life is beautiful

life is beautiful

Sunday, May 05, 2013

lagho

Boys will always be boys. Ihik. Ko jumpa celah mana pun sikap kengenyaman nya selalu sama. Tak kisah lah dah ada bini ke, dah ada anak ke, or baru nak ada bini (tu yg buat selalu kantoi) or yang still bachelor tu lagi lah macam hawau. Okay bukan nak cakap aku takde pengalaman. Ater, di alam pertunangan macam macam hal. Tak kau yang buat hal maybe aku. Tapi peratus nak buat hal aku tak banyak lah. hewhewhew. Ok tipu.

Since lately ni dah banyak sangat network applications for smartphones, wechat, line, viber, whatsapp etc. Lagi lah peratus kecurangan kau terhadap hubungan yang sedia ada mencanak naik tahu. Fake or not cer tengok diri sendirik. Kau berhubungan dengan someone, chit chat, sms, share pics, share pic profile (almost girly yg baru nak naik dp macam urghh sexy gituh) dah mengundang eh nak berkenalan lah. Alah kenal di alam maya je kot. Tarahal. Ye aku faham tak kan lah nak fun fun dah jatuh curang. Tidak. Bukan begitu maksud aku. Ni aku tengok keadaan sekeliling lah. Kalau tak betul maaf kan aku.

Bab share pics itu satu. Belum lagi diwaktu kebosanan mu (laki cari rezeki, bini buhsan duduk rumah sensorang/bini keje tak tentu, laki kurang kasih sayang) dimana pada mula nya, tidak sengaja melayari applications berikut dan terjumpa pic awek/balaks cantek hensem kebabomm terus add lantas mula jadik kawan. Bila bohsan cari mereka. Bukan cari laki/bini utk melayan waktu kebosanan mu walhal sebenarnya itulah peranan laki/bini. Ye aku tahu sekadar teguran hi! how are you. What are you doing. Tapi dan dan melarat pulak ke soalan yang berikutnya. Ahaa nampak permainan disitu. Yang pada mulanya sekadar suka suki terus jadi kalau sehari tak berhubungan jadi rindu. Hoii memang kau orang cari bala. Itu lelaki. (Maafkan i lelaki if u sentap dengan statement i)

Kalau orang perempuan pulak yang ada account wechat or else confirm ada group khenn. HAIPP JANGAN TIPU. Tak nak cari yang jauh, contoh aku. Tengah buat kerja rumah, masak, kemas dan lipat baju. Ada notifications masuk. Dari sahabat jauh ajak berwechat group. Terus layan, layan dan layan lagi. Dan lupa yang kau banyak lagi kerja belum siap. Bahahaha. Anak nangis takde sapa nak layan. Kau dah lambat nak poie kojo. Astagfirullah, semua ini lagho!

Tak, sebenarnya apa motif entry ini dibuat? Sebenarnya macam ni,

"Jangan bergurau sebarangan dengan hati perempuan. Mungkin nampak teguh tapi hakikatnya hati ini mudah terusik. Jangan menyentuh jika tidak berniat mahu memetik.

- ku kuju khas buat kaum adam. Jangan nak say hai tak tentu pasal dengan kaum hawa, kerna mereka ini amat rapuh hatinya. Sekejapan dah tersentuh dengan kata kata indah mu. Maka jadilah adam yang mahal. Yang hanya beromantika dengan hawa yang dia rasa betul betul memikat hatinya. Barulah rare! Ahaks.

Till then. Da-da.





No comments: