life is beautiful

life is beautiful

Friday, March 29, 2013

Mr.Hubster turns 28!

Boleh tak aku baru nak update???
Punya lah lama gilaaaaa ko.
Dari awal bulan hari tu dia punya bornday, hari ni aku baru nk update.
kehkehkeh. Maafkan daku suami. 
Godek handphone pastu tetiba, eh? ada gambar ni la.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Gigih bangun pepagi buta walhal hari tu hari cuti. Pulak time tu kat seremban.
Homemade cake aku buat utk suami terchinta. Hasil dari air tangan sendiri tahu.
Ok, sebenarnya nak test mixer baru. Hahahaha. Ada aku redeem point bonuslink ni haa.
Pastu dan dan pulak kat rumah seremban ni ada barang buat kek maka jadilah dia.
Resepi choc cake ni dari aku lepas sekolah lagi. 
Punya lah lama dan telah menjadi poojaan hati adik adik aku sampai sekarang.
Well, aku memang minat benda begini tapi kekangan masa pastu dah ada baby ni.
Deyy memacam hal. Eh apa ke melalut pasal kek ni pulak kan. 

Back to the main point,
Selamat hari lahir sayang,
semoga dilimpah kurniakan rezeki yang tak terhingga, 
diberi kesihatan yang baik berpanjangan.
(wish ni memang wajib tiap2 tahun... he he heee)
Sebab, kalau kesihatan baik, boleh cari rezeki lebih.
Then boleh kongsi kong dengan orang yang tersayang iaitu aku dan aqif.
Hahahaha adoiiiii.


p/s: You'll never walk alone.






redha sang suami



"Sentiasa hormat dan melayan suami dengan baik.
Bila suami kasih, Allah akan redha dengan kita."

Noted.
Ilmu yang aku dapat pada pagi hari jumaat penghulu segala hari, hari ini.

Aku bukan nya baik sangat.
Kadang kadang ada gak sakit kan hati suami.
Kadang kadang ada gak tinggi kan suara pada dia.
Kadang kadang bila mood swing kemana aku buat layan tak layan je dia.
Oh maafkan saya, suami.

Izinkan saya mendapat keredhaan mu.
Kerna dengan keredhaan mu, barulah hidup saya berkat.
T______T







Thursday, March 28, 2013

online shopping

Duduk ofis, tak pergi mana pun duit dalam acc boleh surut.
Tak paham betul aku. Dalam ofis menghadap pc, haruslah gugel memacam.
Well, aku kan suka benar explore segala mak nenek.
Itulah, inilah, ape lah, hai semualah.

Meh aku nak bagitahu,
aku memang ada banyakkkk experience pasal online shopping ni.
Nak nak sekarang asyik dok survey barang baby. Gewamm oii. Eceh.
Selalunya, aku survey dulu, pastu buat comparison.
Gigih survey 3-4 website pastu cari harga yang paling munasabah.
Agak agak berkenan aku on.
Nampak macam aku banyak masa kan? Bahahaha,
 Jangan jeles kawan kawan sebab itu dulu.
Dulu masa Aqif tak keluar lagi.
But now, masih menjalankan aktiviti shopping online but takdelah segagah dulu.
Malas dah nak gugel satu satu.

Sekarang kan dah zaman it. Kemudahan dihujung jari. Maka gugel sahaja lah.
Apa nak kisah. Aku support servis Poslaju apa. Clap ur hand please.
Kadang kadang aku tengok kat website, list down dulu apa barang nak beli
then baru pergi kedai.
Itupun kalau kedai tu area kl, shah alam, seremban.
Selalunya itu utk barang baby la.
Aku takdak masa nak jalan pergi kedai satu satu.
Maklumlah, weekends pun mak kerja uoll.
Lagipun macam susah je nak bawak budak kecik kat mall yang ramai orang.
Crowded.

Kualiti?
Rata rata apa yang aku beli alhamdulillah semuanya ok.
But ada jugak yang tak ok, maka aku reject terus website tu.
Tak pun aku unfriend. Padan muka kau. Jual barang fake. 
Display lain bila dapat lain. Memang kena maki.

Harga?
Lebih murah berbanding dipasaran. Ye ke?
Ella cakap baju yang aku pakai hari tu kat TS boleh dapat +rm18.
Well, untuk orang yang macam aku yang malas nak keluar ke tempat cenggitu,
aku anggap shopping online worth it la.
Mahal sikit rasanya takpe kot.
Dari ko nak pergi mall, jammed satu, carik parking satu hal.
And then nak cari kedai lagi. Pastu dengan ramainya orang lagi. Sorry, tak layan.
Tapi tengok jugak. Takkan semua benda kau nak shopping online kan.
Kadang kadang, apa barang yang ada jual kat online,
kat mall susah nak dapat or memang takde.
Contoh,

baby cube for solid food.

Aku tak jumpa lagi kat mall lagi. Even tesco, carrefour mahupun jusco.
Mothercare aku tak sure sebab tak masuk.
Best kan? Senang nak prepare baby food. I loike.

Beli online gak sebab dapat harga less gila.
Kau pergi tengok kat jusco harga dia berapa? Homaigod, semputtt.

Haaa ni lagi satu. Inchworm. Fav Aqif.
Aku beli online gak. Tengok kat kedai ok, mahal.
Aku beli rm18 jo!
Seeeee,
berbaloi baloi kan bagi aku yang ibu bekerjaya ni.
*muntah lah, aku tahu ini poyo*




Dah banyak barang dah aku beli online ni. Ewahh. Ayat nak poyo je kan.
Al Humaira belum bukak kedai lagi aku dah ada collection nya. kehkeh.
Oh tak lupa jugak dengan misslilyshop.
Dari berniaga dalam facebook hingga dah ada website sendiri.
Ohsem uoll. Good job. Keep it up. Ewah kau dah kenapaa? Ahahaha.
Seronoks tengok orang berniaga ni. Start dari bawah then end terus maju, laju dan maju lagi.
Motif entry ini dibuat?
Teringin sebenarnya nak ceburi bidang niaga niaga ni.
Eh? Hahahaha. Bai!






Wednesday, March 27, 2013

solid food : part 2

Kali ni memang yang betul punya aku buatkan utk Aqif yo.
Nampak sangat aku bukan malas kan.
Aku cuma takde masa maka 6m 1w secara rasminya Aqif baru merasa solid foodnya.
Best kan jadi anak sulung ni.
Susu, bubur... semua ummi buat. I mean aku lah.
Kalau boleh top to toe ummi ni nak buat sendiri tahu.
Tapi apakan daya, daku ummi yang bekerjaya.
Makanya itu sahaja yang mampu ummi sini lakukan.

First thing yang aku beli sebelum proses membuat bubur utk anak ni, of course la cubes.
Alah, cubes utk taruk porridge or puree.
Ko tak payah le susah susah nak bangun pepagi alam nak tanak bubur ciput.
Nak blend puree semata kann.
Aku memang tak lah pasal kan aku dah cakap aku ni bekerjaya. Hewhewhew.
Semua nak express, semua nak cut masa. Kalau boleh satu masa nak buat 3, 4 keja.
Boleh?
Cubes aku beli kat sini. Senang, mudah dan cepat.
Dekat dengan office Mr.Hubster maka aku suruh dia pegi runner.

Nampak tak? nampak tak?
Satu aku beli brand TT, satu lagi brand biaso jo.
TT ada 4 cubes for 4oz, yang biasa tu ada 8 cubes utk 2oz.
Kalau u olls nak jimat lagi, boleh la guna ice cubes yang biasa tu.
Kat giant ada jual kot. Entah. Aku tak survey benda tu so aku tak tahu le.
Benda ni senang, memudahkan tugas kau. Boleh campur campur.
Sebab malas kan. Hehehe. Buat 2,3 puree sekaligus then simpan.
Pastu nak guna, kau keluarkan. Rendam dalam air panas then bagi baby makan.
Same as dengan porridge. Aku buat gak awal awal.

2nd thing aku beli pulak benda ni. Ke obw ampang sana aku pergi tahu.
Punya lah jauh sebab minggu hari tu tak main area shah alam.
Nasib baik teringat yang obw ada branch kat ampang.
Nampak je harga rm80, sebenarnya aku beli harga dia rm59.90.
Ada less tu yang gagah pergi beli. Lagi ni pun senang bai tu gak.
Ada 3 layer so kau boleh la hantar ke rumah pengasuh.
Dan memang tu pun tujuan thermos ni aku beli.
1 layer utk pagi, 1 layer utk tengahari, 1 layer utk meal petang.
Tengahari pun kau bagi aqif makan?? Ahahaha.
Apanyeee, tengahari tu makan puree buah. Kasi alas perut. Buat kudap kudap.
Aqif ni lain macam sikit. Mulut nak bersuap je.
Asal orang makan dan tu dia nganga suruh orang suap.
So aku siap siap le bekalkan dia 3 meal perday.
Habis ke tak habis ke, pi lantak. Janji ada back up.
Nestum pun aku bekal kan gak.
Hantar anak ke rumah pengasuh ni, kau kena lah standby bagai.
Kang jap lagi anak lapar nak makan tapi mak siapkan bekal 2 meal je kan ke naiya.
Aku ni dah le balik keja jalan kaki. Keta laki pakai.
Tak kuasa lah mak nak datang balik ulang alik hai.

It's puree carrot u olls.
First time buat, first time jugak bagi aqif makan.
Yang ni aku steam, blend pastu tapis lagi. Same as porridge. Aku tapis gak.
Kenapa?
Sebab aku tak confident. hehehe. Takuit aqif tercekik. Maklumlah, amatur lagi.
But now lajuuu je anak shomel ni makan taww. Auwmm.
Habis baju mewah comot comot walaupun dah pakaikan bip.
Memula kau bagi lah dia makan pelan pelan. Kasi minum susu dulu baru kasi makan.
Kalau tak confident boleh la nak campurkan dengan ebm or nestum.
Aku pulak buat untuk permulaan puree carrot + porridge + ebm + nestum sikit.
Lepas tu totally puree plus porridge.

Bekalan for one week. Sebab malas pastu keja nak senang pastu takde masa. =)
Kalau rajin aku buat la dua puree sekaligus. Depends on aqif jugak.
Hari tu buat puree apple dia nan ado menolak sesajor. Masam kot.
So aku ubah sikit. Aku blend kan apple tu dengan kurma. Ohsem.
Manis manis buah gituww. Laju la pulak anak den makan heh.

Bila anak dah start makan ni, kau kena lah kreatif sikit.
Kalau boleh every week kena tukar menu. Sebab apa?
Sebab biar la anak kau tu merasa pelbagai variasi makanan. Cewahh.
Macam, last week aku buatkan dia puree pisang.
So this week aku buat la pulak puree apple+kurma.
Maybe next week aku nak buat puree pear. Cececeaa. Rajinnya ummi ni khennn.
Aku ni semenjak aqif dah start makan rasa keterujaan pulak nak buat kan dia memacam.
Gigih pergi gugel resipi utk baby. Gigih memalam blend kan makanan dia.
Sampai kan Mr.Hubster peliks. Wahh rajin bini den. huahuahua.

So uol buat apa utk anak uol?
Ada bagi makanan macam aku tak?
Ke bagi nestummmm sesajor? kekekeke
Actually ok je nak bagi nestum tu kan.
Tapi tak berkembang le anak uol asyik makan tang tu je.
Ummm. tapi ada jugak budak yang tak nak makan porridge.
Memang nak minta nestum as a solid food.
Like my friend's baby. Susahnya ya ampun nak ngabiskan solid food nya.
The end, mak nya bagi nestum. Titik.
Lain budak, lain caranya. But aku akan pastikan anak aku dapat makan segala macam.
Dia tak nak? Meh sini ummi dia cubit pipi kiri kanan. hahaha!
Ku harap kerajinan ini akan berterusan tanpa penat lelah dan mengah.
Semoga diri ini dikurniakan kesihatan yang sihat utk meneruskan aktiviti begini
untuk anak ke 2 3 dan seterusnya.
Till then, bubbye.





Wednesday, March 13, 2013

1st hornymadu in 2013

Boleh tak baru nak update? hihihi
Kekangan masa deii plus banyak benda nak kena setlle down sekarang.
Meh jamu pics dulu.

 #MKLK, Selangor merancang kejayaan.
Kehkehkeh.
Welcome on board.
 Tempat beradu.
Dia dah rasmi dulu dahhhh.

 Dalam perut mommy tu ada baby gegirl taw.
Alhamdulillah semasa entry ini ditulis, 
mommy sudah beranak kan baby nya.
Wan Airis Amira susuk's jr terbaru.
 =)

 Geng Bas Sekolah. 
Beza +2weeks je budak dua orang ni.
Esok boleh ngaji sesama. Jawab peksa pun sesama.
Budak Umar ni baik. Mommy dia letak kat toto, diam je menurut perintah.
Jangan kan Aqif, semua dia nak exploreeee. Aktif tak sudah.
Hewhewhew.


 Sweet and loving couple. 
Tukang perap bahan bbq mereka lah ni.
Superb! Sodap sampai menjilat jari jemari.







Keluarga bahagia. Eceh.


Mereka semua ni poyooooo.
Boleh tau tinggal kan mak mak budak kat atas,
pastu mereka seronok berjimba jimba kat bawah.
 Meeting next vacation.
 Ni namanya daddy mithali. *ameen*
Favorite thing dia sekarang ni anak dia la. kehkeh.



Seeee. Budak comels gebus gebus ni tak reti nak duduk diam.
Kekiri kekanan. Kedepan kebelakang.
Semua ko nak explore ye nak.
But bagus lah. Tak de la duduk diam sesajor.


 Mommy yang dalam perutnya ada lil baby girl. Auwwmm.

A complete set of geng susuk.
Makpak dan anak anak.
Ok. Aku tahu. Nampak aku gems bukan?
Ahh sudah lah korang. Sob sob sobbb.
Itulah, siapa yang cakap aku dah kuruih tu memang mata dia sperow.
Lengan tu dah macam ape tah. Ada tips tak nak kuruih kan lengan tu camaner?
Ikukan hati terasa bagai nak hiris nipis nipis je tahu.
*yawn*

Haaaa. Selesai sudah pics of that day. Sebenarnya ada lagi. Tapi dalam ig.
Dan acc ig aku sebenarnya aku log in pakai note2 husband. hihihihi.
Almaklumlah aku pengguna BB yang tu pun atas ihsan dia bagi as a birthday present.
Actually hornymoon trip ni dah lama sangat plan. Bertahun tahun.
Selalu je postpone. Tak postpone pun mesti ada yang tak cukup korum.
So kali ni semua hadhir. Complete set.
Walaupun masing masing ada komitmen yang menanti, but still sporting nak turut serta.
Plan punya plan, ke PD lah kito. Nasib baik ada kondo tnb.
Thanks abam ali yang tough tu sebab dapat book untuk kami semua.
Semalam rm50 kira murah le. Tak boleh nak stay lama sebab masing masing dah busy dengan work.
Just datang, lepaking, berbbq-ing, chatting, gossip. HAHAHA
Eh takde lah. Cerita hal rumahtangga je.

Nuri and sara pun datang malam tu. Datang semata nak jumpa kiteorg.
Yaww so suwitttt. Orang tengah bahgia baru diijab kabul khenn.
Nak cerita kat sini pun panjang sangat. Takut bosan.
Banyak sangat ceriteranya sampai pukul 3am baru masing masing masuk tidur.
Maklumlah, nak jumpa semua sekali tu memang le payah.
Tu pun ain's fam tak stay sama sebab dah dia duduk pd kan. 
Kalau tak mahu retak dinding kondo tu dengan gelak ketawa kitaorg.
Hewhewhew.
Itulah nak cakap, dulu masa kat SMTKK takde nya nak rapat akrab begini.
Dah dewasa dah berfamily ni boleh pulak kamcing gila.
Mudah mudahan ukhwan yang terjalin ini berkekalan hingga hujung nyawa. Cewah.
Tak jumpa selalu pun tak apa. Janji jauh dimata dekat dihati.
=)








Tuesday, March 05, 2013

fallen heroes


Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 

Tuhan yang mempunyai kekuasaan dan kebesaran. 
Tuhan penganugerah keselamatan dan kesejahteraan. 
Kami hamba-hamba-Mu menadah tangan sebagai tanda syukur 
yang tidak terhingga untuk dihitungnya, 
atas keselamatan dan kesejahteraan, 
kesihatan dan kenikmatan yang Engkau anugerahkan 
ke atas negara kami yang tercinta ini Ya Allah.



Ya Allah ya Tuhan kami,
Engkau campakkanlah jaluran kerahmatan yang berpanjangan kepada kami, 
Engkau simpulkanlah ikatan ukhwah penuh keserasian, 
Engkau labuhkan tirai keampunan maghfirah penuh keinsafan, 
Engkau jaringkan tangsi hidayah dan inayah yang berkekalan, 
Engkau titiskan darjah kesolehan dan kesihatan yang berkekalan buat kami, 
anak-anak watan juga keluarga yang tersayang.



Wahai pejuang-pejuang dan perwira-perwira negara, 
bangkit dan bersumpahlah berpaksikan kalimah akidah tauhid 
Laailahaillallah Muhammadur Rasulullah, 
bahawa tidak akan kami biarkan bumi yang bertuah penuh bersejarah ini, 
diinjak pijak, disentap rentap, diselat lipat 
dek musuh durjana petualang bangsa ya Allah.



Tidak akan kami biarkan, biar ia putih bersih,
tidak akan kami biarkan ya Allah, 
biarkan kami mencurahkan segala kesangggupan dan keupayaan kami 
di dalam mempertahankan negara kami dari sebarang kekacauan, 
huru hara dan pencerobohan. 
Biarkan kami berputih tulang namun tidak sekali-kali kami berputih mata 
menyerahkan kedaulatan negara kepada pengkhianat bangsa, 
agama dan negara Malaysia yang kami cintai ini 
walaupun roh kami melayang menjadi taruhan menyembah sujud bertemu-Mu ya Salam.



Ameen Ya ALLAH



DOA BUATMU PERWIRA NEGARA,
 kredit to Royal Malaysia Police






Friday, March 01, 2013

Birthday Boy

Tomorrow is my sparring partner birthday.
My mr.hubster is turns 28.
Dah menuju ke alam kedewasaan.

Boleh tak aku tak beli hadiah lagi.
Tak prepare kek, tak cari tempat makan yang best lagik.
Adoi, guano gini deh?
Aku ingat nak balik seremban esok, pehtu suruh mom jaga Aqif
then kami laki bini pergi berchanda berjimba jimba.
Eh?
Bhahahaha.
Awal bulan lah. Memang rutin balik seremban. =)

Boleh tak gitu? Mom mesti okayy je sebab boleh la dia main dengan cucu.
But seremban mana nak cari tempat makan best ni weh.
Lagi nak makan apa? Setahu aku Mr.Hubster suka gila briyani.
Tapi, on his bornday tak mungkin lah briyani. Kan.
Dah buntu dah aku ni.
Hadiah? Pun tak fikir nak bagi apa.
Mr.Hubster is lain sikit. Cerewet tidak lah.
Cuma dia akan nak kalau benda yang aku bagi tu betul betul untuk keperluan.
Contoh, kalau aku nak bagi jam. Padahal dia baru je beli jam,
maka nanti aku kena bebel.
Lagi, beli baju. Ok ke? Bhai citarasa kami tidaklah sama.
Kehkehkeh.
Kang kesudahnya baju yg aku bagi tu tak berpakai.
Ke nak beli sama sama. Pilih sama sama. Eceh.
Tapi apekebende? Buntu betul aku nak cari hadiah untuk orang lelaki ni hai.

Tadi, keluar lunch. Tapi boleh tak aku tak singgah kedai kek.
Sebab dah lambat. Pehtu naik dengan orang.
Ni aku pun tak balik kerja lagi ni. Dia pun ada company dinner.
Memang tak masak lah aku.
Esok jelah fikir. Senang senang esok aku tanya je dia nak request kat mana for celebration his birthday.
Kan senang?
Sorry Mr.Hubster, time is so short.
Lagipun minggu ni wifey mu ini busy sangattttt. Kerja pagi petang balik malam.
Ok ok malam ni janji kite urut urut satu badan kasi hilang penat eh.
Hahahahaha
Bye!