life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, July 02, 2013

mommy meroyan

Well, since aku ni dah jadi seorang ibu plus sedang menyusukan anak (actually aku EP mommy) maka aku rajin la like page page yang berkaitan. Niat tu nak tambah ilmu didada disamping review pengalaman mommies yang lain. Cececeaaa macam haremm jea. Aku suka baca jadi silence reader, sometimes aku ada jugak bagi komen, tanya tanya. Yelah, kalau tetek bengkak camane nak atasi. Camaner nak kasi susu bertambah banyak. Itu ini dan macam macam lagi la. Esok kau orang dah jadik mommy tahu lah camaner. Banyak benda nak kena tahu, banyak benda yang menjadi persoalan.

Best sebenarnya baca kisah orang ni. Ada yang kelakar, ada yang boleh menjadi amalan. Secara tak langsung kau sedang belajar la. Tak payah nak rujuk buku semata khenn. Tapi yang tak bestnya lah kan, kadang kadang komen diaorang tu agak melampau. Macam tak boleh pulak aku ni nak terima. Aku bukan apa, contoh, satu mommy ni mintak pendapat how to handle formula milk (fm) for her baby. Maka kau orang bagi la pendapat. Bukan di kondem nya lagi. Kata jangan bagi baby minum fm, bf is the best blablabla. Like that la. Annoying siot.  Aku yang baca ni pun macam wei apa kemelalut dah jawapan nya ni. Orang tanya pasal fm ko jawab la yang berkaitan dengan fm.

Aku ni ep mommy. Jadi aku agak sensitif pasal bf, df, dan segala yang berkaitan pasal bf. Kau jangan la nak mengstresskan lagi keadaan mommies baru yang tak bf baby diaorang. Setiap mommies nak yang terbaik utk anak mereka. Cuba kau orang fikir tak kan le mommies tu sengaja nak bagi anak mereka fm.  Mesti ada sebab. Mangkuk. Tak sebab susu badan tak cukup, masalah kesihatan or else. Dan tak kan la mommies tu takde berusaha utk menambahkan pengeluaran bf mereka.

Yelah, sebab anak kau orang dah 3, 4 orang. Semua bf, df sehingga umur mereka dua tahun. Lepas tu kau orang macam rasa diri tu best. Bajet dah dapat 'degree' untuk bf la. Hadoi aku rasa macam nak tergelak guling guling je tahu. Terlalu obses pun tak boleh jugak. Kena faham konsep. Semua dengan izin Allah. Kalau Allah tu tarik balik nikmat yang Dia beri pada kau orang, rasa macam apa? Ada rasa macam terduduk tak?

So jangan nak menghukum membabi buta why mommies tu tak or sekejap saja df baby mereka. Entah entah usaha mereka tu lagi banyak dari kau orang cuma tak nak tunjuk. Dengar dan teliti dulu apa masalah mereka. Ini asyik, why tak bf, why bagi fm, makan la itu ini utk tambah susu, bla bla bla dan blah. Macam mommies tu bangang sangat je tak research kebaikan bf. Macam la mommies tu buta sangat. Macam lah awak je yang beranak kocik.

Haa kan umi aqif dah meroyan.

Well, aku ni kesian. Kesian kat mommies yang kena torture dengan mommies lain yang macam best tu. Kadang kadang rasa tak patut. Kau macam menidakkan rezeki orang pulak. Tak kena kat batang hidung sendiri boleh la. Jangan sama kan orang lain dengan diri kau sendiri. Setiap mommy ada situasi yang berbeza. Contoh kalau mommy tu keja kilang. Keja shift dan tak boleh nak pumping every 3 hour. Niat dihati nak fully bf baby. Tapi apakan daya, keadaan tidak memihak kepadanya. Kau orang rasa apa perasaan mereka bila baca komen kau orang? Kot ada mommy yang sengaja tak nak bf baby dia tu tak boleh nak kata apa lah. Dah itu keputusan dia. So kau nak halang pun tarak guna.

Aku ni pun kadang kadang terasa gak. Yelah, ibu EP lah katakan. Memang kau dan pump tak boleh nak berenggang. Ibarat nyawa kedua. Itu lah harta. Itu lah intan payung. Rindu tahu tak bila ingat balik time anak menetek masa pantang. Syahduuuu.

So pada kau orang yang macam terlebih sudu dari kuah tu bawak lah berzikir sikit. Nak komen tu berpada pada lah. Ingat sikit kemain ramai yang baca komen kau orang tu. Nak nasihat ok, tak marah pun. Tapi susun lah dulu kata-kata agar tak menyakit  hati.

Dah tu je. Kalau tak setuju dengan apa yang aku taip ni kau orang abaikan. Ok.
Ta ta.





No comments: