life is beautiful

life is beautiful

Monday, June 03, 2013

public transport

Since dah kawin ni aku memang boleh-kira-dengan-jari lah nak naik komuter ni. Bahaha. Bukan apa. Kau keja pun sekangkang kera. Tak laki hantar, kau tumpang orang. Tak pun kau gagah lagi guna kuderat empat kerat. Ater, dah rumah sebelah ofis je pun. Lagi lagi dah beranak pinak ni. Tak koser lah nak bawak anak kocik. Lagi pun kemana? Tentu balik kampung dengan laki. Dia drive keta, aku duduk belakang jadi mem. Kalau dulu boleh le kau naik khhennn. Ok belagak lettew.

Dan bukan tu yang aku nak tekan kan di sini. Sebenarnya baru tak baru, baru lah jugak bagi aku naik komuter setakat ni. Kelass ko, ruang dalam dah besar, lagipun aku duduk yang tempat ladies tu. Tak le macam dulu, sempit. Pastu susah nak pegang tempat pemegang atas tu. Maybe diorang dah sedar yang kebanyakan kaum pempuan ni kecil kemetot je. So okaaay la. Puas hati bagi aku yang sekali kala naik. Eh aku naik bukan waktu puncak jadi sepanjang perjalanan is smooth saja.


Bahaya is danger. Danger is bahaya. So kau jangan le mengada lebih nak stay melepasi garisan kuning. Duduk je kat bangku yang dah disediakan. Kan lebih selamat. Gituh.

Tiba tiba kan ada orang jantan masuk kat tempat ladies ni. Rasa nak sound je setepek. Punya la sebesar alam tulisan yang tertera kat gerabak komuter tu. Aku syak dia ni tak reti membaca. Tapi musykil jugak walhal perkataan gerabak untuk wanita tu dalam bahasa cina, india dan english pun ada. Ishhhhh. Sedih.




Ruang khas utk oku pun ada. Ok lettew. Senang sikit mereka nak bergerak. Takde lah rasa macam takuit  nak naik public transport ni. Tv ni tah zaman bila lah dia taruk. Dulu masa aku jadi pengguna setia komuter takde lah dia nak letak. Anak tiri betul lah aku. Kalau dulu dia dah letak confirm confirm aku lagi selalu nak naik. Tapi sesekali pandang dah macam duduk kat dalam bas rapidkl lah pulak. Ok batak dah aku ni. Sila lah lempang sedas aku please. Hahaha.

So far perjalanan dari kl - shah alam sangat lah heaven takde delay as usual. (or maybe aku naik dah petang dan time weekend). Syabas diberikan pada pihak ktm. Eceh dah macam dia bayar kau je kan nak post pasal komuter ni. Kiranya, dalam 2 tahun aku kahwin, ini lah kali pertama aku jejak kaki naik komuter. Hadoiii gayat. Nasib baik stesen yang aku tengah tunggu train tu tak ramai orang. Boleh le ko snap pics bagai. Kalau kat kl sentral sana idak ler aku nak bersnap bagai.

Last sekali nak cakap, aku suka naik komuter pasal dia ada ladies coach. Tu je. Yang lain aku tak suka pasal lambat, lembab dan ramai orang. Eh, tak boleh ke buat satu train ke bts tbs sajo. Ini semua nak menepek dalam satu train ke seremban sana. Matiks lah weh kalau ada staff ktm stalker aku.

Kahkahkahkah. Bai.






No comments: