life is beautiful

life is beautiful

Friday, February 15, 2013

RIP abg bob

Malas nak buat entry ni sebenarnya. Takut buat orang lagi bertambah sedih je.
Eh? Apakah?
Chill lah. Jap aku nak cerita ni.

Bismillaahirrahmaanirrahiim,
dengan kalimah ini aku nak bagitahu berita sedih,
berlaku kematian dalam keluarga kami. Dah sebulan pun sebenarnya arwah ini pergi.
Tapi baru sekarang aku punyai kekuatan untuk mengabdikan kisah arwah.
Perginya biras, a.k.a abang ipar husband atau lagi nak senang pemahaman, 
akak ipar aku punya suami memang membuatkan kami satu keluarga tersentak.
Perginya arwah dalam keadaan anak anak masih dahagakan kasih seorang bapa.
Tinggalkan mereka 5 beranak bersama si ibu.

Arwah meninggal disebabkan sudden heart attack.
Maaf, semasa pengkebumian dan kenduri arwah aku memang tak dapat hadir.
Malam yang sama husband otw pulang dari outstation, malam itulah arwah meninggalkan kami.
Aku anak beranak masih di kampung.
Maka husband dari klia straight ke rumah akak tanpa ambik kami.
Aku? Speechless.
Sebab malam semasa arwah nazak, anak sulung arwah call aku tanya pak uda dia.
Pak uda dia tu husband aku lah.
Suara penuh cemas. Tanya pak uda mana, abah pengsan.
Ko dapat call memalam buta gerenti akan fikir bukan bukan kan?
Aku ni masa tu dah le jauh, dengan anak kocik lagi.
Perasaan berkecamuk usah dikiralah.

But,
sesedih sedih kami, sedih lagi his family.
Tapi aku tahu yang mereka semua redha dengan pemergian arwah.
Bila fikir fikir balik kan, kalau aku ditempat akak bagaimana lah ye?

T___T

Arwah bertopi merah. Pic last year holiday ke Gambang.

Sejak arwah meninggal,
jadi rutin kitorg anak beranak curi masa utk spend kan time dengan anak anak arwah.
Nak tolong dari segi wang ringgit mungkin lah tak berapa nak mampu.
Hanya masa sahaja yang dapat kami berikan sebagai pengubat lara hati mereka.
Tambah lagi Aqif dah pandai nak main.
Diorg pun suka je nak layan Aqif.

Apa apa pun aku harap akak sekeluarga tabah menghadapi dugaan hidup ini.
Sesungguhnya Allah tidak menduga hambanya melainkan Dia tahu yang hambanya mampu untuk menghadapinya.
Titik.






No comments: