life is beautiful

life is beautiful

Friday, August 31, 2012

55th Merdeka

happy independence day Malaysia tanah airku!!
kehkehkeh.
malam tadi tak pegi mana sebab ai keje.
pastu balik nak dekat pukul 12 sebab husband stuck in traffic jam.
ohh rupanya i-city buat event di malam merdeka.
so sambil otw balik rumah dapat la tengok bunga api dari jauh.
bukan setakat bunga api je, malah kat area rumah dh macam perang Afghanistan.
kemain ye ko budak baling mercun bebetul sebelah telinga gua.
ni mesti stok raya hari tu lah tu. simpan utk malam merdeka lak.

i tell u huh,
apa sebenarnya erti kemerdekaan pada diri uols?



for me lah,
merdeka tahun ni kalau boleh ai nak cepat cepat bersalin ;p.
then nak kurus balik mcm dulu.
hahahaha
sengal.



Dunia moden adalah dunia perlumbaan. 
Yang malas akan ketinggalan. 
Cuma yang berusaha akan berjaya.
- Tun Dr Mahathir Mohamad,
Perdana Menteri Malaysia (1981-2005)


Monday, August 27, 2012

39w

masanya hampir tiba.
tak tahu nak gambarkan perasaan ni.
ok.
first baby kot.
so blur sakit contractions dia mcmana.
sengal kat ari-ari mcm tengah period dah ada dah.
hari ni dari petang tadi sesengal kt situ.
baby pun mengeras semacam.
ayooo, awak nak kelua, kelua jelah sayang.
jgn buat bonda, eh umi. umi awak risau.
tapi takde tanda2 lagi kelua air atau darah.
lendir keputihan ade la.
bila google, itu biasa.
so jadi nervous hokay.
jangan la masa tgh sakit bersalin tu suami takde disisi.
dia jauh kat ofis dia ke. dia ada job ke.
sebab tu gagah lagi datang ofis masuk keje.
at least ada la ofismate yg tolong tengok tengok.
tapi memang la, asyik nak mentido je.
ahh lantak la kat situ.
badan dah berat lah, malas nak gerak kesana kemari.
tapi kalau bab berjalan, okeh no problemo.hahaha.
semoga bila saya sakit nak bersalin nanti, adalah suami disisi menemani saya.
dia ada utk tolong tenangkan saya.
dia ada utk tolong uruskan ape ape yg patut.
dia ada utk bagi semangat pada saya.
rasa mcm tak lama lagi je baby ni nak keluar.
semoga Allah permudahkan segala urusan saya.

suami, i mintak ampun dan maaf ye dari hujung rambut sampai hujung jari kaki.
halalkan makan minum i selama ni.
apepun yg terjadi, redhakan i.
mak pun sama,
maafkan segala salah dan silap anak mak ni.
doakan supaya anak mak mudah bersalin ye.








Friday, August 24, 2012

susuk's jr

alhamdulillah,
alhamdulillah,
alhamdulillah.

berkat bulan syawal,
sahabat kami telah selamat melahirkan seorang lagi umat  Nabi Muhammad s.a.w semalam.
it's a boy u olls!!
nama tak tahu lagi, akan diumumkan pada hari ke7 kelahirannya,
mengikut sunnah nabi.
Alhamdulillah.
bersalin secara caeser sebab mommy dia kan sakit jantung.
nwy, congrats mommy ella and daddy ali.
selamat berpantang dan enjoy your parenthood.
now its my turn pulak yg tak tahu bila.
bebanyak berdoa dan berselawat sajalah.
hihihi










Thursday, August 23, 2012

Eid ul-Fitr 2012

Selamat Hari Raya uolls!
hari ni, raya ke5 then saya dah start keje.
mood raya masih ada tapi apakan daya,
mak buyung tgh menunggu hari.
duduk rumah sesaja ohh bohsan pula,
nak stay di kg alahai nak jimat cuti,
maka kami laki bini berkeputusan naik keje hari ni jugak.
hehehe
walau apa pun, kat ofis ni ade jugak yg dah naik bekerja.
berkhidmat kerana Allah untuk negara bak kata kawan saya.
amboi, kg makpak ko dekat boleh la cerighta Don Lijuan oii.
(:

so, apa cerita hari raya haritu?
ai okay je, memang bebetul raya la.
balik melaka semua yang diidamkan sudah dihajati.
sup gearbox dihari raya pertama memang kelass kot.
husband hirup tanpa memandang sanak saudara kiri dan kanan.
tapi ai tak berani. silap haribulan next check up tetibe pulak kena darah tinggi. 
cuma ai mengidam sambal pucuk mak andak je.
terbaekk, marveles dan ohsem.
itu sebenarnya tujuan utama beraya di kg melaka tahun ini.
Eh. ada lg satu, sambal telur puyuh yg memang every year tuan rumah tu buat.
rumah geng jepun. hahaha

raya pertama, puas berjalan walaupun cuaca memang mintak mandi swimming pool.
dari rumah first sampai la the end, keje asyik makan, makan dan makan.
wuii sapa tak tahan rendang cili api ayam kampung org nogori.
dari adik yg kata dah penuh perut, terus terjebak kerna melihat kami beriya iya makan.
husband kata ai kuat makan. eleh, dia pun sama.
ini jelah masa yg ada, esok lusa mana tahu, ai dah delivery ke. kempunan.
dah niat dalam hati dari awal puasa hari tu walaupun puasa tak penuh,
nak makan rendang, ketupat, nasik impit, kuah kacang, sambal pucuk, kuah lodeh,
dan segala galanya yg diidamkan time raya nanti.
hahahaha i dont care.
tu je misi dihari raya tahun ni. lepas lepas ni tak kisah dah.
maybe feel org mengandung macam ni la. nak itu, ini, sampai termimpi mimpi.
sanggup pesan kat baby suruh delivery lepas raya.

mak, pak dan menantu kesayangan. hikhik
abam ling din yang makan bertambah tambah. 
uishhh nikmatnya duniaaaaa.
 muka puasss.

so raya kedua dah gerak balik kl.
kl? huwaaaa, kl diraya kedua? seriously?
ai ada makpak family mentua maka apa boleh buat.
kena la jenguk mereka. barulah adil dan saksama.
berkat hidup berumahtangga.
barulah mak mentua suka. kehkehkeh!

raya kami tahun ni serba bersederhana.
ai pun dah nak delivery, tak boleh la nak jalan jauh sangat.
hati kata nak, badan nampak kuat tapi yg si kecil dalam tu camaner... ?
kena amik langkah berjaga jaga.
buatnya terbersalin di tgh highway, adehhhh. mintak dijauhkan.
tapi ai sukaaaa raya tahun ni. hehehe
suka sebab entah.
walaupun shopping merapu, kuih tak berapa nak ada (tapi ada la jugakkk),
balik kg sekejap, raya ke5 dah kena keje,
tuh dia tengok lah, muka ai yg sembab, kaki pun sama,
tapi ai tak kisah.
sebab ai beraya bersama yang tersayang. auwww.
laki ai yg pakai kain pelekat lalalalaaaa...
so classic uolls.
mommy yg dah +38weeks. gems dan chubby di muka. eeiiuu. 




dan finally ai gembira sebab masih dapat lg duit raya.
yeayyy!
thanks suami.

dan last but not least,
ai dah dapat!!!!
sedapnyaaa.
gagah lepas beraya dirumah mentua sanggup redah hujan asalkan dapat makan ini.
makanan mengidam yang terakhir.
dah takde ngidam ape ape lg dah (:



Selamat berhari raya selama sebulan uolls.
jemput datang ke rumah sementara ai tak bersalin lg ni.
hihihi







 

Saturday, August 18, 2012

maafkan saya

andai terdapat terkasar bahasa, termengumpat kata, terlebih bicara.
segala kekhilafan diri ini, kekurangan diri ini,
harap dimaafi.
sesungguhnya saya manusia serba kekurangan.
kadangkala kurang peka dengan apa yang saya lakukan.
sekiranya kenyataan saya dalam entry sebelum ini ada menimbulkan kemeluatan
dalam diri anda,
maafkan saya.
dari hujung rambut sampai hujung jari jemari kaki.
mohon maaf zahir dan batin.

saya dah +37weeks. so anytime je boleh delivery.
huhu.
kalau kalau entry saya sebelum ni banyak merapek pasal preggy, baby, bla bla bla....
ada yg tersinggung, ada yg meluat dan ada yg rasa ohh bohsannya,
am sorry.
am too exposed.
am too menunjuk nunjuk.
macam belog ibu ibu je kan.
*tetibe*
ohh sorry ye.

doakan agar saya selamat melahirkan anak saya.
doakan kesihatan saya dan bakal anak saya juga.
doakan semuanya berjalan dengan lancar.
sesungguhnya doa kalian amat saya hargai.

dan,
sebelum terlambat,
Selamat Hari Raya Aidilfitri uolls.
berhati hati ketika memandu.
ingat orang yg tersayang.
bye!
2010. ketika masih slim ibarat kanak kanak kecil.









Friday, August 17, 2012

10th anniversary

happy our 10th anniversary, husband!
Eh?

hahaha

actually,
selamat hari ulang tahun ke-10 perkenalan kita.
2002 till now,
makin lama makin sayang,
insyallah.
dan,
makin lama makin tak berapa nak faham.
kahkahkah.
tapi,

walau apapun,
sayang saya pada awak still macam dulu dulu.
macam zaman sekolah budak hingusan kita.
walaupun rambut awak makin kerap gugur akibat stress kerja.
walaupun perut kotak kotak awak dah berubah kepada boroi.
walaupun awak cakap official anniversary kita adalah date kita nikah,
tapi saya tetap nak ingat tarikh ini jugak.
boleh?

waktu awak call kitew ajak couple pada tarikh ni,
waktu first date kitew kat McD seremban parade,
waktu balik kampung sekolah teknik naik bas lalu bukit tangga tiap dua minggu sekali,
waktu zaman teknologi tak berapa nak canggih,
waktu balas surat tetiap malam,
waktu jeling menjeling sambil makan tak lalu kat dewan makan,

semua saya masih ingat.
auwwmmm.

Eh? sudah 10 tahun?



semoga jodoh kita berpanjangan hingga ke hujung nyawa.
saya sayang awak husband.








Tuesday, August 14, 2012

dia si comel


uolls rasa dia comelss tak?
eeeiii uuu, sangat geram kannnn.
buat masa sekarang, husband tak bagi nak bela bela pets ni.
awak jaga rumah, jaga anak, dan jaga saya dulu.
kalau dah stable semua baru fikir nak bela pets.
kalau dia lapar, awak lambat beri dia makan, nanti awak jatuh dosa.
dosa sebab dah macam menganiaya makhluk tuhan.
lagipun kita duduk di kawasan yang tak seswai.
kalau dia poo poo merata, jiran akan bising.
kandang dia takkan awak nak taruk kat dalam rumah.
seksa dia sebab tak boleh nak bebas berlari.
tunggulah bila dah pindah ke rumah sendiri nanti baru awak bela eh.
masa tu, dia pun boleh merayau merata.
awak pun akan senang hati.




me, 
okaylah.
can't wait.









Monday, August 13, 2012

selamat berbuka

begini lah saya sekiranya masuk keje petang.
berbuka berdua je dengan ofismate or keseorangan.
eh, sorang ke? berdua jugak. hehehe
dalam perut kira dua jugak kan.
ofismate saya, jarang kelua makan.
selalupun dia memang berbuka kat ofis.
ke dia saja nak teman saya.
alah, momantai lah. saya tak kisah pun.
berbuka sorang pun mak hokay lagik.
sebab saya selalu standby bawak bekal dari rumah.
tak kisah la lauk ape janji ada makanan utk saya berbuka.
dan tak kisah la kalau hari tu saya skip puasa,
saya tetap bawak bekal dari rumah.
hahahaha tak aci tau.
macam hari ni pun, saya berbuka dengan ofismate kat ofis.
ofismate lagi sorang, dia akan balik sebab ada anak anak yg nk diuruskan.
ramadhan kan setahun sekali, so time ni la dia nak entertain family dia berbuka.
walaupun dia keja petang mcm saya.
lepas entertain family, terkocoh kocoh dia balik ofis semula.
nampak macam penat tenaga, tapi itu kan pengorbanan seorang ibu?
agak agak esok saya begitu kah?
insyallah, mudah mudahan.
so uolls,
selamat berbuka puasa.
jangan membazir beli makanan kat bazar ye.
masak kt rumah lagi best dan jimat macam saya.
heheheeeee










Sunday, August 12, 2012

teringin

sebelum saya delivery, saya teringin sesuatu.
ceh, hari hari pun teringat tau.
entahkan bila la nak dapat.......
sobs.
masa mengatasi segalanya.
weekdays nak pegi sana, adehhhh.
ade yang megamuk dalam kereta akibat tension dengan jammed karang.
weekends saya pula, sangat lah pack.
gitu gini gitu gini, mcm tak cukup 2 hari cuti.
plus sekarang kan bulan puasa.
takkan nak bukak puasa semata makan benda alah ni je.
huwaaaa.
sangat lah teringin tahu!
lepas raya agak agak sempat tak utk saya menikmati semua ini?
sempat la, sempat la.
lil boy, please be kind with ur mom.
lepas raya okay, lepas raya.





source: food.malaysiamostwanted







Iftar with love





disebabkan saya memang sangat sangatttt mengidam nak makan grill steamboat,
maka dibawanya saya di sini.
gagah berpuasa hari tu walaupun sahur terbangun lambat. sempat minum air je.
nak berbuka steamboat punya pasal.... semua tak jadi hal.
kesianlah anak den kat dalam tu.
walau apapun, semuanya sedapppp disini.
menu dia same je dengan tempat lain.
ayam dan daging marinate ofcos.
bebola itu, bebola ini, bla bla bla.
aiskrim foc sebagai pencuci mulut.
ke sebab lapar, sebab dah tak tahu nak booking steamboat yg ada grill kat kl ni,
atau sebab harga dia quite ok.
HAHAHAHA 
malas nak pegi jauh jauh, dengan jammednya lagi, dengan fully booked.
tupai tupai dekat sekentut boleh je pegi sebenarnya tapi,
only steamboat. gril gril tarak.
seoul garden pun dekat jugak tapi demand, nak yg santai. nak yang melayu punya.
mengada betul.
puding roti dia thumbs up!
disebab nak makan grill punya pasal, puding tu saya makan gitu gitu je.
lupe pulak kan nak bawak tupperware siap siap. kalau tidak boleh la tapaw. hakhak.
tak silap, restoran ni baru je dibuka. tapi dia punya respon sangat lah ok.
ramai je org masa saya datang tu. nasib lah dah book early.
saya ambil buffet ramadhan. so dapatla RM29.90 NETT.
lepas lepas ni tak tahu la kan harga dia naik ke ape.
boleh la call kalau nak tahu lebih lanjut lg.
sempat lagi kot kalau nak beriftar bersama family.
eh, sini lengkap dengan tempat solat sekali tahu.
dalam ruang solat utk perempuan siap ada paip air lg bagi memudahkan kita yg gegirl ni 
nak angkat wudhuk.
alhamdulillah.
that's why saya cari restoran melayu.
=)




Thursday, August 09, 2012

moody

not in the mood to do anything this week.
*sigh*
apesal entah.
semua serba tak kena. ok, down sekejap.
ke mood raya dah datang ni? cececeh.
nak pegi keje pun rasa malassss.
nak buat keje still ada hati tapi tetap rasa malas jugak. huhu.
yang pastinya, kuih utk raya dah beli.
baju raya yang ditempah pun dah collect.
siap extra satu lagi tu. sorry husband, i terbeli.
nampak je mcm best, sebenarnya saya tak sure sempat beraya ke tidak.
apply cuti pun dua hari je. boleh?
sehari sebelum dan sehari selepas.
then khamis dah naik keje.
ok sungguh tak best.
husband pun sama. apply cuti pun tak banyak.
semua sebab due date saya.
bila kira balik, yess, minggu raya tu minggu ke 36 saya.
so anytime je boleh delivery kalau diikutkan dari pengalaman org.
tak kan la nak delivery tetengah highway kot.
so kami ambil langkah berjaga-jaga, planning siap siap,
petang raya pertama or pagi raya ke-2 dah ada kat kl.
plus rumah mentua kat shah alam pun kena balik jenguk jugak kan.
walaupun tahun ni turn beraya di melaka.
entahlah, semua rasa kosong. kosong dan kosong.
nak masak utk lauk berbuka pun dah malas sekarang tau.
tapi nak makan macam macam. boleh ke balik rumah dah siap segala?
hehehe
ade ke org nak hire bibik utk saya utk sejam dua? kehkehkeh!
pemalas sangat dah tu weh.
ke sebab saya dah last trimester? memang macam ni eh?
memang malas je nak buat segala?
condition badan pun tak berapa nak menarik.
tengahari mesti mengantuk, so kena take a nap jap.
dan saya dah kantoi banyak hari puasa tahu.
setakat ni rasanya dah 6 hari. so jenuh la nak mengganti tahun depan.
alasan saya pada husband,
am okay, sihat dah kuat, tapi takut baby je yg lapar.
kesian dia dalam perut ni, asyik bergerak gerak tanpa henti.
sekali dia buat aksi, ok lagi. bila dah banyak kali wajib dah tu bukak puasa.

mujur husband pun faham, dia pun menggalakkan saya jangan berpuasa straight sgt.
kesian baby. pulak tu dah dekat due date. takut air ketuban kurang.
bila hari puasa, malamnya saya akan minum air banyak banyak sampai kembung.
then mula la mengeluh dekat husband, perut mengah la itu la ini la.
heheheeee. meluat je husband dgn saya.
ehem, tak tahu la bagaimana nanti.
sebenarnya tengah standby for my delivery.
rasa macam terbersalin awal je.
perut bahagian bawah dah rasa kejap kejap sakit.
selang dua tiga hari ada rasa something kat bawah tu.
mcm sakit period senggugut.
saya always senggugut time period so tahu la sakit dia mcmana.
jalan pun tak larat. rasa berat je kaki melangkah. (poyo)
tadi pegi weekly check up.
doc kata, i was 36 weeks already.
eh, bukan 35 ke doc? saya salah kira lah ni. ahahaha
so far, semuanya okay, baby pun belum turun ke bawah lagi.
tapi kenalah standby ape ape yg patut. nak raya kan.
org cuti raya seminggu, ko 2 hari je. hek.
its okay, jangan mengeluh sangat ye lisa. (pesan kt diri sendiri)

walaupun saya begini tapi saya tetap gembira pasal bonus dah masuk.
AHAHAHAHA
sila jangan jeles okeh.
gov servant, bonus 1/2 gaji je, lainlah swasta berbulan bulan ko.
meh mintak sikit bonus korang tu.......
=)









Saturday, August 04, 2012

Iftar Ramadhan with ofismate




actually tak cukup korum.
ini semua ofismate saya di pasca penerbitan wisma tv.
yg di ibc masih kebusyan akibat penangan Olimpic 2012 London.
Bob a.k.a bouncer/pak supir je yg berjaya mengbebaskan diri mengikuti we all. 
hakhak.
sorry takde gambar makanan sebab semuanya lapaaaaa.
plan asal nak ke Maep, Ukm.
tapi, tapi, tapi,
disebabkan ramai yg can't, maka kami kesini saja.
sobs. kempunan i nak makan kambing golek tawww.
=)