life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, April 23, 2013

Oh baru ku tahu

Well, kalau aku keja petang memang banyak masa terluang. Ewahh. Eh bukan takde koje, cuma kurang sikit lah berbanding aku masuk keja pagi. Haa gitu. Matiks lah weh kalau bos aku baca ni... hahahawau.  Selalu time keja petang ni lah aku tersangat rajin update belog. Update, then buat auto publish. Memang dasar pemalash khenn. Ok bukan itu point nya disini. Sebenarnya aku nak cerita pasal satu benda ni. Benda apa?

Sebenarnya baru ku tahu istilah Exclusive Pumping (ep) adalah untuk ibu ibu yang tidak menyusukan anaknya secara direct feeding. Dan aku lah tu ibu ep. Since aqif telah mengada kekeliruan puting, maka aku adalah ibu muda yang tegar mengepam susu walau dimana saja daku berada. Memang leceh sebab kalau kau nak bepergian, for sure kena bawah breastpump. Itu satu. Belum lagi aksesori nya. Dengan ice pack. Cooler bag. Beg pemanas susu. Dan macam macam. Kira sepatutnya kau boleh bawak diapers bag sahaja, tapi kau tambah satu lagi beg pump. Dah jadik dua beg. Ok sangat lah berat sebab ya ampun aku pakai spectra 3. (Tak leh kutuk sebab itu dah jadik second nyawa kau dah tu, mihmihmih)

Ramai orang ingat aku direct feeding (df) kan aqif sebab nampak aku hari hari pump susu kat ofis. Takdeeee, aqif dah reject nenen tahu. Dah tak nak. Baginya dah tak sedap dan lembik. Eh??

So now uols boleh la gelarkan aku ibu muda yang ep. Yang gigih memerah susu untuk anaknya walaupun now mengalami kemerunduman susu yang maha hebat tapi still bersemangat lagi untuk menghasilkan susu badan supaya anaknya dapat menikmati kenikmatan susu ibu yang berkhasiat tiada tandingan sehingga umurnya mencecah 2 tahun. 

Ya Allah aku memohon kepadanya, izinkan aku menyusui anak ku sehingga umurnya 2 tahun. 
Ameen Ya Rabbal Alamin.





No comments: