life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, June 18, 2013

solid food : part 3

Resepi baru untuk anak kesayangan beta. Alah takde resepi baru lah, memang dah biasa buat tapi kali ni aku taruk ikan pula. Ikan apa? Ikan tenggiri yang tak banyak tulang.


Nampak tak? Nampak tak? Bubur nasik campur brokoli, carrot dan ikan tak lupa jugak kurma. Dan yang paling penting TIADA add-on garam. Kurma dan carrot tu dah buat rasa manis. Lagipun sistem pencernaan baby belum matang lagi nak proses garam bagai tuh. Aku ada baca jugak kita boleh tambah mix herbs, tapi aku cannot la. Rasa macam perut aqif belum bersedia je lagi. Wakakaka.

Macamana aku buat?

First, ko masak la dulu bubur nasik tu. Masak kasi bebetul masak, sampai lembik. Then blend sampai halus supaya senang anak nak makan. 
Kemudian, steam brokoli, carrot dan juga kurma. Kurma tu kasi buang dulu bijinya ye. Aku pakai steam rice cooker je. Apa lah guna redeem rice cooker mahal kalau tak digunakan dikala ini khennn. Actually aku ada order kat ofismate blender baby tapi tak tahu la bila jaman nak sampai nya. Maklumlah tak nak jatuh kau pegi order kat obersi sana ye. Kesudahnya aqif dah nak masuk setahun pun agaknya belum shipping lagi. Hoi bila la nak sampainya blender tuu. Grrrrr.

Ok, back to the main point. 

Dah siap steam semua tu, kau blender juga macam bubur nasik tadi. Maka jadi lah dia puree. Kenapa aku blender asing asing? Supaya mudah aku nak asing letak dalam cup. Aku tak campur dulu bubur nasik dan puree tu sebab aku kan nak buat stok for 2-3 days sekaligus. Kalau dah asing asing kan nanti senang lah, bila nak guna aku ambik je apa yang aku nak. Let say, if makan petang selalunya aqif makan banyak. Aku amik 2 cup nasik, 1 cup puree then panas kan sahaja. Meaning nya disini, supaya kau tak membazir la. Faham tak. 

Ada sesetengah mommies dia campur terus bubur dan juga puree nya. Ohh idak ler, sebab kang nanti tak pasal bubur nasik tu jadi basi lak. Nasi kan tak tahan lama. Itu baru satu resepi. Sebenarnya kalau ikut kan banyak lagi. Boleh lah kalau nak campur sayur ngan ayam, sayur ngan ikan ke. Tapi daging aku tak apply lagi kat aqif sebab nya aku tak yakin perut dia boleh terima daging tu. Wohohoho punya lah obses umi kau ni kan.

Its puree apple+kurma. Shedappp. Aqif makan satu cup tak cukup. Siap nak mintak tambah lagi. Amboiihh.

Haaa, macam ni lah aku buat. Yang putih tu of course la porridge. Aku buat tak banyak. Sekadar tahan untuk 2-3 hari. Well, macam yang aku cakap tadi, nasik tak tahan. Nanti cepat basi. So tak perlu nak buat banyak. Yang cokelat orange tu la carrot+brokoli+kurma. So delicious. Try lah kat your baby. Boleh google resepi macam ni kat internet. Berlambak. Tapi aku suka ikut aku-punya-suka. Hahahaha. Aku just refer pada jadual dibawah and then apply kan kat baby.


Mana tah aku rembat. Bagus lah untuk buat reference bila kau nak bancuh porridge baby. Aku tak apply lagi sweet potato and pumpkin kat aqif sebab aku rasa macam anginnnn je. Aku dan mr.hubster memang bangsa berangin punya badan. So aku takut gak kemungkinan aqif ni ikut baka kitaorang. Maka tak apply lagi. Maybe soon. Sebab macam sodap je tengok sweet potato kat pasar malam hari tu. Ini kalau kasi aqif makan ni tentu dia suka. Cececeaaa.

Macam best kan buat kan porridge sendiri untuk your own baby. Dah la sedap, penuh kasih sayang lak tuh. Itu yang buat baby makan pun berselera. Berkat hasil air tangan ibu lah katakan. Aku tak cakap pung aku teror buat semua tu. Me masih learn and listen dari mommies yang berpengalaman. Tak pun aku bukak  je internet and gugel. Teknologi dihujung jari. Sometimes petua yang lama dah tak boleh pakai dah. Dah ada penambahbaikan untuk di sesuaikan di zaman sekarang. Tapi kalau takde yang lama, takde lah yang baru ye tak? Maka kita try and error lah ye. 

Orang tak paham nape baby perlu fully susu ibu pada 6 bulan pertama nya. Tak paham ke buat buat tak paham ke or memang tak nak paham. Kalau yang takde rezeki nak fully bf for first 6 months tu tak kira lah.  Dah izin Allah rezeki baby dia takat tu. Maybe sebab susu tak banyak / faktor makan ubat or else boleh terima lagi. Ini yang ada dah sumbat nestum kat baby early 4 months itu aku macam tak paham. Hoi perut baby kocik yo. Ada lah segenggam tangan baby tu sendiri. So tak yah la risau baby tu lapar. Banyak lagi masa baby tu nak membesar dengan makanan. Ke ko nak baby ko bambam. Haaa yelah. Bambam pastu the end usus rosak. So biar lah anak aku tu biasa biasa je janji sihat walafiat tak menyusahkan umi and daddy dia. 

Terkadang kita ni nak ikut orang je. Anak org tu macam tu oh aku pun nak anak aku macam tu gak la. Tapi kita tak sedar akibat yang akan datang. Cubalah rajin kan diri tu membaca. Baca, fahami dan belajar. Tak luak pun hidup kau dengan bazirkan masa untuk mentelaah. Ilmu tu kan penyuluh kehidupan. Tak tahu, bertanya. Reti. Aku pun masih di proses pembelajaran lagi.

Wahh, dah melalut dah entry aku ni. Cadang nak cerita pasal solid food je. Ini dah meroyan macam kaklong @ teduhan kasih ni pehallll. Ok lah bai.






No comments: