life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, December 31, 2013

Rebranding 2014


Hari tu, otw balik sban alang alang singgah sini jap. Sajaaaa, nak tengok progress projek. Dia orang dok kecoh dalam fb banyak rumah dah naik maka lets kita pi tengok rumah kita lak apa jadi. Tadaaa, rebranding dah ke? Poning aku. Dalam snp tulis alamat kita orang lain, yang kat banner lain lak. Lantak ko. Janji rumah aku siap cepat. Ni aku tengok tanah je yang dah rata, piling tak settle settle pon. Apadaaa.

Mahkota Hills?
I loike.

Nak berentap dengan Eco Hills ke? Kelassss. ;p






ABCD


Ni semua pengaruh upin dan ipin. Ada ke dalam satu episod tu mael cakap dia nak pi makan abcd. Aaaa, bestnyaaa dapat makan abc durian. Terus masa tengah tunggu ketibaan dato's dan datin's masa nak attend wedding schoolmate kat pilah wiken lepas, kami benti tepi jalan pekena ni jap. Wahhh nyaman gilos. First time pekena, taste dia ok lah. Ais batu je spoil sebab kisar kasar kasar. Tak umphh la. Pastu jagung takde. Akak tu tak tau ke yang jagung tu la buat pemanis dalam abc. Hahahaha.

Eh ini bukan entri mengidam. Ni namanya membasahkan-tekak-ditengah-panas-sambil-menunggu-sahabat-sejati-yang-ada-kereta-power-dan-laju-tapi-tatap-lambatttt-jugak. Tetttt. KAHKAHKAHKAH.






Monday, December 30, 2013

Family Bonding : Part 2










Krismas hari tu. Family daddy. Dia orang best lah pegi lumut - pangkor - ipoh. Aaaaa, kami stress je tak dapat join sekaki. First sebab daddy banyak keja nak kena settlekan before dia naik job. Second, baru sangat new member tu dalam tangan kita. Tak kan nak lenjan. Nanti nak attend wedding schoolmate kat pilah pulak. Lagi, aku pon kena keja krismas tu. Hahahaha. So telan ayaq liur jela tengok mereka mereka ni update gamba kat dalam WA family. Akak memang dah book resort yang ada 4 bilik. Kononnya nak ajak la daddy, abang and abg chik sefamily. Tapi kita orang semua pon tak free. Wakaka. Kesedihan disitu. So family akak, adik dua orang tu, kak ain, mil dan fil je yang on. Mil siap call daddy ajak ikut sekali. Tapi apakan daya. T__T

Best kan dia orang. Daddy tu lagi la nakkkk sangat join tapi masalahnya kang kalo join, segala keja tak settle. Dah la nak g mandi pantai, round pulau and mandi kat water park. Semua tempat tu daddy memang nak bawak anak bujang dia. Well, ikutkan aku boleh je amik off berjalan sama. Tapi tak syiok la. Dia orang pegi time krismas, tentu pack dgn ramai orang. Then minggu tu memang nak balik sban. Bayangkan kalau kami join, rabu-jumaat dah berjimba ke lumut, dari lumut terus balik sban, ahad pulak kena attend wedding kat pilah. Isnin pagi balik kl balik. Ohoii. Penat. Tengok je dah tau yang schedule kau tu memang amat memenatkan. Maka tak payah la. Nanti nanti pon ada lagi.

Sebab mereka berjimba kat sana, tu yang kami pujuk hati bawak anak bujang hirup udara segar kat park. Kahkahkah. Ada kan aku cerita hari tu. Jadilah dari takdo. Nanti ada rezeki kita pegi holiday eh daddy. Now masa utk collect duit yang dah banyak lebur. Next time orang sibuk keja, kita pulak yang holiday sakan. Aku pon tahun ni takde kemana. Asyik pd, pd dan pd jeeeee. Boringg. Nak gak pegi cameron, bukit tinggi, penang, pulau. Nak tempat yang sejukk. Sebab aku puteri lilin. Kahkahkah. Obersi tak lagi kot dalam tempoh masa 2 tahun ni. Pasal anak tengah nak membesar.

Nanti lah, ada rezeki lebih nanti berjalan lah kito. Time tu setup baik punya. Lagipon aqif tengah lasak sekarang ni. Kalau duduk dalam keta, kejap kedepan kejap kebelakang aku pulak yang stress. Sebab aku kan ngandung. Dengan porot boyot lagi. Dia dah la sukaaaa sangat melanding kat atas porot. Saja je kan. Sian baby tauuuu. 





Saturday, December 28, 2013

Baby 6months, Aqif 1years 4months

Dulu masa anak pertama kemain rajin update perkembangan baby. Now bila dah second pregnancy ni ciput je kan. Tak aci betul umi sorang ni tau. Kecik hati baby. Yelah yelah, umi update la perkembangan baby ni. Jangan marah ok. Umi busy sikit la. Daddy bagi banyak task. Tangan umi dah macam sotong dah ni. Wakakaka.


Awak dah 6months ye sayang. You're grown up so fast. Rasa macam baru je start preggy balik alih alih porot dah big. Alhamdulillah, pergerakan baby kian terasa. Tak tahu la dia buat apa. Aku syak dia bersenam kot kat dalam porot umi dia. Ni pon dia dok tendang tendang. Macam tau tau je kita tengah cakap pasal dia. Haishh-- 

Eh aku dah start makan neurogain pb. Supplement yang sama aku amalkan masa pregnantkan si aqif. Kenapa? Sebab aku nampak keberkesanannya terhadap anak bujang tu. Bukan nak kata sebab neurogain. Mungkin sebab pemakanan lain jugak. Tapi rata rata aku baca review, neurogain jugak merupakan penyumbang dalam tumbesaran baby. Kang nak cita banyak anak bujang tu baru setahun jagung. So kita layan jela. Harap baby dalam perut ni ngikut jejak langkah abang dia si aqif. Cepat belajar dalam segala hal. Ewah harapan seorang umi gitu.


Tuuu kau orang tengok la. Nak tido dah tu sempat lagi melayan tab dia. Ikutkan hati aku tak kasi. Tapi kang kalau tak kasi habis la dia mengamuk pastu merajuk pastu nangis buat suara manja. Ewahhh. Ni pon puas la memujuk jangan kerap sangat tengok. Dah la dalam bilik tak bukak lampu. Kang long term mata boleh rosak tahu. Awak tu kocik lagi. Eiii geram tau. Budak yang semakin bijak, bijak dan bijak. Eleh, sapa tak ngaku anak dia bijak kan. Sapa lagi nak puji kalau tak mak bapak sendiri kan. Kihkihkih. Maka jangan le kau orang muntah hijau pulak. Tolong lah memahami perasaan mak mak budak ni.

Best tengok anak membesar didepan mata walaupun kau penat sikit la nak menjaga. Takpela, anak tu kan harta dunia dan akhirat. Susah sekarang, mungkin senang kemudian. Inshaallah. Doakan jela anak anak kita ni menjadi kebanggaan kita ok. Asal dia tak menyusahkan kita masa dia besar nanti dah la. Doa seorang ibu tu kan cepat termakbul. Ameen.






Friday, December 27, 2013

Cekodok Setahun Sekali

Alkisahnya hari tu balik SA makmen ada bekalkan pisang. Pisang yang buat cekodok tu. Maka sebab nak jadi umi yang rajin tambahan pulak anak bujang dah senang makan memacam so lets buat cekodok. For the first time sejak kawin aku baru nak buat cekodok pisang taww. Nampak sangat bukan peminat tegar cekodok. Hahaha. Aku bukan apa, selalu dok makan berdua je bosan kot. So bila anak bujang dah jadi seorang pemakan ni aku kenalah rajin sikit.


Eleh, takat cekodok pon nak update kat blog. Apadaa. Hui kau orang jangan tak tau. Daddy siap puji lagi yang cekodok tu best. Sedap dan marbeles. Sampai tak cukup la utk kami anak beranak hari tu padahal aku goreng dua trip. Bahaha. Tu yang malas tu. Dahhh sekarang ni asal nampak je pisang daddy suruh beli sebab nak buat cekodok. ^__^ 

Resepi dia senang je, kalau nak cekodok tu rasa rangup rangup, taruk sikit marjerin. Dalam sesudu besar. Tak kisah la marjerin planta ke daisy ke apa ke janji marjerin. Taruk ikut agak agak tepung kau banyak mana. Gituh. Ni pon sebab ofismate aku share resepi dari makmen dia. Pasal minggu lepas kita orang ada debat kenapa cekodok pisang kat kantin rtm superb. Dah la less oil, rangup pulak tu dan bentuk dia bulat bulat comels je. 

Best kan kalau kita masak orang puji. Rasa macam bahagia.
Kahkahkah.






Thursday, December 26, 2013

New Family Member



tuai padi antara nampak
esok jangan layu layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu rinduan....

20/12/2013. Sayonara waja garang. 
In memories 2008 - 2013. Kalau jumpa kat tengah jalan jangan lupa bim bim lampu kat kami haa. Semoga awak jumpa owner yang lebih baik dari kami. Apapun awak tatap dihati kami. 
T___T

Welcome aboard blackie 'sit'. Now you're daddy's sweetheart. Chaishh. Semoga dikau menjalankan kewajipanmu dengan penuh berhemah wokayy. Please jangan nakal ;p

p/s: dapat je blackie 'sit' terus balik SA jumpa mak dia. Ambik berkat kononnya.






Family Bonding

Hahahaha, semalam ikut umi dia pegi work. Saja bawak sebab dah lama dia tak jenguk work station umi dia. Kahkahkah. Kebetulan daddy pon ada nak buat job. So lets hangkut anak bujang. Tu dia gigih menolong umi dia. Ada bakat nak jadi engineer lettew. Eh pesal nak jadi engineer lak, umi suh awak jadik lawyer bila besar nanti. Amacam, boleh tak intan payung? :)

Lepas ikut umi pegi work, daddy bawak gi park pulak. Pon saja jugak bawak anak bujang ni jalan. Dia usahkan playground mesti nak menyinggah. Dah pandai anak bujang ni. Pastu penat nak berjalan round satu taman lets kita naik tram je. Adults RM2, kids RM1. Maka berpusing la kita.





Lepas naik tram, kita tengok kuda. Actually kuda tu bukannya kuda yang boleh nak naik pon. Itu kuda staff peronda dbkl daa. But nakk jugak bergambar. Hui kuda tu tinggi gila. Dah la tinggi, besar lak tu. Beza macam langit dengan bumi katanya antara daddy dan kuda tersebut. Tengok lah muka anak bujang, dah penat lettew. Muka habis merah. Anak 'orang putih' lah katakan. Kahkahkah nakkk jugek. Tengok kuda pon macam dah takde perasaan. Sebab dalam hati nak main playground. Udah le tu nak. Umi daddy dah penat dah ni. Nanti esok lusa kita datang lagi ok.





Anak beranak jalan seiringan. Macam dah besar sangat je kan anak bujang tu. Iolls loike. Jalan nak berlari jeee. Daddy ni suka bawak anak dia jalan if ada masa. Macam sekarang ni tengah free and easy, so asyik nak berjalan je. Lagipon kesian anak bujang asyik duduk rumah. Kalau rumah bawah ok lagi, boleh bebas berlari kat halaman rumah ke, porch ke. Ini rumah bertingkek tingkek, hazabedah la wei. Duduk terperuk jela. Tu pon nasib aku ada belikan dia play tent. Takde lah dia bosan sangat. Comelss kan. Include balls lagi hokay. Nah, mainlah awak dalam ni. Rumah tak bersepah sebab semua mainan dia aku sumbat dalam tu. Dengan aku aku sekali pon boleh masuk main sama. Wakakaka.


And last but not least, umi gemoks. Ye, umi gemokks. Ada ke lepas tgk pic ni daddy cakap aku macam makcik. Hoi kasar sungguh gurauan. Ater, aku kan dari ofis, takkan nak pakai glitter glitter. Lagipon public holiday kan. Malas la nak melawa. Dah tau dah lepas keja daddy nak bawak pi park. Hehehe. Santai sudah. Bukan nak gi ngedate tengok wayang ke apa. Dah la waktu pregnancy ni badan panas semacam je. Btw, umi yang dah masuk 6months. Tak scan jantina baby lagi sebab nantilah. Awal lagi. Kita tunggu 7months ke atas ok. Kau orang tak sabar, aku lagi la tak menyabar. 


Sekian report untuk semalam. Bukan senang aku nak tepek muka sendiri kat blog sendiri tau. Malas nak over exposed. Kahkahkah. Padahal malu laaa, iolls tak berapa nak menawan. Segan dengan kebuyungan yang melanda diri. 





Checklist Baby : Nursing Cover

Hari tu aku ada cerita pasal keperluan after bersalin kan. Nah, aku tepek sini nursing cover yang aku beli tu. Aaaaaa kemas gila kot akak ni buat. Sungguh aku rasa macam aii baby dalam porot cepat le keluar, tak sabar umi nak pakai nursing cover kasi tunjuk kat semua orang. Kahkahkah.




Aku reti menjahit tapi tak berapa nak pandai. Kalau takat jahit lurus tu tahu la. Ni hand made produk ye. Jadi bagi aku kira kemas cara jahitan dia. No wonder lah akak ni guna kemahiran menjahit dia as a bisnes. Aku salute orang yang pandai menjahit ni lagi lagi kalau kau reti jahit baju kurung yang berfesyen gitu. Terasa sekarang ni jugak nak pi kelas menjahit. Serius wei dulu angan angan aku nak belajar dan pandai dalam jahitan. Eh mak aku pandai menjahit apa. Dah la pandai menjahit, mengait lagi, menyulam. Haishh--

Apasal le bakat dia tak turun kat anak perempuan tunggal  dia ni. Aku ada jugak paksa paksa mak suruh ajar tapi alasannya dia dah tua, mata tak nampak. Kau pegi la belajar ikut kelas. Dulu mak belajar ikut kelas kemas. Wahhh. Now ada lagi tak kelas kemas tersebut? Hahahaha. Kalau ada, aku nakkkk. ;p Jeles la tengok orang pandai menjahit ni. Takat lepas buat baju kurung sendiri, jahit langsir rumah sendiri apa salahnya ye tak uolls?

Btw, satu benda dah boleh potong dalam list down aku. Yeayyy!!






Monday, December 23, 2013

Preparation untuk next baby

Aku ni takde lah nak beli barang semuanya baru. Takat baju, mitten n booties, barut, bedung, lampin, topi tu jela. Kot. Hahaha. Actually aku memang ada buat senarai before ni. Time aqif dulu pon aku refer pada senarai tu. Senang. Takdelah kau missed. Rasanya for new incoming baby ni barang takde beli banyak kot. Baju baju dia jela. Kot dapat baby girl ke kan. HAHAHA. Doakan lah weh. Nanti dapat sepasang. 

But ada beberapa things yang aku perlu beli. Sebab masa aqif dulu takde bajet nak beli benda tu semua. Wahh. Ni kalau daddy baca ni matiks lah wei. Dia suruh aku saving. Sebab mana tahu kot sesak sesak dia leh pow aku. Amboi. Tapi aku ni adehhh, susahlah. Kalau dah berkenan kat satu barang tu gigih cari duit sendiri nak dapat kan barang tu. Tu yang mental jer. Aku sanggup ot siang malam asalkan dapat benda yang dihajati. Bukan tak nak mintak kat daddy cuma aku bukan jenis bangsa yg begitu. Aku puas kalau beli dengan hasil titik peluh sendiri.

Berkira kira nak beli bean bag. Tapi macam membazir pulak. Ke cemana? Dan sebenarnya aku berangan jugak nak tukar breast pump baru. Spectra3 tu berat woi. Dah letih nak usung kulur kilir. Pulak tu guna electric power. Manual takdo. Tu yang aku berkira kira tu. Amboi kemain kau kutuk Spectra3 tu kan padahal dulu dia lah ibarat nyawa kedua kau. Tapi aku mementingkan keselesaan. Apa salahnya upgrade kepada yang lebih bagus. 

Verangan nak tukar kepada yang ini. Baca review orang semua kata bagus. Takyah guna elektrik. Boleh charge macam henfon. Kiranya spectra dah upgrade model ni utk kesenangan mommies diluar sana. Dulu masa pakai spectra3 kalau dalam keta memang hazabedah. Kau dah lah ep mommy. Kadang kadang breast habis bengkak sementara nak tunggu sampai rumah. Nipple pon tersumbat sajok. Ohh cannot lah, aku dah tak tahan nak harunginya. Tapi bila aku propose kat daddy, aku kena bebel hokay. Bengang je aku. Dia tak tahu kehazaban aku mengharungi nya. Alah aku beli pakai duit sendiri apa. Bukan mintak duit dia. Dia dok ckp la yang lama tu kan boleh guna lagi. Kalau nak beli sangat hah jual yg lama tu. Tapi aku dah ada planning. Kalau aku dapat beli spectra m1 ni, spectra3 gedabak tu aku nak tinggal kat ofis. So kat rumah or gi jalan boleh la pakai spectra m1 ni. Tak bijak ke idea aku ni. Haishh--

Tapi tengok lah camaner. Masih difikir fikirkan lagi. Lagipon bukan nak pakai sekarang. Tahun depan kot aku beranaknya. Hahaha. Harap harap back dated dapat awal la ye.

*doa sambil pejam mata*

Aku dah start surver barang utk lepas bersalin jugak. Yelah, dulu masa 1st baby macam lembab jer. Tak tahu sakit bagaimana. Tak tahu macam macam keperluan yang perlu ada. Dan aku dah beli ni,

Total pillow / Bantal donut

Aku ingat lagi masa bersalinkan aqif, kemain terkemut kemut nak duduk. Tension betul. Tu belum lagi lenguh bontot nak memangku aqif masa breastfeed. Ohoii hazabedah koo. Dengan sakit kat bawah tu lagi kena tahan. So yang baby second ni aku gigih nak menyelesaikan masalah. Maka ini lah jawapannya. Aku harap jugak yang second baby ni dapat lah bersalin normal macam yang first dulu. Doakan lah ye. Sambil sambil tu jugak aku tengah mencari nursing pillow. Alah bantal yang huruf 'C'. Amboi semua kau nak beli iye. Macam banyak sangat je bajetnya. Hahaha. Actually motip aku sekarang ni nak penting kan keselesaan. Aku dah rasa macamana sukarnya tak totally bersedia masa deliver yang first dulu. Maklumlah tak reti nak imagine lagi.

Lagi, aku survey jugak nursing cover. Aku dah remind kan dalam otak yang second baby ni MESTI direct feeding. Takmo macam aqif dulu sekejap je df. Pastu reject nipple sbb dah kekeliruan nipple. Kali ni apapun yang terjadik kena DIRECT ok. DIRECT. Hahahaha. Aku ingat lagi (asyik ingat je...) masa tu nak pegi beli stroller. Time tu masih lagi df, masa dia nak menyusu aku dah pening pala mana nak pegi. Nak jadi cerita pulak memang takde nursing room. So aku dengan selamba badak je selak baju haa sua je nipple. Lantak pi lah orang nak kata eh masa tu kat baby dept so tak ramai orang dan ada kerusi. Duduk lah aku situ sambil ditemani oleh daddy. Haaa kau rasa macamana? So i need nursing cover. Alah beli yang biasa je. Hari tu ada tengok kat romantika si Natasha Hudson pakai nursing cover yang simple. Just sangkut kat leher. So suwit, baby pon tak lemas. Dan guess what? Aku dah beli pon hahahaha. Aci tak. Aku beli online. Jenuh survey, jenuh baca komen orang maka aku jumpa jugak website yang jual nursing cover macam Natasha pakai tu.

www.deliagarden.com

Klik lah wei, macam macam ada. Aku kalau pandai jahit dah lama ku buat sendiri je tau. Membazir beli kat orang ni sebenarnya. Harga kos bukan mahal sangat. Just u need kain cotton yang comfort pastu butang comels dan nahhh, jahit le sendirik. Haaa ni ada chance masuk dalam list utk azam tahun baru ni. Wakakaka. Azam yang dari duluuuuuuu nak belajar tapi sebab kekangan masa. Cehh.

So rasanya tu je buat masa ni. Later ku update lagi. Tengah ada duit ni aku beli la apa yang patut drpd membazir beli benda tak berfaedah. Aku kenalah berbelanja dengan penuh hemah. Kann.





Wednesday, December 18, 2013

Sentap

Janganlah kita bertanya kepada orang lain persoalan yang menjadi rahsia Allah.
''Bila nak kahwin ni? Umur makin bertambah....''
''Bila nak ada anak ni? Tak nak anak lagi ke... atau merancang...?''
..........
Jangan gores perasaan orang yang sedang bersabar dengan ujian Allah,
yang redha dengan ketentuan Allah.
Kita kahwin awal bukan bermakna kita hebat dalam mencari pasangan.
Hanya kerna sudah sampai jodoh kita.
Kita dapat anak cepat dan ramai bukan bermakna kita hebat dalam soal suami isteri.
Tetapi kerana rezeki kita telah ditetapkan oleh Allah.
Allah juga sebaik baik perancang.

Sebenarnya hari tu time nak balik ofis satu lift dengan akak mana tah. Berdua dia dengan ofismate dia. Dok bebel pasal another ofismate yang every year dok menambah anak. Eh. Boleh pulak cakap macam tu kan? Bagi aku (yang tengah memboyot sekarang ni), anak itu kan anugerah Allah. Kalau kau ditakdirkan beranak setahun satu apa kau boleh buat walhal kau tak tahu pulak yang dia tu dah struggle planning macam macam tapi masih dok lekat jugak. Tiba tiba aku sentap gak la sebab mostly member yang terserempak dengan aku since perut dah nampak ni terkejut sebab pregnant lagi. What the hell yah? Tak kan aku nak cakap terbabas lak. Oh no. Cannot. Daddy tak ajar aku menjawab begitu walaupun pada asalnya kami terkedu gak sebab result +ve (aku lettew yg lebih, hihi). 

Anak. 
Pembawa rezeki.
Setiap anak ada bahagian masing masing.

Takkan lah aku nak cakap, masa dapat aqif daddy dapat promotion keje baru. Kami dapat beli rumah. Aku pulak ditugaskan ke tempat baru yg awesome :)
Ni dapat baby baru dalam perut pulak daddy STILL dapat promotion lagi, kewangan makin kukuh, proses beli rumah dah settle, gaji aku naik (TQ gov!), and we have a new family member coming soon! (soon sangat, nnt aku cerita okay!)

Semua nak kena bercerita ke?

So bagi aku, kita sebagai mak bapak ni kena lah redha. Ye. Aku semakin redha dengan kehadiran baby dalam perut ni. Allah tak kan bagi kalau dia tahu kita tak mampu. Setiap orang ada rezeki masing masing. Macam aku pernah cakap dulu. Kalau kau orang takde rezeki anak, maybe rezeki kau ke arah lain. Begitu juga sebaliknya. Jadi bagi aku, sekarang adalah masa untuk membina keluarga, membina kehidupan.

Aku rasa akak yang bergossip dalm lift tu tak elok lah nak cakap begitu. Walaupun kau cakap belakang dia, kalau ada orang sampai kan kat dia, apa perasaan dia? Ye aku tahu, Badan nak pakai lama. Baru habis pantang, tetiba kau ngandung lagi. Urat pon tak betul. Rahim pon tak elok lagi. Aku faham tu. Doc pon ada cakap. Tapi kalau dah begitu suratannya, mampukan kita sebagai hamba Allah yang kerdil ini menolak ketentuan-Nya? Mampu?

Atau kau nak suruh kita orang buang? Gitu?

Come on lah. 

Aku ni, dah bebulu telinga. Ada la sesetengah ofismate terkejut je aku preggy lagi. Eh kan ke aku ada laki. Hahaha. Aqif pon kalau ikutkan tahun, next year dah 2years old. So takde isu disitu. Sedang elok lah kot. Cuma daddy dan aku kena struggle untuk dua tahun yang akan datang. Anak anak nak membesar. Penat dia macam aku dah dapat agak je. Apapun tawakal and berserah sahajalah kepada-Nya. Dia yang sebaik baik perancang. Well, kami rasa after baby dah delivery ni we should use a family planning. Ahaks. Tolong lah weh gelik aku dengar. ^_^






Tuesday, December 17, 2013

Membebel

Bila kat rumah tengah buat keja ada je idea datang mencanak canak. Dah fikir apa nak post kat blog. Tapi bila dah ada kat depan desktop mula penyakit kelupaan melanda. Padahal tadi dah ingat dah nak taip apa. Tapi dah lupa. Demmm. Semakin nyanyuk aku ini. Maklumlah urat dah putus dua.

Oh ye, sebenarnya aku nak beli benda ni lamaaaa dah. Tapi asyik tangguh, tangguh dan tangguh. Hari tu pegi obw kat BTS takde stok. Tangguh lagi. Kali ni aku tekad. Ke obw S.A pulak. Walaupunnn anak bujang tu rasanya dah tak payah bekalkan meal kot. Tapi sebagai umi yang bertanggungjawab aku tatap bagi gak bekal sup kat rumah pengasuh.

Tadaaa,

Terlewat takpe, jangan tak beli langsung. Sebab dah niat. Asalnya nak kaler merah. Tapi nan ado. Tinggal silver je. Ahh jadilah. Ni kalau tunggu kaler merah gak memang keja menangguh je la kau iye. Harga RM79.90. Come with spoon lagi. Kelas kau anak. Dulu jaman umi mana ada nak beli beli benda gini. Ni umi beli khas utk awak tau. Awak the first owner. Lepas ni turun kat adik lak. Hihihihi.

Bercakap pasal adik ni, eh aku dah official 6 months daa. Amboi cepatnya masa berlari. Macam tak percaya je. Next year dah kena start shopping barang baby. Can't wait. Sebab rasanya pregnancy kali ni aku agak bersedia dari segi mental, fizikal dan kewangan. Kahkahkah. Ok tipu. Mental tu taklah sebab dulu takde anak kocik, now kau dengan pregnant and kena jaga anak kocik lagi. Beza banyak tuh. Ada gak aku mengeluh (well, tipulah kan kalau takde mengeluh) tapi mostly aku cepat2 muhasabah diri. Bila tengok balik wajah anak bujang tu rasa sayu hati. Nak marah pon tak sampai hati. Acaner. Mula lah fikir boleh ke aku bahagikan kasih sayang antara anak anak ni. Haishh--

See, sedang aku menaip nih baby tendang tendang lak dalam porot macam tau tau je kita tengah borak pasal dia. 

Hai baby, 
Assalamualaikum. Awak sihat?
Maafkan umi kalau umi tak banyak luangkan masa dengan awak.
Abang aqif tengah lasak sekarang ni. Semput umi nak handle.
T__T
Apapun umi daddy tetap nantikan kehadiran awak. 
Jaga diri ok.

Ni pic semalam. Kemain tau macam anak raja. Geram rasa nak picit picit je pipi tu. Hahahaha. Bangun pagi tak lain tak bukan nak suruh bukak upin ipin. Kalau kita orang tidur lagi harus dikejut korek mata korek hidung lempang pipi suruh bangun. Hadoi lah anak. Pastu tahu dah tempat kat mana umi dia selalu charge handphone. Tunjuk tunjuk nak handphone suruh bukak video dia lah. Aku rasa dah naik hafal dialog upin ipin. Ahh boring la takde cerita lain ke nak. Pororo Pocoyo BabyTv dah tak layan dah. Eh tapi Asmaul Husna dia masih layan lagi hokkay. :)

So dah fade up handphone memasing asyik kena baling, daddy belikan tab yang murah murah utk anak bujang ni. Murah tak murah sangat dalam RM200 gak. Sebab aqif kan kecik lagi. So fikir masak2 baik belikan yang biasa biasa. Kot jahanam takdelah haru sangat. Wahh macam orang kaya kan. Maka main lah dia dengan tab baru dia tu. Tapi walau apa pon, handphone umi gak tetap jadi pujaan hati dia. Terus aku tak paham. Boikot umi ye nak. Tak kasi umi bersosial dirumah eh. Kena ngadap awak doplohpat jam itu yang awak suka kan. Ok. Baiklah.



Dah puas main kejar kejar ngan umi, minum susu pastu ketiduran. Sungguh tidak aci tahu. Puting tu aku tak cabut lagi pasal dia baru nak fefeling tido. Time dia tido ni la rasa macam hai sayangggnya kat awak. Cium pipi kiri kanan pon tido lagi. Orang kata tak elok cium anak time dia tido sebab nanti anak tu akan berperangai degil. Tapi bagi aku bergantung pada didikan mak bapak lah kot. Entah lah. Macam macam pantang larang kan. Haishh--








Thursday, December 12, 2013

11.12.13

Semalam punya cerita.

Selamat bercuti warga selangor!! Especially kepada daddy. Eh, tapi aku pon cuti gak. Amik annual leave. Sebab ada banyak urusan. Hehehe. Memang banyak pon, dari pagi sampai ke malam baru settle semua tu. Lunyai badan. Aqif pon terpaksa kami amik lambat. Maaflah ye mak aqif.

Bangsar - town kl - kajang - klang lama - PD

Fuhh. Dah le town jammed macam haram. Nasib baik kami decide naik motor. Selamat. Merasa lah bontot mak buyung ni kebas. First destinasi of course ke kkia, bangsar dulu. Aku kan ada appointment minum air gula and check up perut. Sambil aku bercheck up, daddy runner ke kwsp. Tak mungkin aku nak suruh dia tercongok tunggu aku kan. Cannot. Buat sakit telinga je kang kot aku lambat. So dia settle keje dia, aku settle check up aku. Fair. Kebetulan pulak sama-sama habis. Then, kena balik rumah sebab tetiba schedule berubah. Nak amik docs bagai lak. Pheww.


Sambil tunggu nombor giliran kat klinik sambil bersudoku. Aku rasa dah berhelai helai aku buat, dah naik berpinau mata dok melayan nombor. Tapi kemain lambat nombor aku nak kena panggil. Tekanan sungguh. Rupanya nurse kat bilik yg aku nak check up tu tinggal sorang je. Patut pon lembab cam sipot.

Settle balik rumah amik docs and lunch segala, kita orang gerak pegi town balik. Settlekan insurance aku, insurance waja garang and personal loan. Actually aku nk terminate insurance tu. Motip? Nak clearkan payslip. Maklumlah, aku buat tolakan gaji dalam payslip. Habis cacat tau. Hahaha. Lagipon nak tukar insurance. Yang dok ada ni macam takde function. Lama dah kot aku buat. Since 2008 till now. So boring sebab dulu pon ikut orang. Dia suruh masuk kita masuk. Bujang bujang takde komitmen lah katakan. :) Now dah bijak sikit lah. Nak bebaskan payslip dari hutang piutang. 



Kelakar tau semalam. Sebab semua tempat tu tak tahu celah mana duduknya maka aku yang passenger ni kena on gps. Sambil peluk daddy sambil pegang hp. Dari jauh boleh lah nampak satu satu bangunan nya. Kalau dah duduk kat bawah tu haram apa nk nampak. Kehkehkeh. Gigih weh plan nak pegi mana dulu sebab nak kejarkan masa. Macam aku cakap tadi, town jammed macam haram. Ni kalau naik keta tadi for sure menyumpah seranah dalam keta. Badan penat, otak letih, hati lagi sakit. Dah la aku ni malas nak dengar org membebel.

By 1530 dah settle semua. Balik rumah semula amik keta pulak sebab nak ke kajang sebab daddy ada nak jumpa orang. Pon jammed sikit gak tu kat highway. Dalam tengah drive tu daddy dok bising hai bila lah nak dapat pindah kajang ni. Soon sayang soon. Kita catch up satu satu dulu k.

Sampai kajang kena tunggu jap orang yang daddy nk jumpa tu. Alang kepalang kita pekena sate kajang hj.samuri yang kononnya top dan sedap itu. Lapaa.




Takdelah nak makan beriya sebab lunch hour tadi dah makan kan. Ni pon order 20 cucuk. Nasib habis licin tak membazir. Daddy punya abc superb. Rasa macam nak habiskan je. Lately ni selera makan aku dan naik balik lah. Alhamdulillah. Dah takde angin badan n muntah. Kalau ada pon sebab lambat makan. Gitu. Eh timbang kali ni berat dah naik 47kilog. Hoyehh. Tak naik mendadak. Ok ok jer. Mak suka. Settle makan, settle jumpa orang baru balik rumah. Eh before tu kena singgah tesco klang lama dulu nak beli groceries. Stail kami laki bini akan shopping tengah bulan. Sebab? Tak ramai orang. Kahkahkah.

Betul lah wei harga barang naik melampau. Dulu shopping around rm200 pun boleh lepas. Lately ni hamik kau sampai rm400. Padahal barang beli sama je tetiap bulan. Kalau ada pon ada lah 3-4 barang baru nak kena masukkan kat dalam rumah tu. Kumpul sikit sikit. Ni kalau aku pakai amik sekali grap je mahu cecah 5-6 ratus. Huwaaa. Matiks lah. Kesian daddy tau. Dia kan cari duit dapur untuk family kami. T__T

After isyak baru sampai rumah, baru pi amik anak bujang. Tapau kan gak la mak dia satay buat upah. Yela, dah jaga anak bujang dari pagi sampai ke malam kan ke penat. Eh tapi bukan selalu pon aku amik lambat. Bila ada hal yang tak dapat nak elak je baru call mak dia cakap nak amik lambat. Maybe lah orang tua tu tak cakap apa. Tapi kita ni tak sedap hati. Walaupon macam tu, every month aku still bayar lebih walaupun dalam perjanjian (wahh gitu) dia mintak upah 300 je. Sebab puas hati dia jaga aqif ok. Syukur Alhamdulillah.

Now, hati tenang sikit sebab banyak benda utk tahun ni dah hampir settle. Walaupun macam hushing hour, macam semput sikit tapi yg penting semua tu takde delay. Aku ni malas nak semak kepala. Tak lama lagi aku pon dah nak delivery. So untuk next year dah kena prepare barang baby pulak. Dah siap list ok apa benda yang aku nak beli. =) Mesti kau orang cakap aku poyo kan. Ahh lantak lah aku suka.

Kbai.






Monday, December 09, 2013

System Breakdown

Pagi pagi datang ofis dah fikir dah hari ni nak buat apa. Well disebabkan last week tak dapat nk buat benda alah ni lets do it hari ni. Semangat dah berkobar kobar. Tapi kesudahnya,

aku tengok patung  tu dah macam gaya pocoyo dah. ^__^

Helloooooooooooooo, kenapa hari ini kau pilih??? Aku rasa macam haremmmm. Serius tak paham sistem apa yg gov gunakan utk maintenance dia orang punya official website. Dah tadi aku lupa username. Bila username dah dapat, boleh pulak nak log in dia punya loading sikit punya lama. Tu belum nak save maklumat bagai. Makan 10min kot. Tu baru buat first step. Ingatkan boleh la siap before lunch. Ku tinggalkan tadi dengan harapan semoga sistem dia laju. Sebab tadi maybe lah ramai user kan. Rupanya dah habis lunch aku bukak balik keluar screen hijau ni. Hoii apakejadah. Dah la task yang aku nak buat ni nak kena siap by tomorrow. Rabu nak submit hard copy dah.

Please lah. Dulu hrmis. Lagi haru. Siap boleh pi bancuh kopi sembang kosong setengah jam pon belum tentu hrmis yg kau bukak tu dah save kau orang punya details. Sakit jiwa. La ni ok sikit. Tu pon kau orang kena bijak pilih time. Peak time adalah tidak digalakkan. Buat boleh humban pc ni kat bawah je. Hahahaha. Aku syak orang hrmis ni dah kena sumpah berbakul bakul kot tu pasal lah sistem dia orang dah ok. Server dah tak berat. Gitu.

Apa lagi, haa jabatan akauntan negara. Kalau end of months memang masaelah. Time tu orang nak print out payslip nak claim overtime, time tu jugak lah kau orang pilih mengdownkan sistem. Aaaaaa. Nasib lah aku suka sediakan payung sebelum hujan. Tahu je gajian hari ni, lekas lekas pi log in website akauntan negara kasi print itu payslip. Settle.

Dan, aku masih mengharap agak website cibd kembali pulih seperti sediakala. Tolonglah. Tolonglahhhh. Ku nak buat kojo ni. Selagi tak siap hati tak tenang. Kang balik rumah daddy tanya aku nak jawab hapaaaa???

p/s: bukan tak nak buat kat rumah. kat rumah printer punya ink mintak penampo. nak suruh tukar baru lettew. demmm.





Saturday, December 07, 2013

Pets Wonderland

Aqif memang suka kucing kot. Kalau nampak kucing kat bawah rumah mesti mulut berdecip decip panggil. Eh tapi tak kira la kucing ke, rabbit ke binatang lain ke mesti mulut berdecip decip. Kalau terbuka channel national geography buaya pon dia dok panggil macam bunyi meow gak. Kahkahkah lawak pon ada. 

Aku syak mak dia ajar panggil gitu sebab kat rumah mak dia ada bela arnab. Nama arnab tu Abu. Heeee. So bila datang rumah mak mesti dok tengok Abu dulu. Kelakar lah awak ni nak. Abu tu pon macam tahu tahu je yang aqif dok usik dia. Macam merelakan diri diperkosai. Jadinya kami laki bini decide saja bawak anak jalan ke Pets Wonderland, Mid Valley. Nasib lah MV tu dekat dengan rumah. Pegi pon dah petang. Ikutkan hati daddy dia nak bawak ke zoo. Tapi bagi aku rileks lah dulu. Banyak masa lagi.

Maklumlah, duduk rumah bertingkek tingkek, mana ada ruang nak bela pets. Kalau tanam bunga tu boleh le. Tu pun harapkan pasu. Ini yang tak sabar nak pindah rumah sendiri ni.


Pets Wonderland MV dah berwajah baru. Tingkat atas ni bahagian kucing je. Aqif bila tengok kucing amboiiii aku rasa kalau takde pintu kaca mahu dia pon masuk sekali dalam tu. Dah lah peramah tak ikut tempat. Boleh tak dia dok selamba badak je tegur orang. Mungkin dengan caption ''awak tengok kucing? saya pon sama." Bahahaha. Bagus awak ni nak. Esok besar jadik lawyer ye.

It's fish daddy. Aku kalau ikutkan nafsu, nak beli aquarium kecik taruk kat rumah. Tapi tulah. Angan angan tahik hangit je. Entah bila nak jadi tak tahu la. Ada tengok kat insta member macam kiut je aquarium kecik dia taruk kat ofis. Tanya beli kat mana, kedai ikan jawabnya. Daddy kata kat pasar malam PD pon ada la. Umi je yg tak perasan. Eh, ada eh. Apasal aku tak perasan ni. Takat dua tiga ratus apa adahal. Kan bonus nak masuk dah ni. Wakakaka. Bajet kaya sangat lettew.

Seeeee, diterjahnya pintu kaca tu pastu gegar gegar. Anak bujang sapa lah ni. Nasib lah tu kucing bela. Kalau kucing hutan mahu dicakornya anak den depan cermin. Soon lah ye aqif, ada rezeki ada tempat luas nanti kita bela pets ye. But now awak tengok jelah kucing dalam sangkar dari jauh. Apa boleh buat. Hihihi.






Friday, December 06, 2013

Pasta for Baby

Sejak kebelakangan ni memang aku ada masalah nak bagi makan kat aqif. Dah toddler ni bubur mana laku. Nak makan makanan orang tua. Time kita makan, time tu lah dia menyibuk. Time dia makan takde pulak nak heran. Aku ni sebagai umi dia panas hati je dengan anak sendiri. Hahaha. Ok tipu.

Dan disebabkan itu, aku gigih mencari apa punca kepada masalah tersebut. Dan kebetulan pulak bukan aku sorang je yang mengalami masalah ini. Si geng susuk cikhelena pon begitu jua. Wahhh airis awak pon dah memilih jugak eh sekarang. Lantas ku guna khidmat pakcik gugel. 

Ohh anakanda kesayangan dah boring makan nasik eh sayang. Ater, patutler 5-6 suap awak dah taknak. Gituh rupanya. Maka aku ni gigih lah pi gugel resepi pasta for toddler. Tulah, masa dia baby baby 8-9 bulan kau tak nak perkenalkan pasta segala. Kan ke dia dah bosan dengan nasik. Nak makan pasta pulak. Kahkahkah. Sebenarnya bukan taknak perkenalkan, cuma takut jadik macam aunty sha awak. Minah tu tak makan nasik tau. Pangkah habis. 

So first resepi utk aqif, creamy pasta.

creamy pasta with air+madu
Alhamdulillah. Makan dengan penuh berselera. Eat without war. Langsung tak menolak. Hati umi pon senang je nak bagi makan. So the conclusion is, aqif dah bertukar selera lah umi. :)

Resepi?
Senang jer.

Bahan-bahan:
Pasta (rebus sampai lembut dan toskan)
Bawang putih (hiris halus)
Olive oil / Unsalted Butter
Carrot (potong kecik kecik)
Broccoli (hiris nipis nipis kat bahagian yg hijau je)
Susu formula (dua scoop)
Cheddar cheese (satu scoop)
Air (ikut suka)

Cara-cara:

@ Rebus pasta sampai lembut. Guna pasta for baby lagi ok. But aku guna apa yg ada je kat rumah. Tapi make sure potong kecik kecik.
@ Cairkan ulsalted butter, tumis bawang putih sampai naik bau.
@ Masukkan carrot dan broccoli, tumis sampai agak masak.
@ Masukkan air sedikit, susu formula dan cheddar cheese. Ikut kesesuaian. Kalau nak creamy jgn letak air byk sangat.
@Masukkan pasta yang telah ditos tadi then gaul semua sampai sebati.

Tadaaaa.
Dah siap. Hehehehe

Aku tak taruk garam sebab cheese tu dah masin kot. But kau orang agak agaklah. Air pulak aku taruk ikut suka sebab aqif tak suka kering sangat. Rupa rupanya sonang bai tu je nak masak pasta for toddler ni. Tak rumit macam kau masak bubur baby. Campak campak jer. Sayur tu ikut suka n ikut kesesuaian. 

But sup+nasik still aku kena buat jugak utk aqif merasai pelbagai jenis makanan gituh. Selang seli la. Haishh. Dah besor dah anak umi daddy ni ye. Makan pon memilih. Kihkihkih.





Thursday, December 05, 2013

Tag Team



Gambar mencerminkan segala-galanya. Belah kanan tu beza beberapa weeks je dari aku tapi kau orang tengok lah. Perut dia mana? Manaaaaa? Baby kau main nyorok nyorok eh zura. Tak aci betol tau. Ni masa kat kenduri schoolmate smtkk. Dah jodoh kawin satu sekolah gak. Boleh lah tag team. Bahahaha. 

Sahabat aku ni duduk jauh. Jb sana. Boleh bilang dengan jari kot kalau dia balik n9. Tak selalu berhubung sebab entah. Walaupon dulu dijaman sekolah baik kemain. Maybe masa and keadaan memusnahkan segala-galanya. Hihihi. Tapi aku ok je. Now dah canggih dah ada w/s, w/c bagai.

So,
kali ni kami bergandingan pregnant sesama. Sama sama saing anak kedua. Kihkih. Tapi anak dia yg sulung dah besor. Dah 3 tahun. Oklah tu. Tapi tak puas hati betol la, pesal perot kau kecik zura. Why? Whyyy? 






Wednesday, December 04, 2013

7 years

Hari ni genap lah 7 tahun aku berkhidmat dalam sektor kerajaan. Diam tak diam kan. Dahhh 7 tahun. Masih lagi di jawatan yang sama (opsyen tak sign lagi so masih maintain jawatan hakiki.. kihkihkih), masih lagi di seksyen yang sama cuma tempat je berubah. Boringgg. Kahkahkah.

Ok. Tipu.

Tempat baru.
Dah masuk tahun kedua. Quite ok. Happening dari tempat lama. Jadual tugas kena shift. Dulu keja buat editing now keja kena ingest bahan etcs. Tak paham? Toksah lah paham. Kang kau orang pening. Pening ahh. Banyak benda baru nak kena catch up. Sistem semua nak ke arah fully hd. Gituh. Boss baru dua kali tukar. Staff pulak ada yang dah pencen dan ada yang dah bertukar ke negeri masing masing.

Tapi aku jugak yang masih disini. T__T

Eh aku tak menyesal. Standard lah kan. Kalau kau takde apa masaelah, buat apa nak bertukar tempat. Lainlah kalau kau suka gaduh dengan boss, tak boleh nak give and take dengan ofismate. Aku senang je. Janji keja aku buat dengan amanah dan berdedikasi. Kau orang nak gaduh tak puas hati ke apa lantak kau orang. Dengan aku, senang. Jenis aku, takde nak tunjuk marah kat orang. Kalau tak puas hati, habis situ. Tak perlu nak bawak balik berhari-hari. Sebab, kita keja as a team work. Mengadap muka hari hari. Tak hari ni kau susah, esok lusa mana tahu. Maka tak perlu nak berkira. Dan, mujur aku dapat team work yg so-so. Boleh lah give and take. Setiap orang ada masalah masing masing. Jadinya time dia susah kau bantu. Tolong cover apa yang patut. Paham?

But soon, planning nak bertukar ke negeri tu memang ada. Family is first. Kan aku penah kata, penat dah hoi nak tunggu lift balik rumah. Tapi tu takde lah penat sangat sebenarnya. Yg major prob is, penat nak keja shift ni. Ada anak ni lain. Well, alasan anak je kau kan. Macam takde alasan lain. Hahahaha. Actually, daddy bukan keja punctual macam office hour. Kadang kena balik lewat, kadang kena pegi outstation. Kena pulak time job dia tengah launching, aku keja malam. Cuti and book off sahaja lah. Kan ke leceh. Eh apa kemelalut dah ni. Orang nak cerita pasal pembabitan aku di dunia pekerjaan. Ok sambung balik.

Sepanjang keja sini, seingat aku belum penah lagi pegi kursus sejauh jauhnya. Paling jauh tu dia masa induksi beberapa tahun yang sudah. Eleh jauh bangat lah konon padahal Sungkai, Perak jer. Selalu orang kata keja gomen best sebab sambil kursus sambil makan hangin. Takde makna. Ke mungkin aku kot tak bernasib baik. Asal ada kursus ke langkawi je mesti ada aral. Like last year, aku dalam pantang. Tahun ni pulak masa aku bleeding. Memang ada kursus tapi bos macam tak lepaskan je. Yang aku difahamkan dia takut takde orang nak ganti. Eh? Macam pon tu ada kan. Padahal ok je kita orang ni. Lagi suka kalau sesapa dapat pi kursus. Boleh overtime. Hahahaha. Lantak kau lah boss.

Lagi, part paling sedih takde family holiday. Memang pecah rekod la kalau hujung tahun ni dia nak buat family holiday. Internal pon haram. Kalau nak buat pon planning je gempak tapi akhirnya hancus. Hangat hangat tahik ayam jela. Terus aku tak faham. Kalau sukan antara unit tu selalu la kot. Tapi selalunya yang masuk mesti staff yang dah biasa involve. Like bowling last year. Beriya unit aku beli baju sedongdong gitu. Nasib baik tidak memalukan kerna dapat no.3 kot. Entah la lupa dah aku.

Yang lain lain biasa je. Keja pon biasa. Adatlah kalau kau keja dalam sektor awam ni. Kalau kau dah lama mesti kau eleh tak heran. Pasal yang nak naik pangkat tu sebenarnya aku tak heran pon sebab orang lama cakap dari dulu nak buat tapi action takde. Macam harap bulan jatuh ke riba. But now dah jadik kenyataan kita terima jelah dengan hati terbuka. Dia nak naik kan elaun kita, kita terimaaaa. Sebab rate overtime pon naik. Hahahaha suka kau ye.

Rasanya tu jelah kot.

Bagi aku takyah nak bangga diri sangat lah kau keja gomen. Sama je macam private kelebihan kekurangannya. Yang private kalau dapat bonus berbulan bulan ewah kemain senyap iyye. Gomen rileks je sebulan gaji. Tu pon kemain payah nak dapat. Siap merayu rayu lagi. Apa apa pun aku bersyukur kerna ada keja. Dari ada orang tu tak keja duduk rumah saja. Ohh cannot.






Tuesday, December 03, 2013

Twilight Saga

Sebab aku masuk petang minggu ni maka tadi dapat lah layan Twilight Saga- Breaking Dawn Part 2. Boleh tak baru sekarang aku nak layan The Twilight Saga filem series ni. Ketinggalan kapalterbang sungguh kauuu. Orang dah khatam lama dah yang aku baru terkedek nak layan. Nampak sangat tak up-to-date. Bahahaha. Bencik ah diri sendirik.


Seingat aku lah, aku tertengok movie twilight ni masa kat jakarta last year. Itu pon sebab tunggu daddy balik lambat sangat pegi hard rock cafe. Boleh tak dia tinggal aku dalam bilik, dia sedap cuci mata. Tak senonoh tau. Eh padahal aku memang taknak pegi pon. Penat katanya. Tu lah first time. Aku pn masa tu macam layan tak layan sebab first, subtitles indong. Second, tetiba dah series yang ke berapa. Mana lah nak menjiwai jalan cerita. Yang aku tahu, Edward dah tak nak kat Bella sebab apa tah. Pastu Edward tinggalkan Bella. Bella asyik ingat Edward sampai gila bayang. Haa macam tu lah ceritanya.

Dan nak dijadikan cerita pulak, mak adik aku (mak aku punya adik bongsu) dok cerita pasal movie twilight saga yang last series. Dia ni memang suka bebenor filem filem peliks. Mula lah membahan aku kata tak rock ah tak tengok twilight. Hero heroin hensem. Cerita best macam ni haa cap eh sambil tunjuk isyarat jari best. Cehhhh. Aku pon alaaa orang tak tengok dari mula la. Mana nak tahu. Aku memang begitu. Kalau cerita tak tengok dari episod awal memang takkkk la aku tengok. Melainkan, kalau dah tertengok episod yang seterusnya pastu rasa macam best maka aku akan ikutinya. Serupa jugak Pretty Little Liars. Mana tengok first season. Terus terus je dah season kedua. Lepas tu paham paham sendiri. Bongoks betul. Tapi masa zaman Alias dulu memang aku tengok dari first season sampai last season tauu. =) Maklumlah masa tu cuti sem duduk rumah je.

Eh dah melalut dah. Sambung balik.

Sampai lah awal tahun hari tu, kami laki bini memang setiap bulan akan beli dvd (sebab masa tu rumah kita orang tak pasang astro lagi, wuwuwu) dan setiap orang akan pilih tiga keping dvd utk dibeli. Wahh kemain kedekut memasing. So aku ni dok perasaan ingin tahu bagaimana cerita twilight tu maka aku pon memilih membeli dvd firsttttttt twilight. Hahahaha. Gelak lah gelak lah.

Betullah kata pepatah, tak kenal maka tak chenta. Ku telah jatuh cinta. Kahkahkah. Hero jambu gitew. Daddy bebulu jer. Sorry daddy but u tatap number one. Serius, walaupun terlambat, walaupun aku ketinggalan beberapa tahun, at least semua tu berbaloi. Takde lah aku koser nak berasak bagai nengok kat wayang masa cerita tu baru nak launching. Plus daddy tak layan cerita cinta begini melainkan bini dia yang comels ni dah conquer remote tv. Hihihi.

Masa dia orang kawin. Wuwuwuwu *meltinggg* 
Tetiba nak nangis. Kahkahkah. Nampak tak aku menjiwai watak mereka. 


Tetiba dah jatuh cinta dengan Edward. Tetiba tengah bayangkan kalaulah watak dia ni bebetul ada di alam realiti. Tetiba macam, ehh nak bercinta dengan dia lah. Hoii. Agak agak lah kan. Tetiba bila dengar lagu A Thousand Years rasa macam sayu sangat. Rasa macam menjiwai cerita twilight tu sangat lah. Demm. Semua tu tiba-tiba. Maka janganlah salah kan daku. 

Nampak tak? Nampak tak? Ni aku layan selepas cerita ni dah basi kat wayang. Kalau lah masa tengah top, kau orang bayangkan lah. Tak ke aku nangis dalam wayang tu. Lepas tu kena kutuk dengan daddy. Waaaa tak sanggup.

A THOUSAND YEARS - Christina Perri

Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you 
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you 

Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

One step closer
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more


Last part Breaking Dawn-Part 2, Bella suruh Edward masuk dalam fikiran dia. Pastu Bella flashback balik detik detik dia orang bertemu, berpisah, duka dan gembira sambil background lagu A Thousand Years ni. Macam Bella buat editing lak cantum cantum momen indah tu melalui fikiran dia. Waaa sedih.