life is beautiful

life is beautiful

Monday, February 18, 2013

tahi keras

Pabila anaknya demam, etc
maka secara tak langsung hati mommy ni pun resah gelisah.
Hewhewhew.
Ok, ini tak tipu.
Siapa yang dah jadi mak/pak sure tahu macam mana. Walaupun demam jo.
Aqif dah 2-3 hari badan dok dedor dedor.
Nak membesar kata mak nya. Nak beralih bulan pun ye jugak.

Jumaat hari tu, lepas balik dari ambik Aqif aku perasan budak ni macam nak demam je.
Tapi ok lagi. Takde lah pulak dia meragam. Cuma kurang ceria.
Jadi untuk langkah keselamatan, aku bagi dia makan ubat.
Sabtunya pulak ada kenduri tahlil arwah abg bob,
maka kami anak beranak of course la kena attend awal. Nak tolong apa yang patut.
Petang tu sebelum balik kl, aku perasan kepala Aqif dah mula panas.
Adeh, tak boleh jadi ni. Kena bawak jugak pergi klinik.
Walaupun memang dah tahu dah, pergi klinik doktor bagi ubat demam je la kan.
At least, pergi jugak jumpa doc mintak advice.
Sampai rumah, mandi kan dia, kasi dia rehat, minum susu, terus tidur sampai ke pagi.
Wahh budak, ko penat napenye? Angkat kerusi meja ke tadi?

Haa, start hari ahad tu lah, serba tak kena. Nak kata demam, takde lah demam beriya.
Tapi aku tuam jugak kepala, tangan n kaki. Taruk cool fever. Bagi ubat demam.
Budak ni bukan macam orang besar.
Mana lah dia dok reti cakap. Dan kalau dia cakap sekalipun,
confirm confirm umi dia tak tahu hujung pangkah bahasa apa yang dia guna. kahkahkah.
Malamnya dia dok teran teran. Ni nak poo poo ni. Haa teran nak teran.
Ko dah 2 hari tak poo poo. But, sekali keluar seketul poo poo keras.
Ya ampun, kasihan ko nak. Patut le ko meragam.
Ah sudah, ini tak boleh jadi. Sebelum apa apa berlaku,
daku kasi kan dia ubat colic drop yang memang doc ada bagi sebelum ni.

Ini yang umi ko susah hati. Pabila anak dah poo poo keras mula la fikir bukan bukan.
Ni, hari ni aku kerja 8 to 11. But lari jap ambik Aqif tunggu sampai daddy nya balik.
Dah settle semua, aku lari balik pergi work.
Ehehehe.
Tadi before pergi work balik, Aqif poo poo lagi.
Maybe sebab kesan ubat yang aku bagi tu baru nak menjadi.
Sambil teran mulut dia bising mengadu bahasa dia. Tapi aku paham la dia nak cakap apa,

umi sakit la punggoq kite poo poo keras.
Umi tolong ler kite, acanee nak kelua kan ni.
Help umi help...

Nanges sampai kelua air mata setitik tak boleh belah. Comelss betul.
Kata anak jantan kenalah cover sikit kan nak. Eceh.
Daddy dia boleh pulak gelak mengenangkan anak bujang nya tu.
Aku pulak yang sentap kalau boleh meh kasi poo poo keras tu kat aku bagi aku tanggung.
Anak kecik lagi dah poo poo keras hazab dia nak hadap.

Itulah, 2-3 days before ni tak sihat badan, minum susu pun kurang.
Makan nestum tu 5-6 sudu je. Acane tak jadi gitunya anak umi oi.
Haa ni, nampak dia ceria sikit. Ada lah nak bergurau dengan umi, daddy.
Since poo poo dah kelua, selesa la perut.
Aku pun dh pesan kat pengasuh tadi,
kalau boleh bagi je minum susu dulu, nestum tu bagi kalau dia betul betul lapar.
Budak ni kurang air dalam badan ni, dats y susah nak berak.

Awak buat umi risau je tau.
Hati mana yang tak risau ye tak?
Kata buah hati pengarang jantung.
Orang kata, since baby dah start makan in sha allah memang ada je poo poo keras.
So tak perlu la risau gila. Just monitor je pemakanan baby u.
Pengasuh pun ada bagitau tadi yang dia ada suapkan Aqif pisang sikit.
Pisang leceh leceh campur ebm. Kasi lawas perut.
Ok, baiklah. Mommy sila alert ye baby u punya routine pemakanan.
=)

ketiduran. auuwmm.





No comments: