life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, June 18, 2013

gigi sudah tumbuh dua

Ingat ingat lupa tarikh nya tapi yang pasti, 8m 2w aqif dah tumbuh gigi. Hoyeh. Keterujaan seorang mommy tahu. Hari hari aku dok usik gigi dia tapi biasalah aqif kan, kedekut nak bagi umi dia tengok. And now aqif dah ada dua gigi. Comelssss. Keja nya sekarang asyik nak senyum menyeringai macam budak gatal kihkihkih.

Tengokkk tu. Geram aku ni tahu. Rasa macam nak cubit picit picit pipi tombam tu. Dah pandai dah, bila orang nak ambik gambar sibuk nak senyum. Kot gigi awak tu penuh okay lah jugak. Ini baru dua, dah macam tupai dah. Tapi tupai gigi kat atas. Amboi umi sama kan aqif dengan tupai ehh. Pukul kang baru tahu. huhuhu.


Haiii!! Comel tak saya?? Ingat kakton je ke yang comelss, saya pung comelss kuasa dua tahu. Ye, saya tahu kamu semua geram kann. Sabar, sabar. Meh tengok gambar di bawah pulak.


Tadaaaaa.
Teruk tau umi ni. Ada ke patut amik gambar kita rupa gini. Kahkahkah. Sangat lah kelakar sebab aku pun macam, eh budak ni senyum pahallll gaya gini. Aku tak pernah lagi ajar anak aku senyum depan kamera tapi kau orang tengok lah. Hadoi, fening. Yelah, macam budak kecik lagi kot. Lagipun mr.hubster marah kalau flash cam dedepan muka aqif. Eleh, yelah. Sayang anak lebih nampakk.





No comments: