life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, June 05, 2013

it's walker

Hihihi, ye aku tahu ramai makpak luar sana tak bersetuju kalau diberi anaknya naik walker. Sebab takut macam memaksa baby develop sendiri untuk berjalan. Eh? betul ke. Ke aku salah. So aku pun begitu juga sebenarnya. Tapi memandangkan aku dah timbang kati tolak darab bahagi semua, berpandukan atas nasihat doktor dan juga atas kerajinan ku mengugel kebaikan dan keburukan nya, lantas ku beli kan jua walker si anak bujang ni haaa.

Ta daaaaa, (maaf kualiti gambar adalah kurang menarik, mommy guna blackberry sahaja. uhukk)




Sampai rumah, tak dan nak mandi semua, terus daddy kerja kan benda alah ni. Kitorg beli kat Manjaku, Bangi. Terlanjur lepak rumah geng susuk kat sana, terus singgah. Ikut kan nak masuk jusco tapi hazabedah nak masuk entrance parking je dah berderet panjang. Ok cannot go. Tak anak yang mengamuk dalam keta, daddy pulak yang bikin panas. So takde nye nak ke sana, tu yg terus ke bangi. 

Mesti korang macam eiii apasal kasi anak masuk walker? tenapa? tenapa? dan tenapa?

Sebab doktor kata kalau baby dah 8m boleh dah nak masuk kan dalam walker. Takde masalah. Lain la kalau anak kau below 6m, tu cannot go lah. Kocik lagi wei. Itu pun aku serba salah sebenarnya. Ikutkan tak nak bagi. Biar lah anak ku belajar berjalan secara naturally. Barulah macam orang dedulu. Eceh. Lagipun aqif dah +8m. So okay la kita beli. Tapi tu bukan tujuan aku yg sebenar. Dahh, berapa banyak sebenar daaa.

Tujuan aku beli walker ni adalah sebab anak aku dah reti nak masuk dapur. Aku sebagai seorang mommy bekerjaya (eceh!) memang sangat memerlukan masa. Tak dan ko nak masak, dia dah merangkak datang dulu dahhh. Nak masuk bilik air pulak. Hadoiii, hazab lah aku khennn. Laki balik nanti nak makan tapi aku belum siap masak. End up, ini lah kesudahnya. Wakaka.

Aku syak lah, aqif ni tak suka pun nak naik benda alah ni. Sebab kalau dia naik, pastu kejap je dah bosan pastu mintak turun. Pastu kalau aku buat boo je dengan yakinnya dia boleh turun sendirik. So bahaya uolls. Maka time time tertentu sahaja aku taruk. 

So aqif, enjoy lah ye nak dengan mainan baru awak ni. Umi ngan daddy siap belikan yang ada nyanyi2 lagi. Yang ada menan boleh goyang2 lagi. Maklong ngan sepupu sepapat awak pun ada portion dalam ini barang tahu. So jangan ngengada nak nakal nakal. Nanti umi syium pipi lelaju kanggg.


Rasa macam nak gelak guling guling je bila tengok gambar ni. Punya lah excited semua benda dia nak godek. Tu alas yang kat kaki tu sengaja taruk. Nak testing. Now tak guna pun. Menyusahkan orang nak gerak sana sini. 



Then, ada kelebihan jugak benda alah ni. Sebab senangggggg banyak kalau aku nak bagi aqif makan. Dulu berpegang dukung bagai. Kali ni haaa dok situ ontok ontok. Tuh dia comot momot anak den. Oh ye, aku tak beli lagi pun high chair sebab daddy kata aqif tak pandai makan sendiri lagi. So postpone. If dia dah reti nak pegang sudu n makan sendiri, baru boleh beli. Okay lah, umi mengikut perintah. Dah kata pakar ekonomi begitu, maka kita ikut je lah. huahuahua.







No comments: