life is beautiful

life is beautiful

Friday, July 12, 2013

anak bujang kawin : Part 1

Wahh tajuk tak menahan. Actually dah lama plan dah. Start dari aqif lahir sampai la sekarang. Ada je benda yang menghalang. Now baru hajat tu terlaksana. Tahu lah, belah aku ni aqif cucu sulung. Belah mr.hubster pulak aqif cucu yang ke-9. Amboi ramai dah cucu tok deris ye. Aqif lahir bulan 9 tahun lepas. Takde buat kenduri berendoi. Cukur jambul pun tarak. Sebab bila kira balik macam membazir. Lantas kami lakibini plan terus buat kenduri aqiqah+cukur jambul+kenduri kesyukuran. Tak perlu nak fikir banyak, kurang perbelanjaan dan sekali jalan. 

Maka tanggal 30/6/2013 berlangsung lah kenduri anak bujang kocik den. Kenduri ''kawin''. Kahwin kate kauu. Kahkahkah. Buat biasa je. Takde nak candy booth bagai. Sebab yang kami pentingkan aqiqah tersebut. Alhamdulillah dah selamat selesai. Syukur. Hajat yang lama kami lakibini pendam tu sampai jugak. Rezeki aqif. Tapi buat aqiqah sekor kambing je. Nanti lagi sekor nak buat kat shah alam pulak. Baru lah adil. Eh, bukan buat masa terdekat tau. Tu nanti nanti lah.

First planning before nak buat kenduri of course la bajet. Disebabkan aku buat biasa-biasa sahaja maka bajet pun takde lah besar mana. Jemputan makapak aku estimate 300pax. Sedara mara, fil belah shah alam, kawan kawan and jiran kat rumah je yang kami jemput. Alhamdulillah, semua dapat merasa lauk. Kenduri kali ni pakai katering sebab bapak aku dah malas nak masak macam kenduri kawin aku dulu. Penat lettew. Mihmihmih.

Sebulan before kenduri haruslah prepare apa yang patut. Tak nak lah terkocoh kocoh dikemudian hari. Dah survey goodies dan jugak kambing. Ewah kata buat biasa aje tapi siap ada goodies utk tetamu tu apakehal. Okok, meh sini nak habaq mai. Since aku ada attend kenduri kahwin member a year ago, aku sangat tertarik dengan goodies yang dia bagi utk tetamu. Well, nak taruk utk kenduri aku memang tak lah sebab aku kan dah kahwin. Maka aku putuskan utk meletak item tersebut dalam goodies untuk kenduri kali ini. Simple tapi buat orang akan terkenang kenduri ekau. Ewahh nampak mcm berlebihan dah tu kata biasee je.


Antara manisan yang ditaruk dalam goodies. Peanut Barley menjadi rebutan di tempat aku. Maklum lah susah nak cari. Plus mahal weyh kalau kauorang beli seketul seketul. Ini kira murah lah ni 2kg = Rm40. Ada aku beli 1kg kakak tu jual rm50. Woii mahal kau kak mark up lebih sangat dah tu. Kurma memang aku suggest yang jenis marami. Thumbs up. Tak basah, tak kering sangat. Just nice. Disebabkan jemputan tak ramai pung maka beli tak banyak. Yang penting semua dapat merasa.


Ini lah dia yang ku cakap kan tu. Ye aku tahu biasa je kan sebab ramai kot yang dah buat begini. Tapi aku tak tahu ngapa hati ini meronta ronta nak buat jugak. Harapan ku pabila nama anak bujang kesayangan diabdikan dalam yassin ini secara tak langsung sesiapa yang baca akan mendoakan kesejahteraan dia. Akan mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga juga. Ameen. Mudah mudahan.

Surah yassin?
Oh yeah aku beli kat mydin subang. Beli yang paling murah. Sekeping jatuh harga +60sen. Get it? Murah dan save bajet iolls.
Design? Aku mintak tolong ofismate yang arrange kan. Aku bagitahu la mcmana design yang aku nak then dia tolong prepare kan. Alah berlambak je kauorang boleh download dari internet.
Printing? Pung kawan ofismate aku gak.

Thanks!! Kehkehkeh. Beruntung sebenarnya kau dikelilingi oleh orang yang berbakat ni. Boleh selalu selalu mintak pertolongan. Berbaloi baloi.


Reben yang sangat awesome!!! Tarik je, ta-daaaaa, dah siap reben. Beli kat chowkit.

Memandang kan part goodies ni aku yang prepare, maka suka-hati-aku sahaja lah nak taruk apa. Nak buat apa. Alah kenduri kecilan je pung so tak usah la nak ngada bagai nak meletop letop. Plastic packaging aku beli kat chowkit gak same goes brown paper.
plastic packaging = 100pcs = rm2
brown paper = 50pcs = rm8

Kenapa brown paper aku mahal walhal kat mydin subang boleh dapat lagi murah?
Sebenarnya dia lagi tebal dari yang kat mydin tu. Kenapa nak tebal? Sebab mak cakap nak taruk bunga telur. Makanya, kalau beli yang nipis nanti kan ke koyak. Wahh gitu.

Ok sambung ke next entry.





No comments: