life is beautiful

life is beautiful

Saturday, July 13, 2013

anak bujang kawin : part 2


Dah tiba hari meng'aqiqah'kan anak bujang beta. Wahhh tuh dia. Of course la kena balik beberapa hari sebelum sebab nak prepare benda bagai kan. Part goodies, katering, khemah semua dah settle. Tinggal kambing and nak tunggu hari berlangsung je. Kambing kitaorang beli dari sepupu ayah. Eh sepupu ke? Entah. Banyak sangat pangkat so i is confuse. 




Its kambing boer. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Dari proses penyembelihan hingga menghantar daging ke rumah org katering tu Allah permudahkan perjalanan. Orang kuat, tuh dia bapak kesayangan beta. Dan tak lupa lah sedara mara ku. Daddy anak bujang? Adeeee,, tukang sibuk. Hahahaha. Eh takdelah, actually dia nak tolong tapi bapak ku kata tak payah. Well maybe bapak aku beranggapan yang anak muda ini tak biasa or bapak aku memang biasa buat sensorang. Biasa lah orang tua, semua dia nak buat maka kita layann. :/



Kenapa ada dua goodies? 
Yang paperbag tu sumbangan ikhlas dari fil shah alam. Dalamnya ada cawan plastik and cookies yang dibuat khas oleh biras aku. Superb! Awesome! Menjadi bualan dikalangan tetamu. Eceh. Nak jugak up up dan up. See decor yang aku buat pada brown paper bag tu. Alah, semua pun print. Sebab nak jimat cost. Kan aku dah cakap dari awal. Takde beria ok. Takde.

Sementara menunggu jambul si bujang kecik ni dicantas haruslah bergambar bagai. Sempattt. Yelah, aku bising apesal gambar bertiga takde. Tak banyak. Asyik dia, dia dan dia. Bosan betul. Kahkahkah.










Akhirnya, usia aqif +9bulan baru jambulnya dicantas. Kemain lama ye awak simpan rambut awak tu. Umi and daddy pun sengaja biarkan rambut awak panjang sampai awak rimas. Ok, now awak tak akan rimas. Lepas ni kita kasi botaks. Syukur Ya Allah kau murahkan rezeki kami anak beranak. Aqiqah selamat dilaksanakan. Kenduri pun berjalan dengan lancar. Siap boleh tapau lauk bawak balik lagi. Hewhewhew. Masa orang marhaban sedap mengerjakan kepala budak kocik ni dia pun sedap gak tidur. Dah memang time dia kan. So bunyi bising ke apa ke janji time diutamakan. But before tu aku dah siap siap la bagi makan, bagi minum susu. Itu yang mentidor. Aku dalam gambar nampak gems kan?!! Cepat cakap cepat!! Grrr grrr. Terus tak faham dengan diri sendirik. Ahh peduli kan. Ada ku kisah.


Ohoii cerianya muka kau ye nak. Baju melayu tu yang tak tahan. Wuii sepasang boleh la beli baju aku satu. Memang high taste kau ni dak tecik. Kau orang jangan la rasa peliks pesal asyik kaler tuuu je. Kawin kaler tu, baju raya last year pun kaler tuu jugak. Dah permintaan daddy dia. Aku ni mengikut je la. Kang tak ikut kata durhaka la apa la. Ini silap silap baju raya utk tahun ni gak. Hehehe.



Alhamdulillah kenduri aqiqah a.k.a kawin anak bujang tecik ni selamat berlangsung. Dah tak yah nak semak fikir lagi. Next portion maybe kita tumpang kenduri orang je or tumpang buat korban. Dapat buatkan satu portion pun kami lakibini dah ucap syukur ke hadrah ilahi.

Akhir kata, terima kasih byk pada mereka, sanak saudara yang datang menolong, yang sudi hadir, yang bersusah payah menjayakan kenduri kali ini. Terlebih terkurang harap dimaafkan. Sorry ler, baru nak update bagai. Mommy busy la. Banyak benda nak kena settle. Hiks.

The end.
Ta-ta.





No comments: