life is beautiful

life is beautiful

Thursday, April 25, 2013

everybody must be happy, xoxo

Copy paste dari wall my sahabat.

HOW TO MAKE A MAN HAPPY

1. Feed him
2. Leave him with space
3. Don't check his phone (msgs)
4. Don't bother him with his movements

So whats so hard about that??

It's not difficult To make a woman happy, a man only needs to be:

1. a friend
2. a companion
3. a lover
4. a brother
5. a father
6. a master
7. a chef
8. an electrician
9. a carpenter
10. a plumber
11. a mechanic
12. a decorator
13. a stylist
14. a psychologist
15. a psychiatrist
16.a good listener
17. an organizer
18. a good father
19. very clean
20. sympathetic
21. warm
22. intelligent
23. funny
24. creative
25. strong
26. understanding
27. tolerant
28. ambitious
29. capable
30. courageous
31. true
32. dependable
33. passionate
34. compassionate

WITHOUT FORGETTING TO:

35. love shopping
36. be honest
37. be very rich
38. not stress her out
39. not look at other girls

AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:

40. give her lots of attention, but expect little yourself
41. give her lots of time, especially time for herself
42. give her lots of space, never worrying about where she goes

IT IS VERY IMPORTANT:

43. Never to forget:
* birthdays
* anniversaries
* arrangements she makes


Eh, betullah tu. Gila kalau tak betul. Especially kalau dah jadik suami. Meroyan koooo nak melayan.
Kalau lupa date yang penting mesti kena sembur dengan bini. Nak nak dah nak dekat our 2nd wedding anniversary ni khennn. Eh? Hahahaha motip sangat le entry daku ini kali. Ihikihik.
Bai bai.





Tuesday, April 23, 2013

Oh baru ku tahu

Well, kalau aku keja petang memang banyak masa terluang. Ewahh. Eh bukan takde koje, cuma kurang sikit lah berbanding aku masuk keja pagi. Haa gitu. Matiks lah weh kalau bos aku baca ni... hahahawau.  Selalu time keja petang ni lah aku tersangat rajin update belog. Update, then buat auto publish. Memang dasar pemalash khenn. Ok bukan itu point nya disini. Sebenarnya aku nak cerita pasal satu benda ni. Benda apa?

Sebenarnya baru ku tahu istilah Exclusive Pumping (ep) adalah untuk ibu ibu yang tidak menyusukan anaknya secara direct feeding. Dan aku lah tu ibu ep. Since aqif telah mengada kekeliruan puting, maka aku adalah ibu muda yang tegar mengepam susu walau dimana saja daku berada. Memang leceh sebab kalau kau nak bepergian, for sure kena bawah breastpump. Itu satu. Belum lagi aksesori nya. Dengan ice pack. Cooler bag. Beg pemanas susu. Dan macam macam. Kira sepatutnya kau boleh bawak diapers bag sahaja, tapi kau tambah satu lagi beg pump. Dah jadik dua beg. Ok sangat lah berat sebab ya ampun aku pakai spectra 3. (Tak leh kutuk sebab itu dah jadik second nyawa kau dah tu, mihmihmih)

Ramai orang ingat aku direct feeding (df) kan aqif sebab nampak aku hari hari pump susu kat ofis. Takdeeee, aqif dah reject nenen tahu. Dah tak nak. Baginya dah tak sedap dan lembik. Eh??

So now uols boleh la gelarkan aku ibu muda yang ep. Yang gigih memerah susu untuk anaknya walaupun now mengalami kemerunduman susu yang maha hebat tapi still bersemangat lagi untuk menghasilkan susu badan supaya anaknya dapat menikmati kenikmatan susu ibu yang berkhasiat tiada tandingan sehingga umurnya mencecah 2 tahun. 

Ya Allah aku memohon kepadanya, izinkan aku menyusui anak ku sehingga umurnya 2 tahun. 
Ameen Ya Rabbal Alamin.





Monday, April 22, 2013

suatu masa




How i missed my good old days so muchi!! 
No social networks, no smartphones, no internet.
Ohh, if only i could turn back time.....
-___-







Thursday, April 18, 2013

Rindu sangat

Baru jek masuk ofis ni tapi dah indu anak. Eh? ngenyam sangat dah ummi sorang ni taww. Iyye lah ittte indu anak itte ler... indu pipi yang tak berapa nak tombam dah tu. Indu nak dengar dia ketawa ngekek ngekek. Bahaha. 
Hoi.









Wednesday, April 17, 2013

GPC treatment for baby






Gigi besar, gigi kecik, takdo gigi.
ihihik

Since masa delivery aqif ada simptom susah nak bernafas, maka kena lah kami hadiri special check up utk tahu perkembangan baby normal or not. Not every month la, but 6 bulan sekali baru pegi. Bergantung pada appointment doc. Haa gitu. Last week buat gpc test. Kau jangan tanya gpc tu stand for apa sebab aku lupa. Hahaha. Before ni pun ada buat hearing assessment masa aqif 3m. Yelah, masa dia lahir, tak nangis. Selalu baby bila delivery for sure nangis kan. Tapi aqif tidak.

Yang seingat aku lah, lepas nurse suck lendir bagai semua terus berlari bawak baby tah pegi mana. So aku macam eh? nak bawak pegi mana tu? weii anak aku. Bahahaha. Terus doc bagitau yang baby ada masalah pernafasan sikit. Masa delivery tadi nampak dia sukar nak bernafas. Nafas perlahan. Nafas tersemput semput. Haa entah but gitu lah ceritanya.

So disebabkan itu, kena lah buat pelbagai assessment. Dari telinga sampai ke otak dan segala. Now alhamdulillah dengan izin Allah, aqif sihat sejahtera. Hisap susu pun ok, badan dan tulang pun kuat. Cuma yelah, doc nak pantau kan. Maybe sampai umurnya setahun atau 2. Manalah tahu, time kecik ni nampak ok je, tapi bila dah besar belia kot la ada effection ke khenn.

Semua pic diatas nampak macam keluarga bahagia je. Eceh nak poyo jugek. Ye, itulah aqif sekarang. 6m 3w sudah semasa gambar ini diambil. Pipi tombam tombam dah ilek. Nampak macam dah kurus lah pulak anak den dalam gambar. Kalau ada 10pcs pic, aku berani cakap 9 drpd nya adalah pic daddy dan aqif sahaja. Asyik dia, dia dan diaaaa je. Nasib lah aku sayang both of them. Last pic tu buat aku geramm rase nak picit muka sekor sekor. Pipi anak den ada serupa ummi dia tak?? Hihihihi. Till then, nnt ku update lagik.






Tuesday, April 09, 2013

Aqif first ever fever

Amboihh tajuk tak boleh belah, kihkihkih. Ye lah, anak kesayangan kot (buat masa ni sebab baru beranak satu) demam yang melampau sampai melepek. Aqif demam malam semalam. Nak kata kuat idak lah, on dan off. But aku still pantau sebab risau. First time dia demam gini, tidak ku lena tidur. Demam nak tumbuh gigi bak kata doc yang treat aqif. Betul lah tu. Dia dok gigit mainan, gigit kain dan etc. Kaki umi pun nak gigit jugek.

Tidak lah ku datang keja semalam. Nak jaga anak domam punya pasal. Very the risau ok. Nak tinggal rumah pengasuh macam menyusahkan. Maka aku ambil langkah berjaga. Bersengkang mata bersilat kaki dan tangan menjaga si kecil. Dia tidur, umi pun turut tidur, kehkehkeh. Serius tak pernah aqif demam sebegini. Aku chuak, daddy lagi chuak. Alah, budak nak membesar, biasa lah. Makpak yang over gituh.

Semalam, pagi after bangun dari tido. Nampak ceria sikit. Sikit le. Itu pun puas aku buat lawak bodow nak kasi dia gelak ketawa. Tengok lah tu, sengeh je. Buat orang geram tau. Lepas tuam kepala baru ok. Pening agaknya. Usap usap kepala dengan penuh kasih sayang. Ewah. Nak manja lettew. Ok layan kan.

Lepas mandi, makan sesuap dua, susu reject, terus giniiiii. Alahai anak, sayu hati ummi ni haa nengok dikau. Meh lah kasi domam tu kat ummi meh. Bayangkan, dah bangun tido. Golek golek come to ummi. Terus melepek cam gini. Pastu sambung tidur lagi dengan keadaan meniarap macam zaman kekecik dia. Hati mak mana lah yang tak risau. Dah la risau, susah hati pulak tu. Tido pun tak cukup. Ni kalau daddy pun berjangkit domam gak, kosan eh ummi kena belah dua la. Supermak giteww.

After daddy balik keja malam tadi terus ku bawa ke klinik. Bagi makan ubat demam yang power tu, Alhamdulillah syukur aqif dah kebah. Walau tak sepenuhnya, tapi ceriaaaa. Ahaaa.


Kemudian kejap tadi baru dapat pic through whatapps, hamboihhhh sudah pandai pegang botol sendirik. Good job sayang!!! Oh, domam nak dapat upah ye. Cececeaaa. Suka ummi sini tahu. 







Saturday, April 06, 2013

ebm : part 1

Sejak aqif dah start makan ni aku perasan dia memang kuat minum susu. Kat rumah ummi dia la. Kalau kat rumah mak nya tidak lah ku tahu. But aku still bekalkan aqif at least 20oz perday. Kadang habis, kadang mak nya suruh jangan bawak susu lagi sebab banyak. Eh? pesal kat rumah sini ko banyak minum dik oi? Confuse dah ni. Hahaha. 

Orang kata, since baby makin besar, membesar dan terus besaar, susu badan makin kurang. Oh yeah?  Macam dah jadi kat aku la. -___-. Selalu, dulu paling busuk pun boleh simpan stok +15oz perday. Itu untuk simpanan buat stok jer. Kalau campur dengan bagi minum pulak, at least perday aku boleh dapat over +35oz uols. But now, nak buat stok pun dah semputtt, ngam ngam lepas bagi minum aqif utk the whole day. Paham tak ni? 

Ok, camni. Sometimes aku akan bagi aqif minum susu yang fresh, yang baru aku perah or yang aku pam pada hari tersebut. Campur campur la. Since aqif dah pepoyo reject nenen khenn. Contoh, pagi aku bagi stok yang lama, tengah hari aku bagi susu yang baru di pam pada pagi tersebut. Motip? Rasa lah dia barang baru. Asyik barang lama je kan. Dia nak lah nikmat merasa susu fresh. Baru le pelbagai. Eceh.

By now, stok ebm yang lama dah semakin ketandusan. Yang fresh ni pulak semakin tak mengujakan. Aku dah pening kepala.  Camno ni? Camno nak challenge diri ini supaya dapat menyusukan anak sampai umurnya 2 tahun? Hoi tolong lah. Bukan aku dah give up. Tapi rasa tak yakin dengan diri ini. Then kepala otak dah terfikir nak bagi anak susu formula jenis apa jikalau susu badan dah tak cukup. Boleh?? Baahaha. Kemain lagi tu dia punya menyelesaikan masalah. Puiii.

Okeh. Lepas ni nak start balik lah makan lobak putih. Horlicks pun dah habis kat rumah tu. Tak pegi beli lagi. Bukan apa, kedai kat bawah rumah tu dah tutup, dah hilang punca aku nak cari lobak putih kat mana. Malas nak menapak pegi pasar malam. Hoi banyak nyaaa kau punya alasan kan kan kan. Macam dah ''tak nak seribu dalih'' pulak tu. 

 Label, label jangan tak label.
Guna masking tape sebab mudah nak tanggal.
Kalau mark pakai marker kekdahnya susah nak dicuci.
Maklumlah, semua bekas dan plastic aku refill.
Tuh dia time ebm ku banyak melimpah ruah sampai tak muat ruang. Maklum ler, iols tak beli pun deep freezer. Sebab bajet takde lah gini banyak. Pastu macam alah cukup ruang ni, cukup. Bhahaha. Tak boleh belah punya fikir. Banyak ke? Ok lettew dari ada sahabat aku yang berhempas pulas dok buat stok kan. Bagi aku kira banyak la. Itu belum uols nampak ebm stok hok kat rumah mak nya lagi. Kat freezer bahagian bawah lagi tu. Nakkk jugak tak nak jatuh iyee...=)

So motip entry ini dibuat adalah untuk mengimprovekan diri supaya bekalan ebm tak putus. Memaksa diri agar terus berfikiran positif. Bye!



Friday, April 05, 2013

potluck ofismate

Aku teringin nak makan steamboat sebenarnya.
Then khabar kan pada kawan kawan di ofis.
Maka terjadilah potluck yang tak seberapa ni haaa.
Hamboihh teringin katanya.




Tadaaaaaaa. 
Kelas iols dan rakan rakan. Dah macam nak buat kenduri kesyukuran dah.
Kesudahnya, kekenyangan sampai petang sebab makan sampai lebam. Eceh.
Barang barang steamboat beli kat gombak. Eh gombak ke selayang. Entah.
Sebab yang beli tu, bro yang dalam pic diatas. Bro tu lah yang jadi chef of the day.
Dia ni memang minat bab masak memasak. Rajin tolong bini kat dapur.
Dengar kata pizza pun dia boleh buat. Hadoiii, memang kelasss kau jah.
Bahan yang lain lain ada yang iols bawak. Dah kata potluck khenn.
Wajib sorang bawak sikit demi sikit. Baru le harmoni gituw.

Steamboat memang fav aku all the time. Lagi ada gril. Ohsem. Mabeles.
Rasa macam nak suruh mr.hubster pegi belanja steamboat jek ni.
Dah, tu je. Malas nak cakap banyak dah.
Bai.





Thursday, April 04, 2013

parenting mode

Rentetan dari entry solid food yang lepas aku dapat banyak komen dan feed back.
Eh? Apenyeee kawan kawan. Jangan le memandang tinggi daku ini.
Gini lah, aku tak teror pun bab bab mendidik, mengasuh dan menjaga anak ni.
Anak aku baru satu. Ye, satuuu je. Belum dua, tiga mahupun empat.
Masih bertatih lagi pasal ilmu parenting.
Lately aku sangat rajin menggugel resepi makanan utk baby since aqif dah pun start makan.
Ini namanya hormon keterujaan. He he heeeee.
Bila aku gugel, search dan dapat info yang berguna, aku rajin nak kongsi dengan uols.
Since agak ramai disekeliling aku ini dah jadik mommy khenn.

Ok, faham konsep tak?

Aku tak nak la disebabkan entry sebegitu, ada yang anggap,
ohh teror la ummi aqif ni.
Jangan kawan kawan. Aku ngak mahu begitu ya.
Aku pun still belajar lagi nak jadi ummi yang terbaik utk aqif. (dan bakal adik adiknya. opss)
Sharing is caring kan. So, aku share but jangan expect yang aku tahu banyak perkara.
Aku pun masih berguru lagi pada mereka yang dah ada baby.

Kalau uols ada info yang berguna, share lah dengan aku.
Aku pun nak tambah ilmu pengetahuan pasal parenting ni jugak.
Mana lah tahu, benda yang aku tak tahu, uols tahu. So boleh la aku aplikasikan kat aqif.
Kata buah hati pengarang jantung.
Bila dah biasa nanti, takde lah aku kekok nak membela anak yang seterusnya. Eceh.
Bajet macam tengah pregnant je tauu.
Eh, iols tak preggy lagi ler. Baru je buat upt pagi subuh tadi. Kosan eh, -ve.
Ohh yeah. Boleh la aqif bermanja kaw kaw sek dengan ummi and daddy dia lagi.
Tapi kalau ada rezeki awal, iols tak menolak.
Bukan kah anak itu pembawa rezeki?
=)
hoi main kasar nampak??