life is beautiful

life is beautiful

Thursday, January 31, 2013

Baby Food / Solic Food

Al-kisahnya semalam, pabila ambik Aqif di rumah mak nya.
Si mak mengadu yang anak aku agak merengek hari ni.
Tak tentu arah, serba tak kena. Heh.
Ko kenapa nak? Tadi pagi masa hantar okeyy jo.
Actually bukan mengadu lah, just kongsi cerita. 
Sebab aku memang tanya mak nya macam macam time nak ambik Aqif.

Aqif berak tak? 
dia menyusu banyak tak? 
Susu, pampers ada lagi? 
ada ke dia meragam hari ni? 
bla bla bla.

Ahh banyak lah. Dah kata mak mak. Concern sungguh aku kan. Bahaha

Maka mak nya bercerita, 

" Hari ni Aqif ada buat perangai sikit. Merengek. Bawak pergi luar rumah baru ok.
Bila masuk je dalam balik dia dok merengek. Bagi susu tak mahu. 
Dia hisap susu pun just 1 1/2 botol je hari ni.
Maybe dia lapar. 
Jadi suruh ayah nya pergi runner beli nestum. 
Bagi Aqif 2 sudu campur dalam susu, then baru ok.
Ohh, rupa rupanya dia dah nak makan. Lapor lah tu.
Sebab tu mengaruk. "


EH?
Ko dah nak makan ke nak?
Apasal mak ko ni tak alert dengan benda benda macam tu?
Adeh, kesian anak den lapor yeee.
Tapi aku ingat baru je nak bagi makan masa umur dia masuk 5m.
Lagi beberapa hari je kan. Jadi macam oklah, tunggu 5m genap baru bagi lah.
Tanpa sedar yang anak tu MEMANG nak makan.
Dan bagi hint pun mak nya buat boo je.
Sebab nak ikut buku sangat.
Ini semua poyooo.
Maafkan umi eh. 

So conclusion nya,
aku call mama umar, aku tanya selidik semuanya lah.
Rupanya dia pun dah start bagi umar nestum+susu.
Awal lagi.
ehehehehe.
Nampaknya umi Aqif ni ketinggalan lah yek. 
Aku call mak kat kg utk kepastian.
Aku call ofismate yang beribu batu tu utk lebih confirm.
Maklumlah, ai ibu muda belia. Pengalaman is zero.
Belum sempat nak gugel pasal pemakanan bayi ni.
Less time but got more job to do.
Aku tak cukup masa wey. Banyak benda terjadi kebelakangan ini.
The end, aku paksa daddy dalam rela pegi cari nestum terbaik utk anak bujang nya.
Dan,
untuk Aqif yang pertama.

Sila maafkan si ibu kerna tidak alert pada perkembangan anak nya.
Dan keterpaksaan serta kerushingan dalam memberi anak nya makanan pertama.
*Nanges teresak-esak*

Betul ke tu apa yang aku beli ni?
Banyak sangat perisa, tapi bila fikir logic, baik lah bagi baby yang basic dulu.
Since dia baru nak belajar makan kan.
Aku ni dah masuk dalam kategori lambat le sebab baru terkedek kedek nak bagi nestum.
Orang lain tu aku dengar masa dalam pantang dah bagi.
OMG.
Sayang usus anak weiii.

Aku dah decide dah sebelum ni sebenarnya, nak pergi book store nak cari buku pasal pemakanan bayi ni.
Ingat kan nak bagi bubur nasi cair cair dulu. Tapi apakan daya. Anak ku belum 6m dah lapor meroyan.
Sila maaf kan beliau ye.

p/s: Malam tadi dia 630ptg dah masuk tido. Hari ni bangun pepagi alam ajak main. 
Oh cerianya mukaa.
Huii anak, love u more more dan more!







Tuesday, January 29, 2013

Breastfeeding & Ebm Stock

Tajuk seketul seketul. Ahaks.
Sila maaf kan beliau. T__T

Ye, aku tahu.
Aku tahu ramai nau yang dok tanya aku tentang pengalaman bersalin.
Nak nak aku ni yang bersalin normal. Eceh.
Macam kawan aku cakap lah,
" badan kocik, larat ko eh push push."
" well, tahniah kerna berjaya bersalin normal! "
" well done.. "

Oklah, aku malas nak cerita lagi. Dah basi. Aqif pun dah nak masuk 5m.
Kali ni aku nak cerita pasal breastfeeding pulak.
Since dari awal lagi memang aku fully bf.
Yang dalam ward tu tak kira la, sebab aku jumpa dia pun 1 hari selepas delivery.
Confirm confirm nurse kasi dia minum susu formula.
Kalau tak, melapau le anak den kan.

Berbalik pada topik tadi. Pasal bf.
Dari berpantang, sampai le sekarang, hari ni, tika dan saat ni,
memang sepenuhnya aku bf Aqif.
But now dah tak direct feeding sebab dia kekeliruan puting. Boleh?
Dah sodap puting botol, puting nenen jadi macam,
 eh pebende lembik nih. Adeh mane sedap...nak yang keras wehh umi....
Ahahaha kelass ko anak.

Instagram :)

Aku start pumping buat stock dari dalam pantang. 
Gigih bangun pepagi, tetengah malam pump demi nak menyimpan stock.
Lepas df, aku sambung pulak buat pump. Alhamdulillah.
Susu masa dalam pantang banyak. Rezeki dari Allah swt. Kenyang anak.
Maka tak rasa risau. Aqif pulak jenis yang suka ngempeng.
Pagi, petang, siang, malam aktiviti dia tulah. Sampai aku ni naik lemas. 
Bila lah nak habis ni wahai si anak. 
Then, bila dah balik kl, aku usaha lagi buat stock walaupun agak kebusyan disitu.
Aku balik rumah sendiri sebulan sebelum naik kerja.
Time tu lah nak mengemas, time tu lah nak uruskan rumahtangga.
But still, still gagah buat stock. Tak berhenti.
Sebab aku dah niat masa mengandung dulu, kalau boleh dan kalau diizin-Nya 
aku nak menyusukan anak yang aku kandung sampai umurnya 2 tahun. 
Dan at least, 6 bulan pun jadik lah. Itu sunnah Rasulullah.

Pakai Spectra 3 jo. Tu jek yang mampu. Hiks.
#Tips, sila beli breastpump yang dijual secara pakej ok. Jimat banyak!


Kanan lagi banyak dari kiri. But jangan lah hairan sangat.
Memang begitu.

Bila dah masuk ofis, schedule pumping dah lari lah. Semua kelaut.
Nak kejar balik tu, tercungap cungap. Ahahaha. *psycho*
Naik kerja, Aqif pun dihantar ke rumah pengasuh, dah pakai botol,
then dia dah kekeliruan puting, maka df totally out.
Kau bagilah macam mana pun, kekdahnya ditolak. Nanges lagi ada.
Maka untuk tidak mengganggu pengeluaran susu aku, pumping lah jawabnya.
Bila kat ofis, aku cuba untuk pump 3jam sekali. At least.
Kalau job tengah banyak pulak aku buat 4jam sekali. Ikut dan lah.
Tapi, aku tetap curi masa utk pumping susu. Walau sesibuk mana pun.
Itu rutin aku everyday, everytime and everynight. Hehe.
Sampaikan satu masa ada orang tegur aku,
eihh still ada susu lg? 
"Bagusnyaa. dulu saya lepas pantang terus bg fm ebab susu badan kurang.
Blablabla."

Pumping sorok sorok dalam bilik solat. Boleh?

Hurmmm. Nak seribu daya uolls.

Aku ada jugak alami susu berkurangan. Masa mula mula naik kerja.
Seriously tekanan betul. Adehhh awat susu kurang ni. Oleh itu aku cuba beberapa petua.
Minum seberapa banyak air masak. At least 3L perday. Lagi banyak lg bagus.
Then aku amalkan lobak putih. Potong nipis nipis pastu rebus semata. Buat macam makan ulam.
Alhamdulillah setakat ni menjadi. Tak sia sia cuba.

Bila kita dah addict terhadap sesuatu maka secara tak langsung kita rajin improve sesuatu tersebut.
Jadi aku rajin gugel pasal bf.
Tak kisah lah petua perbanyakkan susu badan ke memekatkan susu ke... semua.
Semua yang berkaitan. Agaknya perangai mak mak memang macam ni kot. ;p
*ok sila abaikan*

Bila dah sedap gugel, aku terjumpa lah pulak satu produk kesihatan untuk ibu yang menyusukan baby.
Bila baca testimonial macam good good lantas aku beli satu. Aku cuba.
Sebab usaha kan tangga kejayaan.
Well memanglah susu aku cukup utk Aqif setakat ni. Tapi kalau boleh aku nak buat stock lagi banyak.
Rasa macam stock yang ada ni ngam ngam je. Anak lelaki kan kuat minum susu. Jap jap dah haus.
So aku cari ikhtiar. Sebulan dah aku amalkan produk ni.
Dan alhamdulillah. Aku bersyukur. Susu semakin meningkat dan juga makin pekat berkrim.
Tak sia sia usaha i oll. =)
But aku telan juga supplement lain. Aku still ambil neurogain Pb walaupun dah tak pregnant.

Tadaaa.....pump direct terus ke bottle.
#Tips, selalu lah bangun tetengah pagi around 3-4am untuk tugas mengepam susu.
Time tersebut pengeluaran susu adalah sangat banyak. Try yo!

Benda lain takde.
4 item tu je yang aku amalkan setakat ni dan terbukti berjaya.
Ini aku nak kata lah. Minum air masak banyak banyakkkk tu kunci kepada pengeluaran susu badan.
Kalau kau amalkan supplement itu ini pun tak jalan jugak if minum air masak kurang.
Haa faham tak.

#Tips, boleh juga buat power pumping or tandem untuk menggalakkan pengeluaran susu.
Seminggu 2x is ok. 

Aku ni kan dah berniat nak susu kan anak guna susu badan.
Maka haruslah do something supaya bekalan tak putus.
Bukan saja banyak khasiat malah jimat pun ye jugak.
Ok ini statement memang boleh pakai lah. 
Duit gaji yang lebih boleh belanja Aqif beli menan dia.
: D
Dan aku berdoa agar susu aku melimpah ruah meriah.
Biar anak aku hisap tu dia puas, kenyang dan dapat merasa pelbagai perisa.
Maklumlah, umi dia kan makan macam macam.
Tak macam susu formula. Dari awal hingga akhir rasa ituuuu jelah.
Now aku salute pada ibu ibu yang berjaya buat stock ebm yang banyak macam dalam paper tu.
Dan yang gigih menyusukan anaknya sampai umur 2 tahun.
Tabik spring.
Selingan.
Hai semuaaaaa. Saya makin dobot.
Tak percaya?
Meh datang rumah. =)

So jom uolls sapa yang nak jadi ibu tu kita sahut kempen penyusuan susu ibu buat si manja.
Ada bran challenge diri sendiri susukan anak sampai umurnya 2 tahun?
Aku nak!!

He he heeeee
K bai!

p/s: Aku ambik dari fb. Sebagai dorongan untuk diri sendiri.








Saturday, January 12, 2013

Routine

Setiap pagi rutin harian sebelum pergi kerja adalah bersilat dengan Aqif.
hahaha!
Sangatlah mencabar since dia dah reti dan terlalu hustler bab meniarap ni.
Adoii kemain susah nak pakai kan dia diapers before hantar ke pengasuh.
Itu belum lg bila dah pandai merangkak, bertatih jalan dan sebagainya.
Somputt.

Actually memang dah aku didik lah before hantar Aqif ke rumah maknya,
kena bersihkan dia dulu. Tukar pampers, lap lap sikit ayaq liuq basi yang
malam tadi punya sisa susu.
Kalau baju ada bau ala ala, harus diganti baru.
Takpo, umi dia rajin basuh baju! 
*anak baru satu boleh la der*
Dan yang wajib, kena pakai bedak kasi wangi.
Baru lah dipos ke rumah maknya.

Macam pagi tadi, aku penat hokay bersilat swing bagai dengan anak bujang ni.
Boleh pulak dia nak main gurau dengan umi dia.
Dia tak tahu agaknya umi dengan daddy dia dah lambat nak p koje.
Adehh budak ini.... nasib baik la ko comelss macam umi ko.
Baru nak tukar diapers, dan dan dipancutnya alahaiiii anak.
Koo, anak jantan kan bukan dikira. Sesuka hati dia jer nak tembak.

Ini baru satu, belum dua tiga empat lima dan seterusnyaa.
Patutlah umi ko copek kurus Aqif wui.
Melayan ko siang malam memang boleh sangat lah buat aku ni kurus. 
whohahaha
Tapi baguslah begitu, nampak la anak den ni aktif.
Cuma penat sikit jela nak melayan. Aku kalau sensorang memang patah kaki tangan semua.
Memang mengadap ko je la. 
Biarlah ada daddy dia, senang sikit nak handle Aqif.
Kalau dengan daddy, kemain...... bergelak ketawa kihkihkih tak boleh handle.
Hai anak, anak.
Bila balik koje, penat satu badan bila tengok muka anak senyum sokmo terus hilang letih tahu.
Itulah, anak ni kan ada bau syurga. Nak nak time baby. Harum semerbak.
Hishh, ni yang tetiba rindu kat anak ni.
:)



Maaf cakap lah ye kawan kawan, blog ni tetiba jadik blog mak mak pulak.
Well, dulu sebelum kahwin heboh cerita pasal kawan, boyfriend, bla bla bla.
Then bila dah kahwin, bukak cerita tentang suami, life after marriage pulak.
La ni bila dah ada anak of course la asyik teringat anak maka pun sibuk update perkembangan anak.
Hek. Life must go on bro. People change but memories don't.
Walaupun aku dah jadik mak orang tapi aku tetap macam dulu.
hihihi
Haaa, ngerti?

And last but not least,
Geng Susuk 2013.

Fresh dari ladang. kihkihkih. 2 dah jadik mak, 1 coming soon, 1 lagi masih mencoba.
Nanti aku update eh. eh. eh.






Thursday, January 03, 2013

Nenen vs Botol Susu

Aku kan ada cerita yang Aqif tak berapa mahir nak hisap susu guna botol.
Now dia adalah sangat hustler.
Dan yang tak bestnya Aqif dah tak suka nenen. OMG.
Dia reject okay. Hisap main main.
Pastu pandang muka aku dengan pandangan yang sangat pelik.
Adoi anak den.
Actually aku dah perasan sejak 2 3 hari yang lepas.
Lidah dia asyik tolak bila aku kasi nenen.
Ini yang malas ni. Bila disuruh punyalah melalak, menolak dan menjerit.
Then bila dah reti hisap, reject terus nenen kesayangan dia.
Mentang mentang la puting botol tu keras boleh kau geget geget.
Nenen pun lembut, lembik semacam.
Hahaha.
Anak ini semakin bijak yo.

Dulu, 3 minggu sebelum dihantar ke rumah pengasuh,
 aku dah start train si Aqif ni hisap susu guna botol.
Masa tu guna Avent je.
Punya lah seksa. Menangis macam kena dera. Reject terus botol.
Kesian memang kesian dengar dia menangis. Lapar.
First try, aku fade up terus ku sua nenen.
Lepas lepas tu takleh jadik ni kang ada yang naik kerja usung anak ni kang.
Ku bulatkan hati, kupekakkan telinga, buat tak gheti walaupun,
walaupun dalam hati aduhaii anak sayu hati mak ni okeh.
The end, Alhamdulillah. Aqif berjaya biarpun macam keterpaksaan dalam rela.
Sehari sahaja trainingnya. =)
Good job sayangg. Love you more.

Now kat rumah kalau umi dia sibuk uruskan rumahtangga memang bagi botol je.
Itu dah jadik tugas daddy permanently.
Bila malam pulak, diberi nenen sebab aku malas nak panaskan botol. 
Mungkin disebabkan beberapa malam aku dah terskip kasi nenen,
Aqif pulak dah sedap hisap botol maka dia automatically reject nenen.
Sampai lah sekarang.
Sedih memanglah sedih. Sebab mengganggu pengeluaran susu ku. Eceh.
Now, pam sahaja lah. Apa boleh buat.

 
NUK adalah botol ke 4 yang aku beli since 3 botol lagi tak jalan untuk Aqif.
Itu termasuklah dengan Avent dia tu.
Ni pun adalah hasil suggestion dari kawan kawan dan jugak biras eden.
Dan disebabkan botol ini lah membuatkan Aqif semakin mahir dan mahir lagi hustler mengasah bakatnya dalam bidang penghisapan botol. Hahahaha.
Masa mula mula bagi Avent jenuh nak mengajar. Al maklumla, beli pun Avent yang classic.
Mahu tak panjang putingnya. Dah budak tu asyik nak tercekik jo.
Then, beli TT and First Year Breastflow dengan harapan Aqif boleh la terima.
Nan ado. Idak lah jalan. NUK jua lah serasinya.

Sampailah sekarang bila aku dah nampak dia macam teror je hisap botol,
terus aku try balik Avent dan TT. Laju hisapnya.
Maka nenen terus direject padahal satu ketika dulu, nenen itu lah yang disayang,
yang dipuja dan yang di kelek siang dan malam. Heh.
Sedih mak oii putus nenen dari anak.
Apa apa pun aku tetap bagi jugak susu badan walaupun kena pam sendirik.
Sebab memang dah niat dari pregnant lagi kalau boleh, In sha Allah kalau diizinkan Allah
aku nak menyusukan anak yang aku kandung sehingga umurnya 2 tahun.
Ameen.

Till now, Avent menjadi poojaan hatinya.







Tuesday, January 01, 2013

me turns 27!

ha ha ha!
percaya lah, sudah 27.
walaupun kann, memang tak serupa 27.
ohh please jangan salahkan daku.

"yang selalu urut suami"- adehhh matiks. =)

 Terima kasih semua yang wish sehari sebelum, melalui facebook, call, sms dan lain lain.
Rasa macam ehh semua orang sayang. hakhakhak
Padahal, satu dunia kot yang meraikan birthday aku.
Dan yang paling penting, SATU DUNIA pun cuti.
T____T

Ohh, suami belum bagi hadiah lagi. Maybe dia nak setup dulu kot.
Hahaha.
Azam untuk tahun 2013 ni, macam tahun lepas jugak lah.
Save more money. Itu perlu diberi keutamaan lebih.
Yang lain lain tu kira macam biasa lah.

Kejutan untuk malam tahun baru adalah ini,
Tadaaaaaaaaa.
Tiada apa yang menggembirakan hati pabila melihat si kecil comel putih melepak ni dah pandai meniarap.
Tidak lah seexpert yang disangka, tapi kira okay lah.
 Belum masuk 4m tapi dah boleh meniarap.
So suwittt auwwmm.

Semoga tahun baru 2013 ini lebih bermakna untuk kami sekeluarga.
Ameen.