life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, February 26, 2013

overdose

Lambat sangat tidur malam tadi,
Awal sangat bangun pagi tadi,
Kesudahnya umi sini lambat nak pergi kerja petang.
Uwaaa.
Tidoq sampai nganga sampai puting kopek pun terkeluar.
Ini betul betul ngantuk ni.
Bhahaha.






Monday, February 18, 2013

tahi keras

Pabila anaknya demam, etc
maka secara tak langsung hati mommy ni pun resah gelisah.
Hewhewhew.
Ok, ini tak tipu.
Siapa yang dah jadi mak/pak sure tahu macam mana. Walaupun demam jo.
Aqif dah 2-3 hari badan dok dedor dedor.
Nak membesar kata mak nya. Nak beralih bulan pun ye jugak.

Jumaat hari tu, lepas balik dari ambik Aqif aku perasan budak ni macam nak demam je.
Tapi ok lagi. Takde lah pulak dia meragam. Cuma kurang ceria.
Jadi untuk langkah keselamatan, aku bagi dia makan ubat.
Sabtunya pulak ada kenduri tahlil arwah abg bob,
maka kami anak beranak of course la kena attend awal. Nak tolong apa yang patut.
Petang tu sebelum balik kl, aku perasan kepala Aqif dah mula panas.
Adeh, tak boleh jadi ni. Kena bawak jugak pergi klinik.
Walaupun memang dah tahu dah, pergi klinik doktor bagi ubat demam je la kan.
At least, pergi jugak jumpa doc mintak advice.
Sampai rumah, mandi kan dia, kasi dia rehat, minum susu, terus tidur sampai ke pagi.
Wahh budak, ko penat napenye? Angkat kerusi meja ke tadi?

Haa, start hari ahad tu lah, serba tak kena. Nak kata demam, takde lah demam beriya.
Tapi aku tuam jugak kepala, tangan n kaki. Taruk cool fever. Bagi ubat demam.
Budak ni bukan macam orang besar.
Mana lah dia dok reti cakap. Dan kalau dia cakap sekalipun,
confirm confirm umi dia tak tahu hujung pangkah bahasa apa yang dia guna. kahkahkah.
Malamnya dia dok teran teran. Ni nak poo poo ni. Haa teran nak teran.
Ko dah 2 hari tak poo poo. But, sekali keluar seketul poo poo keras.
Ya ampun, kasihan ko nak. Patut le ko meragam.
Ah sudah, ini tak boleh jadi. Sebelum apa apa berlaku,
daku kasi kan dia ubat colic drop yang memang doc ada bagi sebelum ni.

Ini yang umi ko susah hati. Pabila anak dah poo poo keras mula la fikir bukan bukan.
Ni, hari ni aku kerja 8 to 11. But lari jap ambik Aqif tunggu sampai daddy nya balik.
Dah settle semua, aku lari balik pergi work.
Ehehehe.
Tadi before pergi work balik, Aqif poo poo lagi.
Maybe sebab kesan ubat yang aku bagi tu baru nak menjadi.
Sambil teran mulut dia bising mengadu bahasa dia. Tapi aku paham la dia nak cakap apa,

umi sakit la punggoq kite poo poo keras.
Umi tolong ler kite, acanee nak kelua kan ni.
Help umi help...

Nanges sampai kelua air mata setitik tak boleh belah. Comelss betul.
Kata anak jantan kenalah cover sikit kan nak. Eceh.
Daddy dia boleh pulak gelak mengenangkan anak bujang nya tu.
Aku pulak yang sentap kalau boleh meh kasi poo poo keras tu kat aku bagi aku tanggung.
Anak kecik lagi dah poo poo keras hazab dia nak hadap.

Itulah, 2-3 days before ni tak sihat badan, minum susu pun kurang.
Makan nestum tu 5-6 sudu je. Acane tak jadi gitunya anak umi oi.
Haa ni, nampak dia ceria sikit. Ada lah nak bergurau dengan umi, daddy.
Since poo poo dah kelua, selesa la perut.
Aku pun dh pesan kat pengasuh tadi,
kalau boleh bagi je minum susu dulu, nestum tu bagi kalau dia betul betul lapar.
Budak ni kurang air dalam badan ni, dats y susah nak berak.

Awak buat umi risau je tau.
Hati mana yang tak risau ye tak?
Kata buah hati pengarang jantung.
Orang kata, since baby dah start makan in sha allah memang ada je poo poo keras.
So tak perlu la risau gila. Just monitor je pemakanan baby u.
Pengasuh pun ada bagitau tadi yang dia ada suapkan Aqif pisang sikit.
Pisang leceh leceh campur ebm. Kasi lawas perut.
Ok, baiklah. Mommy sila alert ye baby u punya routine pemakanan.
=)

ketiduran. auuwmm.





Friday, February 15, 2013

RIP abg bob

Malas nak buat entry ni sebenarnya. Takut buat orang lagi bertambah sedih je.
Eh? Apakah?
Chill lah. Jap aku nak cerita ni.

Bismillaahirrahmaanirrahiim,
dengan kalimah ini aku nak bagitahu berita sedih,
berlaku kematian dalam keluarga kami. Dah sebulan pun sebenarnya arwah ini pergi.
Tapi baru sekarang aku punyai kekuatan untuk mengabdikan kisah arwah.
Perginya biras, a.k.a abang ipar husband atau lagi nak senang pemahaman, 
akak ipar aku punya suami memang membuatkan kami satu keluarga tersentak.
Perginya arwah dalam keadaan anak anak masih dahagakan kasih seorang bapa.
Tinggalkan mereka 5 beranak bersama si ibu.

Arwah meninggal disebabkan sudden heart attack.
Maaf, semasa pengkebumian dan kenduri arwah aku memang tak dapat hadir.
Malam yang sama husband otw pulang dari outstation, malam itulah arwah meninggalkan kami.
Aku anak beranak masih di kampung.
Maka husband dari klia straight ke rumah akak tanpa ambik kami.
Aku? Speechless.
Sebab malam semasa arwah nazak, anak sulung arwah call aku tanya pak uda dia.
Pak uda dia tu husband aku lah.
Suara penuh cemas. Tanya pak uda mana, abah pengsan.
Ko dapat call memalam buta gerenti akan fikir bukan bukan kan?
Aku ni masa tu dah le jauh, dengan anak kocik lagi.
Perasaan berkecamuk usah dikiralah.

But,
sesedih sedih kami, sedih lagi his family.
Tapi aku tahu yang mereka semua redha dengan pemergian arwah.
Bila fikir fikir balik kan, kalau aku ditempat akak bagaimana lah ye?

T___T

Arwah bertopi merah. Pic last year holiday ke Gambang.

Sejak arwah meninggal,
jadi rutin kitorg anak beranak curi masa utk spend kan time dengan anak anak arwah.
Nak tolong dari segi wang ringgit mungkin lah tak berapa nak mampu.
Hanya masa sahaja yang dapat kami berikan sebagai pengubat lara hati mereka.
Tambah lagi Aqif dah pandai nak main.
Diorg pun suka je nak layan Aqif.

Apa apa pun aku harap akak sekeluarga tabah menghadapi dugaan hidup ini.
Sesungguhnya Allah tidak menduga hambanya melainkan Dia tahu yang hambanya mampu untuk menghadapinya.
Titik.






Friday, February 08, 2013

belated and in advance birthday celebration

Ewah. Tajuk bahasa inggeris nak poyo je kan.
Ah lantak lah aku punya entry aku punya suka lah kan.
Hewhewhew.

Gini lah rentetan ceritanya,
 itu hari masa bulan 1 kan ke birthday aku dan si ameer, husband salah sorang geng susuk.
So, sebab nak jimatkan masa maka kami, eh kami ke?
ok actually aku tak tahu pun mereka nak menyelebrate surprise birthday bagai ni.
Malam tu yang aku tahu,
husband ajak jumpa salah sorang laki geng susuk sebab nak discuss pasal kerja ke bisness ke apa tah.
Dan aku tak bajet lah geng susuk semua hadhir.
Pastu aku peliks, hai laki aku apahal tak selalu nak ajak aku keluar dinner
siap suruh request tempat makan lagik.
ohh maybe sebab nak belanja for my belated birthday kot.
Maka i okay jeee.
Then, dalam kereta siap calling calling diorg. Aku wonder lagik.
Nak discuss je tak yah la nak beriya masuk KL sana.

Eh nak pi mana ni sebenarnya ni.
Ini kan Fullhouse.
Eh? Eh? Eh?
Itu Ali, pesal dia ada lak ni. Kata nak jumpa Rbok dengan Sha je.
Dah musykil dah ni.

Sesampai je dah nampak mereka.
Except Ain dan Katok la pasal mereka kan duduk semban.
Maybe laki den yang arrange kot. Good job.
Maka kami chatting chatting, eating eating, gossip sesikit.
Seronoklah sebab dah lama tak jumpa kan.
Aqif pun boleh jumpa Umar.




 Delicious! Mana tak gomok kau ni khenn.


Daddy daddy bersama anak kocik. Ameer usha tajam je kat yang daddy tengah gomol si Aqif.
Sabor bro, tunggu sebulan lagik ye.


And then tetiba,
Tadaaaa, sepotong kek sorang satu tapi makan ramai ramai. =)
Belated and in advance birthday.
Tua dah yek kami ni. Tapi still nampak muda belia wahh giteww.
Sorang 1st haribulan, sorang 18th haribulan.


Aku dan Ameer memang speechless.
Thanks koranggg. 
Benda tak dirangka dan dirancang memanglah menjadi smoothly je tau.
Cuba kalau plan awal, memang kelaut.
Itu semua lah yang malas nak planning ni. Haishh.

Kami dapat hadiah u oll.
Wangiiii, itu yang penting.


Daddy dah macam Yang Berhormat dah. Plus pakai baju melayu lagi kau.

Aqif. Daddy. Umi. Mak buyung. Papa-to-be.
he he heeee




Mommy mommy 
 Daddy daddy badan tough poyo poyo

 meh nak siyom siyom sikit



 bonda and papa-to-be. In Sha Allah baby gegurl in on da way :)
Part of Geng Susuk.
versi tak cukup korum.


Ok, that's all. 
Celebration biasa biasa sahaja tapi semua suka.
Lambat gila baru nak update. Hewewhew.
Maklum le, mak umi berkerjaya.
Till then. bye!






Friday, February 01, 2013

cinta pandang pertama

First love is always the best love.

Betul ke?

First love aku pun sebab aku yang tergedik menggeribak syok kat mamat tu.
Habis camaner? Boleh kira tu first love ke?
Bukan nya best sangat pun. Dah kata aku yang syok sendiri kan.
Sorry husband, i bukak cerita cinta lama i. He he heee.

Dulu kan, masa sekolah dijaman hingusan, aku pernah admire kat sorang budak.
Kiut. Pastu hensem. Ahahah. Muntah lah pelishh sebab aku sorang je yang kata dia tu hensem.
Yang tak bestnya, dia tak suka pun kat aku.
*crying*
Dah la tak suka kat aku, lepas tu siap dah ada aweks pulak. Haaa ko.
Tapi masalahnya dia tahu yang aku sukaaaa gila kat dia.
Pastu sometimes dia ada bagi hint sikit.
Eh?
Seriously, pergi sekolah sebab nak tengok dia. Gagah lalu depan kelas dia buat buat pergi toilet.
Tak dapat usha orang, tengok kerusi tempat dia duduk pun jadi lah.
Punyalah cinta sepenuh hati.
Walaupun masa tu ada yang syok kat aku, tapi aku booo layan.
Sebab, aku suka dia. The only him. Masa tu lah.
Yee, aku tahu itu semua poyoooo.

Aku pun tak tahu kenapa diri ini begitu. Perigi cari timba, ye itu memang aku.
Well, dulu bukan nak kata, aku memang sempoi. Hardcore. Haa apa lagi?
Tak kisah pun. Janji aku adalah aku. No jiwa jiwa haii.
Alah, takat nak bagitahu, weh aku suka kau. Takde hal.
Dan mungkin sebab tu dia reject aku kot.
*crying lagi*
Hadoi, berterus terang salah, tak berterus terang lagi disambar orang lain.
Kau ni nak aku macamana? Cakap tak berminat terus kan senang.
Pangg sekali kang. Haa.

Sampai aku masuk sekolah teknik, aku teruskan lagi minat aku pada dia.
Walaupun aku tahu itu semua sia sia.
Kau dah la ada aweks. Pastu kau jauh dari aku. For sure kau memang muka ada senyummm.
Hati berbunga bunga ria kembang semangkuk.
Aku?
Macam tu jelah. Still suka dan admire kat kau. Walaupun dari jauh.

Makan tahun jugak lah aku admire kat dia.
Kadang kadang saje jeee tanya khabar kawan kawan kat kampung walhal nak tahu kisah dia.
*maafkan saya*
Then bila dah declaire dengan husband, aku tekad nak lupakan dia.
(aku dengan husband satu sekolah teknik dulu. Pastu kitaorg declaire masa form 5)
Lagi best, sebab pagi petang siang malam boleh tengok laki aku. Weeeeee.
Duduk asrama kot. Pergi dewan makan semata nak passing surat cinta.
Weekly balik kampung aku dapat choc. Mana tak gems. Bahaha.

Alhamdulillah, now aku ok je. Ingat dia pun gitu gitu.
Ni sebab aku terbaca ayat first love tu lah. Straight nak post dalam belog.
Kata cinta pertama. Dia lah cinta pertama aku kot. Eh ke cinta monyet ni. Adehh, pening.

Kadang kadang rasa menyesal. Menyesal sebab batak sangat.
Dah orang tu takuit kat kau. Terus direject nya kau. Padan muka.
 Macam bangang je kan minat kat orang bertahun tahun.
Orang tu belum tentu ingat kat kau. Entah entah sekarang jumpa ko pun dia buat bodoh.

Tulah cerita cinta pertama aku.
Indah sebab benda tu bagi kita semangat nak pergi sekolah.
Indah sebab masa tu jaman baru nak naik.
Indah sebab masa tu zaman sekolah.
Pastu bila kenang balik, nak tergelak. Sakai sungguh aku.
Mainstream beb.

Ni kalau aku cerita kat husband ni for sure kena gelak kaw kaw sek.
Mesti dia kata ini semua poyooo.
Alah, bini awak ni setia taw. taw. taw.
Mana nak cari orang yang boleh admire kat orang lain bertahun tahun.
Aku je yang boleh.
Till then, sebenarnya, jujur aku nak cakap, aku masih ingat kat mamat tu.
Ingat bukan sebab suka ke, rindu ke atau apa apa je lah.
Ingat sebab aku terfikir, macam mana lah kehidupan dia sekarang?
Ada baik kah? 
Sebab aku tahu kisah sejarah dia dulu. 
Sesukar sukar aku, sukar lagi keadaan dia.
Kan admire, mestilah kena ambil tahu from a to z.
He he heeee.
Bye!



Kylie Minogue - Love at First Sight


Thought that I was going crazy
Just having one those days yeah
Didn't know what to do
Then there was you
And everything went from wrong to right
And the stars came out to fill up the sky
The music you were playing really blew my mind
It was love at first sight
'Cause baby when I heard you
For the first time I knew
We were meant to be as one...
Was tired of running out of luck
Thinking 'bout giving up yeah
Didn't know what to do
Then there was you
And everything went from wrong to right
And the stars came out to fill up the sky
The music you were playing really blew my mind
It was love at first sight
'Cause baby when I heard you
For the first time I knew
we were meant to be as one...