life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, January 29, 2013

Breastfeeding & Ebm Stock

Tajuk seketul seketul. Ahaks.
Sila maaf kan beliau. T__T

Ye, aku tahu.
Aku tahu ramai nau yang dok tanya aku tentang pengalaman bersalin.
Nak nak aku ni yang bersalin normal. Eceh.
Macam kawan aku cakap lah,
" badan kocik, larat ko eh push push."
" well, tahniah kerna berjaya bersalin normal! "
" well done.. "

Oklah, aku malas nak cerita lagi. Dah basi. Aqif pun dah nak masuk 5m.
Kali ni aku nak cerita pasal breastfeeding pulak.
Since dari awal lagi memang aku fully bf.
Yang dalam ward tu tak kira la, sebab aku jumpa dia pun 1 hari selepas delivery.
Confirm confirm nurse kasi dia minum susu formula.
Kalau tak, melapau le anak den kan.

Berbalik pada topik tadi. Pasal bf.
Dari berpantang, sampai le sekarang, hari ni, tika dan saat ni,
memang sepenuhnya aku bf Aqif.
But now dah tak direct feeding sebab dia kekeliruan puting. Boleh?
Dah sodap puting botol, puting nenen jadi macam,
 eh pebende lembik nih. Adeh mane sedap...nak yang keras wehh umi....
Ahahaha kelass ko anak.

Instagram :)

Aku start pumping buat stock dari dalam pantang. 
Gigih bangun pepagi, tetengah malam pump demi nak menyimpan stock.
Lepas df, aku sambung pulak buat pump. Alhamdulillah.
Susu masa dalam pantang banyak. Rezeki dari Allah swt. Kenyang anak.
Maka tak rasa risau. Aqif pulak jenis yang suka ngempeng.
Pagi, petang, siang, malam aktiviti dia tulah. Sampai aku ni naik lemas. 
Bila lah nak habis ni wahai si anak. 
Then, bila dah balik kl, aku usaha lagi buat stock walaupun agak kebusyan disitu.
Aku balik rumah sendiri sebulan sebelum naik kerja.
Time tu lah nak mengemas, time tu lah nak uruskan rumahtangga.
But still, still gagah buat stock. Tak berhenti.
Sebab aku dah niat masa mengandung dulu, kalau boleh dan kalau diizin-Nya 
aku nak menyusukan anak yang aku kandung sampai umurnya 2 tahun. 
Dan at least, 6 bulan pun jadik lah. Itu sunnah Rasulullah.

Pakai Spectra 3 jo. Tu jek yang mampu. Hiks.
#Tips, sila beli breastpump yang dijual secara pakej ok. Jimat banyak!


Kanan lagi banyak dari kiri. But jangan lah hairan sangat.
Memang begitu.

Bila dah masuk ofis, schedule pumping dah lari lah. Semua kelaut.
Nak kejar balik tu, tercungap cungap. Ahahaha. *psycho*
Naik kerja, Aqif pun dihantar ke rumah pengasuh, dah pakai botol,
then dia dah kekeliruan puting, maka df totally out.
Kau bagilah macam mana pun, kekdahnya ditolak. Nanges lagi ada.
Maka untuk tidak mengganggu pengeluaran susu aku, pumping lah jawabnya.
Bila kat ofis, aku cuba untuk pump 3jam sekali. At least.
Kalau job tengah banyak pulak aku buat 4jam sekali. Ikut dan lah.
Tapi, aku tetap curi masa utk pumping susu. Walau sesibuk mana pun.
Itu rutin aku everyday, everytime and everynight. Hehe.
Sampaikan satu masa ada orang tegur aku,
eihh still ada susu lg? 
"Bagusnyaa. dulu saya lepas pantang terus bg fm ebab susu badan kurang.
Blablabla."

Pumping sorok sorok dalam bilik solat. Boleh?

Hurmmm. Nak seribu daya uolls.

Aku ada jugak alami susu berkurangan. Masa mula mula naik kerja.
Seriously tekanan betul. Adehhh awat susu kurang ni. Oleh itu aku cuba beberapa petua.
Minum seberapa banyak air masak. At least 3L perday. Lagi banyak lg bagus.
Then aku amalkan lobak putih. Potong nipis nipis pastu rebus semata. Buat macam makan ulam.
Alhamdulillah setakat ni menjadi. Tak sia sia cuba.

Bila kita dah addict terhadap sesuatu maka secara tak langsung kita rajin improve sesuatu tersebut.
Jadi aku rajin gugel pasal bf.
Tak kisah lah petua perbanyakkan susu badan ke memekatkan susu ke... semua.
Semua yang berkaitan. Agaknya perangai mak mak memang macam ni kot. ;p
*ok sila abaikan*

Bila dah sedap gugel, aku terjumpa lah pulak satu produk kesihatan untuk ibu yang menyusukan baby.
Bila baca testimonial macam good good lantas aku beli satu. Aku cuba.
Sebab usaha kan tangga kejayaan.
Well memanglah susu aku cukup utk Aqif setakat ni. Tapi kalau boleh aku nak buat stock lagi banyak.
Rasa macam stock yang ada ni ngam ngam je. Anak lelaki kan kuat minum susu. Jap jap dah haus.
So aku cari ikhtiar. Sebulan dah aku amalkan produk ni.
Dan alhamdulillah. Aku bersyukur. Susu semakin meningkat dan juga makin pekat berkrim.
Tak sia sia usaha i oll. =)
But aku telan juga supplement lain. Aku still ambil neurogain Pb walaupun dah tak pregnant.

Tadaaa.....pump direct terus ke bottle.
#Tips, selalu lah bangun tetengah pagi around 3-4am untuk tugas mengepam susu.
Time tersebut pengeluaran susu adalah sangat banyak. Try yo!

Benda lain takde.
4 item tu je yang aku amalkan setakat ni dan terbukti berjaya.
Ini aku nak kata lah. Minum air masak banyak banyakkkk tu kunci kepada pengeluaran susu badan.
Kalau kau amalkan supplement itu ini pun tak jalan jugak if minum air masak kurang.
Haa faham tak.

#Tips, boleh juga buat power pumping or tandem untuk menggalakkan pengeluaran susu.
Seminggu 2x is ok. 

Aku ni kan dah berniat nak susu kan anak guna susu badan.
Maka haruslah do something supaya bekalan tak putus.
Bukan saja banyak khasiat malah jimat pun ye jugak.
Ok ini statement memang boleh pakai lah. 
Duit gaji yang lebih boleh belanja Aqif beli menan dia.
: D
Dan aku berdoa agar susu aku melimpah ruah meriah.
Biar anak aku hisap tu dia puas, kenyang dan dapat merasa pelbagai perisa.
Maklumlah, umi dia kan makan macam macam.
Tak macam susu formula. Dari awal hingga akhir rasa ituuuu jelah.
Now aku salute pada ibu ibu yang berjaya buat stock ebm yang banyak macam dalam paper tu.
Dan yang gigih menyusukan anaknya sampai umur 2 tahun.
Tabik spring.
Selingan.
Hai semuaaaaa. Saya makin dobot.
Tak percaya?
Meh datang rumah. =)

So jom uolls sapa yang nak jadi ibu tu kita sahut kempen penyusuan susu ibu buat si manja.
Ada bran challenge diri sendiri susukan anak sampai umurnya 2 tahun?
Aku nak!!

He he heeeee
K bai!

p/s: Aku ambik dari fb. Sebagai dorongan untuk diri sendiri.








No comments: