life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, June 18, 2013

solid food : part 3

Resepi baru untuk anak kesayangan beta. Alah takde resepi baru lah, memang dah biasa buat tapi kali ni aku taruk ikan pula. Ikan apa? Ikan tenggiri yang tak banyak tulang.


Nampak tak? Nampak tak? Bubur nasik campur brokoli, carrot dan ikan tak lupa jugak kurma. Dan yang paling penting TIADA add-on garam. Kurma dan carrot tu dah buat rasa manis. Lagipun sistem pencernaan baby belum matang lagi nak proses garam bagai tuh. Aku ada baca jugak kita boleh tambah mix herbs, tapi aku cannot la. Rasa macam perut aqif belum bersedia je lagi. Wakakaka.

Macamana aku buat?

First, ko masak la dulu bubur nasik tu. Masak kasi bebetul masak, sampai lembik. Then blend sampai halus supaya senang anak nak makan. 
Kemudian, steam brokoli, carrot dan juga kurma. Kurma tu kasi buang dulu bijinya ye. Aku pakai steam rice cooker je. Apa lah guna redeem rice cooker mahal kalau tak digunakan dikala ini khennn. Actually aku ada order kat ofismate blender baby tapi tak tahu la bila jaman nak sampai nya. Maklumlah tak nak jatuh kau pegi order kat obersi sana ye. Kesudahnya aqif dah nak masuk setahun pun agaknya belum shipping lagi. Hoi bila la nak sampainya blender tuu. Grrrrr.

Ok, back to the main point. 

Dah siap steam semua tu, kau blender juga macam bubur nasik tadi. Maka jadi lah dia puree. Kenapa aku blender asing asing? Supaya mudah aku nak asing letak dalam cup. Aku tak campur dulu bubur nasik dan puree tu sebab aku kan nak buat stok for 2-3 days sekaligus. Kalau dah asing asing kan nanti senang lah, bila nak guna aku ambik je apa yang aku nak. Let say, if makan petang selalunya aqif makan banyak. Aku amik 2 cup nasik, 1 cup puree then panas kan sahaja. Meaning nya disini, supaya kau tak membazir la. Faham tak. 

Ada sesetengah mommies dia campur terus bubur dan juga puree nya. Ohh idak ler, sebab kang nanti tak pasal bubur nasik tu jadi basi lak. Nasi kan tak tahan lama. Itu baru satu resepi. Sebenarnya kalau ikut kan banyak lagi. Boleh lah kalau nak campur sayur ngan ayam, sayur ngan ikan ke. Tapi daging aku tak apply lagi kat aqif sebab nya aku tak yakin perut dia boleh terima daging tu. Wohohoho punya lah obses umi kau ni kan.

Its puree apple+kurma. Shedappp. Aqif makan satu cup tak cukup. Siap nak mintak tambah lagi. Amboiihh.

Haaa, macam ni lah aku buat. Yang putih tu of course la porridge. Aku buat tak banyak. Sekadar tahan untuk 2-3 hari. Well, macam yang aku cakap tadi, nasik tak tahan. Nanti cepat basi. So tak perlu nak buat banyak. Yang cokelat orange tu la carrot+brokoli+kurma. So delicious. Try lah kat your baby. Boleh google resepi macam ni kat internet. Berlambak. Tapi aku suka ikut aku-punya-suka. Hahahaha. Aku just refer pada jadual dibawah and then apply kan kat baby.


Mana tah aku rembat. Bagus lah untuk buat reference bila kau nak bancuh porridge baby. Aku tak apply lagi sweet potato and pumpkin kat aqif sebab aku rasa macam anginnnn je. Aku dan mr.hubster memang bangsa berangin punya badan. So aku takut gak kemungkinan aqif ni ikut baka kitaorang. Maka tak apply lagi. Maybe soon. Sebab macam sodap je tengok sweet potato kat pasar malam hari tu. Ini kalau kasi aqif makan ni tentu dia suka. Cececeaaa.

Macam best kan buat kan porridge sendiri untuk your own baby. Dah la sedap, penuh kasih sayang lak tuh. Itu yang buat baby makan pun berselera. Berkat hasil air tangan ibu lah katakan. Aku tak cakap pung aku teror buat semua tu. Me masih learn and listen dari mommies yang berpengalaman. Tak pun aku bukak  je internet and gugel. Teknologi dihujung jari. Sometimes petua yang lama dah tak boleh pakai dah. Dah ada penambahbaikan untuk di sesuaikan di zaman sekarang. Tapi kalau takde yang lama, takde lah yang baru ye tak? Maka kita try and error lah ye. 

Orang tak paham nape baby perlu fully susu ibu pada 6 bulan pertama nya. Tak paham ke buat buat tak paham ke or memang tak nak paham. Kalau yang takde rezeki nak fully bf for first 6 months tu tak kira lah.  Dah izin Allah rezeki baby dia takat tu. Maybe sebab susu tak banyak / faktor makan ubat or else boleh terima lagi. Ini yang ada dah sumbat nestum kat baby early 4 months itu aku macam tak paham. Hoi perut baby kocik yo. Ada lah segenggam tangan baby tu sendiri. So tak yah la risau baby tu lapar. Banyak lagi masa baby tu nak membesar dengan makanan. Ke ko nak baby ko bambam. Haaa yelah. Bambam pastu the end usus rosak. So biar lah anak aku tu biasa biasa je janji sihat walafiat tak menyusahkan umi and daddy dia. 

Terkadang kita ni nak ikut orang je. Anak org tu macam tu oh aku pun nak anak aku macam tu gak la. Tapi kita tak sedar akibat yang akan datang. Cubalah rajin kan diri tu membaca. Baca, fahami dan belajar. Tak luak pun hidup kau dengan bazirkan masa untuk mentelaah. Ilmu tu kan penyuluh kehidupan. Tak tahu, bertanya. Reti. Aku pun masih di proses pembelajaran lagi.

Wahh, dah melalut dah entry aku ni. Cadang nak cerita pasal solid food je. Ini dah meroyan macam kaklong @ teduhan kasih ni pehallll. Ok lah bai.






gigi sudah tumbuh dua

Ingat ingat lupa tarikh nya tapi yang pasti, 8m 2w aqif dah tumbuh gigi. Hoyeh. Keterujaan seorang mommy tahu. Hari hari aku dok usik gigi dia tapi biasalah aqif kan, kedekut nak bagi umi dia tengok. And now aqif dah ada dua gigi. Comelssss. Keja nya sekarang asyik nak senyum menyeringai macam budak gatal kihkihkih.

Tengokkk tu. Geram aku ni tahu. Rasa macam nak cubit picit picit pipi tombam tu. Dah pandai dah, bila orang nak ambik gambar sibuk nak senyum. Kot gigi awak tu penuh okay lah jugak. Ini baru dua, dah macam tupai dah. Tapi tupai gigi kat atas. Amboi umi sama kan aqif dengan tupai ehh. Pukul kang baru tahu. huhuhu.


Haiii!! Comel tak saya?? Ingat kakton je ke yang comelss, saya pung comelss kuasa dua tahu. Ye, saya tahu kamu semua geram kann. Sabar, sabar. Meh tengok gambar di bawah pulak.


Tadaaaaa.
Teruk tau umi ni. Ada ke patut amik gambar kita rupa gini. Kahkahkah. Sangat lah kelakar sebab aku pun macam, eh budak ni senyum pahallll gaya gini. Aku tak pernah lagi ajar anak aku senyum depan kamera tapi kau orang tengok lah. Hadoi, fening. Yelah, macam budak kecik lagi kot. Lagipun mr.hubster marah kalau flash cam dedepan muka aqif. Eleh, yelah. Sayang anak lebih nampakk.





Wednesday, June 12, 2013

milk booster

Yeay.
Its been third times.
Maklum lah, semakin besar anak, semakin kemerunduman lah susu badan kita. Eceh. Haa elok lah tu. Dengar sangat le cakap orang. Tak yakin dengan diri sendiri. Hahahahaha

Tuh dia, kali ke-3 aku beli ngan akak yang aku selalu order. Bukan apa, sekali guna pastu rasa macam best and ada poten maka why not kita teruskan. Ye tak? Ada jugak dia suh aku jadik ahli. Bayar sekali je pastu otomatik jadik ahli. Tapi aku macam ahh malas le. Aku suka suka je. Suka tolong orang dengan membeli dengan orang. Nak carik carik cust ni malas. Takde koje. Koje hakiki pun terkangkang kangkang nak buat ini kan pulak nak buat side biz. (buat masa ni lah. kot lepas ni aku buat side biz korang kena suppot tahu!)

Tahniah le kepada kawan kawan ku yang dah jadi ahli. Dah jadi independent distributor. Keep it up. Sambil membeli sambil menjual. Dapat untung boleh beli baju untuk anak. hihihi.

Kenapa aku stay dengan benda alah ini?

First, sebab esp buat susu badan aku pekat dan berkrim. Wahh ko. Susu alhamdulillah production makin banyak. Not melimpah ruah but cukup lah utk anak kesayangan beta. Estimate time utk mengepam semakin cepat means kalau 25min boleh dapat 5oz, la ni 20min ko boleh up to 7oz. Reti? Jimat masa mak. Lagi, buat kulit kau tampak halus. Halussss. Wahahaha actually aku tak perasan pun sebab kulit ku bukan jenis bermasalah maka tak tertengok pun before and after amalkan esp ni. Tapi ye lah, kulit muka ni ada lah macam light gituh. Lengan tak yah nak pakai losyen. Siku pun nampak takde kulit kering.

Second, alfalfa menjaga kesihatan wanita ku. Like macam kau guna kacip patimah gitu tapi ni versi modern and mudah. Nak nak aku yang baru lepas beranak sorang kan. Harus lah makan supplement bagi mengekalkan keremajaan badan. T___T. Juga bertindak sebagai milk booster. Memang terasa perbezaan nya. Hiks.

Eceh, ni dah macam iklan promote barang je gayanya. Lah, aku kan suka nak share benda yang mendatangkan manfaat pada korang. Jadi, nahhh. Ini yang aku amalkan. Korang kalau kabur lagi apa lagi pegi lah rajinkan diri menggoogle apa kejadahnya semua ini. Aku bukan distributor maka aku kurang arif. Kang cakap lelebih kang tak pasal kena sound dengan mereka.

Dah, tu je nak share. Ta ta. 





Friday, June 07, 2013

burger bakar abg burn

Nampak, dah terjebak dah aku ni. Ni semua pengaruh blog lah ni. Kalau tak, takdenya aku nak try burger bakar ni. Entah kan sedap entah kan tidak. So nak tahu sedap ke tidak maka kita kena lah cuba dulu. Tak kenal maka tak chinta iyye tak. 

Balik dari festival belia itu hari, aku terus ajak mr.hubster singgah makan burger bakar. Terlanjur kau dah main area kajang. Hamboi terlanjur katanya. So mencari lah kita di mana letaknya burger bakar abg burn ni. Aku bab jalan ni fail sikit. Bukan fail dah, memang out of service sungguh. Banyak makan semut agaknya. Lepas bersalin ni memang penyakit kelupaan bertingkat tingkat. Tak faham lah nape. Puas jugak aku nak train diri ini kembali seperti sedia kala. Asyik kena bebel je dengan laki mana boleh tahan. Wuwuwu.

Gambar sebelum takde, terus terus je gambar dah tinggal separuh. Bahaha. Jangan marah hokay.

Aku order burn cheese beef je. Mr.hubster order ape ntah. Lupa la sebab order asing asing. Aku nak meatball sebenarnya. Tapi takde lagi. Hoi marah ni. Tujuan asal ku nak makan meatball tahu!


Panjang kisah nya nak pegi makan burger bakar ni. Patut aku nak pegi branch Sunway. Alih alih mr.hubster cakap nanti jammed. So mencari la area kajang-bangi ni. Sampai je, halamak. Hazabedah lah kau branch dia dok kat dalam tempat yang banyak2 gerai makan. Macam pusat penjaja la. Macam kat benteng. Hadoi, aku ingat nak rest n relax la sikit. Sekali tempat ramai orang daaa. Tak seswai la ngan aku yang bawak budak kocik ni. 

Actually before pegi festival belia tu aku keja. Memang dari ofis semata bawak aqif datang keja. So stok susu pun aku bawak dua botol je. Satu dah habis, satu lagi tak panas dimana aku taruk dalam cooler bag. Alahh aku kan ibu EP. Tup tup mr.hubster ajak pegi sekali. Padahal plan awal, dia pegi sorang. So ingat nanti kat kedai abg burn aku nak mintak la air panas nak rendam susu anak aku. Sekali tempat dia cam gitu daaa.. Langsung tak sodap. Ngan order makan gerai lain, order air gerai lain. Then sistem order air dia cam hawau dimana dia guna cawan kertas. Weh, aku nak air panas ler ko boleh cakap pemanas air rosak, air panas tak topup lagi. What the hell yah??

Gini lah roman eh. Air panas dok dalam tu. Botol susu aqif pun tak muat. Bencik. Terus fcuk tempat makan macam ni. Tak sesuai langsung. Kot la pemalas sangat, toksah le buat macam ni. Buat kena maki dgn customer je.


Bape hinggit tu? alaa murah je. Murah lagi dari Carl's Jr. Murah dari burger king. So uolls boleh la pegi makan. Tapi ikut tekak aku, bagi *** je boleh tak? Sebab macam tak rasa umphh sangat. Rencah dia ada kureng sikit. Or maybe aku makan kat branch yang baru bukak kot. Kalau makan kat ampang lain kot rasanya. Entah. Atau aku amik yang original menu. Halah pi lantak la. Janji mak punya mengidam ni dah diperkenan kan. Kehkehkeh.







Thursday, June 06, 2013

festival belia putrajaya 2013

Fefeling belia lah kunun. Hakhakhak. Ikut kan takdenye nak singgah sini. Tapi memandangkan mr.hubster dapat sms mengatakan sapa nak bayar loan ptpk secara lump sum akan dapat 20% discount (am not sure) maka kami pun gagah berpergian. Nasib memang baik sebab masa sampai tak berapa nak ramai orang or maybe hari jumaat, orang dah start cuti sekolah pastu parking pun senang. Bagus, tak sia sia datang. Aku sebenarnya tak bajet pun nak pegi, sebab macam alah nanti crowded, laki aku mana suka tempat cam gini, lagi pun nak bawak aqif, kesian dia pepanas, dah le mamat tu budak-lahir-dalam-ekon. Kahkahkah hamboihh panjang nye kau punya alasan khenn. Tapi dah laki beriya ajak tak kan le nak menolak. Aku sebagai isteri kena lah menurut perintah. Kang ingkar kang kata durhaka.

Jom layan gambar.

Apaaaa? 
1Malaysia. 
Good.

Budak pandang tak puas hati sebab dikejutkan dari tido yang lena. Apadaa umi and daddy ni. Orang nak tido pun tak senang. Bikin panas hati jerr. Nanges kang tahu lah.


Tuh dia, siap ada map untuk rujukan lagi. Maklum lah, booth banyak bebenor. Memang kitorg tak sempat pun nak tawaf semua. Satu tempat je dah berhenti setengah jam camneee. Ikut kan hati semua nak masuk semua nak jelajah. Tapi apakan daya, aku tengok banyak yang utk muda rumaja belia je. So tak sesuai utk aku yang mak mak ni. mihmihmih. Tapi baju banyak sale. Erkk.

Muka tak puas hati lagik tuh. Oii umi daddy cepat ler, orang nak jalan ler. Bukan duduk setempat. Dah le kacau orang time tido.

Daddy biasa la, macam anak tu dah umur 3-4 tahun je dia buat. Aqif tak reti menda pun. Kau tunjuk la kuda tu doploh dua kali confirm dia buat dek je. Muka takde perasaan. Syium lelaju kang. Ini kalau anak dah besar tentu seronots kan. Boleh la bagi dia naik kuda padi tu. Mesti aqif suka. Tapi time tu mesti aku dah ada anak lagi satu or tengah preggy. Hahahah kemain imaginasi tinggi nau.

Jom lah balik. Dah nak hujan dah tu. Tengok langit mendung kemain. Ni sah sah ribut putrajaya ni. Habis la booth korang atap berterbangan di tiup angin. Muah hahahah. 
Mesti korang hangin satu badan kan. Asal gambar je mesti daddy ngan aqif. Pastu semua angle belakang. Hahahahaha. Ok. Aku tahu tu, korang bengang. Aku yang tukang amik gambar ni pun bengang gak. Pasal aku je yang amik pastu daddy haram takde amik sekeping pung gambar aku ngan aqif. Ishhh, sedih ai tau. Aku kena bawak barang semua. Kena tolak stroller. Pegang hp lagi. Nak update ig lagi. Itu yang asyik amik gambar dari belakang je. mihmihmih. Maafkan aku. Muka aku ni mahal tauu.

Tak leh lama kat sini, dah nak petang. Kang sampai rumah nak maghrib kang. Lagipun tak buat apa. Kan tujuan utama nak pi bayar loan. Kesudahnya sistem hang. Kena reboot. Amik masa sejam. Yelah tu, jap lg kami datang pun cam tu gak. So tak le disettlekan loan tersebut. Tunggu lah the next time pulak. Nak tunggu kat dalam booth tu leceh la. Ngan panas bahang nya. So kami jalan je ikut arah kaki. Bawak lah anak berjalan. Menikmati pemandangan yang dia tak selalu nampak. Asyik berkurung dalam rumah je dengan umi. Bosan khenn. hakhak.

Pulang, mari le pulang, mari le pulang, ke pangkal jalan.
lalalala.






Wednesday, June 05, 2013

it's walker

Hihihi, ye aku tahu ramai makpak luar sana tak bersetuju kalau diberi anaknya naik walker. Sebab takut macam memaksa baby develop sendiri untuk berjalan. Eh? betul ke. Ke aku salah. So aku pun begitu juga sebenarnya. Tapi memandangkan aku dah timbang kati tolak darab bahagi semua, berpandukan atas nasihat doktor dan juga atas kerajinan ku mengugel kebaikan dan keburukan nya, lantas ku beli kan jua walker si anak bujang ni haaa.

Ta daaaaa, (maaf kualiti gambar adalah kurang menarik, mommy guna blackberry sahaja. uhukk)




Sampai rumah, tak dan nak mandi semua, terus daddy kerja kan benda alah ni. Kitorg beli kat Manjaku, Bangi. Terlanjur lepak rumah geng susuk kat sana, terus singgah. Ikut kan nak masuk jusco tapi hazabedah nak masuk entrance parking je dah berderet panjang. Ok cannot go. Tak anak yang mengamuk dalam keta, daddy pulak yang bikin panas. So takde nye nak ke sana, tu yg terus ke bangi. 

Mesti korang macam eiii apasal kasi anak masuk walker? tenapa? tenapa? dan tenapa?

Sebab doktor kata kalau baby dah 8m boleh dah nak masuk kan dalam walker. Takde masalah. Lain la kalau anak kau below 6m, tu cannot go lah. Kocik lagi wei. Itu pun aku serba salah sebenarnya. Ikutkan tak nak bagi. Biar lah anak ku belajar berjalan secara naturally. Barulah macam orang dedulu. Eceh. Lagipun aqif dah +8m. So okay la kita beli. Tapi tu bukan tujuan aku yg sebenar. Dahh, berapa banyak sebenar daaa.

Tujuan aku beli walker ni adalah sebab anak aku dah reti nak masuk dapur. Aku sebagai seorang mommy bekerjaya (eceh!) memang sangat memerlukan masa. Tak dan ko nak masak, dia dah merangkak datang dulu dahhh. Nak masuk bilik air pulak. Hadoiii, hazab lah aku khennn. Laki balik nanti nak makan tapi aku belum siap masak. End up, ini lah kesudahnya. Wakaka.

Aku syak lah, aqif ni tak suka pun nak naik benda alah ni. Sebab kalau dia naik, pastu kejap je dah bosan pastu mintak turun. Pastu kalau aku buat boo je dengan yakinnya dia boleh turun sendirik. So bahaya uolls. Maka time time tertentu sahaja aku taruk. 

So aqif, enjoy lah ye nak dengan mainan baru awak ni. Umi ngan daddy siap belikan yang ada nyanyi2 lagi. Yang ada menan boleh goyang2 lagi. Maklong ngan sepupu sepapat awak pun ada portion dalam ini barang tahu. So jangan ngengada nak nakal nakal. Nanti umi syium pipi lelaju kanggg.


Rasa macam nak gelak guling guling je bila tengok gambar ni. Punya lah excited semua benda dia nak godek. Tu alas yang kat kaki tu sengaja taruk. Nak testing. Now tak guna pun. Menyusahkan orang nak gerak sana sini. 



Then, ada kelebihan jugak benda alah ni. Sebab senangggggg banyak kalau aku nak bagi aqif makan. Dulu berpegang dukung bagai. Kali ni haaa dok situ ontok ontok. Tuh dia comot momot anak den. Oh ye, aku tak beli lagi pun high chair sebab daddy kata aqif tak pandai makan sendiri lagi. So postpone. If dia dah reti nak pegang sudu n makan sendiri, baru boleh beli. Okay lah, umi mengikut perintah. Dah kata pakar ekonomi begitu, maka kita ikut je lah. huahuahua.







Monday, June 03, 2013

public transport

Since dah kawin ni aku memang boleh-kira-dengan-jari lah nak naik komuter ni. Bahaha. Bukan apa. Kau keja pun sekangkang kera. Tak laki hantar, kau tumpang orang. Tak pun kau gagah lagi guna kuderat empat kerat. Ater, dah rumah sebelah ofis je pun. Lagi lagi dah beranak pinak ni. Tak koser lah nak bawak anak kocik. Lagi pun kemana? Tentu balik kampung dengan laki. Dia drive keta, aku duduk belakang jadi mem. Kalau dulu boleh le kau naik khhennn. Ok belagak lettew.

Dan bukan tu yang aku nak tekan kan di sini. Sebenarnya baru tak baru, baru lah jugak bagi aku naik komuter setakat ni. Kelass ko, ruang dalam dah besar, lagipun aku duduk yang tempat ladies tu. Tak le macam dulu, sempit. Pastu susah nak pegang tempat pemegang atas tu. Maybe diorang dah sedar yang kebanyakan kaum pempuan ni kecil kemetot je. So okaaay la. Puas hati bagi aku yang sekali kala naik. Eh aku naik bukan waktu puncak jadi sepanjang perjalanan is smooth saja.


Bahaya is danger. Danger is bahaya. So kau jangan le mengada lebih nak stay melepasi garisan kuning. Duduk je kat bangku yang dah disediakan. Kan lebih selamat. Gituh.

Tiba tiba kan ada orang jantan masuk kat tempat ladies ni. Rasa nak sound je setepek. Punya la sebesar alam tulisan yang tertera kat gerabak komuter tu. Aku syak dia ni tak reti membaca. Tapi musykil jugak walhal perkataan gerabak untuk wanita tu dalam bahasa cina, india dan english pun ada. Ishhhhh. Sedih.




Ruang khas utk oku pun ada. Ok lettew. Senang sikit mereka nak bergerak. Takde lah rasa macam takuit  nak naik public transport ni. Tv ni tah zaman bila lah dia taruk. Dulu masa aku jadi pengguna setia komuter takde lah dia nak letak. Anak tiri betul lah aku. Kalau dulu dia dah letak confirm confirm aku lagi selalu nak naik. Tapi sesekali pandang dah macam duduk kat dalam bas rapidkl lah pulak. Ok batak dah aku ni. Sila lah lempang sedas aku please. Hahaha.

So far perjalanan dari kl - shah alam sangat lah heaven takde delay as usual. (or maybe aku naik dah petang dan time weekend). Syabas diberikan pada pihak ktm. Eceh dah macam dia bayar kau je kan nak post pasal komuter ni. Kiranya, dalam 2 tahun aku kahwin, ini lah kali pertama aku jejak kaki naik komuter. Hadoiii gayat. Nasib baik stesen yang aku tengah tunggu train tu tak ramai orang. Boleh le ko snap pics bagai. Kalau kat kl sentral sana idak ler aku nak bersnap bagai.

Last sekali nak cakap, aku suka naik komuter pasal dia ada ladies coach. Tu je. Yang lain aku tak suka pasal lambat, lembab dan ramai orang. Eh, tak boleh ke buat satu train ke bts tbs sajo. Ini semua nak menepek dalam satu train ke seremban sana. Matiks lah weh kalau ada staff ktm stalker aku.

Kahkahkahkah. Bai.