life is beautiful

life is beautiful

Saturday, December 22, 2012

Buah hati pengarang jantung

Assalamualaikum semua

Sejujurnya aku tak tahu nak mula dari mana.
Menggigil jugaklah jari. Maklumlah, dah lama tak update status terkini.
Eceh.

Ni nak bagitahu lah ni, walaupun dah terlalu lambat kann.
Iolls dah delivery uolls!!!
Alhamdulillah, selamat melahirkan seorang baby bujang tratangtang pada 06/09/2012.
Secara normal setelah 2-3 hari jugak lah menahan contraction.
Maklumlah, kata orang anak pertama bukaan jalan lambat sikit.

Mulanya pergi checkup je pun. Tak pasal pasal diseluknya.
Baru buka 1cm doc dah mengelabah suruh aku warded.
Adehh, rasa nak panggg je muka doc tu.
Maka checkin lah aku di PPUM.
Serius nak beranak takde lah sakit sangat pun.
Macam nak teran berak keras yang besar.
*ok sila lempang*


Tapi yang palinggg aku tak boleh tahan, contraction yang selang 2-3 minit.
Ya allah, tuhan saja yang tahu.
Aku kan dah checkin and then esoknya terus discharge sebab masih 1cm lagi.
So dari rumah memang dah menahan sakit.
Sampai la ke malamnya warded untuk kali kedua.
Malam tu seingat aku, tidur tidur ayam je. Amboi memang tak tahan lah.
Sampai tetidur kat sofa.
Orang kata anak aku kembar darah. Sebab tu sakit. Entah.

Kesudahnya, pagi tu dah buka 5cm terus ditolaknya aku ke labor room.
Dan Alhamdulillah, dari pukul 9pagi aku masuk LR, pukul 550petang baru baby keluar.
Amboi nak bukak sampai 9cm tu, bape jam eh? Makaih, lamanya aku dok dalam tu.
Masa aku dalam labor, punyalah tak tentu arah suami.
Memanglah, dari pagi sampai petang kot aku kat dalam tu.
Dia siap boleh balik rumah lagi. Apadahal? Rumah sekentut je dari PPUM.
MIL pun dari datang dengan harapan nak jumpa aku sampai balik la dia.
Bahaha.

Apa apa pun, semuanya dah selamat.
Anak bujang tecik ni pun dah nak masuk 4 bulan.
Semakin bijak pandai, semakin lincah.
Asyik nak menjerit je lagi lagi dengan daddy dia.


*budak yang asyik menguap je*
 Wayar wayar tu buat rasa seram je kan.
 Bila suami aku update kat facebook, mereka dok tanya awat baby hang.
Sibuklah hai taking care sungguh kak nam.
Pernafasan baby masa mula mula keluar slow.
Tu yang kena perhatian lebih ni.
Aku lah ni, dah takde tenaga koo.


First time tengok baby hasil sendiri.
Aku dah jadi mak budak uoll.
Terus diberinya nenen. (:
Kepala baby agak lah lonjong gitu pasal duduk lama dekat pintu.
Korang jangan begitu okeh.
Kesian kat baby. Aku sebab dari pagi sampai petang duduk LR.
Tenaga dah ilek. Pagi tu sarapan setengah gelas milo sahaja dengan roti yang tu pun cubit cubit.

 Hai semua, comelss tak saya?
Cakap saya comel cepat!

Pengalaman melahirkan anak pertama is awesome!
Tak tergambar dek kata kata. Tak terjangkau di fikiran.
Walaupun baby lama dekat pintu sebab aku dah takde tenaga nak teran dia.
Sampai masuk PICU lah baby sebab suspect termakan najis.
Bukan suspect dah, memang ada sikit pun masa nurse vacuum buang lendir anak den.
Pun once dia keluar tak nangis.
Berlari jugak la nurse tu sebab takut jadi apa apa kat baby.
Momen paling tak boleh lupa bila first time nampak baby.
Waktu nurse confirmkan kat kita jantina baby boy or girl.
Ohh, nampak muka anak den sebijik macam dalam scan 3d tu.
Hehehe, pipi dia tombam macam umi dia.
Ya allah, beruntungnya lah aku sebab ditakdirkan dilahirkan sebagai seorang wanita.
Alolololo so suwit gitu haa.

Btw, anak den pun ada jaundice jugak.
Dah la suspect termakan najis, jaundice pun ye jugak.
Itu yang 2 hari admitted kat PICU. Kena lah umi dia meneman.


 Okay, dah discharge. Jom balik jumpa cik dan atok.
Daddy yang telah membayar nazarnya.
Baby kena jaundice, maka kena buat follow-up dengan kk kat kampung.


Sekian sahaja cerita bersalin dari eden.
Pengalaman biasa sahaja. Sama macam orang lain jugak.
Bila mereka kata lepas ni nak beranak lagi tak?
Aku jawab, NAKKK!
Ohsem wehh.
hahaha

Sebelum terlupa mesti uoll tertanya tanya apa nama anak eh.
Ok, anak bujang comels putih melepak pipi tembam tembam ni diberi nama,
AQIF ZAUMAR bin MOHD DHIYAUDDIN.
Semoga dia menjadi anak yang soleh, anak yang menyenangkan hati umi dan daddy dia.
Ameen.







No comments: