life is beautiful

life is beautiful

Friday, July 26, 2013

demam setahun sekali

Dah tiga hari masuk hari ni aku tak sihat. Sakit tekak, mild batuk and seseme. Ok, part seseme adalah yang paling hampehh. Maybe penangan jerebu itu hari. Kan jerebu ada datang balik lately ni. So maybe sebab tu la aku sakit. Kau dah la duduk dalam ofis yang 24/7 berekon tak hingat sejuk punya. Plus dengan seseme and sakit tekak. Puasa lagi. Memang hazabedah lah woi.

Macam semalam. Ada hubster suruh aku makan ubat selesema. Memang seumur hidup aku mana la reti makan ubat cenggitu. Takat paracetamol sokay lg. Ini ubat selesema yang efeknya akan mempengaruhi masa tidur n masa bangun malam jaga anak kau. Aku makan 2 hari lepas, malam tadi kesan dia kaw kaw sek. Kau bayangkan, laki ku call cakap nak pape tak, dia nak tapaw kan. Aku dah tak perasan apa yang aku cakap. Dengan time nak tidurkan aqif masa tu, mujur budak tu tak jatuh katil.

Memang rasa macam makan dadah lah (walaupun aku tak pernah try ok!). Elok sahur pagi tadi terbangun awal. Sebab aqif dah melalak nak susu. Tu lah, sapa suruh bagi aku makan ubat. Memang tak sedar apa yang berlaku disekeliling. Nasib lah ini dah ok sikit. Kepala berat dan kurang. Sesema cam kering sikit dah. Ini dua tiga hari esok elok la. Aku kan spesis susah nak demam ni. Sekali demam haa hamekaww. 

Orang kata demam penghapus dosa dosa kecil? Ye meh? Kalau begitu, Alhamdulillah. Nak nak time bulan ramadhan ni. =)

Oh lupaa, terima kasih lah abam N kerna prihatin dengan kami yang tak seberapa ni. Walaupung itu sebagai bantuan raya dan BUKAN bonus, maka jadilah. Dari takdo kan. Boleh la nak bayar duit kuih raya. Nak bayar duit tol nak balik raya nanti. Wakakaka.





No comments: