life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, March 05, 2013

fallen heroes


Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 

Tuhan yang mempunyai kekuasaan dan kebesaran. 
Tuhan penganugerah keselamatan dan kesejahteraan. 
Kami hamba-hamba-Mu menadah tangan sebagai tanda syukur 
yang tidak terhingga untuk dihitungnya, 
atas keselamatan dan kesejahteraan, 
kesihatan dan kenikmatan yang Engkau anugerahkan 
ke atas negara kami yang tercinta ini Ya Allah.



Ya Allah ya Tuhan kami,
Engkau campakkanlah jaluran kerahmatan yang berpanjangan kepada kami, 

Engkau simpulkanlah ikatan ukhwah penuh keserasian, 
Engkau labuhkan tirai keampunan maghfirah penuh keinsafan, 
Engkau jaringkan tangsi hidayah dan inayah yang berkekalan, 
Engkau titiskan darjah kesolehan dan kesihatan yang berkekalan buat kami, 
anak-anak watan juga keluarga yang tersayang.



Wahai pejuang-pejuang dan perwira-perwira negara, 

bangkit dan bersumpahlah berpaksikan kalimah akidah tauhid 
Laailahaillallah Muhammadur Rasulullah, 
bahawa tidak akan kami biarkan bumi yang bertuah penuh bersejarah ini, 
diinjak pijak, disentap rentap, diselat lipat 
dek musuh durjana petualang bangsa ya Allah.



Tidak akan kami biarkan, biar ia putih bersih,
tidak akan kami biarkan ya Allah, 

biarkan kami mencurahkan segala kesangggupan dan keupayaan kami 
di dalam mempertahankan negara kami dari sebarang kekacauan, 
huru hara dan pencerobohan. 
Biarkan kami berputih tulang namun tidak sekali-kali kami berputih mata 
menyerahkan kedaulatan negara kepada pengkhianat bangsa, 
agama dan negara Malaysia yang kami cintai ini 
walaupun roh kami melayang menjadi taruhan menyembah sujud bertemu-Mu ya Salam.



Ameen Ya ALLAH




DOA BUATMU PERWIRA NEGARA,
 kredit to Royal Malaysia Police






No comments: