berblogging ni pun dia mcm tau je bonda dia tgh ngumpat pasal dia.
kemain mengeras ye sayang.
berapa kali pusingan dia buat dh tak terlayan dh.
tapi bonda sukaaaaaaa.
itu tandanya anak bonda sihat dan cergas.
kan?

masuk 3rd trimester ni saya rajin berborak dgn baby.
walaupun dia dok ada dalam perut, tapi suka sangat cakap dgn dia.
banyak la cakap dgn dia tak kisah la pasal ape.
berharap supaya dia faham ape yg bonda dia sampaikan.
walaupun merapu. kehkehkeh!
ehh, seronok tau!
bila kita cakap, then bila dia gerak that mean dia bagi respond, tak ke happy tu. 
nampak la dia tau yg kita ni take care dgn dia.
amboi, masa dalam perut kemain lagi ye.
esok bila dia dah keluar jgn saya yg tak terlayan sudahlah.

dan bila dah masuk 3rd trimester ni maka monthly check up saya dah jadi
once for two weeks.
dah kena prepare hospital mana yg saya nak booking utk delivery nnt.
dan yg paling tak boleh blah sekali,
kena jaga berat badan supaya tak naik dgn mendadak dadak.
kalau tak nnt kena paksa minum air gula.
oh-my-gucci!
ampunnn.
itu yg paling susah sekali tahu.

gua makan tak banyak. eh?
malam takat mkn malam before 9pm. itupun teman husband.
tu jeee.
no midnight supper.
pagi, kadang kadang amik breakfast pun lambat.
tapi, pelik pasal timbang berat hari tu naik 2.8kg.
mane datangnye lelemak tu wahai badan? serious aku tak paham.
ke sebab susu maternal ni? haishhh. bencik.
punggok besau. peha dah ade stretch mark. tapi perut mommy maintain halus.
kahkahkah!
memalam tak penah miss dok tenyeh lotion cocoa butter dgn harapan semuanya kembali normal.

tapi,
ape pun yg berlaku pada saya,
ape pun perubahan yg menjengkel kan,
ape pun kesusahan yg saya hadapi,
semuanya saya tolak tepi.
saya redha.
demi melahirkan zuriat hasil kami berdua.

ohh begini la pengorbanan mak mak kita dulu tu.
tak terbalas dek badan.
even didunia dan diakhirat pun.
mak, i love u.
*tetibe*











nifsu syaaban

hi olls!
hari ni malam nifsu syaaban kan.
so i nak share sikit la info pasal malam ni.
he he heeeee

Nifsu syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan syaaban tahun Hijrah.
Malam nifsu syaaban pula adalah malam ke-15 syaaban iaitu siangnya 14 haribulan syaaban.
Kita sebagai umat islam percaya bahawa pada malam nifsu syaaban,
amalan akan dibawa naik oleh malaikat utk ditukar dgn lembaran yang baru setelah setahun berlalu.
Catatan pertama yang akan dicatatkan pada buku baru pula akan bermula sebaik sahaja
masuk waktu solat maghrib.

**(15 syaaban bermula pada 14hb syaaban sebaik sahaja masuk waktu solat maghrib)

Nabi Muhammad s.a.w menggalakkan agar umatnya beramal pada malam kemuliaan
nifsu syaaban dengan bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam
kerana tidak mahu amalam diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Selesai solat maghrib disarankan membaca surah Yassin sebanyak 3 kali.

Bacaan pertama, dengan niat dipanjangkan umur dalam mentaati Allah.
Bacaan kedua, diniat diluaskan rezeki yang halal dan diberkati oleh Allah.
Bacaan ketiga, diniatkan ditetapkan iman serta mati dalam iman.

Pada bulan syaaban pula sangat baik memperbanyakkan beristighfar dan memohon keampunan dari
dosa-dosa kecil atau besar, membaca Al-quran, berselawat keatas Nabi serta membaca zikrullah.
Selalu selalu la berpuasa sunat kerana ia antara amalan yg banyak ganjarannya jika dilakukan pada
bulan syaaban ni.


Jom kita puasa sunat esok uolls!
i dah ajak husband sama dah ni.
ishh, larat ke tak i ni.....
hihihi