life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, March 27, 2013

solid food : part 2

Kali ni memang yang betul punya aku buatkan utk Aqif yo.
Nampak sangat aku bukan malas kan.
Aku cuma takde masa maka 6m 1w secara rasminya Aqif baru merasa solid foodnya.
Best kan jadi anak sulung ni.
Susu, bubur... semua ummi buat. I mean aku lah.
Kalau boleh top to toe ummi ni nak buat sendiri tahu.
Tapi apakan daya, daku ummi yang bekerjaya.
Makanya itu sahaja yang mampu ummi sini lakukan.

First thing yang aku beli sebelum proses membuat bubur utk anak ni, of course la cubes.
Alah, cubes utk taruk porridge or puree.
Ko tak payah le susah susah nak bangun pepagi alam nak tanak bubur ciput.
Nak blend puree semata kann.
Aku memang tak lah pasal kan aku dah cakap aku ni bekerjaya. Hewhewhew.
Semua nak express, semua nak cut masa. Kalau boleh satu masa nak buat 3, 4 keja.
Boleh?
Cubes aku beli kat sini. Senang, mudah dan cepat.
Dekat dengan office Mr.Hubster maka aku suruh dia pegi runner.

Nampak tak? nampak tak?
Satu aku beli brand TT, satu lagi brand biaso jo.
TT ada 4 cubes for 4oz, yang biasa tu ada 8 cubes utk 2oz.
Kalau u olls nak jimat lagi, boleh la guna ice cubes yang biasa tu.
Kat giant ada jual kot. Entah. Aku tak survey benda tu so aku tak tahu le.
Benda ni senang, memudahkan tugas kau. Boleh campur campur.
Sebab malas kan. Hehehe. Buat 2,3 puree sekaligus then simpan.
Pastu nak guna, kau keluarkan. Rendam dalam air panas then bagi baby makan.
Same as dengan porridge. Aku buat gak awal awal.

2nd thing aku beli pulak benda ni. Ke obw ampang sana aku pergi tahu.
Punya lah jauh sebab minggu hari tu tak main area shah alam.
Nasib baik teringat yang obw ada branch kat ampang.
Nampak je harga rm80, sebenarnya aku beli harga dia rm59.90.
Ada less tu yang gagah pergi beli. Lagi ni pun senang bai tu gak.
Ada 3 layer so kau boleh la hantar ke rumah pengasuh.
Dan memang tu pun tujuan thermos ni aku beli.
1 layer utk pagi, 1 layer utk tengahari, 1 layer utk meal petang.
Tengahari pun kau bagi aqif makan?? Ahahaha.
Apanyeee, tengahari tu makan puree buah. Kasi alas perut. Buat kudap kudap.
Aqif ni lain macam sikit. Mulut nak bersuap je.
Asal orang makan dan tu dia nganga suruh orang suap.
So aku siap siap le bekalkan dia 3 meal perday.
Habis ke tak habis ke, pi lantak. Janji ada back up.
Nestum pun aku bekal kan gak.
Hantar anak ke rumah pengasuh ni, kau kena lah standby bagai.
Kang jap lagi anak lapar nak makan tapi mak siapkan bekal 2 meal je kan ke naiya.
Aku ni dah le balik keja jalan kaki. Keta laki pakai.
Tak kuasa lah mak nak datang balik ulang alik hai.

It's puree carrot u olls.
First time buat, first time jugak bagi aqif makan.
Yang ni aku steam, blend pastu tapis lagi. Same as porridge. Aku tapis gak.
Kenapa?
Sebab aku tak confident. hehehe. Takuit aqif tercekik. Maklumlah, amatur lagi.
But now lajuuu je anak shomel ni makan taww. Auwmm.
Habis baju mewah comot comot walaupun dah pakaikan bip.
Memula kau bagi lah dia makan pelan pelan. Kasi minum susu dulu baru kasi makan.
Kalau tak confident boleh la nak campurkan dengan ebm or nestum.
Aku pulak buat untuk permulaan puree carrot + porridge + ebm + nestum sikit.
Lepas tu totally puree plus porridge.

Bekalan for one week. Sebab malas pastu keja nak senang pastu takde masa. =)
Kalau rajin aku buat la dua puree sekaligus. Depends on aqif jugak.
Hari tu buat puree apple dia nan ado menolak sesajor. Masam kot.
So aku ubah sikit. Aku blend kan apple tu dengan kurma. Ohsem.
Manis manis buah gituww. Laju la pulak anak den makan heh.

Bila anak dah start makan ni, kau kena lah kreatif sikit.
Kalau boleh every week kena tukar menu. Sebab apa?
Sebab biar la anak kau tu merasa pelbagai variasi makanan. Cewahh.
Macam, last week aku buatkan dia puree pisang.
So this week aku buat la pulak puree apple+kurma.
Maybe next week aku nak buat puree pear. Cececeaa. Rajinnya ummi ni khennn.
Aku ni semenjak aqif dah start makan rasa keterujaan pulak nak buat kan dia memacam.
Gigih pergi gugel resipi utk baby. Gigih memalam blend kan makanan dia.
Sampai kan Mr.Hubster peliks. Wahh rajin bini den. huahuahua.

So uol buat apa utk anak uol?
Ada bagi makanan macam aku tak?
Ke bagi nestummmm sesajor? kekekeke
Actually ok je nak bagi nestum tu kan.
Tapi tak berkembang le anak uol asyik makan tang tu je.
Ummm. tapi ada jugak budak yang tak nak makan porridge.
Memang nak minta nestum as a solid food.
Like my friend's baby. Susahnya ya ampun nak ngabiskan solid food nya.
The end, mak nya bagi nestum. Titik.
Lain budak, lain caranya. But aku akan pastikan anak aku dapat makan segala macam.
Dia tak nak? Meh sini ummi dia cubit pipi kiri kanan. hahaha!
Ku harap kerajinan ini akan berterusan tanpa penat lelah dan mengah.
Semoga diri ini dikurniakan kesihatan yang sihat utk meneruskan aktiviti begini
untuk anak ke 2 3 dan seterusnya.
Till then, bubbye.





2 comments:

mommy sara said...

Best nye aqif.. Ummi nye rajin wat bg mamammm... Nnt nak blajo tuk slid food sara ehhh... :)

si peri peri said...

tengah rajin ni mommy sara...:) moga2 kerajinan ini berlarutan la hendaknyee