life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, July 17, 2013

anak itu kesabaran


Anak di dalam perut ibu dia akan mengikut perangai ibunya.
Jika ibunya penyayang, pemurah, In Sha Allah dia akan lahir sebagai anak yang penyayang dan pemurah.

Tetapi setelah anak semakin membesar, dia akan mula mengikut sikap bapanya.
Dia akan ikut sikit demi sedikit perlakuan bapanya.
Jika bapanya baik, insyaAllah begitulah perangai anaknya nanti.
Jika bapanya panas baran, kemungkinan begitu lah sikap anaknya bila besar.

Jika anak degil, jangan dimarahi dia.
Cuba semak dulu apa kelemahan/sikap tidak elok yg kita telah tunjukkan pada dia.
Dia hanya manusia kecil, yg belum mengenali apa-apa...



!___! Semalam ada baca kat fb. Terus insaf. Bukan apa, betul lah tu apa yang dikatakan tu. Kau orang ada terasa tak? Ke aku sorang je yang touching lebih ni. 

Dah ada anak ni lain sikit feeling nya. Pulak kau ada anak yang masih kecik/baby. Stress. Letih. Penat. Semua lah. Pehtu balik keja nak melayan anak lagi. Nak masak. Kemas rumah, basuh baju cuci toilet ahhh semua keja rumah lah. Then bila badan penat anak pulak dan dan nak perhatian, kita ignore je mereka. Kau orang ada tak situasi yang macam tu? 

Bohong lah kalau aku cakap aku takde kan. Hari hari ada weh. Tapi aku selalu muhasabah kan diri. Sebab apa? Sebab aku fikir dia dah seharian duduk kat rumah pengasuh, bila balik rumah kita tentulah dia nak main dengan kita pulak. Budak kan. Dia mana reti apa. Tahu nak melekat, nak mengempeng je dengan umi dia. So jangan lah cakap apesal baby kalau nampak ibu dia mesti nak pegi kat ibu dia. Dah itu ibu dia, harus lah nak dok melekat sesama. Wahh gitu.

Kadang, anak ni lah yang mengajar kita erti kesabaran. Bukan puasa je. Anak pun memain peranan ok. Kita tak nampak semua tu walaupun benda tu ada je depan mata. Dia yang sebenarnya insan yang dapat melatih umi dan daddy nya menahan diri dari mengikut nafsu. Mengajar umi dan daddy apa itu sabar. Mengikut nafsu kata kau? Ye lah, agar tak ikut nafsu marah orang sesuka hati. Depan budak, tentu kita tak nak cakap benda yang kotor kan? Aku tak tahu lah kot ada bapak yang tak boleh control mulut. Asyik nak menyumpah je. Mak-mak ok kot. Aku sebenarnya semak telinga dengar orang menyumpah ni. Me not loike it. Annoying. Rasa nak mencarut balik je dengan orang tu. Kau nak marah apa kalau marah pun takkan mengubah keadaan. Bangang.

Alhamdulillah, Allah kurniakan aku perasaan marah yang boleh dibendung. Kalau aku penat, or rasa bengang dengan laki, takde lah aku nak lepaskan kat anak. Anak tu kecik je lagi, apa yang dia tahu. So aku ni dikategori kan dikalangan orang orang yang tahap kesabaran nya tinggi lah. Hakhakhaktuihh. 

Betul.
Balik keja kan penat. Bila amik aqif dari rumah mak nya, siyum siyum dia. Tenang je. Penat badan pun straight hilang dah. Anak tu kan ada bau syurga. Dia nak dekat dengan kita sebab dia sayang kita la. Kau orang tak rasa benda tu sweet ke? Aku suka kalau aqif suka nak duduk dengan aku. Except time aku nak masak la. Itu memang semak sikit. Orang nak goreng ayam dia sibuk nak tengok bunyi minyak. Lagi time orang nak pumping, suka benor gesel badan nak duduk kat pangku. Tarik tarik getah pump. Hoii ini susu utk awak tau. Lagi mahu kacau umi awak. Kehkehkeh. 

Tak ke benda tu suwit? Masa dia kecik ni la kau orang boleh siyum timang bergurau bagai. Esok dah besor panjang nanti ada?? Especially anak jantan ngan bapak eh. Takdo de weii. Lagi berkelahi ada lah. Maka nikmati lah momen momen indah ini walaupun kau orang memang penat nak melayan. Alah, anggap je lah kau buat kerja ibadah. Wei, menggembirakan hati anak dapat pahala ok. Sesenang je kau orang nak dapat pahala. Itu pun berkira lagi ke? 

Think positif. 
Penat badan kau tu adalah mainan otak kau. Macam demam. Sebenarnya kau baru nak demam tapi mind set cakap oi aku demam ni. Maka badan pun otomatik terus lemah. Lawan. Biasa lah penat keja. Keja tak pernah nak habis. Ok, orang cakap aku keja ofis bukan dok tetengah panas. Lain. Tak sama. Tapi kalau nak ikut kan aku penat tau, penat. Semua nak buat. Terkadang ada gak terlepas mengeluh. Tapi aku cecepat beristighfar. Bukan nak cakap aku ni baik sangat. Dah itu keja orang rumah. Kalau tak buat maka akan melambak lah lagi keja kau. Takde makin kurang ok.

Tapi bila kau penat, anak duduk dengan kau, tackle hati kau, semua tu hilangggg. Lari entah kemana. Tak suwit ke anak bagi senyuman manis kat kau? Cair jantung hati ini ok. Cair. Rasanya kalau tido tu daddy takde kat sebelah pung takpe. Polok anak lagi best. Wangiii. Wahahaha, statement.







No comments: