life is beautiful

life is beautiful

Friday, June 07, 2013

burger bakar abg burn

Nampak, dah terjebak dah aku ni. Ni semua pengaruh blog lah ni. Kalau tak, takdenya aku nak try burger bakar ni. Entah kan sedap entah kan tidak. So nak tahu sedap ke tidak maka kita kena lah cuba dulu. Tak kenal maka tak chinta iyye tak. 

Balik dari festival belia itu hari, aku terus ajak mr.hubster singgah makan burger bakar. Terlanjur kau dah main area kajang. Hamboi terlanjur katanya. So mencari lah kita di mana letaknya burger bakar abg burn ni. Aku bab jalan ni fail sikit. Bukan fail dah, memang out of service sungguh. Banyak makan semut agaknya. Lepas bersalin ni memang penyakit kelupaan bertingkat tingkat. Tak faham lah nape. Puas jugak aku nak train diri ini kembali seperti sedia kala. Asyik kena bebel je dengan laki mana boleh tahan. Wuwuwu.

Gambar sebelum takde, terus terus je gambar dah tinggal separuh. Bahaha. Jangan marah hokay.

Aku order burn cheese beef je. Mr.hubster order ape ntah. Lupa la sebab order asing asing. Aku nak meatball sebenarnya. Tapi takde lagi. Hoi marah ni. Tujuan asal ku nak makan meatball tahu!


Panjang kisah nya nak pegi makan burger bakar ni. Patut aku nak pegi branch Sunway. Alih alih mr.hubster cakap nanti jammed. So mencari la area kajang-bangi ni. Sampai je, halamak. Hazabedah lah kau branch dia dok kat dalam tempat yang banyak2 gerai makan. Macam pusat penjaja la. Macam kat benteng. Hadoi, aku ingat nak rest n relax la sikit. Sekali tempat ramai orang daaa. Tak seswai la ngan aku yang bawak budak kocik ni. 

Actually before pegi festival belia tu aku keja. Memang dari ofis semata bawak aqif datang keja. So stok susu pun aku bawak dua botol je. Satu dah habis, satu lagi tak panas dimana aku taruk dalam cooler bag. Alahh aku kan ibu EP. Tup tup mr.hubster ajak pegi sekali. Padahal plan awal, dia pegi sorang. So ingat nanti kat kedai abg burn aku nak mintak la air panas nak rendam susu anak aku. Sekali tempat dia cam gitu daaa.. Langsung tak sodap. Ngan order makan gerai lain, order air gerai lain. Then sistem order air dia cam hawau dimana dia guna cawan kertas. Weh, aku nak air panas ler ko boleh cakap pemanas air rosak, air panas tak topup lagi. What the hell yah??

Gini lah roman eh. Air panas dok dalam tu. Botol susu aqif pun tak muat. Bencik. Terus fcuk tempat makan macam ni. Tak sesuai langsung. Kot la pemalas sangat, toksah le buat macam ni. Buat kena maki dgn customer je.


Bape hinggit tu? alaa murah je. Murah lagi dari Carl's Jr. Murah dari burger king. So uolls boleh la pegi makan. Tapi ikut tekak aku, bagi *** je boleh tak? Sebab macam tak rasa umphh sangat. Rencah dia ada kureng sikit. Or maybe aku makan kat branch yang baru bukak kot. Kalau makan kat ampang lain kot rasanya. Entah. Atau aku amik yang original menu. Halah pi lantak la. Janji mak punya mengidam ni dah diperkenan kan. Kehkehkeh.







No comments: