life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, December 26, 2012

Pengasuh

Seminggu sebelum masuk kerja, aku dah tekad nak start hantar Aqif ke rumah pengasuh.
Suami pun setuju. Biar cepat serasi katanya.
 Okay, bab pengasuh satu hal. Kalau ikutkan hati, aku hingat nak cuti je lama lama, 
tak nak masuk kerja, nak duduk rumah jaga anak.
Eceh.
Anak baru sorang. So perasaan nak jaga sendiri tu maha berkobar kobar.
Orang kata biarlah dia membesar didepan mata.


Cer teka kite ikut muka sapa? Kalau teka betul kite kasi upah susu.
Amacam??
He he heee


Actually, kawasan rumah aku tu memang ramai surirumah yang partime mengasuh budak.
Cuma aku je  yang tak berapa nak kenal. Plus kalau boleh aku nak la pengasuh tu asuh Aqif sorang.
Tak pun kalau bukan Aqif sorang, dia adalah jaga sorang dua budak lagi ke. Kann.
Tak nak ramai sangat sebab Aqif baby lagi. Buatnya budak lain pijak anak aku.
Fuhhh, janganlah.
Select punya select, dapat la akak sorang ni. Rumah dia pun level rumah aku.
Dengar cerita dari jiran sebelah dia ni okay. Dulu anak dia pun akak ni yang jaga.
Nak ambik lambat pun takpe. Kawtim.

Hah.
Bab tu aku suka.
Sebab, aku kerja shift oiii. Selang seli seminggu malam seminggu normal.
Sila highlight yang aku kerja shift ok.
Apakah kerja gomen tapi ada shift shift bagai nih?
HEHEHE.
Suami aku pulak kerja jauh. Kalau kerja berlambak maka lambat la dia sampai rumah.
Kalau kerja berlambak, kalau tak berlambak pun dia memang rajin balik lambat.
Biasalah, boys will always be boys.
Adalah nak futsal lah, badminton lah, lepak minum lah.
So aku decide dengan akak tu yang kalau aku kerja normal, 
maka aku hantar dan ambik macam biasa. Hantar pagi, ambik petang.
Tapi,
Kalau kerja petang, tengahari baru hantar dan malam paling lewat pukul 9 suami pulak yang ambik. 
Hah gitu lah nampaknya.
So kau rasa ada tak pengasuh kat tempat kau orang boleh buat gini?

Bagi aku, Alhamdulillah la akak tu boleh consider.
Ingat aku nak ke menyusahkan orang ni.
Mak mentua  awal awal dah cakap nak jaga.
Tapi masalahnya dia duduk Shah Alam hoi jauhlah kan.
*Walaupun aku duduk kl, tetap nak cakap shah alam tu jauh*

Satu kerja pulak aku dengan suami nak ulang alik bagai.
Silap haribulan, boleh gaduh dengan dia tengah highway pasal penat.
Dah lah bila penat muka macam nak mintak pangg.
Maka jalan selamat ialah, hantar Aqif ke rumah pengasuh yang berdekatan dengan rumah.

Muka stok tak rela sebab dah tahu dah nak kena hantar kat rumah pengasuh.


Bab fee standard pengasuh kat KL letak harga untuk baby tak lebih tak kurang rm300.
Kalau dapat yang murah tu kira nasib baik lah sebab boleh kawtim.
Aku nak kawtim pun berani tak berani pasal jadual kerja aku yang begitu.
Entah entah lagi dia nak mintak mahal adalah.
Tapi pandai pandai la.
Kalau rasa selalu ambik anak lambat dari rumah pengasuh tu, bayor le lebih cikit.
Takpun manis manis kan muka masa bagi duit bulanan, sertakan ler sekali buah tangan.
Barulah hidup bermuafakat dan berkat dia asuh anak kita. Ye tak?
Alah, orang berbudi kita berbahasa.
Bahasa tu kan jiwa bangsa.
Eh? Apa yang aku merepek nih.

Dulu, masa kecik aku dan adik adik memang makpak hantar ke rumah pengasuh.
Kebetulan pengasuh tu pulak jiran sebelah rumah.
Sampai adik adik aku panggil acik milah tu ‘emak’ lah.
Dan sampai sekarang jugak lah hubungan kami tak putus walaupun keluarga masing masing dah berpindah.
Jadi, aku tahu lah sikit sikit adab menghantar anak kat rumah orang ni.
Heh.

Apa yang aku nak tekankan kat sini,
Kalau nak cari pengasuh tu biarlah yang boleh asuh dan didik anak kita betul betul.
Pakej la konon.
Sebab, anak akan banyak spend time di rumah pengasuh.
Kita balik pun dah petang, sempat main kejap je dengan anak.
Tunggu weekends barulah puas sikit membelek anak.
Tu pun kena bahagi masa. Untuk rumahtangga. Suami. Untuk diri sendiri lagi.
Aku lagi lah, kerja shift. Pastu weekends sibuk nak buat ot pulaks. Hamboi.
Ni pun tawakal je. Berserah pada yang Esa dengan harapan semuanya akan ok.

 Nak kena tumbuk?? Jangan pandang kite sebelah mata okeh.
  Nyum nyummm nyumm, dap dap dap
  Sampai tertidur tidur kite taww
Puting kopek kite kaler biru. 
Since kite tak reti nak hisap susu pakai botol, umi ajar kite pakai puting kopek dulu.

First day hantar Aqif, 
aku dah nampak dah yang pengasuh tu boleh handle Aqif yang amatur menghisap susu ebm guna botol.
Aku ucap syukur Alhamdulillah.
Kiranya akak ni terror lah.
Mana taknya, aku dengar akak ni pernah jaga 12 orang budak sekali gus.
Tapi bukan le semua tu baby, ada yang budak transit je.
Macam sekarang ni, akak tu just jaga 4 orang budak. (buat masa ni)
2 baby termasuk Aqif, 2 lagi budak dah besar. So ok lah. Tak crowded sangat.
Plus, dalam rumah tu pun ada husband dia tolong tolong. Anak dia pun ye jugak.
Jadi aku harap, berkekalan la jodoh dia dengan Aqif.
Jangan la diberi dugaan macam macam.
Sikit sikit tu takpe la, dia pun manusia jugak ada sakit pening.
Ada jugak hal yang tak dapat dielakkannya nanti.
Tapi, itu Insyallah boleh kasi settle punya.

Macam beberapa hari yang lepas, Aqif meragam tak nak diletak.
Bila letak je mengengek, tah apa lah yang tak kena.
Kena la ayah dia mendukung kasi pujuk.
 Dikeleknya kehulu kehilir.
Akak tu treat Aqif macam mak mak kita jaga cucu tahu.
So buat masa ni nampak macam boleh percaya.
Maka daku letak harapan pada akak ni agar dia jaga Aqif dengan sepenuh hati dia.



 Kau orang tengok lah, siap dibedungnya si Aqif yang memang dalam pantang tak suka dibedung.
Kemain baik je budak ni tauu. Gewamm umi dia ni.
Kaki tu hah, tak boleh blah.
Dari situ dah nampak memang banyak pengalaman akak ni. Cececee.
Well, tu je nak update pasal pengasuh. 
Lepas ni kalau ada story yang memberangsangkan aku update lagi.
Bye!










2 comments:

dha lokman said...

as salam
tahu tak area kl ni taska/pengasuh yg jaga baby utk parents yg keje syif (3pm-12am).
thanks in advance.

maryjane lisa said...

waalaikumsalam. Buat masa ni tak tahu la awak. Heee. sorry tauu. Btw awak duduk area mana?