life is beautiful

life is beautiful

Thursday, August 23, 2012

Raya 2012

Selamat Hari Raya uolls!
hari ni, raya ke5 then saya dah start keje.
mood raya masih ada tapi apakan daya,
mak buyung tgh menunggu hari.
duduk rumah sesaja ohh bohsan pula,
nak stay di kg alahai nak jimat cuti,
maka kami laki bini berkeputusan naik keje hari ni jugak.
hehehe
walau apa pun, kat ofis ni ade jugak yg dah naik bekerja.
berkhidmat kerana Allah untuk negara bak kata kawan saya.
amboi, kg makpak ko dekat boleh la cerighta Don Lijuan oii.
(:

so, apa cerita hari raya haritu?
ai okay je, memang bebetul raya.
balik melaka semua yang diidamkan sudah dihajati.
sup gearbox dihari raya pertama memang kelass kot.
husband hirup tanpa memandang sanak saudara kiri dan kanan.
tapi ai tak berani. silap haribulan next check up tetibe pulak kena darah tinggi. 
cuma ai mengidam sambal pucuk mak andak je.
terbaekk, marveles dan ohsem.
itu sebenarnya tujuan utama beraya di kg melaka tahun ini.
Eh. ada lg satu, sambal telur puyuh yg memang every year tuan rumah tu buat.
rumah geng jepun. hahaha

raya pertama, puas berjalan walaupun cuaca memang mintak mandi swimming pool.
dari rumah first sampai la the end, keje asyik makan, makan dan makan.
wuii sapa tak tahan rendang cili api ayam kampung org nogori.
dari adik yg kata dah penuh perut, terus terjebak kerna melihat kami beriya iya makan.
husband kata ai kuat makan. eleh, dia pun sama.
ini jelah masa yg ada, esok lusa mana tahu, ai dah delivery ke. kempunan.
dah niat dalam hati dari awal puasa hari tu walaupun puasa tak penuh,
nak makan rendang, ketupat, nasik impit, kuah kacang, sambal pucuk, kuah lodeh,
dan segala galanya yg diidamkan time raya nanti.
hahahaha i dont care.
tu je misi dihari raya tahun ni. lepas lepas ni tak kisah dah.
maybe feel org mengandung macam ni la. nak itu, ini, sampai termimpi mimpi.
sanggup pesan kat baby suruh delivery lepas raya.

mak, pak dan menantu kesayangan. hikhik
abam ling din yang makan bertambah tambah. 
uishhh nikmatnya duniaaaaa.
 muka puasss.

so raya kedua dah gerak balik kl.
kl? huwaaaa, kl diraya kedua? seriously?
ai ada makpak family mentua maka apa boleh buat.
kena la jenguk mereka. barulah adil dan saksama.
berkat hidup berumahtangga.
barulah mak mentua suka. kehkehkeh!

raya kami tahun ni serba bersederhana.
ai pun dah nak delivery, tak boleh la nak jalan jauh sangat.
hati kata nak, badan nampak kuat tapi yg si kecil dalam tu camaner... ?
kena amik langkah berjaga jaga.
buatnya terbersalin di tgh highway, adehhhh. mintak dijauhkan.
tapi ai sukaaaa raya tahun ni. hehehe
suka sebab entah.
walaupun shopping merapu, kuih tak berapa nak ada (tapi ada la jugakkk),
balik kg sekejap, raya ke5 dah kena keje,
tuh dia tengok lah, muka ai yg sembab, kaki pun sama,
tapi ai tak kisah.
sebab ai beraya bersama yang tersayang. auwww.
laki ai yg pakai kain pelekat lalalalaaaa...
so classic uolls.
mommy yg dah +38weeks. gems dan chubby di muka. eeiiuu. 




dan finally ai gembira sebab masih dapat lg duit raya.
yeayyy!

dan last but not least,
ai dah dapat!!!!
sedapnyaaa.
gagah lepas beraya dirumah mentua sanggup redah hujan asalkan dapat makan ini.
makanan mengidam yang terakhir.
dah takde ngidam ape ape lg dah.

Selamat berhari raya selama sebulan uolls.
jemput datang ke rumah sementara ai tak bersalin lg ni.






No comments: