life is beautiful

life is beautiful

Thursday, June 06, 2013

festival belia putrajaya 2013

Fefeling belia lah kunun. Hakhakhak. Ikut kan takdenye nak singgah sini. Tapi memandangkan mr.hubster dapat sms mengatakan sapa nak bayar loan ptpk secara lump sum akan dapat 20% discount (am not sure) maka kami pun gagah berpergian. Nasib memang baik sebab masa sampai tak berapa nak ramai orang or maybe hari jumaat, orang dah start cuti sekolah pastu parking pun senang. Bagus, tak sia sia datang. Aku sebenarnya tak bajet pun nak pegi, sebab macam alah nanti crowded, laki aku mana suka tempat cam gini, lagi pun nak bawak aqif, kesian dia pepanas, dah le mamat tu budak-lahir-dalam-ekon. Kahkahkah hamboihh panjang nye kau punya alasan khenn. Tapi dah laki beriya ajak tak kan le nak menolak. Aku sebagai isteri kena lah menurut perintah. Kang ingkar kang kata durhaka.

Jom layan gambar.

Apaaaa? 
1Malaysia. 
Good.

Budak pandang tak puas hati sebab dikejutkan dari tido yang lena. Apadaa umi and daddy ni. Orang nak tido pun tak senang. Bikin panas hati jerr. Nanges kang tahu lah.


Tuh dia, siap ada map untuk rujukan lagi. Maklum lah, booth banyak bebenor. Memang kitorg tak sempat pun nak tawaf semua. Satu tempat je dah berhenti setengah jam camneee. Ikut kan hati semua nak masuk semua nak jelajah. Tapi apakan daya, aku tengok banyak yang utk muda rumaja belia je. So tak sesuai utk aku yang mak mak ni. mihmihmih. Tapi baju banyak sale. Erkk.

Muka tak puas hati lagik tuh. Oii umi daddy cepat ler, orang nak jalan ler. Bukan duduk setempat. Dah le kacau orang time tido.

Daddy biasa la, macam anak tu dah umur 3-4 tahun je dia buat. Aqif tak reti menda pun. Kau tunjuk la kuda tu doploh dua kali confirm dia buat dek je. Muka takde perasaan. Syium lelaju kang. Ini kalau anak dah besar tentu seronots kan. Boleh la bagi dia naik kuda padi tu. Mesti aqif suka. Tapi time tu mesti aku dah ada anak lagi satu or tengah preggy. Hahahah kemain imaginasi tinggi nau.

Jom lah balik. Dah nak hujan dah tu. Tengok langit mendung kemain. Ni sah sah ribut putrajaya ni. Habis la booth korang atap berterbangan di tiup angin. Muah hahahah. 
Mesti korang hangin satu badan kan. Asal gambar je mesti daddy ngan aqif. Pastu semua angle belakang. Hahahahaha. Ok. Aku tahu tu, korang bengang. Aku yang tukang amik gambar ni pun bengang gak. Pasal aku je yang amik pastu daddy haram takde amik sekeping pung gambar aku ngan aqif. Ishhh, sedih ai tau. Aku kena bawak barang semua. Kena tolak stroller. Pegang hp lagi. Nak update ig lagi. Itu yang asyik amik gambar dari belakang je. mihmihmih. Maafkan aku. Muka aku ni mahal tauu.

Tak leh lama kat sini, dah nak petang. Kang sampai rumah nak maghrib kang. Lagipun tak buat apa. Kan tujuan utama nak pi bayar loan. Kesudahnya sistem hang. Kena reboot. Amik masa sejam. Yelah tu, jap lg kami datang pun cam tu gak. So tak le disettlekan loan tersebut. Tunggu lah the next time pulak. Nak tunggu kat dalam booth tu leceh la. Ngan panas bahang nya. So kami jalan je ikut arah kaki. Bawak lah anak berjalan. Menikmati pemandangan yang dia tak selalu nampak. Asyik berkurung dalam rumah je dengan umi. Bosan khenn. hakhak.

Pulang, mari le pulang, mari le pulang, ke pangkal jalan.
lalalala.






No comments: