life is beautiful

life is beautiful

Thursday, January 03, 2013

Nenen vs Botol Susu

Aku kan ada cerita yang Aqif tak berapa mahir nak hisap susu guna botol.
Now dia adalah sangat hustler.
Dan yang tak bestnya Aqif dah tak suka nenen. OMG.
Dia reject okay. Hisap main main.
Pastu pandang muka aku dengan pandangan yang sangat pelik.
Adoi anak den.
Actually aku dah perasan sejak 2 3 hari yang lepas.
Lidah dia asyik tolak bila aku kasi nenen.
Ini yang malas ni. Bila disuruh punyalah melalak, menolak dan menjerit.
Then bila dah reti hisap, reject terus nenen kesayangan dia.
Mentang mentang la puting botol tu keras boleh kau geget geget.
Nenen pun lembut, lembik semacam.
Hahaha.
Anak ini semakin bijak yo.

Dulu, 3 minggu sebelum dihantar ke rumah pengasuh,
 aku dah start train si Aqif ni hisap susu guna botol.
Masa tu guna Avent je.
Punya lah seksa. Menangis macam kena dera. Reject terus botol.
Kesian memang kesian dengar dia menangis. Lapar.
First try, aku fade up terus ku sua nenen.
Lepas lepas tu takleh jadik ni kang ada yang naik kerja usung anak ni kang.
Ku bulatkan hati, kupekakkan telinga, buat tak gheti walaupun,
walaupun dalam hati aduhaii anak sayu hati mak ni okeh.
The end, Alhamdulillah. Aqif berjaya biarpun macam keterpaksaan dalam rela.
Sehari sahaja trainingnya. =)
Good job sayangg. Love you more.

Now kat rumah kalau umi dia sibuk uruskan rumahtangga memang bagi botol je.
Itu dah jadik tugas daddy permanently.
Bila malam pulak, diberi nenen sebab aku malas nak panaskan botol. 
Mungkin disebabkan beberapa malam aku dah terskip kasi nenen,
Aqif pulak dah sedap hisap botol maka dia automatically reject nenen.
Sampai lah sekarang.
Sedih memanglah sedih. Sebab mengganggu pengeluaran susu ku. Eceh.
Now, pam sahaja lah. Apa boleh buat.

 
NUK adalah botol ke 4 yang aku beli since 3 botol lagi tak jalan untuk Aqif.
Itu termasuklah dengan Avent dia tu.
Ni pun adalah hasil suggestion dari kawan kawan dan jugak biras eden.
Dan disebabkan botol ini lah membuatkan Aqif semakin mahir dan mahir lagi hustler mengasah bakatnya dalam bidang penghisapan botol. Hahahaha.
Masa mula mula bagi Avent jenuh nak mengajar. Al maklumla, beli pun Avent yang classic.
Mahu tak panjang putingnya. Dah budak tu asyik nak tercekik jo.
Then, beli TT and First Year Breastflow dengan harapan Aqif boleh la terima.
Nan ado. Idak lah jalan. NUK jua lah serasinya.

Sampailah sekarang bila aku dah nampak dia macam teror je hisap botol,
terus aku try balik Avent dan TT. Laju hisapnya.
Maka nenen terus direject padahal satu ketika dulu, nenen itu lah yang disayang,
yang dipuja dan yang di kelek siang dan malam. Heh.
Sedih mak oii putus nenen dari anak.
Apa apa pun aku tetap bagi jugak susu badan walaupun kena pam sendirik.
Sebab memang dah niat dari pregnant lagi kalau boleh, In sha Allah kalau diizinkan Allah
aku nak menyusukan anak yang aku kandung sehingga umurnya 2 tahun.
Ameen.

Till now, Avent menjadi poojaan hatinya.







No comments: