life is beautiful

life is beautiful

Monday, May 06, 2013

bersatu kita teguh, bercerai kita cari lain

Dah, tak payah nak meroyan sangat dengan display picture yang blackout tuh. Terimalah dengan tangan, hati yang terbuka. In Sha Allah mudah mudahan ada lah rezeki untuk penggal yang akan datang. Cececeaaa.... 

Naik keja hari ni topik utama tak lain tak bukan tentu la pasal pru13 semalam. Ye. Aku pengundi atas pagar. Jangan tanya kenapa sebab aku ada alasan aku yang tersendiri. Biar aku dan tuhan je yang tahu. -____- Tiap orang ada pandangan masing masing. Tapi jangan disebabkan perbezaan fahaman parti politik hubungan persahabatan, kekeluargaan jadik renggang. Kita negara majmuk, negara demokrasi. So kalau kau nak bersuara pun, jadilah rakyat yang bersuara dengan bijak. Tak perlu nak pungpangpungpang macam kau sorang je yang pegi buang undi semalam. Macam kau tu 24/7 duduk kat sebelah parti mana yang bertanding. Bajet tahu semua isu. Puiii. Bengang lak aih dengan manusia sebegini. Kahkahkahak. Chill, jangan marah ok. Peace yo!

Meh sini tengok video kasi sedor sikit diri tu. 


Aku orang islam. Aku jugak bangsa melayu. Aku rasa sayu dengan semua ini. Semoga dipermudahkan segala urusan duniawi dari hari ini hingga lima tahun akan datang. Save Malaysia!


Selingan,
Eh?







No comments: