life is beautiful

life is beautiful

Thursday, May 23, 2013

pregnancy momen


Ohoiii, masuk magazine gituh. Actually tak silap aku magazine ni dah launch beberapa bulan yang lepas. kahkahkah. Sila lah lempang aku pleaseeee. Ku telek smartphone, ku nampak gambar ini lalu ku mahu tepek di sini. Hamboihh porot ku yang boyot itu. Dengan pipi yang tombam sepinggan. It's been 36w pregnant. Kot. Lupa lah. Tapi nampak tak porot tuuu. Aqif lah dalam tu...hihihihi.

Rindu.

Bila lah anak nak besar cukup 3y nih. Nak pregnant balik. Sebab best ohh pregnancy momen ni. Entah.... Ke aku je yang poyo poyo. Ke camane? Ah lantak lah. Tapi aku suka time pregnant. Dan aku doakan pada kawan kawan yang tengah tcc tu supaya banyakkan bersabar. In Sha Allah ada rezeki untuk kalian. Cuma cepat dan lambat je. Yang penting rajin usaha, berdoa dan tawakal. Aku dulu pun almost 8m baru lekat. Tu pun dah gabra. Kot la aku yang ada probs ke laki yang tak betul ke mana nak tahu kan. Dan yang paling penting, jangan stress and jangan brharap sangat. Just go with the flow. Eceh. Kau boleh lah nak nasihat orang bagai sebab kau dah ada satu kan. Takde, aku memberi support kat kawan kawan je. Yelah, tak rezeki kau kat situ maybe rezeki kau kat lain. Haaa, gituh la konsep.

Dah tu je nak membebel. Bai.






nom nom nom


Lunch dengan bebudak ofis. Itu pun nak tepek khenn. So annoyinggg. hikhikhik. Takdeee, sebenarnya nak cakap sangat delicious. Eh yeke? Ke sebab lapar. Sebab breakfast tu makan biskut dengan horlicks je. Hantam saja lah labu, Ada aku kisah. Aku amik grilled glory dory. Sebab nak makan nasik kan. Lepas tu nak rasa lah dory nya sedap ke idak. Ok not bad. Cuma nasik ciput. Buat tahi gigi je boleh la. wakakaka. Dasar pemakan banyak.


And last but not least,
tadaaaa.....


Ada bran ke nak cuba? Hamboihhh kelas mak.





Wednesday, May 22, 2013

pengubat stress

Dan boleh menambahkan lelemak. kahkahkah. Iyeeee, mr.hubster sangat suka choc ni dan secara tak langsung mengheret daku jua. Hasil dari mengirim boss yang attend kursus kat langkawi maka kami borong 10pax sekaligus. Stok utk tiga bulan katanyeeee. 



*meltinggggg*
saja mention harga. =)

Boleh makan sampai pitam, sampai pejam pejam mata kooo. Siap saiko sapa makan paling banyak, sapa yang open dulu pun jadik hal. Tak boleh belah dua dua laki bini nih. Bahahaha.





Tuesday, May 21, 2013

got u!


Nampak tak? Nampak tak?
Keknis in da house!!!!!!
Hahahaha i got u!
Baru lepas balik dinner terus ternampak oh ada recording and then whoaaaaa, keknisssssss!!!!
Sangat admirer dia tahu. *shy*
Matiks lah weh.
Nak stalker keknis jap lah kat ig. Nak upload pic nak tag dia. Muahahaha.
Bai!







Tuesday, May 14, 2013

nafkah

Copy paste dari Bicara_Agama utusan online.


DUA minggu lalu saya menulis mengenai nafkah isteri dan kewajipan suami membiayai isteri dan anak-anak. Isu ini penting dibincangkan kerana hari ini kebanyakan wanita bekerja dan membantu meringankan beban kewangan rumah tangga. Dahulu, bapa atau suamilah ketua keluarga yang menjadi orang utama yang membawa rezeki ke rumah.

Ketika itu. banyak juga ibu-ibu kita bekerja di sawah, menoreh getah, menjaga anak orang, menjual kuih, mencuci baju di rumah orang dan sebagainya. Mungkin kerana semua kerja itu dibuat dalam keadaan yang tidak formal dan tidak memerlukan sijil, maka ramai menganggap ia bukan suatu pekerjaan.

Hari ini wanita berkelulusan tinggi dan menjawat jawatan tinggi serta bergaji besar. Kebanyakan anak perempuan juga menyara keluarga. Tanggungjawab yang dahulunya hanya diserahkan kepada anak lelaki. Malahan banyak juga suami yang memilih untuk menjadi 'suri rumah'.

Dalam situasi yang telah banyak berubah ini, siapakah yang wajib menanggung dan kenapa?

Seperti yang telah saya tulis dalam artikel lalu, tugas dan tanggungjawab menyara isteri jatuh ke bahu suami seperti yang telah disebut dalam al-Quran. (rujuk al-Talaq: 7, al-Baqarah: 233 dan al-Talaq: 6)
Oleh kerana pada zaman dahulu wanita tidak bekerja (dalam bentuk kerja formal), maka isu nafkah isteri bekerja tidak timbul. Mazhab-mazhab lain selain Hanafi tidak menyebut secara jelas tentang hak nafkah seorang isteri yang bekerja. Hukum nafkah isteri yang bekerja boleh dirumuskan berdasarkan, sama ada isteri taat atau nusyuz kerana seorang isteri perlu meminta izin daripada suami terlebih dahulu dalam segala urusan.

Ulama Maliki dalam sharh al-Sawi menyebut, antara syarat nafkah adalah isteri tidak nusyuz. Sekiranya isteri menahan diri dan suami tidak boleh berseronok dengan isteri, hak nafkah digugurkan. Ulama Shafi'i pula menyebut, nafkah wajib bagi isteri dengan akad perkahwinan yang sah dan kemungkinan untuk berseronok pada bila-bila masa.

Disebut dalam al-Muhadhdhab, isteri merdeka yang menyerahkan diri untuk suaminya pada waktu malam sahaja tidak berhak ke atas nafkah, kerana penyerahan itu tidak sempurna. Ulama Hanbali menyebut dalam al-Mughni, sekiranya isteri keluar rumah tanpa izin suami, maka gugur haknya ke atas nafkah.

Berdasarkan pendapat-pendapat fuqaha di atas, 'Abd Fatah Amru, seorang ulama kontemporari merumuskan, isteri yang bekerja tidak berhak ke atas nafkah sekiranya suami menghalangnya daripada bekerja. Ketika mereka berkahwin dan isteri adalah seorang yang bekerja, maka suami berhak menyuruhnya berhenti kerja. Jika si isteri tidak berhenti, maka dianggap nusyuz dan gugur nafkahnya.

Bermakna juga, seseorang isteri yang bekerja pada waktu siang hari dan suami meredainya dan tidak menghalang isterinya bekerja, maka hak nafkah tidak gugur dan wajib ke atas suami untuk memberi nafkah kepada isterinya. Walau bagaimanapun, sekiranya suami tidak meredai pekerjaan tersebut dan menegah isteri daripada keluar bekerja dari awal perkahwinan mereka, maka suami tidak wajib menyara isterinya jika isteri tetap keluar bekerja.

Sekiranya suami membenarkan isterinya bekerja pada permulaan perkahwinan, kemudian menyuruhnya berhenti kerja, maka isteri wajib berhenti kerja. Kalau isteri tidak berhenti, maka suami tidak wajib membayar nafkah kerana isteri nusyuz. Muhammad Mustafa Shalabi dalam bukunya Zakiy al-Din Sha'ban menambah, sekiranya isteri bekerja di rumah seperti menjahit, mengarang buku dan sebagainya yang tidak mengganggu menunaikan tanggungjawab perkahwinan, maka haknya terhadap nafkah tidak gugur.

Pendapatan

Jika dilihat daripada pandangan ini, jelas, tiada hujah yang bertepatan dengan zaman ini kerana situasi yang berbeza. Hari ini jarang sekali seorang wanita itu tidak bekerja sebelum dia berkahwin. Kebanyakan suami, sebelum dia mengahwini isterinya, mengetahui bahawa isterinya bekerja dan menyara keluarga. Bukan itu sahaja, banyak isteri mempunyai pendapatan lebih tinggi dan isterilah yang menjadi penyara dalam rumah tangga.

Dalam keadaan seperti ini, apakah hukumnya? Di Mesir, sekiranya pada masa perkahwinan mereka, isteri adalah seorang yang bekerja dan suami tidak menghalangnya daripada bekerja, nafkah tidak gugur kerana beliau juga tetap melangsungkan perkahwinan walaupun tahu bahawa isteri adalah seorang yang bekerja dan suami tidak pula mensyaratkan isteri supaya berhenti kerja ketika berkahwin.

Jika situasi di Mesir ini diguna pakai di Malaysia, maka wanita yang bekerjaya dan menjana pendapatan keluarga perlu jelas tentang kedudukannya apabila dia berkahwin. Oleh kerana hukum nafkah itu wajib ke atas suami dan bersyarat, maka isteri yang bekerja perlu jelas tentang kedudukan itu. Tambahan pula nafkah bergantung kepada kemampuan suami. 

" Seorang lelaki yang berkahwin dengan wanita yang bekerja, perlu tahu bahawa dia tetap wajib memberi isterinya 'makan, minum, tempat tinggal dan kemudahan asas' yang biasa diberikan kepada seorang isteri mengikut kemampuannya. "

Mazhab Shafi'i dan satu pandangan dalam mazhab Hanafi mengatakan bahawa kadar nafkah adalah berdasarkan kepada keadaan suami. Sekiranya suami seorang yang miskin, maka nafkah adalah mengikut kemampuannya walaupun isteri adalah seorang yang kaya. Ini berdasarkan surah al-Talaq ayat tujuh. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: 

"Berbelanjalah makanan (para isteri) daripada apa yang kamu makan dan berilah pakaian mereka daripada jenis yang kamu pakai. Jangan kamu pukul mereka dan jangan kamu memburuk-burukkan mereka."

Oleh itu, suami walau apa kedudukan kewangannya, wajib membayar nafkah kepada isterinya mengikut kemampuan walaupun isteri bekerja dan berpendapatan lebih tinggi. Bagi pasangan yang ingin berkahwin, isu nafkah dan kewangan keluarga perlu dibincangkan semasa hendak melangsungkan perkahwinan. Saya dapati daripada kajian, ini adalah antara sebab perceraian kerana suami tidak tahu tanggungjawab dan isteri tidak tahu haknya.

Bakal suami, semasa hendak berkahwin, kira pendapatan anda. Mampukah anda memiliki seorang wanita, menyara isteri dan anak-anak hasil perkahwinan tersebut dengan gaji anda. Isteri pula, semasa hendak berkahwin, demi cinta sanggup berkorban apa saja. Anak-anak gadis berpendapatan tinggi sanggup mendahulukan wang hantaran dan belanja kahwin asalkan perkahwinan dapat dilangsungkan dengan lelaki pilihan hati.

Jika masa hendak berkahwin sudah sedia berkorban, maka anda akan terkorban dalam sebuah perkahwinan yang tidak seimbang atau sekufu.




Noted.

Terima kasih kerana mengingatkan saya pagi tadi dan terima kasih jugak kerana menyara saya selama ini.






Sunday, May 12, 2013

cari duit sendirik





Bagus budak nih. Kocik kocik dah pandai cari duit sendiri nak beli pampers. Pagi sabtu seringkali ngikut ummi dia pergi work. Hahahaha bukan rela, tapi kena paksa rela. Tidak sapa nak jaga awak kat rumah sensorang. Daddy work, ummi pun work maka awak kena ikut ummi la. Kalau ikut daddy alamat awak lapor susu lah jawabnye. 

Tuh dia baju kemain tebal. Uncle kat workstation ummi cakap ini baju eskimo. Bahaha kelass ko nak. Cuaca panas kat malaysia kau selamber je pakai baju tebal gini. Takdeee, masalahnya kat workstation aku tu sejuk kemain. Memang aircond  untuk server so kalau bawak budak kecik ni mesti pakaikan baju tetebal. Biar dia rasa panas selalu. Huhuhu.







Thursday, May 09, 2013

pre-GE13

The day before GE13, kitaorg masuk kl. Nak cari kasut buat mr.hubster. Macam macam lah orang jantan ni. Kasut keja la, kasut badminton la... bla bla bla. Maka kita ke mall lah jawabnya. Dan thank god kerna jalan tak jammed. Parking pun senang. Walaupun ada lah sesetengah jalan tu ada buat flash mob. Eh? Tak jugak. Just reformasi kecil kecilan sebelum tiba esok hari. 


Ini kalilah. Lain kalilah. Apa apalah. Ekonomi macam tu gaklah. Grrr grrr marah ni marah ni.

Kan dah cakap yang aku atas pagar so mana umat yang cerighta itu ini aku layan je. Ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tapi bukan keluar semua, aku simpan tapis tapis sikit. Ada lah modal buat bertekak dengan mr.hubster nanti. hakhakhak.

 Menung
 Fikir
 Cuba
 Tanya
Tak puas hati


Kahkahkah. Ya ampun kemain lama dia belek membelek. Kosan eh yang tu takdak size 8. Tapi nak jugak yang tu, acaner. Hak yang lagi satu macam tak berkenan tapi ada size 8. Haa tu yang pening kepala tu nak pilih. Pastu sampai ketiduran lah si bujang kocik nih.


Ater, before cari kasut kami makan isi perut dulu. Laporrr. Seharian duduk rumah rehat charge energy. Pepetang sikit baru keluar jalan. hikhikhik dasar pemalash nak masak dulu khenn. Ohh, memang kalau keluar jenjalan skrang aku bawak kan bekal porridge si anak. Itu yang bila kami makan, dia pun makang. Kalau tak asyik nganga je tengok orang makan. Nak suap kang tak sesuai lak makpak punya makanan boleh buat ko cirits. Haa nilah jadinya, lepas makan sebowl porridge langsung ketiduran. Nasib lah tak kisah environment bising. Bagus anak nih. Thumbs up. =)

Ya udah. da-da.







Monday, May 06, 2013

bersatu kita teguh, bercerai kita cari lain lah!

Dah, tak payah nak meroyan sangat dengan display picture yang blackout tuh. Terimalah dengan tangan, hati yang terbuka. In Sha Allah mudah mudahan ada lah rezeki untuk penggal yang akan datang. Cececeaaa.... 

Naik keja hari ni topik utama tak lain tak bukan tentu la pasal pru13 semalam. Ye. Aku pengundi atas pagar. Jangan tanya kenapa sebab aku ada alasan aku yang tersendiri. Biar aku dan tuhan je yang tahu. -____- Tiap orang ada pandangan masing masing. Tapi jangan disebabkan perbezaan fahaman parti politik hubungan persahabatan, kekeluargaan jadik renggang. Kita negara majmuk, negara demokrasi. So kalau kau nak bersuara pun, jadilah rakyat yang bersuara dengan bijak. Tak perlu nak pungpangpungpang macam kau sorang je yang pegi buang undi semalam. Macam kau tu 24/7 duduk kat sebelah parti mana yang bertanding. Bajet tahu semua isu. Puiii. Bengang lak aih dengan manusia sebegini. Kahkahkahak. Chill, jangan marah ok. Peace yo!

Meh sini tengok video kasi sedor sikit diri tu. 


Aku orang islam. Aku jugak bangsa melayu. Aku rasa sayu dengan semua ini. Semoga dipermudahkan segala urusan duniawi dari hari ini hingga lima tahun akan datang. Save Malaysia!


Selingan,
Eh?







Sunday, May 05, 2013

lagho

Boys will always be boys. Ihik. Ko jumpa celah mana pun sikap kengenyaman nya selalu sama. Tak kisah lah dah ada bini ke, dah ada anak ke, or baru nak ada bini (tu yg buat selalu kantoi) or yang still bachelor tu lagi lah macam hawau. Okay bukan nak cakap aku takde pengalaman. Ater, di alam pertunangan macam macam hal. Tak kau yang buat hal maybe aku. Tapi peratus nak buat hal aku tak banyak lah. hewhewhew. Ok tipu.

Since lately ni dah banyak sangat network applications for smartphones, wechat, line, viber, whatsapp etc. Lagi lah peratus kecurangan kau terhadap hubungan yang sedia ada mencanak naik tahu. Fake or not cer tengok diri sendirik. Kau berhubungan dengan someone, chit chat, sms, share pics, share pic profile (almost girly yg baru nak naik dp macam urghh sexy gituh) dah mengundang eh nak berkenalan lah. Alah kenal di alam maya je kot. Tarahal. Ye aku faham tak kan lah nak fun fun dah jatuh curang. Tidak. Bukan begitu maksud aku. Ni aku tengok keadaan sekeliling lah. Kalau tak betul maaf kan aku.

Bab share pics itu satu. Belum lagi diwaktu kebosanan mu (laki cari rezeki, bini buhsan duduk rumah sensorang/bini keje tak tentu, laki kurang kasih sayang) dimana pada mula nya, tidak sengaja melayari applications berikut dan terjumpa pic awek/balaks cantek hensem kebabomm terus add lantas mula jadik kawan. Bila bohsan cari mereka. Bukan cari laki/bini utk melayan waktu kebosanan mu walhal sebenarnya itulah peranan laki/bini. Ye aku tahu sekadar teguran hi! how are you. What are you doing. Tapi dan dan melarat pulak ke soalan yang berikutnya. Ahaa nampak permainan disitu. Yang pada mulanya sekadar suka suki terus jadi kalau sehari tak berhubungan jadi rindu. Hoii memang kau orang cari bala. Itu lelaki. (Maafkan i lelaki if u sentap dengan statement i)

Kalau orang perempuan pulak yang ada account wechat or else confirm ada group khenn. HAIPP JANGAN TIPU. Tak nak cari yang jauh, contoh aku. Tengah buat kerja rumah, masak, kemas dan lipat baju. Ada notifications masuk. Dari sahabat jauh ajak berwechat group. Terus layan, layan dan layan lagi. Dan lupa yang kau banyak lagi kerja belum siap. Bahahaha. Anak nangis takde sapa nak layan. Kau dah lambat nak poie kojo. Astagfirullah, semua ini lagho!

Tak, sebenarnya apa motif entry ini dibuat? Sebenarnya macam ni,

"Jangan bergurau sebarangan dengan hati perempuan. Mungkin nampak teguh tapi hakikatnya hati ini mudah terusik. Jangan menyentuh jika tidak berniat mahu memetik.

- ku kuju khas buat kaum adam. Jangan nak say hai tak tentu pasal dengan kaum hawa, kerna mereka ini amat rapuh hatinya. Sekejapan dah tersentuh dengan kata kata indah mu. Maka jadilah adam yang mahal. Yang hanya beromantika dengan hawa yang dia rasa betul betul memikat hatinya. Barulah rare! Ahaks.

Till then. Da-da.





Wednesday, May 01, 2013

2nd wedding anniversary

Sudah 2 tahun. Atau yang paling tepat, baru 2 tahun. Masih belajar memahami ilmu rumahtangga. Masih bertatih dalam mendidik anak anak. (2 tahun baru dapat satu anak ok lettew) Ku doakan agar ikatan perkahwinan ini berkekalan sehingga hujung nyawa. Sehingga ke syurga. Semoga kami tabah dalam menghadapi liku liku kehidupan sebagai suami isteri / umi daddy. Sabar dalam menangani karenah masing masing. 

Biasalah, gaduh suami isteri membawa ke hubungan yang lagi romantik gitu. Auchh hahahaha. Mood gediks sudah marii. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak suami isteri. Tentu lah ada pasang dan surut. Just kau ikut je aturan. Macam aku. Aku adalah seorang yang penyabar. Wahh statement tak boleh belah. Matiks lah kalau laki den baca. Eh betul apa. Aku sangat penyabar kalau bab jaga budak ni. Bahaha. Jangan le muntah u ols. So setiap pasangan tu kena ada pro and con. Tapi ku akui aku adalah sangat mantul bila laki den marah, aku marah balik. -___- Too many secret, okay titik.

Dah dah. Just nak cakap,
Selamat hari ulangtahun perkahwinan kita yang ke-2, suami. I sayang u. Thanks for the gifts. Insaf i. =)